:: Syukran Kathir! ^^ ::

Tuesday, May 31, 2011

+ jum kahwin! vs jumpa family +

assalamualaikum..

pagi yang indah, sejuk sungguh lah. alhamdulillah Allah masih memberikan nikmat hidup untuk sy pada hari ini, ^^

semalam puasa, hari ni pun puasa, esok? puasa jugak. jadi seminggu ni nak puasa lah. semalam kami se roommate yang bijak pandai lagi cun turun bersama2 membeli juadah berbuka. alhamdulillah, 'igauan' yang ditakuti takut roommate yang baru ni tak ok lesap hilang . roommate baru ni tersangatlah baik dan tersangatlah masuk dengan kami seroommate. syukran lillah! ^^

sejak kebelakangan ni bersin2 dan bersin terus. cuaca yang tak menentu mungkin agak menyumbang kepada 'pembersinan' sy kot. wallahu'alam lah. dah bersin diikuti dengan lenguh2 badan. macam.....macam.....nak demam! memang rasa lemah sangat lah. untuk nak elakkan lebih melarat, satu biji panadol ditelan bagi mengurangkan rasa ketidakkesihatan diri. dan? tidur!~ kifarah dosa ~

selalu teringat2 hamster di rumah. rupanya anak che white sebanyak 6 ekor telah meninggal dilanggar kereta! ops, hiperbola! sebenarnya mereka telah mati syahid dimakan saudara sejenis sendiri. che white pulak tak sempat nak belajar sivik sampai pandai belajar jaga anak. jadi anak2nya dijagalah oleh che bis. namun nampaknya itu adalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik. anak2 che white pada mulanya che bis jaga baik tapi beberapa lama lepastu, dimakan semuanya oleh che bis jugak. eh, bukan che bis je. separuh badan che bis dan separuh lagi anak2 che bis. wah, mereka memang tak kedekut antara anak dan mak. tak pentingkan diri kan? ergh~! jadi sekarang ni hanya lah tinggal anak2 che bis sebanyak 6 ekor. bai2 anak che white. * teringin lah nak bawa seekor mai kuis. tapi kena tunggu sy dapat duit biasiswa dulu. huk3. bulan? bulan 7. lambat lagi. tunggu je la~~~

hujung minggu ni kak nina iaitu cousin sy kahwin. tahun ni banyak betullah cousin2 sy bina masjid. sy bila lagi? opss, no comment~ ^^ jadi rancangan sy, mungkin sabtu ni dah start koko, jadi mungkin lepas koko tu sy akan bertolak pi rumah makndak sy di sg buloh dan berjumpa family sy di sana. gembira tak tergambar di hati dapat berjumpa family kesayangan! hanya Allah yang tahu. syukran lillah :) semoga semuanya berjalan lancar dan apa yang dirancang Allah permudahkan, amin ya rabbal 'alamin~

kerinduan yang tersangat dan over membuatkan sy rasa nak letak gambO che white yang gebu dan gemok di sini. tahniah che white atas kematian anak2 anda. *sob3

_ E N D _

2 comments:

  1. tahniah ats kematian ank2 che white?

    ReplyDelete
  2. a'ah..haha. sj jek la. keh3. suppose to be takziah~

    ReplyDelete