:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, December 30, 2011

+ awak, maafkan saya +

assalamualaikum....

entry luahan hati dari hamba yang hina dina ini~

Awak....
Jodoh itu rahsia Allah..
Sehebat mana awak merancang.
Sejauh mana awak menunggu,
Sekeras mana awak bersabar,
Sejujur mana awak menerima saya,
Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama, kita tetap tidak akan bersama.
Saya harap awak faham...maafkan saya 'insan'~

istikharah setelah kesekian kalinya. itulah jawapan terbaik yang mampu saya berikan,awak. biarlah flownya mengikut wasilah yang betul. saya insan lemah. masih dalam penghijrahan.

" tiada pengadilan yang lebih adil melainkan pengadilan dari Allah. bermakna apa pun masalah yang kita ada. kita adukan kepada Allah. biarkan Dia yang adili. bila kita ada apa2 yang gusar, apa2 yang kita tak tahu bakal berlaku, semuanya kita serahkan kat Dia. sebab kita tahu yang Allah tahu semua rahsia Luh-Mahfuz. biar kita serahkan semuanya kepada Allah. "

salah seorang sahabat saya berkata begini kepada saya malam tadi. syukran kathir sahabat. kehadiranmu banyak mambantuku untuk mencari redha Ilahi. kamu banyak menyedarkanku akan banyak perkara.

Kamu datang meleraikan kekusutan saya. kamu datang membuatkan saya lebih2 lagi rasa dekat dengan Khaliq. kamu datang memberikan saya jawapan yang pasti. terima kasih sahabat! saya sayang kamu kerana Allah. syukran lillah. hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu sahabat. semoga Allah kekalkan kita dalam ukhuwah ini. * sebak

: redha Allah itu penting. :

: untukmu .. wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu, takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikan / lirikan senyuman, pada bicara manaja yang menggoda / pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa Adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinanya bagi memimpin dirimu. kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya & Adam yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkanmu : * one of my BFF, dety told me. :,)

: melalui wasilah yang betul via my 'wali'. i'll accept u my zauj to be. lillah. :

my zauj to be, will you?

p/s : baru2 ni ada 'scene' menarik jadi dalam rumah ni. nabilah, munir and abah tengah kemas bilik bawah. then ada bekas banyak tak guna. jadi nak buanglah. tapi abah tak bagi buang. nanti nak guna. adik2 pun tak fahamlah. nak guna untuk apa kan. abah cakap nanti nak guna untuk kenduri rumah kita. lagi2la adik2 tak faham. kenduri mana pulak ni kan. lastly abah said, "KENDURI KAKAK NAK TUNANG". *blushing sangat2. ya Allah, abah2. setakat ni tak ada orang mai merisik lagi pun, tunang lagi lah. haha. entahlah. serah kat Allah je k soal2 ni. abah tolong doakan eh. yang paling penting abah doakan kakak untuk pengajian kakak yang masih berbaki 2 tahun ni. sayang abah!

_ E N D _


+ program siswa komuniti *pontianak mengganas! +

assalamualaikum..

akhirnya! baru dapat update blog. sebenarnya ada masa banyak je nak coret karang taip tulis kat sini. haha. tapi? ops, no comment!~ :P

entry kali ni nak cerita mengenai program siskom yang lepas. terbengkalai pada entry sebelum ni. sempat letak gambo family angkat je. hehe.

program mula kat kuis dulu. saya under biro makanan. memang kerja makan je rasanya. selalu banyak lebih. dah tak habis lebih2 tu memang rezeki rumate2 lah. tak sempat depa nak perabis makanan sebelumnya yang saya bawa, mai lagi makanan lain pulak. haha. amekaw, tak kira! habiskan jugak! :P

mula petang khamis. rasa nak cerita tentatif program satu2 tu tak perlulah kan. nak cerita terus time dah sampai kat taman angsamas. kami disambut dengan meriah sekali. masa dalam bas tu semua teruja sangat2 bila tengok ramai je kat dewan tunggu kitorang. siap dengan kompang and ada drum sekali! haha. sangat teruja kan? turun2 bas sampai pintu masuk ada 'lempar' bunga rampai pulak. waaaa! rasa nak jerit happy je time tu. jum story via gambo2 bawah ni !~ ^^


: apakah motif 'menatang' ni diletakkan di sini? erk? haha. gelak macam nak putus urat perut bila teringat balik. sangat tidak senonoh ye cik hazirah . huhu. ada paku berkarat, air merah yang mengalir? ni iera punya kerja lah. ntah idea mana dia cilok.haha. nama diberi sirap paku pontianak. adaptasi daripada cerita pontianak maya karin lah! haha. kerja gelak je kitorang haritu . makan & minum dia ok lah. nasi memang sedap! cuma kuih muih miuh tu agak sedih. haha. kelakar pulak bila teringat balik! :P :

: serba merah ye makcik2 kiah sekalian! keh3. time ni kat dewan KRT taman angsamas. tak habis lagi pun program sebenarnya. ada sukaneka yang masih berjalan. kitorang dah penat bebeno ghasenye la kann. jadi ambil keputusan untuk berangkat pulang. saya diapit oleh 2 gadis yang sangat baik and full sense of humour dari UPSI. sebelah kanan saya kak linda dan sebelah kiri saya nazirah. eh, nazirah? a'ah. nama kitorang nak dekat sama. banyak berlaku ke'konfius'an yang tak berapa melampau sepanjang program ye! haha. depan gadis ayu + comel tu namanya ialah liyana athirah. nama panjang2 tapi panggil baby je. haha. anak bongsu kan. memang sangat manja! terima kasih daun keladi untuk kak linda dan naz sebab tolong layankan baby untuk zirah eh. * tak larat nak layan sangat sebenarnya. manja sangat sampai tak terlayan. wuwuwu :

: gambar baru sampai ke kuis. kat cafe pun jadila. haha. kerja peace je masa snap pic. itu je la yang hanya mampu cheq buat. haha. dalam ni group saya, hanya lelaki sebelah kiri saya nama farhan dan gadis bertudung hitam hadapan saya nama jaza. yang lain group lain. sila highlight terang2 kat group saya je ok! * gedik. :P :iera dieba, jangan marah. aku main2 je. ^^ :

: ouh, tangan luka harus dirawat. main game parut kelapa lah ni. 'extreme + hard' sangat sampai jadi lagu ni. steady + cool bro! ^^* tak kenal pun sape dia ni sebenarnya. haha. main suka2 je cakap kan kau hazirah? teringat sebelum ni dok parut kelapa. dulu2 lah. la ni beli terus kelapa parut je. makin 'moden' kan? :) :

: 'makcik' dieba bersama 'atuk' saya. haha. boleh pulak kan kawan sendiri jadi makcik. abah angkat dieba ialah ayah kepada ibu angkat saya. dieba pulak merupakan anak kepada atuk saya. maka, jadilah kami keluarga 'angkat' juga walaupun tak secara terus. haha. tapi sedih sangat tengok gambar ni. dieba is one of my BFF. dunia akhirat! ayah kandung dia dah tak ada. jadi bila depa dah nak berpisah saya sayu sangat. she kept saying that, "teringat ayah aku, teringat ayah aku" which make me cry again and again. i love her so much and thats why i just like can feel what inside her heart.* ayat tunggang kuak lentang terbalik abis. baru nak touching! teringat time hantar dieba balik, abah dia menangis sekali. bayangkan lelaki yang menangis. apatah lagi perempuan and ayah sendiri pulak tu walaupun angkat je. dan minggu lepas mak dieba masuk hospital, lagilah sayu saya. crying again. alhamdulillah, maknya dah makin stabil dan ok. syukran lillah! ^^ * tetiba rasa nak menangis lagi :

: family angkat saya!sangat2 baik. kerja makan je duduk rumah. keluar buat program tu makan, balik rumah makan lagi. memang 'kembung' dengan makanan je. dok seminggu boleh naik 10kg kan?* hiperbola. mana taknya, sana makanan banyak berunsurkan masak lemak. memang makin2 'berlemak' lah. haha. apa2 pun thanx ibu sebab masakkan makanan yang banyak and sedap2 untuk kami walaupun tiga hari je kami kat situ. teringat hari terakhir. nak berpisah dah. ibu yang menangis dulu. masa tu abah rakam video. then saya cakap " terima kasih kepada hadirin hadirat sekalian atas masakan ibu ina yang sangat sedap. " dalam nada yang ceria2 main2. * tawlah saya ni macam mana kan? haha. tup2. bberapa saat lepas tu ibu kalih tempat lain then menangis! ergh, part ni yg sy lomah badan ni. hold your tear hazirah! last2 jatuh jugak! haha. bermulanya lagu " sampaikan salam......lalalala " lagila makin ramai turut serta dalam event airmata ni. rasa nak hempuk2 je sapa yang pasang lagu tu time tu. * OVER taw kau hazirah! :P :

: saya pakai baju 2 lapis.dalam tebal luar pun sama. hangat! but i've no choice. ni ketika rewang baru nak start. tak pernah merewang haritu merewang pulak. bertugas sebagai penanggah. such a great experience! :

: muka orang2 yang selalu makan. haha. tak adalah. ni antara muka2 biro makanan yang very the happening! thanks a lot guys! korang memang best! kerja duduk dalam dewan banquet je. rasa macam dah nak beku! tapi telah dihangatkan dengan pelajar2 dari IPT lain. memang sangat2 bertenaga! ^^ :

memang kerja menangis je time nak pisah. tapi apakan daya, hidup harus diteruskan. ! baby kept calling me. she want me to come and stay there. maaflah baby, kakak busy lah sayang. nanti2 k. everyday she kept calling me. sangat tabah kan? :p

malam tu pulak ada meeting untuk KAMI. baru balik program kan. faham2 lah. memang pegi tapi mata ni hanya Allah yang tahu betapa kemengantukan kesangatan! nak hilangkan ngantuk tengok gambar kat fon iera. time tengah tengok gambar tengah scroll2 tengah 'cuci mata', saya boleh laloq jugak. berapa kali dah nak jatuh samsung SII iera. akibat kemengantukan kesangatan yang telah melanda diri. kalau jatuh? wuuu, adakah mungkin perang dunia bakal tercetus?haha.

hope lepas ni dapat join lagi program2 macamni. ^^ * kesimpulan a.k.a penutup yg sangat simple. hehe.

_ E N D _

Thursday, December 22, 2011

+ my 'family angkat' +

* sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat :)

assalamualaikum..

wuwuwuwu, ter update satu gambo lah pulak. sebenarnya nak update pasal program SISKOM minggu lepas. nak cerita pasal family angkat. nak cerita pasal rewang. nak cerita pasal ini. nak cerita pasal itu. bla bla bla. ergh, hazirah, please stop it! nak cerita semua benda tapi mana ceritanya? haha. opss!

before that, gambar yang kat atas tu ialah gambar my family angkat. ^^ memang sangat2 bertenaga! * eh, parents betul pun saya sayang ok! :) gambar banyak. story banyak. tapi tak tertulis tertaip terkarang pulak kat entry ni. takpe2, next entry ok! ^^

ouh, kelas pukul 5pm. tapi kenapa saya dok tercangak depan lappy lagi ni? solat belum. nak siap2 lagi. ok2, i'll go now. hehe.

p/s : ya Allah, apakah maksudnya ini? berikanlah hambaMu ini kekuatan~

_ E N D _

Thursday, December 15, 2011

+ tak tahu nak letak title apa :p +

assalamualaikum..

sokmo tak ada kelas minggu ni. kalau ada pun, sekejap2 je. petang ni tak ada kelas usul fiqh 2 tapi kena pi program zakat apa ntah. ambil kehadiran untuk subjek usul fiqh 2. asif ustaz, ana tak dapat pegi. kontrak? ada ke tak petang ni? erm, just wait and see je lah. ^^

dah 2 hari perut tak sedap. rasa loya je tekak. nausea. tak pasti diarrhea atau gastrik. rasa macam gastrik. semalam skip satu kelas petang. very the tak larat menahan rasa nak muntah. tapi tak muntah2 pun kan. huhu. err, udah2 la eh. rasa macam tak senon** pulak. haha.

semalam ada 2 meeting. actually, tak de la macam meeting sangat yang satu tu. more to ....erm, rehearsal! tapi, tak payah pi pun takpe rasanya. tapi ada la shikin (ketua biro) bagitau info lebih yang patut tahu. then siapkan tag2 kat BPM. pukul 11 lebih baru balik hostel. nasib baik ada kawan bawa kereta. tak payahlah nak menonong balik gelap2 ke hostel. wuwuwu~

kat hostel ada meeting untuk KAMI ( karnival mahasiswa islam ) pulak. sudah semestinya banyak program. tapi saya terlibat satu program sahaja iaitu yaumul nisa'. senang panggil ladies night je lah. ^^ akan berlangsung di PKK. tema arabian night. *liplap liplap jap mata fikir nak pakai baju ape. sedang mencari siapa yang boleh bagi sumbangan kewangan untuk program ni. * blink blink.

petang ni akan bermulalah...bermulalah...erm, apa eh? program SISKOM. ^^ stands for siswa komuniti. sebanyak 9 IPT akan turut menyertai program ni. saya under biro makanan * makan je kan? :p majulah SRN ( sekretariat rukun negara) untuk negara! *erk? tetiba ja. esok petang baru bertolak ke negeri sembilan. ^^ ahad baru pulang ke kuis. ^^

hah! semalam telefon mama. then mama tanya pasal balik cuti. saya nak balik 25hb lewat sikit sebab ada hal kan. kebetulan abah, mama, iyah dan munir nak mai sini pulak. hahaha. sangat kebetulan kan? * sangat teruja sambil lompat2 8)

_ E N D _

Tuesday, December 13, 2011

+ nasi lemak berfesyen +

assalamualaikum..

baru balik dari kelas . harini kelas satu pagi, satu petang, satu malam. haha. memang agak jauh lah kan gap dia. :P

semalam pergi rumah ustazah wan, my naqibah. ada meeting untuk aqsa syarif kuis. baru nak ditubuhkan di kuis. ^^ masuk2 rumah, ikhwah dah mai ramai. akhawat 2 orang je. tambah ustazah wan dan ustazah umi. time tu rasa nak sorok bawah selimut lepastu kambus lagi dengan selimut bertimbun2 lagi. sangat segan. izzah, umi dan sahabat2 saya yang lain tak dapat hadir atas urusan yang tak dapat dielakkan. meeting berjalan dengan lancar, alhamdulillah. 25hb ni ada meeting 'perdana' melibatkan ajk tertinggi di rumah ustazah wan + sarapan pagi free sekali. haha. ni yang best tu. nampaknya penang, saya balik lewat sikit k. mungkin lepas meeting tu baru pulang ke kampung halaman. ^^

wuu, rindu menggamit sanubari! sedangkan rasa baru 2 minggu lepas jumpa parents tersayang. sabarlah duhai hati.:)

minggu lepas my roommate buat nasi lemak. bisnes kecil-kecilan. ^^ selalunya saya hanya jadi pemerhati dari jauh. tapi minggu lepas angin apa ntah rasa bersemangat tetiba untuk turut serta.


saya tukang bancuh sambal saja sebenarnya. nasi, huda dan kak fuzah yang buat. memandangkan saya memang suka masakan sambal, jadi sambal je lah yang saya mampu turut serta untuk masak, haha. then bungkus membungkus pulak. pun best jugak. macam2 'fesyen peragaan' yang 'dipakai' nasi lemak. hebat! haha.

minggu depan dah minggu balik. macam tak percaya ja. sekejap bebeno ghasenya. haha. sibuk sampai tak sedar masa berlalu dengan pantas. eh, dah bulan 12. nak masuk tahun baru dah. ni bermakna umur saya hampir menginjak ke 22 tahun. wow! * teruja pulak tetiba. haha. awak sihat tak hazirah? haha :p

Aliaa Elmahdy? jum google. ada cerita 'hot'.

_ E N D _

Friday, December 9, 2011

+ tanggungjawab baru, tugas baru +

assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat untuk sy bernafas di bumi Allah ini. syukran lillah! ^^

kepala berdenyut2 menandakan sakit kepala menyerang. macam mana tak pening. mengantuk tapi tahan. sudah semestinya sy akan sakit kepala. pagi tadi kelas 6.30 AM dah lepas. 'sambutan' yang agak menggalakkan. ingatkan kelas awal2 pagi ramai je yang tak mai. rupa2nya lagi meriah!haha. kepala sememangnya rasa berat dan memang agak mengantuk. tapi mengantuknya tu lain kalau dengan mengantuk di petang hari. kalau pagi kepala je berat tapi mata rasa segar. tambah ustaz 'full sense of humour' pulak pagi2 tu plus student2 turut 'menyambut' gurauan2 ustaz. memang kelas usul fiqh pagi tadi amat happening!.

lepas kelas pegi urus pasal usrah dengan umi sekejap. sy dapat 'tanggungjawab baru' untuk sem ni. tanggungjawab yang agak berat bagi sy. menitis airmata ni tatkala mendapat tahu. berat memang berat tapi sy tetap rasa terpanggil untuk grab that very2 great oppurtunity. ye, Islam tak perlukan sy tapi sy perlukan Islam. sy ambil peluang ni untuk membetulkan diri untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan berkongsi kasih sayang dan ilmu dengan sahabat2 baru yang hebat2 ilmu agamanya, insyaAllah. setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. ye, sy tahu Allah nak tunjukkan sy sesuatu. sy harus manfaatkan. semalam meeting di dewan senat. rasa kerdil je diri ni ketika berada dalam kalangan mereka2 yang hebat. namun, ikatan ukhuwah yang mereka tunjukkan membuatkan sy rasa 'rapat' sangat dengan mereka2 walaupun kebanyakannya sy baru kenal dan jumpa buat pertama kali. subhanallah. semoga Allah kekalkan kami di jalanNya. amin ya Rabb~


sy ditugaskan untuk menjaga usrah sem 1 degree. 6 naqibah = 6 kumpulan. alhamdulillah, perjumpaan tadi berjalan dengan lancar. macam2 perasaan ada sebelum tu tapi bila dah start rasa seronok pulak. sampai sakit2 tekak cakap banyak. hehe. tadi, penerangan tentang perjalanan usrah di kuis dan apa2 yang patut dah diberikan. semuanya memberikan kerjasama yang amat bertenaga! ^^ Allah permudahkan~

ouh, mata semakin berpinar2 liplap liplap dah. * hiperbola! harus berhenti takat sini. tetiba teringat petang tadi one of my bestfriend hantar message. katanya dia teringatkan sy tetiba dan berdoa semoga sy sentiasa berada di bawah lembayungNya. * terharu sangat. semoga Allah kekalkan ikatan ini. thanx my dear, nur syahirah bt mohd saufee. rindu ampa sangat2!

p/s : pasal topup daripada anonymous tu, akan sy buat sesuatu atas nasihat seseorang. terima kasih abg muhd atas nasihat kamu utk meleraikan kekusutan di kepala ni. :)

_ E N D _

+ jual beli salam +

assalamualaikum..

'perutusan' ni ditujukan khas untuk huda, my classmate. ^^

Jual Beli Salam. ( fiqh al-muamalat )

Takrif :

Bahasa = mendahulukan.

Istilah = jualbeli salam ialah jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf.

Jual beli salam adalah salah satu jenis kontrak jual beli yang dibenarkan. Ia dibenarkan disebabkan ia dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tak wujud.

Kesahihan menurut syarak.

Kontrak jual beli salam ialah kontrak yang diberikan pengecualian kerana jual barangan yang tidak wujud. Seperti yang kita tahu, menjual barangan yang tidak wujud adalah tidak sah. Namun jual beli salam ini diberikan pengecualian kerana manusia memerlukan jual beli seperti ini.

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda : ”” Sesiapa yang ingin berjual beli salaf ( salam ), maka hendaklah dia berjualbeli salaf ( salam ) dengan sukatan yang dimaklumi dan timbangan yang dimaklumi sehingga tempoh yang dimaklumi.”

Rukun & Syarat

Terdapat 4 syarat di dalam jual beli salam:

Rukun pertama: Pihak yang mengikat kontrak ( Pembeli dan penjual )

- pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Dalam istilah Arab dikenali sebagai muslim.

- penerima ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan ataupun dikenali sebagai muslam ’alaih.

Kedua-dua pihak ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan kepada pembeli dan penjual dalam kontrak jual beli iaitu baligh, berakal, sukarela dan sebagainya.

Cuma di sini tidak dikenakan syarat boleh melihat. Oleh itu, orang buta sah melakukan jual beli salam tetapi tidak boleh melakukan jual beli seperti yang telah kita maklumi. Ini adalah kerana dalam jual beli disyaratkan kedua-dua pihak melihat barangan yang dijual sementara dalam jual beli salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja. Jadi, sifat-sifat ini boleh diketahui dengan cara mendengar. Sementara ketika menerima pula, orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan wujudnya sifat-sifat yang dinyatakan.

Rukun kedua: Sighah kontrak

= iaitu penawaran( ijab ) dan persetujuan (qabul ).

Contohnya pemilik modal berkata :

Saya dahulukan 1000 dinar ini untuk mendapatkan 100 helai baju yang sifat-sifatnya seperti berikut.

Sementara penerima pula berkata :

Saya setuju atau saya terima pembayaran yang didahulukan ini atau sighah yang seumpamanya.

Penawaran dan persetujuan ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi sighah kontrak jual beli biasa seperti mesti berada dalam satu tempat, wujud persamaan antara penawaran dengan persetujuan dan sebagainya. Terdapat syarat tambahan iaitu sighah tersebut mestilah menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah juka menggunakan lafaz yang lain.

Selain itu, kontrak ini juga disyaratkan tidak mengandungi sebarang khiyar syarat. Maksudnya ialah kontrak tersebut mestilah kontrak penuh kerana khiyar syarat hanya dibenarkan bagi kontrak jual beli biasa sahaja. Ia tidak boleh disamakan dengan jual beli yang lain. Dengan itu, khiyar syarat di sini kekal dengan hukum asalnya iaitu tidak dibenarkan.

Disyaratkan dalam jual beli salam, modal perlu diberikan dalam majlis kontrak. Sedangkan jika khiyar syarat wujud dalam kontrak ini, perkara ini boleh menghalang maksud tersebut. Ini kerana khiyar syarat menghalang penerimaan modal daripada memperoleh hak penuh terhadap modal tersebut. Penerimaan modal tersebut mungkin hanya sekadar bayangan sahaja dan ini akan menyebabkan kedua-dua pihak berpisah sebelum kontrak tersebut sempurna dimeterai. Ini tidak dibenarkan. Dengan ini kontrak jual beli salam yang membabitkan syarat khiyar dianggap tidak sah.

Bagi khiyar majlis pula boleh diadakan dalam kontrak jual beli salam kerana khiyar tersebut tamat apabila kedua-dua pihak terpisah. Dengan itu, perpisahan kedua-dua pihak menandakan sempurnanya kontrak itu. Jadi tidak wujud sebarang percanggahan antara khiyar majlis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam jual beli salam.

Rukun ketiga: Modal.

Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. Beberapa syarat telah ditetapkan:

1) Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Contohnya bayaran yang dibuat sebanyak RM 100 atau 5000 dolar. Jika bayaran yang dibuat menggunakan barangan yang boleh disukat atau ditimbang seperti gandum, gula atau sebagainya, jumlah sukatan dan timbangan perlu dinyatakan. Comtohnya 1000 cupak atau seribu kati. Disyaratkan juga kualiti barangan perlu dinyatakan.

Jika bayaran tersebut boleh dilihat, contohnya pembeli membayar seguni gandum bagi mendapatkan barangan tertentu atau pembeli menggunakan dirham, pembeli disyaratkan untuk menyatakan jumlah bayaran tersebut tetapi tidak perlu menyebut sifat, jenis dan spesifikasi barangan kerana boleh diganti dengan penglihatan. Jadi ia hanya sekadar percakapan tanpa keterangan yang terperinci.

2) penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.

Jika penyerahan ini tidak terjadi, bermakna tidak wujudlah kontrak jual beli salam. Dan kerana ini, ia berubah kepada menjual hutang dengan hutang yang tidak dibenarkan.

Tidak disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki. Jika modal itu dipindahkan daripada pihak ketiga yang berhutang dengan pembeli, supaya dibayar kepada penjual, maka ia tidak sah. Ini kerana pemindahan hutang tidak termasuk dalam kategori menerima.

Rukun keempat: Barangan yang ditempah.

= iaitu barangan yang dijual di dalam kontrak. Penjual berjanji untuk menyerahkannya kepada pembeli. Sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan. Beberapa syarat telah ditetapkan:

1) Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifatnya.

Yang ditempah hendaklah mengikut kehendak pembeli sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan. Barangan yang ditempah itu juga boleh dibezakan dengan jenis-jenis lain yang seumpama dengannya atau hanya wujud perbezaan kecil yang diambil ringan oleh manusia biasanya.

Dalilnya: ” Yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa RA katanya: Dahulu kami melaksanakan jual beli salam iaitu pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar untuk mendapatkan gandum, barli, kismis dan tamar”

Semua barangan yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah barangan yang boleh dinyatakan spesifikasinya.

Barangan lain yang tidak dinyatakan di sini boleh diqiaskan dengan barangan yang disebutkan. Sama ada barangan tersebut telah lama wujud atau baru kini wujud atau akan wujud pada masa akan datang. Selagimana barangan tersebut menepati diri-ciri yang dinyatakan. Ia boleh dinyatakan spesifikasinya walaupun tidaklah seratus peratus.

Thursday, December 8, 2011

+ saya sukalah! +


assalamualaikum..

" bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya. dan bagi perempuan ada hak bagian(pula) dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan "
( an-Nisa: 7 )

bermukabuku then baru nak tulis tinggal jejak untuk hari ni kat sini. ^^

pagi tadi bangun awal. semalam tak mampu nak stay up. sedangkan mirath tak siap lagi. satu soalan daripada 6 soalan pun tak siap lagi. ye la, tak berapa nak faham lagi kan, jadi mood nak buat tu agak sedikit tak bertenaga. wuwuwu..

yang katanya bangun awal tu, tak ada la awal sangat. haha. alhamdulillah, Allah permudahkan. pagi kan otak fresh lagi, jadi tak serabut sangat dan jawapan yang dihentam keromo banyak yang betul daripada salah. seronok kan kalau jawapan pengiraan kita betul? teringat time sekolah dulu jawab math @ addmath. love both of them. dah masuk degree, memang banyaklah menghafalnya. nak jumpa kira2 baru sem ni ber'jejak kasih' semula. ^^

semalam ada 2 meeting. satu yang protokol hari tu & satu lagi untuk program anak angkat under sekretariat rukun negara(srn). ekstival dah habis. jadi mau lah something that we can save as a sweet memory. * sangat tamak kan? haha cenderahati yang sangat2 sy suka. and nanti ada jamuan makan2 kat luar bersama semua ajk protokol ekstival. *alamak, m a k a n laa. huk2.

usai meeting tu, pegi meeting srn. kebanyakan yang jadi ajk untuk srn tu ex asasian. terasa macam reunion asasi pulak. haha. teruja nak jumpa keluarga angkat next week. terdapat 9 ipt lain yang akan turut serta dalam program ni. bertambah2 sahabat baru nampaknya, ^^

pasal kelas mirath tadi agak bertenaga. syukur alhamdulillah. dah makin better daripada kelas sebelumnya. tak adalah macam " ish, kenapa jadi 1/4 ni. kenapa dia jadi maujub, eh, macam mana dapat nak tahu ada baki, kenapa kenapa kenapa...." banyak kan soalan? haha. hakikat yang jadi kat saya. bengong kepala rasa. ish3. kesimpulan, kena rajin study and buat homework. insyaAllah, Allah permudahkan! :)

p/s: tetiba teringat minggu lepas ada orang topupkan, tengah tunggu jugak sapa2 message cakap silap masuk topup kan, tapi tak ada pulak. siapakah gerangannya ye? beberapa minit sebelum dapat topup tu, memang nak topup dah. tup tup tup beberapa minit lepas tu ada easyreload masuk. rm10 lagi. ya Allah, halalkanlah bagiku wang itu. amin ya rabbal 'alamin.

_ E N D _

Wednesday, December 7, 2011

+ KUNTUM +

assalamualaikum..

tersebut lah al kisah yang terjadi pada satu hari. seorang gadis yang tak berapa nak ayu sedang berjalan seiring dengan sahabat sekelasnya ke blok 2. terjumpa junior sekolah menengah di taman. cot cet cot cet sebentar, tetiba .....ergh..........................

tetiba habis idea mau buat ayat ala2 kisah dongeng gitu. huk3. ok la. straight to the point. tadi lepas kelas teman classmate pegi blok 2 singgah "starbuck " *panggilan untuk gerai yang jual makanan macam kuih2, nasi lemak, bebola, air n etc. tengah sembang2 kat taman. almaklumlah terjumpa junior lama pulak kan. tetibe dengar "KUNTUMMMMMM!!". kuat kau. kalih2 tengok2 pandang2 rupa2nya syuk. nama penuh syukri nordin. he started to know me time ekstival haritu. seronok dia panggil kuat2. juz nak serah flyer. dahla baju harini pakai merah je, rasa muka ni dah nak dekat sama kaler dah kot dengan baju. wuwuwu... panggilan tu hanya untuk sesorang yang rapat n kenal sy betul2. thats why im feeling ashamed. but its ok. im just fine with it. ^^ syuk2. :P

usai beli membeli, terserempak pula dengan shepa, dieba n iera. teruja sekejap. then cerita pasal nama kuntum yang dipanggil dengan kuat oleh seseorang itu. shepa ketawa. shepa and syuk ni macam kawan baik lahh. :) kata shepa, syuk seperti teruja dengan nama 'kuntum' tu. haha. rupanya begitu.

harini belajar mirath dah start kira2. sy bengong2 sikit tadi time kelas. yela, hari isnin tak masuk. tinggal satu kelas bermakna hilanglah satu butir berlian. * wuu, perumpamaan. hahaha tak sihat kan. jadi tak mampu lah nak menghadirkan diri ke kelas. semalamnya pulak busy prepare untuk benda lain. alih2 masuk2 kelas pagi tadi memang tak sempat belajar dari siapa2 lah. jadi, tadi belajar macam tak berapa nak best lah. hazirah, takmau putus asa ok! chaiyok2!

esok, im gonna have a very2 long journey...... *sambil mata kelip2 cuba menerima hakikat.
esok, kelas non stop dari pukul 9 sampai 7pm. rehat cuma 2 jam iaitu pada pukul 1-2 dan 4-5pm. be prepared k SMSU A!

p/s : bukak2 portal tadi, keputusan tak berubah pun lagi.. * sambil membawa hati yang berduka lara

_ E N D _

Monday, December 5, 2011

+ haruslah bertenage! +

assalamualaikum..

pagi ni sempat online jap before pegi kelas. sambil menahan sakit yang.. entah tak taw nak describe macam mane. takpe2, sakit itu kifarah dosa. jangan cepat mengeluh hazirah! tanda Allah sayang. syukran lillah!

tak pasti dapat pi kelas ke tak harini. astaghfirullah, semoga Allah kurangkan kesakitan ni. semangat mau belajar. taknak tinggal kelas. huk3. amin~~

jumaat minggu ni dan jumaat minggu depan ade kelas usul fiqh 2. start pukul 6.30. jap2, bukan 6.30 petang ok, tapi 6.30 PAGI. ustaz nak ganti kelas. memang kena mujahadah tinggi lah bangun awal2 pagi tu. solat subuh tu memanglah dah biasa bangun pagi2. cuma nak 'keluar jalan pegi kelas awal2 pagi tak biasa'. ergh, banyak songeh kan. buat teruk pulak. haha.

semalam sempat jumpa abah dan mama sekejap je. agak terkilan sikit. tapi takpelah. asalkan dapat jumpa walaupun sekejap kan. ^^ alhamdulillah. :)

ops, harus bersiap untuk ke kelas pagi ni. subjek undang2 kontrak. semangat2! semoga Allah permudahkan, amin3~

p/s : wuwuwuuu, sejuknya pagi ni. agak menyumbang kepada sakit ni. kuat3! rabbuna yusahhil.

_ E N D _

Sunday, December 4, 2011

+ poligami WAJIB? +

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih di beri kesempatan pada pagi ni untuk mencoret something di blog yg selalu tak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada empunya blog.

mata mengantuk minta dikatup tapi tak mampu lah memandangkan esaimen tak siap lagi. inipun dah kira extend satu hari kat grup esaimen untuk combine and bincang semula. ish3, ape nak jadi ni hazirah. huk3.

eh, ade orang grad lah. siapakah gerangan budak kicik ini? haha, rasanya sy tak perlu nak bagitahu dah kann. tengok muka pasti sekelip mata dah tahu sapekah dia. :) ye, ni sy ketika berusia 6 tahun. baru 'grad' dari TASKI ABIM. kami 5 beradik 'grad' dari taski yang sama. bila tengok balik gambar ni, memori terus berginjak ke belakang semula. zaman2 hingusan & nakal2 dulu.

dan ada seorang sahabat sepermainan hantar something kat wall FB sy.
" Tengok profile pic kamu buat sy tringat zaman kte tadika sama2 dulu..hehe..nostalgia giler..juzt make me realize tht it's been a long time since we're knwn each other...hehe ^_^ "


next berkenaan poligami? wah, sensitif perkataan ni. sy tak bercadang untuk menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan poligami di sini. cuma sy nak highlight sedikit di sini. hukum poligami adalah harus, bukan wajib. kadangkala suami yg memarahi isteri atas sebab tak benarkannya berpoligami dengan perkataan seperti nusyuz, kafir sebab menolak hukum Allah, itu adalah tidak benar sama sekali kerana hukumnya bukanlah wajib sebaliknya adalah HARUS. tak mengapa tidak melakukan yang harus tetai berdosa jika tidak melakukan yang wajib, kebanyakan masyarakat salah anggap dengan tafsiran poligami yang sebenar. ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. tapi monogami yang diamalkan oleh Baginda tidak pula kita lebih tekankan tetapi kita lebih pandang pada poligami. Baginda bermonogami selama 25 tahun bersama Siti Khadijah manakala 10 tahun Baginda berpoligami.
ops, rasa cukuplah sampai ke sini. sebenarnya baru selesai membaca Sebarkan Cinta-Mu oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. novel ini adalah garapan dari tesisnya dan telah diadaptasikan kepada sebuah karya penulisan kreatif. beliau sangat hebat. :) novel ni banyak menerangkan tentang apa itu poligami yang sebenarnya. ye, dah2. poligami poligami jugak tapi esaimen jangan sampai ralit tak buat pulak kan. haha. asyik mengarang menaip lupa pulak tujuan asal on lappy ni. *dush3. :p

abah, mama, iqah & rakan2nya yang lain pasti sudah bertolak dari KL menuju ke mari. semoga mereka selamat sampai. lindungilah mereka ya Allah, amin ya rabbal 'alamin~

p/s : mungkinkah sem depan dety turut serta bersama sy ambil kursus kahwin?

_ E N D _




Saturday, December 3, 2011

+ pergilah engkau habuk2 sawang2 +

assalamualaikum..

*eh, ape kaitan dengan tajuk entry? :p


wah, lamanya tak update! ni dah tulis untuk kali ketiga dah untuk entry ni je. nasib baik kesabaran ni masih utuh. ada je yang nak menghalang.

konvo baru selesai. dalam minggu lepas. saya terlibat ekstival. penat tu biasala kann. nak cerita, mau kongsi tapi akibat terputus bekalan bateri ke laptop ni dan mematikan entry yang telah saya karang panjang tadi, agak membantutkan mood saya. huk3.

next, ustaz baru message sy tadi tanya nama penuh, matrik num & etc. baca jek message tu terus berbunga2 hati ni. erk, macam sang gelipren dapat message dari buayapren pulak. ish, sila usir jauh2 ok. nauzubillah. takdela, dah lama sy tunggu since bulan lepas. dah nampak bunga2 harapan cgpa sy akan berubah. ops, hazirah. jangan terlalu berharap. kelak merana. yang penting, doa jangan putus. memohon pada yang Esa, semoga Allah permudahkan segala urusan, amin~~ ^^

hujung minggu ni my parents nak datang 'again'. hati berlagu riang la kan. :) dapat berjumpa orang2 tersayang. sebenarnya nak hantar iqah balik usim. sem baru dah nak mula. ^^ minggu ni hari ape ntah hantar message kat abah cakap sy rindu dia sangat sampai termimpi2. nak zahirkan secara berhadapan sangat segan. apa2pun, at least abah tahu yang sy sayang & rindukannya selalu. ^^

ok, jum tengok gambar pulak! ^^

: 2 buah kereta yang telah berjasa kepada kami. alhamdulillah selamat sampai putrajaya. walimah kakak kepada one of my BFF, rahimah :

: pengantin yang telah diraikan. semoga berkekalan ila al-jannah :

: uhibbukum fillah abadan abada!semoga Allah kekalkan kita di jalanNya, insyaAllah :

: eh? salah satu gambar yang diambil ketika bertugas time minggu ekstival. baju berwarna merah memang tak sebati dengan jiwa sy! huk3 :

wah, wanginya bau sambal ikan bilis roommate masak. jap2, masak? biar betul? pagi2 buta ni? percaya tak? haha. ye, silakan percaya. kagum dengan mereka2. saya? haha. dun ask me. im just penonton tegar. *sangat terok haha.

p/s : esaimen ouh esaimen,

_ E N D _

o