:: FOLLOWER ::

Tuesday, February 28, 2012

+ final exammmm +

assalamualaikum..

28 Feb : islamic administration and management & undang- undang keluarga I

5 Mac : fiqh al-mirath
6 Mac : usul al-fiqh II

12 Mac : fiqh al-muamalat I
14 Mac : hafazan dan tajwid IV
15 Mac : undang-undang kontrak

ok, this is my timetable for my final exam. dua paper dah lepas, alhamdulillah. :)

tadi pagi jawab paper admin sangat bertenaga ye. 3 jam = 14 pages. full. tambah rasa macam duduk kat kutub utara kutub selatan tu. sangat sejuk ok! dahlah tangan tengah 'nazak' plus 'cuaca' sangat sejuk lagilah meng'krem'kan tangan saya ni. eh, banyak pulak perkataan 'sanskrit' yang dibina baru pada harini oleh cik hazirah ye. :p ini adalah bahana daripada mood exam kot. haha.

2 papers in a day for my 1st day untuk final exam. bertenaga kan? hehe. better awal2 daripada tengah2 atau akhir2. kan2? :) malam tu sepertinya tidur bangun tidur bangun. ye, saya tahu tak elok. tapi asal terjaga je, teringat pagi tu ada exam, rasa takut bebenor pulak. yela, 1st day kan. nebes dia lebih sikit.

petang tu pun sejuk jugak. kutub utara kutub selatan jugak. dan sakit kepala menyerang ketika tu. berkerut2 jawab tahan sakit. haa, inilah sejadahnya bila tak tidur. >,<

now, im on diet. * oh my Allah, are you serious hazirah ? :p kalini nak serius punya. produk nutrilite banyak tolong cheq. especially protein! ^^ produk wajib ada kat sy sekarangni = positrim + protein + vitamin lecithin e. untuk perempuan yang ada masalah 'perempuan' *faham2 je lah kan. :) protein ni sangat2 membantu. dia bagi balance hormon di samping reduce cholestrol. bila balance hormon, sakit perempuan yang 'sangat sakit' tu pun insyaAllah, tak mai dah. kenalah usaha kan? takkan tiap2 bulan skip kelas sebab sakit yang sama je kan? betul tak? ^^ sekadar perkongsian. :)

terasa lama benar tak tinggal jejak kat blog ni. selamat kembali hazirah . lepastu hilang balik. sama dengan selamat tinggal. mai balik selamat datang. heh, camtu lah manusia. ish3. * sambil geleng2 kepala. :p

_ E N D _

Sunday, January 29, 2012

+ ikan bakar yang, yang, yang.... +

assalamualaikum..

semalam online FB tetibe plup! cik munirah najmuddin a.k.a iyah mai menyapa kakaknya yang ayu ni. hah, nin dia >> ( sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat dan bertenaga ! )



see? saja nak bagi jeles. huk2. dalam kepala ni dok terbayang2 ikan bakaq kat teluk tempoyak. lama dah tak makan sana. tak ingat dah last bila pi.

dah selesai men'jeles'kan sy di bahagian chat. tetiba ternampak status ni pulak. haha. iyah2. selamat berdating ok! ^^ nanti kakak dengan iqah balik, kita semua dating sefamily pulak ok! rinduuuuuuu~

jum tengok cuci mata teluk tempoyak tu macam mana! hehe. :) diimport daripada uncle google. thanx uncle! ^^





done! ^^

ok,lah. sampai sini je k. nak sambung study pulak. please pray for me and my friends ok. :) syukran kathir~

_ E N D _

Saturday, January 28, 2012

+ koko power rangers +

assalamualaikum..

harini hari sabtu. bermaksud hari koko sedunia lah bagi kelab kembara & rekreasi. hehe.

harini buat water confident,

harini main kayak.

harini bermain air.

harini dapat praktik kayak.

harini dapat cuci mata. erk? * tembakan meriam dilepaskan kepada ku! istighfar banyak2 hazirah. hehe. orang buang tebiat macam ni lah. :p

aktiviti nak dekat pukul 10 baru start. bikin panas di hati gua. gua mana ni? gua musang? gua kelam? haha. dah2. haha. ok, jum meneruskan sesi cerita bercerita! :P

bagi sapa2 yang dah buat water confident pada sesi lepas, boleh proceed terus ke kayak. saya lah antara orangnya tu. sapa2 yang tak buat w.confident lagi, silalah ye. tak dapatlah ampa kayak lagi. bagi chance kat kitorang dulu ok! ^^

coach bagi muslimin dulu. memang 'panas' lah kitorang muslimat kat tepi tasik tu. wuwuwu~ panas dari pelbagai aspek. haha. tak pa lah. sabar :)

apa2pun, tetap dapat berkayak jugak harini. seronok2! muka ni agak sunburn jugak. tak pa lah. nanti ok lah tu. ^^ sunburn itu handsome! 8)

ok, lah nex week midterm kontrak & admin pulak. isnin dan selasa. wish me luck ok sahabat2. syukran :)
: this is called 'rafting'. :

: water confident. tangan sapa tu? but certainly not me. tengah snap pic. :P :

p/s : hey2, orang rumah di batu maung especially nabilah! sila masak sedap2 ok! kami nak balik ni. kebuloq nak makan cik nabilah yang anggun punya masakan. keh3.


_ E N D _

+ SEOUL GARDEN jom! +

assalamualaikum.

ni nak sambung cerita untuk entry sebelum ni. yang hanya mampu berbicara melalui gambar akibat panahan kemengantukan yang amat 'dahsyat' *ok, hiperbola melampau. ;p

ambik kereta dalam pukul 10.45am. walaupun bukannya nak keluar pagi tu jugak tapi tetap ambik awal sebab orangnya nak keluar ke mana ntah. jadi, ambik awal. done! pastu huda nak pi ambik baucer nak naik kereta tu pi OSC. tapi nampaknya amatlah tidak bertenaga pabila alarm kereta non stop 'menjerit'. lepastu kan...lepastu kan....eh, perlu ke cerita pasal ni? :p eh, taknak2.

usai solat zohor sy dan huda bergerak ke kereta menuju ke UPM to fetch abang muhd a.k.a my cousin a.k.a 'like' my own brother. :) memang dah janji dengan dia nak belanja seoul garden. sebelum ni dia pernah belanja 'makan besar' jugak . jadi sy pun belanja 'makan besar' balik . :) *fair sudah. hehe.

sesampainya kami di UPM, driver bertukar wajah. hehe. seoul garden yang kami nak pi tu bertempat di puchong. IOI Mall. kat sini ada 3 je SG. satu di One Utama, Kerinchi ( biasa pegi sekali. kawan belanja. ada dalam entry yang lepas :) ) dan IOI Mall. tak semua negeri ada SG ni. tapi penang ada! kat gurney plaza. hehe. masih tak berkesempatan pergi lagi. nanti2 lah ye.

ok, perjalanan diteruskan bawah pemanduan berhemah abg muhd. * sila kembang ye 'adik' . ;p mula2 ada lah silap tempat jugak. TER pergi resort dia. pulakkkk. hehe. at last sampai jugak. sesampainya kami di IOI. memang tak nampak macam mall. tapi dalam ye. panjang! banyak cina. terasa macam kami je melayu kat situ.haha sangatlah tipu kan. ;p

IOI Mall ada 2 extension. i mean they have 2 sections. old and new part. so, SG that we want to go situated in new part. takdak hala tuju jugak awal2 tu sebab memang panjang and its our 1st time. huk3. search tanya uncle google akhirnya ketemu jugak. syukur!

teruja di awalnya sebab hajat tercapai jugak. hehe. kami pilih pakej student punya. murah sikit. memandangkan kami datang dalam nak dekat pukul 4. jadi memang tinggal set dinner lah. a little bit expensive. pakej student, murahlah sikit kan. :) ada banyak pilihan macam biasa. sumbat je lah. memang tengah lapar betul time tu sebab memang 'simpan' perut untuk mai makan kat sini. hehe. abg muhd, our deal done ok! ^^ huda pulak dok bising sebab nak kena makan pakai chopstick. 'tak reti, tak reti! ' haha. kami hanya mampu tertawa. 1st time kan, haruslah begitu. gagal akan diiringi kejayaan. keh3. tetiba pulak kan cakap camni. haha.

abg muhd nak ke KLIA. mengiringi sahabat tersayang pergi stay terus dah di sarawak. lepas dah 'selesai'kan apa2 yang kena selesaikan di IOI, kami pun vroom2 ke KLIA! abg muhd stop di masjid sultan abdul samad yang dekat2 area sebelum nak sampai KLIA je. kawan dia mai ambik kat masjid tu. sebabnya dia takut kitorang hilang arah. erk, hilang arah apa kemendanya ni hazirah hang dok merapu? bukan2. ayat silap sat. dia takut kami tak tau jalan nak balik kuis. solat2 then mau pulang. tetiba terubah fikiran nak singgah nilai jap makan Tutti Frutti.

erk? tak kenyang lagi kah? kenyang memang kenyang tapi tak pernah makan kan? jum2 pergi jugak sementara masa masih ada ni. ampa tau kan tutti frutti? eskrem daripada yogurt. tapi seriously red velvet sangat meruntun jiwa dan raga! huda yang tolong ambikkan semua tu. sy hanya nganga tanpa membiarkan lalat masuk ke dalam mulut. * ayat orang tak betol lagi! dush3.
dah usai ambik eskrem, tiba masa untuk tauk macam2 kat eskrem kitorang tu. boh laici, cip choc macam2 jenis, choc hershey * tetiba hilang ingatan nak eja macam mana.huk3 , caramel. kat kaunter orang tu akan timbang then harga akan ditentukan berdasarkan berat eskrem tu. dan menikmatilah kami selepas itu. hehe.

pegi masuk giant nilai sebelah tu pulak. beli sedikit barang keperluanuntuk adik tersayang di USIM. sebab nak balik kuis mesti lalu hostel dia. jadi singgah sat. singgah solat sekali. hah, lagi satu! guard dia sangat bertenaga! seriously tak macam guard kuis! ops~ apa sy cakap ni? *pengsan

sampai kuis dalam pukul 8 lebih. sebenarnya tujuan nak kuar tu nak pergi kilang beryls punya choc and nak beli tiket bas sekali. mau pulang penang next week. tapi macam tak sempat pulak. huk2. baru nak borong choc kat beryls tu nak bawa balik rumah. bagi family cheq rasa. tak pa lah. lain kali kalau ada rezeki ok? :) tiket bas pulak nanti abg muhd tolong belikan. syukran kathir again to you encik muhammad 'uthman! nanti nak mai sini hantar tiket bas jangan lupa bawa choc beryls sekali ok? boleh? *dush3 meninggalkan lebam yang amat berbisa. :p

thats all! ^^

_ E N D _

+ gambar je lah mampuuuu +

assalamualaikum..

sehari bersama tazah huda ke.........eh, tak tertaip pulak kitorang pi mana. mata macam dah nak juling2 je. gambar je la dulu camtu k? :)







_ E N D _

Tuesday, January 24, 2012

+ jatuh tersungkur.....lagi +

ya Khaliq, aku hampir tersungkur lagi.
ujian ini terlalu berat bagiku.
namun harusku semat ketat2 dalam diri bahawa ujian ini sebagai tanda betapa sayangnya Kau kepadaku.
hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini.
lapangkan dadaku, tunjukkanlah aku jalan yang terbaik dan permudahkanlah.
aku hanya ingin hidup dalam keredhaanMu ~
astaghfirullahal'azim~

Sunday, January 22, 2012

+ sesat yang makin menghantui +

assalamualaikum..

tajuk entry ntah apa2 kan? haha. no comment. :P

hah, ambil kau hazirah. sekali post entry macam hape dah haa. haha. idea mencurah2. 'terpaksa' lah karang taip jugak. nanti bila dah mula mood tak ada, akan ditinggalkan lagi blog cik hazirah ni. nanti lagi mulalah sawang sana sini. jum karang taip tulis selagi mampu! :P* formula apa ni? haha.

jumaat lepas pergi mines. hajat di hati nak beli barang keperluan sikit. nak beli BB. bukan 'berry2' punya fon tapi broadband. decided U Mobile punya. done ! hard disk pulak....err. tak jadi beli kat situ. sebab harga terlebih 'memberangsangkan'. ^^

yang keluar sekali adalah 2 sahabat sy. diani dan dety. sampai2 mines, solat dan makan dulu. lepastu baru start carik barang. tak lupa jugak abg muhd pun turut serta sekali. *macam ayat ucapan pulak. keh3. adala beberapa 'godaan' untuk membeli barang2 yang berunsur kemahuan. tapi lepas 'tampar diri sendiri dengan kuat', maka sy pun tersedar dan 'meneruskan perjalanan'. * ada yang tak tersedar jugak sebenarnya. tapi tak pelah. dah 'ter'beli. satu je pun. ^^

rupa2nya episod sesat kami bukan setakat hari khamis tu je. hari jumaat pun masih memunculkan diri. bukan setakat muncul je malah semakin menonjolkan diri siap lagi. haha. kalini lagi panjang sesatnya. haha. tak pelah. sempat jugak sampai kuis on time. :P

tengah on fb tup2 terjumpa 'cerita' kat bawah ni. jum 'telek'! ^^ sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat + bertenaga~ ^^




be strong hazirah! ^^ ( al-Baqarah : 286 ) ^^

ok, next week, ada midterm. 2 subjek. undang2 keluarga dan fiqh al-mirath. mirath tu yang macam nak...nak...cabut rumput satu2 ni. macam nak...nak.... panjat pokok kelapa ni. ya Allah, hazirah oii, apa sejadahnya semua ni.? anda ok kah? sy tak berapa nak ok sebenarnya. mengantuk dan tak study lagi. dah tau macamtu dok tercangak depan lappy lagi ni kenapa? *mengong sat. haha. ops, sila hentikan drama yang tak bermutu rendah ni. :P

ok, lah. esaimen tak siap lagi. study pun tak lagi. preparation utk presentation admin and kontrak pun belum lagi. sangat2 bertenage kan? wow! * sambil lompat 'kegirangan' dan terus pengsan. hazirah, jum pulun betul2! wake up please~ hayya2!~ ^^

_ E N D _
 
back to top