assalamualaikum..
dah tiba penghujung bagi minggu kedua aku praktikal. sekejap sangat masa jalan. eh jap. praktikal?
haa, macam tu lah sepertinya. ye, sekarang tengah praktikal di sebuah firma guaman di Northam Tower.:)
alhamdulillah dah selesai melalui 8 sem pengajian sebagai pelajar Degree Syariah with Law di KUIS. then kalau betul-betul nak habis pengajian kena praktikal selama 2 bulan di mana-mana firma guaman syarie. result sem 8 pun alhamdulillah okay (sambil lompat sopan). sem sebelum-sebelum ni selalu elok ja semua subjek dapat A then mai satu subjek lagi dia terus C. makanya pointer teramatlah ter-effect. teringat nak bukak result haritu, feeling dia ilek. dull. festime fefeling lagutu. dan mungkin sebab markah untuk praktikal pun tak campur sekali lagi. harap semua akan baik-baik je in sha Allah amin! :")
alhamdulillah jugak tempat dan surrounding tempat kerja ni sangat lah comfortable. semua staff dan boss yang sangat bertenaga subhanallah. awal-awal mula masuk kerja tu biasala tak biasa dengan semua benda lagi kan.. haa la ni alhamdulillah dah makin serasi dan banyak jugak benda belajar. dari pengalaman hidup sampai ilmu guaman.
teringat dulu tesis tajuk 'Risiko dan Tanggungan Penjamin dalam Pembiayaan Perbankan di Malaysia: 1 Kajian di AKPK dan MdI'. berkenaan kebankrapan. tengok-tengok mai sini dapat belajar lagi berkenaan kebankrapan. tapi sebelum ni dari view seorang yang hadapi masalah then mai kat sini dapat belajar dari view belah bank pulak. suppose no need sebab takde pun dalam skop kami belajar time Degree. tapi itsokay lah sebab ilmu kan, even starting-nya zero. haha. belajar prosedur apa bagai. yeah, lawyer is about procedure. ;) bytheway, firma tempat aku praktikal ni amal sivil & syariah.
then boss banyak handle kes di Mahkamah Tinggi berkaitan murtad, wakaf, harta sepencarian, faraid. tetiba teringat sorang lecturer yang ngajar semua bab ni. dan dia jugak merupakan penyelia tesis saya dan tadi ni dapat tau dia jugak yang akan mai sini untuk selia pelajar praktikal. oh oh I love you so much lah Puan!
overall setakat ni.. ye baru setakat ni alhamdulillah semuanya okay. biasala buat silap awal-awal kan then from there we learn how to do it right. adat belajar dan adat bekerja ni pun lain. senang kata banyak sangatla benda belajar even baru dua minggu tang ni. ahha, bahasa ke-penang-an aku pun dah macam makin ke-penang-an. staff-staff tang ni almost semua cakap Penang jenis parpu (nak bagitau pekat kemain haa siap certain tu dengan kepala-kepala teleang) punya. haha. dengan aku sekali macam nak ter-teleang. ohoi! haha.
dan lagi satu nak cerita pasal perjalanan pergi dan balik. emm, haruslah lalu jalanraya kenss. makanya terserempaklah dengan drebar-drebar yang super duper ohsem nak pengsan. bagi depa yang dah biasa drive di Penang dah tentu konfem cakap tu perkara biasa. atau dengan perkataan lain 'driver yang gila-gila'. my boss said like that also. dan katanya lagi, kita awal-awal dok cakap depa gila lama-lama kita pulak akan jadi sebahagian daripada 'driver yang gila-gila' kelak. amacam, bernas kan nasihat dan dorongan boss? haha.
_ E N D _
No comments:
Post a Comment