:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, May 5, 2011

+ penderaan mental dan fizikal terhadap 'bayi'! +

assalamualaikum..

jum ikuti siri keluarga che-che lagi pada entry kali ni. ^^

aksi kecomelan mereka amat susah untuk dihadapi oleh empunya blog tambah2 adik ketiganya, afiqah. sakit2 gigi tahan geram. sy lagi la, pengsan terus *hiperbola semata. daripada 8 anggota tentera keluarga che-che tinggal 6 sahaja sekarang.

yang meninggal dunia bulan lepas, Che Jan. my 5th sis, sempat berada bersamanya pada hayat2 terakhir hidup Che Jan. kebetulan, munirah balik minggu tu. Che Jan memang tengah sakit tenat. mata dan hidung berada pada tahap kritikal. mata takdapat dibuka dan hidung tersumbat. tengok nak bernafas pun susah. semput2 Che Jan. takmakan takminum. kenapa? panahan cinta? ish, kemerepekan menjelma lagi. bukan2. ni sebab sakit. prediction kami kerana kencing hamster itu sendiri. my 3rd sis tolong bersihkan apa yang tersumbat + takboleh bukak dan cecair yang hampir keras menjadi ketulan2 * ala, bayangkan ta** hidung manusia senang =p itu. dapatlah sedikit sebanyak Che Jan bernafas. terima kasih kepada doktor takbertauliah afiqah! munirah menangis2 dah melihat kekritikalan Che Jan. namun apa kan daya, ajalnya dah sampai. sehari selepas munirah balik ke hostel hari ahad, Che Jan telah menghembuskan nafasnya terakhir pada hari isnin berikutnya. Che Jan telah selamat dikebumikan oleh doktor takbertauliah afiqah. begitulah hayat Che Jan.....angka che-che berkurang menjadi 7.....

dan pada minggu lepas, Che Ko dan Che Lat terlepas dari sangkar. satu jantan satu betina. diletakkan dalam bekas akuarium. hamster makin berkurang jadi anak2 baru diperlukan. sebab tu lah diasingkan mereka dalam sangkar yang takberapamewah. mungkin mereka berjaya menyondol penutup akuarium sehingga terbuka dan mereka keluar bersiar2 di dalam kawasan rumah. Che Ko dapat dijumpai semula oleh abah tersayang sy. Che Lat? * garu2 kepala berita pengurangan che-che nampaknya terpaksa diterima lagi. satu disebabkan kematian dan satu lagi disebabkan kehilangan. Che Lat disahkan hilang dan dijangka telah keluar dari rumah membawa bersama kandungannya yang taktahuberapabulan. jatuh longkang? kena kejar anjing / kucing? lenyek kereta? main tom2 bak dengan biawak? main sembunyi2 bersama burung2 berkicauan? ergh! STOP IT! ataupun memang masih ada dalam rumah tapi terperangkap kat satu tempat dan takboleh keluar? tapi sampai ke hari ni masih tak ada bau2 yang takboleh diterima hidung. selamat tinggal Che Lat yang garang. nasib baik betina. kalau jantan, gamaknya tinggal lagi sekor je lah jantan nanti. yang lain semua betina. ye, anak baru amat diperlukan! maka, berkuranglah che-che menjadi 6.......

berikut adalah gambar2 yang mencuit-cuit* bahasa baru

: ini adalah Che White. paling gemoooook! gigi dia patah sikit. tersangkut kat besi sangkar. camni2, dia tengah gigit2 *konon jalan keluarlah tu=p .lepastu munir bagi terkejut. menjerit2 meraung2 meratap2 *over Che White akibat terkejut yang amat sangat. aduhai, munir2 habis tersangkut gigi kat besi sangkar tu~ :

: afiqah bawa keluar daripada sangkar tanpa Che *takpasti sedari. time ni atas sofa. :

: masih meneruskan tidurnya. nyenyak sungguh! che-che ni memang jenis tidur mati sikit. haha. :

: auuu chaaaaaaaaak! eh2 malu lah! :

: saya cari perigi tapi telah termasuk dalam objek yang tak dikenali ! somebody, please help me!! :




ini adalah satu video yang......tengoklah sendiri. penderaan mental dan fizikal kan? ish3. apala nak jadi. hamster2 ni adalah Che Ko, bulu panjang and Che Bis, bulu takpanjang. Che Bis dinamakan sebegitu sebab dia suka buat bising! cengheeeeet! baru nak sentuh pun dah bising. " argh, marahnya saya!" saya rasa itu lah yang cuba disampaikan oleh Che Bis. haha. Che Bis ni memang pantang dengan tiupan. tengah main tiup2 dengan hamster lain tapi yang bunyinya hamster lain. taklain takbukan Che Bis lah! ish, kelakar + lucu lah Che Bis ni. jum ikuti video di atas~

ada orang cakap, tak boleh pegang kacau hamster selalu. nanti dia cepat mati. pernah dengar tak? pernah kan? tapi kitorang ni almost everyday, kitorang pegang + main. siap mandikan lagi sekali seminggu. kalau malas sangat , tunggu busuk betul2 satu rumah baru nak bagi mandi. * terok !haha kalau lama takbagi mandi nanti che-che ni mulalah menggedik sana sini akibat kegatalan yang tak tertanggung. MEMANG SANGAT TERAMAT SUNGGUH COMEL!

jadi, marila kita ramai2 membela che-che. hahahaha.

_ E N D _

2 comments: