:: Syukran Kathir! ^^ ::

Saturday, May 28, 2011

+ dapat gelaran baru! ^^ +


assalamualaikum..

hai2 bai2. haha. apa tetiba ada signboard kat sebelah ni kan? haha. sy nak cerita lah ni. sebenarnya nak highlight kat andak tu jek. baru2 ni sy dapat gelaran andak! bagaimana? di mana? apakah? =p

ok2. semalam hari jumaat. kelas sy habis pada jam 11. then berpusu2 lah siapa yang menjadi naqibah dan murabbi dan siapa2 lah yang terlibat menuju ke PKK a.k.a pusat konvensyen KUIS. ada taklimat pasal usrah. jadi sy dan kak ina yang juga merupakan naqibah pun terkedek2 lah memenuhkan sit. ops! kena duduk ikut nama lah. setiap barisan akan ada sehelai kertas bertulis nama2 naqibah? kenapa kena buat macam tu pulak? sebab mudah nak ketemu merabbi masing2 ^^ jadi sy yang kabur jauh sama silau ni pun melilau mencari nama sy. nasib baik lah izzah yang dari naqibah dah jadi murabbi tolong tarikkan tangan sy ni haa. jazakillah izzah yang comel lagi bijak pandai! ^^

nampaknya sem ni sistem usrah yang baru telah diperkenalkan. ahli usrah - naqibah - murabbi dan seterusnya adalah atas2nya lagi. tibalah ustaz safwan yang agak digeruni ni berucap. digeruni kerana sifatnya yang tegas dalam menjaga akhlak dah sahsiah pelajar KUIS .^^ subhanallah. sebelum dia berucap, adalah satu tayangan. sy nak panggil TV kuis lah sebab student degree broadcasting yang buat. tayangan ni lebih berbentuk kepada temuramah dan pengisiannya adalah mengenai feedback tentang usrah di kuis. banyak komen di peroleh. merangkumi aspek positif dan negatif. khusyuk2 tengah tengok ternampaklah beberapa sahabat sy yang telah di wawancara dalam tu . antaranya ialah amir munshi.* sila klik hebatlah ko! tahniah2. haha. masok 'tibi kuis'! =p jadi para naqibah ni kena mainkan peranan yang amat penting dalam mengubah perspektif negatif pelajar2 tentang usrah di kuis ni. naqib / naqibah harus kreatif! hayya2!

usai taklimat oleh ustaz safwan, orang lelaki beredar dari pkk menuju ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. akhawat meneruskan misi dengan bertemu murabbi masing2. murabbi sy kak hafizah. sy suka group sy. semuanya hebat2. subhanallah. panggilan andak sy dapat bermula dari sini lah. =p nak dekat sepuluh orang jugaklah ahli usrah kami. jadi unruk mengeratkan ikatan ukhuwah kami, kak hafizah cadangkan tentang ni. setiap kali jumpa, tak boleh panggil nama, kena panggil panggilan yang dah diberi. murabbi sy akan dipanggil ummi. sedikit tawa menghiasi usrah kami pada tengahari itu. full sense of humour. memang menghidupkan suasana. =)

cakap pasal usrah ni, sy pegang ahli2nya yang sem sebelumnya mereka tak lulus. alhamdulillahlah sem lepas semuanya lulus. gabra jugak kalau tak lulus kan. sudah semestinya naqibah yang akan dituding jarinya dahulu. sememangnya sy hanya menjalankan amanah sy. ^^

kadangkala kita harus jadi hipokrit untuk menjadi yang lebih baik. setuju tak? =) ye, kadangkala dalam beberapa situasi, untuk membiasakan diri melakukan perkara yang baik kita harus hipokrit. lama2 hilang lah ke'hipokrit'an dalam diri sebab dah biasa. betul tak? kak long sy banyak merendah diri cakap dia tak layak dan ahli2 usrahnya lebih layak, lagi hebat. ummi kami menegaskan, siapa lagi nak jadi naqibah selain kita? ye, Allah dah pilih kita. ilmu itu boleh dicari. usrah ataupun keluarga, kita boleh saling memperbetul menegur dalam proses untuk kita menjadi yang lebih baik. semuanya haruslah lillahi Taala~ semoga usrah di kuis kali ni lebih menepati 'usrah' yang sebenar. rabbuna yusahhil insyaAllah ^^

cakap pasal usrah kuis, teringat usrah dengan ustazah wan. ni usrah luar yang sy ikut. khamis malamnya untuk sem ni kami buat liqo'. alhamdulillah semuanya sihat2 dan result pun gempak2. boleh tak nak cakap dahsyat? =p

sem ni makin bertambah2 lah tanggungjawab sy. dengan adanya koko. haha. semoga berjaya hazirah ye. sahabat2 tolong doakan sy k? kepada hamster2 di rumah, flying kiss untuk ampa2 k. hahaha. takdak kheja. rasa kan...rasa kan...macam nak bawa sekor hamster mai teman sy kat sini. cage? nak kena beli lagi. nanti lah bila kewangan sy dah ok, biasiswa dah dapat, sy bawa mai sini . seriously memang rindu nak main dengan 'mereka'.

i have to stop here. solat subuh is calling me right now. want to fully prepared before going to putrajaya at 8 am. will meet my talkative sis, munirah there. hopefully we can meet among thousand people that will be attending there. ish, we have to! wajibun! haha. im going under sekretariat rukunegara KUIS. only 15 students will be going there. see ya! ^^

_ E N D _

No comments:

Post a Comment