:: Syukran Kathir! ^^ ::

Wednesday, May 18, 2011

+ hari pertama pembentangan pertama +


assalamualaikum..

alhamdulillah, ada jugak masa untuk conteng2 kat sini jap. ^^

ni nak cerita pasal hari isnin lepas. isnin lepas baru start kelas. isnin ada 3 kelas. kelas pertama sy pada hari tu mula 8 am. semangat nih nak pi kelas. teruja nak lihat wajah sapa yang mengajar, excited nak tengok wajah2 classmate segala bagai lah! kelas pagi yang amat sejuk! hari pertama kelas dah kena bentang kot.

isnin ada 2 subjek tapi ada 3 kelas. pagi kuliah dan malam, eh2 silap, petang, tutorial, subjek perlembagaan.

lepastu subjek masadir pulak. ustaz yang sama ajar sy fiqh ibadah sem 1 dulu. ustaz ni memang best sungguh! ^^ ok2, kitorang kena taaruf sorang2. tiba giliran sy..

" saya hazirah najmuddin. asal batu maung, penang"

then sy di interrupt jap. oleh? oleh ustaz.....

" jap2. sy macam biasa nampak kamu. kamu ada kelas dengan sy ke sebelum ni?"

" ye ustaz. masa sem 1 dulu. subjek fiqh ibadah"

" hah! fiqh ibadah dapat berapa!? "

" alhamdulillah lah ustaz * sambil tersengih macam kerang busuk "

" alhamdulillah2 tu berapa?! "

haha. ustaz2. kelakar lah ustaz ni. lepastu ustaz ada bagi ayat kat kitorang suruh salin. in arabic lah. tup3, 'HAZIRAH!' wuu, terkejut sy lah ustaz ni. haha. nampak tak apa maksudnya kat sini? ustaz dah kenal sy laaaaa~ kalau lepas ni suruh translate lagi? erm, no comment~ =p

time tutorial petang pulak. kelas perlembagaan. dah habis ustazah terang pasal apa yang perlu, dia bagi kitorang teka-teki. sambil ditemani petir kilat sabung menyabung.

1) haiwan apa yang berjaga waktu siang?
2) haiwan apa yang berjaga waktu malam?
3) jika kamu diberi pilihan, haiwan apa kamu nak jadi?
jawab soalan2 ni jawapan yang pertama kali terlintas dalam fikiran kamu.

dah bagitaw jawapan masing2 binatang apa semua, kitorang kena beritahu sebab kenapa pilih haiwan tu. apa keistimewaannya. fikir, tulis, jawab, habis.

ustazah terangkanlah soalan 1, 2 , 3 ni melambangkan apa.
soalan 1 = sifat yang kamu suka pada pasangan kamu
soalan kedua = sifat yang pasangan kamu suka yang ada pada kamu
soalan ketiga = melambangkan diri kamu sendiri

contoh. soalan 1 katakanlah jawapannya hamster. kenapa pilih hamster? sebabnya comel, lincah dan senang jaga. jadi sifat2 ni lah yang kamu suka pada pasangan kamu.

jawapan sy? ops, tak boleh. terlopong jugak lah mulut den ni. haha. tak sangka. boleh pulak macam tu kan. ye, memang permainan psikologi. ^^

dan hari tu jugak, pi urus pasal KWSP kat One Stop Centre. memang 'panas' jek. naik atas, orang ni cakap kena turun bawah buat camtu camni. turun bawah, orang ni cakap camni camtu. kalau korang, korang panas tak? last2 sekali, sy 'mengamuk' kat OSC tu. mata banyak tertancap pada sy. mengamuk yang sy maksudkan kat sini bukanlah maki ke apa. just 'ter'cakap kuat dan 'ter'tarik perhatian ramai orang sahaja. orang tu ada suruh isi borang. sy cari2 tak jumpa. then abang tu cari kat tempat akak sorang ni. jaga kaunter jugak. sy tiap kali tanya mesti kat kak tu. tup2, borang yang sy cari tu ada betul2 kat laci akak yang sy tanya tu. boley tak ? penat sy naik turun dok tanya yangni yangtu ikut arahan yangni yangtu tengok2? oh my Allah,istighfar panjang je la sy hari tu. senyum pengubat duka lara. huk3.

bagaimana pulak kelas lepasni? just wait and see ^^

_ E N D _

No comments:

Post a Comment