:: Syukran Kathir! ^^ ::

Saturday, May 7, 2011

+ ala gaya model +

assalamualaikum..

seisi warga KUIS dikejutkan dengan berita 'panas'. masa hari pendaftaran, lepas ambik borang kena pi jumpa mentor ambik pengesahan then baru lah prosedur seterusnya boleh dijalankan. motif? mungkin nak berkenal-kenalan dengan lebih rapat mungkin? fikiran sy takdapat nak merungkai jawapan kepada persoalan ni. baca komen student2 KUIS kat FB semua macam STRESS jek. bagi sapa2 yang dah 'lupa' siapa mentor dia boleh pi check kat portal. ni nak bukak laman web KUIS itu sendiri pun tak boleh. nak bukak portal lagi lah jauh panggang dari api * erk, betul ke sy guna dalam situasi ni. keh3 sistem yang dibina sepatutnya memudahkan lagi student2 tapi ini? sudah sebaliknya lah nampaknya. ye, mungkin ada kebaikan dan ada sebab munasabah pihak atasan buat macamtu kan? khusnu zhon . dalam hati dah macam gunung berapi nak meletup dah. semoga Allah memberikan kami kesabaran yang tinggi tika mendaftar. amin!

ok, tutup cerita yang amat tak best ni. kita cerita pasal lain pulak. ^^

baru2 ni teman mama pi buat facial kat KMPP. dan ada salah seorang customer mama tu mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel + keletah! memang geram tengok dia. lari sana sini. anisha namanya.

: mak dia tengah dok facial. anaknya ? anisha pon nak make up jugak. pakai bedak compact mak dia. hebat kan anisha? nampaknya besar nanti bergaya sakan lah ye. haha. :

: ergh, tertarik2 pulak tudung sy! tak pe la . peace jugak.^^ haha :

: memang pandai posing depan kamera. pernah tengok model gayakan baju tak ? hah, macam tu lah anisha kalau duduk berdiri depan cermin. kecik jek baru dah pandai posing2 ye anisha sayang. memang sungguh terhibur ! :

harapan nak makan cendol di kepala batas nampaknya terpaksa dibatalkan kerana masa yang tak bertenageee ye tuan2 puan2. ada satu stall kat pekan kepala batas depan masjid, ada jual cendol sedap sangat! dia stall kecik jek. tak da lah besar sangat. tapi memang superb! jum pakat ramai2 singgah sana! :)

bisik senyap kuat : masa pi beli barang2 sy baru2 ni, lalu tempat basikal mainan. mama suruh sy kawen cepat2 . haha. comellah mama ni. mama tak sabar nak ada cucu ek. * alamak, sy pulak yg malu. kita merancang dan Allah menentukan. semoga apa yang dirancang tu dapat dilaksanakan. kan mama? kita doa sama2 banyak2 k? semoga Allah permudahkan kedua2 belah pihak. * erk, apa sy cakap ni? FULLSTOP~

_ E N D _

No comments:

Post a Comment