:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, May 27, 2011

+ jum pi Seoul Garden ! +

assalamualaikum...

21hb yang lepas, ada destinasi best yang sy pegi. best ke? ish, mesti la best, sebab tu nak kongsi kat sini. ^^

minggu lepas sy bertemu dengan 2 sahabat yang pernah menjadi sahabat karib sy dahulu. dah bertahun tak jumpa. setelah beberapa kali rancang tak jadi rancang tak jadi, akhirnya sabtu lepas pun jadi. sebenarnya sy terpaksa batalkan saat2 akhir. tapi setelah 'disogok dan dibelasah' dengan kata2 manis 'BELANJA', mau tak mau, sy pun pi lah. ish3, takmalu betul kan hazirah ni? =p

2 sahabat itu ialah nur 'atiqah dan muhammad alif. atiq sahabat baik ketika di sekolah menengah dulu dan alif sahabat sekerja selama 3 bulan di hospital dulu. bagi makanan kat patient. alif ni se wad dengan sy iaitu wad 12 kat hospital besar penang dulu. kalau sy shift pagi dia shift petang dan sebaliknya lah. la ni mereka berdua ni belajar kat sg buloh. ambik nursing. =)

berjumpa di KL sentral dan lepas tu naik lrt p turun mana ntah. yang pasti destinasi utama kami ialah Seoul Garden, Kerinchi. sy lebih banyak berdiam diri daripada berkata-kata. haha. apa boleh buat, lama tak jumpa kan, so agak kaku ye di situ. =p

SG mula dibuka pada pukul 12 - 3 pm. satu kepala dalam rm 30. berbaloi baloi lah pegi sana. rasa macam makan kat korea pon ada. bila sy tengok cara makan dia terus sy terbayang drama korea my girlfriend is a gumiho. BASHTA! haha. cute! air of course ada. antara makanan2 yang ada kat situ, buah-buahan, jelly, agar2, jeruk * eh, kenapa macam pelik je? betol ke nama makanan tu jeruk? erm, let it be =p , cendol, eskrem yang lazat lagi berkrim, sayur2 yang makan dengan thousand island tuh, daging2 + ayam + ikan + sepah + udang yang disalut dengan 'rempah'2 yang berbeza. sedap sangat! almaklumlah tak pernah makan kan. jadi agak 'jakun' ye di situ. =p jangan risau, dijamin halal. kalau setakat cerita je tak best lah kan? jum layan gambar! ^^

: ni adalah rakan se roommate.....kepada alif. suap menyuap tolong menolong kasih mengasih* erk? dun misunderstood ok, ini adalah akibat excited menggunakan ayat2 yang takbetul salah silap merupakan 'trademark' mereka. kalau tak silap mereka sebilik 2tahun lebih dah. thats why mereka rapat. sem ini merupakan sem akhir mereka. sambil makan2 tu mereka2 banyak sembang pasal praktikal mereka. dan banyak2 term2 yang tak pernah sy dengar. ye, term perubatan. penyakit2. sy sebagai pelajar degree syariah law hanya mampu nun nga alif nun nga alif mendengar mereka discuss2 tentang bidang kerja mereka. salute lah sama korang! * sambil tabik spring tanpa nurse, tak adalah guru atau tanpa guru, tiadalah nurse? mana satu betul? mereka ada argue pasal persolan ni. haha. masing2 saling memerlukan ye dop? ^^ :

: eskrem 3 rasa. strawberi + keladi + choc + jagung yang ada creamer ntah tak pasti patut panggil apa + kacang. ini adalah resepi sy. eh, atiq punya resipi sebenarnya. sy tukang ciplak jek. really2 delicious! tambah sy memang suka eskrem. memang extreme lah ! :

: pinggan2 ni semua semua pinggan sy. percaya? haha. over ye kalau semua ni pinggan sy. haha. time makan boleh ambik banyak mana pun yang kita suka. jadi kalau dah kat sana tu jangan malu2 kucing siput kura2 untuk ambik makanan k. kalau tak, rugi! "jangan sampai sy hilang sabar guna chopstick ni" haha. ini adalah statement orang yang dah naik fed up makan guna chopstick. siapa gerangannya? saya lah. =p :

: pintu masuk :

: hah, ini la yang sy kata macam dalam cerita korea tu. tengah tu tomyam. :

: pandangan hadapan Seoul Garden :

: ye, inilah sahabat2 sy yang gorgeous lagi bijak lagi pandai lagi cun lagi hensem lagi meletup lagi terhangat di pasaran. terima kasih kome sudi jadi sahabat hazirah ^^ semoga Allah sentiasa permudahkan segala yang kalian lakukan. amin ~ :

: usai makan dan solat. destinasi seterusnya... nampak macam kat mana? jalan tar ^^ sy sekali lagi 'jakun' kerana taktipu dan takbohong inilah pertama kali sy menjejakkan kaki ke jalan tar. seriously. jalan2 macam tak putus jek pasarnya. memang banyak sungguh barang jualannya. ^^ jalan2 then sampailah sogo. ^^ :

: kecik kan ? haha. 'ter'tangkap gambar melihat ke'kecik'kan buah ini =p :

selesai jalan di sogo, kami pun pulang lah membawa bersama kenangan manis yang kami cipta pada hari itu. terima kasih sahabat2 kerana masih tidak melupakan hazirah. terima kasih sahabat kerana belanja sy. nanti orang belanja balik k? ^^ dan tahniah juga diucapkan kepada muhammad alif kerana berjaya menurunkan berat badan yang agak banyak . nanti kalau dapat kerja kat kelantan, semoga cepat2 bertemu bakal bini k. kenyet2~ =p

jum ramai2 pi Seoul Garden ! =)

p/s : balik2 jalan2 baru nak bagitau mama sy keluar haritu dengan atiq dan alif. dush3!

_ E N D _

No comments:

Post a Comment