:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, July 8, 2011

+ jalan2 lubuk merbau +

assalamualaikum..

malam semalam ingat nak tulis satu entry. malangnya sy telah gugur di atas katil. keletihan...malam sebelumnya, i really can' sleep. dunno why. bila bangun paginya tu mata pun macam panda lah. letih bebeno ghasenya! rumusan : tidur lewat bangun awal = badan letih, mata mengantuk.

ok, semalam sy ikut mama jalan2 cari makan. * rekaan semata. teman mama pegi buat demo dekat felda lubuk merbau. perjalanan pagi tu di'start' kan dengan menghantar abah pi kerja. then, pi sunshine beli bahan untuk demo iaitu perencah maggi nasi beriyani dan kubis. mama dalam kereta dan sy tukang beli. ouh, sy menghadapi masalah untuk mencari bahan2 tersebut. nak cepat kan, jadi mata and kaki ni asyik tersasar pi tempat lain. dah jumpa-ambil-beli- bayar, naik kereta dan vrooom! cadang nak singgah restoran kayu untuk breakfast. tapi masa terlalu cemburu dengan kitorang, jadinya tak sempatlah.huk3. ambil makcik faridah dan 2 orang anaknya dan kami pun bertolak. felda lubuk merbau merupakan kampung makcik faridah.

dan bermulalah episod kekenyangan .............
* makan nasi 2 kali
* makan durian banyak2 lepas gian punya lama dok mengidam
* dan? erm


: dalam perjalanan ke felda lubuk merbau. very the nice view. subhanallah! :

: buai laju2.. gayat lah! adik xgayat ke? :

: ini budak nama.....errm, tak ingat lah. kecik + comel + tak tahu duduk diam :

: anak mak cik faridah yang bongsu. teramat putih. comel! :

: saat yang ditunggu2 :

: perasan tak kereta depan tu orang2nya buat apa? berani mati :

kat kedah musim buah kot la ni. sebab on the way balik tu banyak sungguh gerai jual durian. macam2 lah. alhamdulillah, makan jugak durian. bila cakap pasal durian, teringat bibik dulu2. time kitorang beli and bawa masuk durian dalam rumah, tetiba dengar kat toilet belakang someone muntah2 dengan agak dahsyat. hahaha. kesian bibik. bila munculnya durian dalam rumah, minyak cap kapak sentiasa di sisi. bila teringat balik kelakar pulak. lusa sy dah balik KUIS 'tercinta'. buku tak sentuh langsung. teruknyaaaaaaa.

p/s : hati sakit . sakit hati. sakit sangat2 hati. apa boleh buat kan? sangat benci keadaan ni. amat tak suka when someone really2 blame us on what we've done. ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan ! * sambil nangis


_ E N D _

2 comments:

  1. bukan setakat kedah ja...ghasenye suma tgh hot ngn durian...selamat mamam durian lah ye buat sume peggemor durian...(saya nengok aje.;p)

    ReplyDelete
  2. just linked this article on my facebook account. it’s a very interesting article for all.

    Merbau Decking

    ReplyDelete