:: Syukran Kathir! ^^ ::

Monday, July 4, 2011

+ masakan pertama setelah sekian lama......+

assalamualaikum..

satu, dua, tiga.. harini merupakan hari ketiga sy di rumah. cuti sem selama seminggu telah bermula. buka sem balik, berlambak khojenya kena anta. esaimen, presentation....alaaaa, bukan student namanya kalau tak de semua ni kan? betul tak? kuat semangat!

kisah semalam..

abah beli ikan, kerang,sayur dan beberapa bahan mentah yang lain untuk dijadikan lauk utk dinner kami. time tengah kat dapur, mama dah sentuh ikan gelama yang kena siang. tapi......

saya : mama, mama! nanti! kakak nak siang! dah lama tak siang ikan!

haha. mengada kan sy? dah lama duduk kuis, jadi dah lama tak merasa siang ikan lah. n harini, masakan pertama sy selepas goreng ikan je semalam : ikan masak sambal.


this is one of my favourite. sebenarnya semua samballah sy minat. tak kiralah masak apa pun. especially yang pedas2. bashta! ^^ try n error. pasti akan lalui pelbagai kesusahan sebelum kejayaan itu tiba. sy nak guna sentence ni dalam masakan jugak :P. mula2 tak sedap, banyak kali buat, pasti akan sedap. :) nama pun manusia kan?

sabtu lepas, perjalanan yang sememangnya panjang. mula naik ktm utk ke rawang dari bangi jam 11. sampai rawang dalam 12.30 lebih. 'sekejap' kan? tersengguk2 sy dalam tren tuh. eh, bukan setakat tersengguk jek, siap tertidur sekali. baik punya. sekeliling sy tak kisah memandangkan batu 10 tan dah ada atas mata mintak dikatup. dah sampai ktm rawang, tunggu sekejap2 n my beloved family pun mai. dalam kereta on the way pi bukit beruntong, tidur lagi. sebelum tu lupa nak bagitau, kami nak pi bkt beruntung sebab ada kenduri. seperti yang diceritakan oleh adik bawah sy iaitu kakak anggun, Nabilah . ^^

tadi terbaca status fb pakcik jalil iaitu bapa kepada abg hakim, bapa mertua kepada kak shafa, sahabat parents sy ..
"Alhamdulillah dah selesai majlis kenduri anak kami Abdul Hakim & Nur Shafawati, ramai tetamu melahirkan rasa puas MAKAN dengan "Konsep Medan Selera" yang pertama kali kami adakan di Bukit Beruntung, 11 jenis gerai kesemuanya habis makanan mengikut jadual. Jumlah kehadiran adalah approx 2500 pax. Wow! puas & lega."

mabruk pakcik jalil n makcik zaimah utk perkahwinan anak sulung kalian! ^^ sy pun anak sulung. macamana nanti ek? errrr.....
sy akui, walimah yg sy hadiri kalini sememangnya berbeza. konsep yang berbeza. mungkin dah pernah ada kat tempat lain. tak kisahlah. tapi sy nak bagitau yang ini adalah pertama kali bagi sy. simple but very nice and beautiful! mungkin sebab tema warnanya adalah turqoise sekali kot? haha. meriah tu takpayah nak cakap lah kan. anak buah pakcik jalil a.k.a downline nya dah berapa ribu. campur yang lain sekali. konsep medan selera? ye, memang tepat. ada 11 gerai yang antaranya menyediakan kuey teow goreng dari penang, nasi ayam, putu piring, cendol, sate, yong tau fu dan apa ntah lagi. tak sempat nak 'catit' semua. :P seriously semua sedap sangat. tak rugi sy berlapar dari pagi sebab nak ' balun ' makanan kat kenduri. * teruknya ! :P

tup2, pengantin yang ditunggu pun sampai. wah, kak shafa! dah lama tak jumpa! dekat AP dulu, masa sy form 2 dia form 5. jadi sempat jugaklah kami kenal sebab dalam 'company' yang sama. ^^sempat lah jugak sembang sekejap dengan kak shafa n bergambar. kak shafa tetap peramah n murah sangat dengan senyuman! memang pasangan yang sepadan. ^^ barakallahulakuma~
kak shafa, senior. adik kak shafa, syafiqah, junior di AP. subhanallah, dunia memang kecil!

currently im watching nora elena. adaptasi daripada novel. alaa, takkan korang tak tahu kot kan cerita ni. sy tahu, korang dah habis tengok lama dah kan..... shhh! sy baru nak layan ep 12. :P hehe.
___________________________________________________________
munakahat : eh , hazirah najmuddin, bila kamu nak sentuh sy ni?
sy : errr...............

alamak, bukak sem ni ada midterm munakahat. sentuh? macamana nak sentuh sedangkan pandang tengok lihat pun tidak. keh3. baik jek duduk dalam beg. alamak , nak tengok perabes nora elena dulu. boleh tak munakahat? hehe.

sebelum mengakhiri sesi 'temuramah' kita, sy nak bagitau ada drama korea baru. best punya!

::HEARTSTRINGS ::
sila tekan gambar untuk 'tumbesaran yang lebih sihat + bertenaga'.

pernah tengok you're beautiful? yang pernah ditayangkan di TV. tapi guna nama lain, he's beautiful bila tayang kat TV. barisan pelakon dalam cerita ni :

hero dalam cerita ni :yong hwa, CN Blue. sape ni? dia berlakon jadik shin woo a.k.a pelindung tetap Go Mi Nam dalam you're beautiful.
heroin : park shin hye as Go Mi Nam dalam you're beautiful.

antara pelakon fav sy! teruja + excited + suka + ermm..... apa lagi ek? apa2 la! :P
paling tak disangka, ada min hyuk dalam cerita ni jugak. sy suka group CN Blue, dan salah seorang ahli dalam group tu yang berlakon dalam cerita ni selain yonghwa ialah minhyuk. pemain drum dalam CN Blue. comel sangat laaaaaa. aigooo2. tak pernah tengok dia berlakon dalam mana2 cerita pun. adakah ini drama pertamanya? ermmmm........

sepertinya sudah terlalu panjanglah sy mengarang 'essay suka-suki' ni kan? opss, terlebih sudah!

k,la. jum layan nora elena nak? ~_^

_ E N D _

No comments:

Post a Comment