:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, July 21, 2011

+ sem yang berpenghujung +

assalamualaikum..

tumpang laptop member jap. eh, kenal tak siapa jejaka kat sebelah ni? haha. ni yang nak gelak ni. ni adik sy lah. tetiba sy nampak dalam gambar ni dia 'macam' handsome'. haha. abdul munir namanya. baru lepas baca entry baru dia. gelak je kerjanya baca entry dia pasal cameron highland yang dia pergi baru2 ni. ok2, contoh ayat :

"Nak ambik air sembahyang sangat terkejut . Rasa macam air watercooler ja . XD"

"Ketika itu , baru saya sedar betapa nikmatnya panas itu !"

ini adalah antara ayat2nya. agak 'comel' bagi sy. erk, boleh ke panggil comel macamtu? errr....haha. apa2lah kaaannnn.^^

kalau nak baca lebih lanjut, ni link blog adik lelaki sy ni..abdul munir. kadang2 kitorang adik beradik termasuk mamanya sekali gelar munir ni PMS. haha. tahu kan PMS tu ape? hahaha. yela, kadang2 dia bad mood bukan main. kalah kakak2 dia. munir2. :P balik rumah sebelum2 ni tinggi sy paras bawah telinganya. baru2 ni balik cuti pertengahan sem sy hanya paras bahunya. adakah sy makin merendah? apekah? oh, tidak! mustahil ok. haha. adik tunggal lelaki sy ni dah makin meninggi., baru form 4. ish3.
ok, adik2 sy semuanya ada blog masing2 kecuali adik perempuan yang ketiga. bila tengok2 baca2 balik, tak sangka dah besar2 adik sy. sy ni pun dah bertambah2 besar dah ni haa. makan taktau nak control!grrrr! dan bila baca2 jenguk2 blog mereka juga membuatkan sy rasa masa berlalu begitu pantas. dan mereka2 semakin matang dalam kehidupan. * yang kakak sulung depa ni taktahulaaa. ish3 :P . hope mereka2 membesar menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan yang berlandaskan syariat Allah. amin~

dari minggu lepas sampai lah semalam terasa macam sesak sangat. alhamdulillah harini rasa kurang walaupun kerja masih bertimbun. sem yang kian menghampiri pengakhirannya membuatkan semakin banyak kerja yang menunggu masa utk disiapkan. paling tak boleh lupa hari selasa lepas. menangis macam nak rak punya tension. semuanya sebab subjek munakahat. ye, ustaznya agak strict. setiap lecturer ada caranya masing2. dan kita sebagai student kena ikot flow lecturer. nanti tak dapat markah pulak kang. apa kisahnya sampai group sy nangis2 bagai nak rak ni? :) takpelah. benda dah lepas dan dah jadi pun, tak boleh nak buat apa2 dah. tadi dalam kelas pentadbiran undang-undang islam, sy baru sedar sy ni student law. selama ni tak sedarkah hazirah? dah sem 3 ni baru nak rasa? haha, no comment for that. :P subjek ni banyak kena cari kes. dan sudah semestinyalah perlu mencari kes tersebut di library. kalau kat internet ke takdelah kan. huk3. then kitorang perlu menjawab soalan tutor yang diberikan oleh lecturer kesayangan kami bagi subjek tersebut. dan satu soalan tutor melibatkan fakta kes semualah. kadang2 satu kes tu punya banyak lah muka surat. tak sampai separuh dah boleh tidur sekejap. *OVER! haha. bak kata lecturer, baca kes tu biarlah sampai habis. dari mula m/s sampai akhir. jangan tinggal walau sehelai sebaris! * alamak, macam faham2 jek kan puan ni.:P

tak sampai seminggu dah nak puasa. ahlan wa sahlan shahru ramadan~^^ dah bulan puasa nak kena beli tiket bas awal2. insyaAllah, akan bertolak pulang dengan adik sy afiqah. kebetulan cuti kitorang mula sama. :)

next week ada dinner. memang julung kali diadakan. antara salah seorang sahabat sy beritahu, salah satu tujuan dinner ni untuk memperkenalkan 1st batch asasian. kitoranglah tu * sambil tutup2 muka :P haha. mesti nak kena pi. dan ini merupakan satu gathering utk batch kitorang. dah lama dah masing2 berpecah2. jadi malam tu dapatlah jumpa semula. nak kata jejak kasih boleh tak? haha.

ok, i need to take a nap for a while. satgi kelas usul fiqh kang..haaa.. tak dapat nak nolong mata ni kang haaa...haha. ok, got to go..

p/s : hujung minggu ni banyak sungguh aktiviti . minggu depan pun sama. sempena menyambut kedatangan ramadan mubarak. ^^

_ E N D _

No comments:

Post a Comment