:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, July 21, 2011

+ tangan2 jari2 sila ber'perangai' baik ok +

assalamualaikum..

harini sampai bilik balik dari kelas lepas azan maghrib berkumandang. tak tahu pulak lepas kelas usul fiqh petang tadi ada sesi fotografi dengan kelas. aduhai.....dahla tudung sy sesungguhnya amatlah 'bertenaga'. huh! tidak mengapalah. tudung, walaupun awak tak menepati kehendak sy harini, namun sy amat berterima kasih kepada awak sebab awak tak buat hal sangat. ^^ * macam orang gila cakap.hahaha perut oh perut, mengapa rancak sangat lagu ni? oh, perut sabarlah. alhamdulillah, perutni sekarang sudah diisi. rezeki Allah bagi. ^^

tadi dalam kelas usul fiqh, kami bincang tentang tajuk yang akan masuk midterm exam next week. ustaz, kami sayang ustaz sebab ustaz baik sangat bagitaw apa yang masuk! * hipokrit kah? errr..mana ada! ikhlas ni! fullstop! teringat ustaz bagitaw, under tajuk hukum taklifi , " wajib masuk, makruh dan haram tinggalkan. jangan buat" ustaz! apeni?! haha. berderai tawa satu kelas. ustaz ni sememangnya terkenal dengan sifatnya yang suka melawak. memang ustaz ni sangat sporting! amat suka. ^^jadi minggu depan ada >>>>>

: exam? ada tak exam? yeah, ada! tiada keraguan di situ! :

: jangan lah study sampai macamni. sy? haha. maaflah ,sememangnya sy kadangkala tergolong dalam 'spesies' ni. especially kalau bangun pukul '4 pagi'. dah bangun ni depan meja study. buku pun dah bukak dan sy mulalah menghafal. taklama lepas tu. tak sampai setengah jam, sy akan terasa macam tengah hapai atas angin. haha. paham dak? :P pup3, tetiba terasa kepala elok je tersadai atas something yang lembut. tetiba dah sampai pulak alam mimpi. huk3.maafla buku, awak tak cukup perhatian dan kasih sayang daripada sy. maaf sangat2! :P

: kadangkala ada student yang belajar sampai tak tidur. sanggup kan? minum kafein sebagai penahan tidur. kalau selalu buat memanglah badan 'krem' terus. memang tak mengantuk tapi badan akan terasa lemah sangat. kesimpulan, lepasni silalah minum kafein banyak2 :P oh, sy pun kadangkala tergolong dalam 'spesies'ni lah!tapi tak adala sampai tak tidur. cuma time tidur akan diiringi oleh hafalan2 dalam kepala. sememangnya tidur sy takkan lena! korang pun mesti sama kan? ^^ :

: adakah? :

: buat nota. ye, kena buat nota. student law sememangnya banyak yang kena hapai. jadi silalah buat nota. memudahkan. terpulanglah. setiap pelajar ada cara tersendiri untuk belajar :

ok,lah. simpulan dan ikatan ni nak kena siapkan sebelum sabtu. tangan2ku jari2ku, silalah berlaku baik ye. dengar cakap sy ok. silalah melukis dengan baik dan cantik. terima kasih atas kerjasama kalian ^^

_ E N D _

No comments:

Post a Comment