:: Syukran Kathir! ^^ ::

Wednesday, March 16, 2011

+ Pulau Aman +

assalamualaikum..

haha..apesal gelak tetibe ni ? hahaha..gelak dan gelak lagi..sebenarnya dah lama nak tulis entri ni..tambah semalam..lagila..sampai suku dah menulis..takpa2, baru suku bukan setengah kan..=p
mood menulis memang dah high dah tapi bila tengah2 alam kita dok kalih pi tengok fesbuklah tengok youtube lah, habis hilang mood nak menulis menaip..maka, tak jadilah satu entri pun semalam..jadi kenangan saja..keh3..

sebenarnya nak coret mencoret bukan mencarut ~ astaghfirullah ~ pasal kami sefamily pegi Pulau Aman..wah, memang excited habislah kami seberadik! ~ seberadik? mana mai ni? ~ ye la, dah lama tak pegi makan angin sama2 macam tu kami sekeluarga..memanglah ada je sebelum ni tapi tetiba cancel..ada hal yang tak dapat dielakkan..alhamdulillah kali ni, biiznillah, kami dapat jugak!

kalau nak pegi P.Aman ni ada 2 cara..eh, 2 cara?bukan2..lebih tepatnya 2 jeti..sama ada jeti di Batu Maung ( sebelah pulau..ambil masa 45 minit ) atau Batu Kawan ( sebelah seberang..30 minit )..
: sejiwa tapi tak sehati ~ ayat orang tak betul ~ :

: best couple abadan abada..ila al-jannah! amin ya rabbal 'alamin :

: kami naik bot ni tapi bukan bot ni..~ argh, ayat orang tak betul lagi..sepatutnya cakapla camni kan..kami naik bot 'macam' ni tapi bukan yang ni ~ :

: " Pulau Aman! we're coming to you! do you hear us?? " kah3.. ini adalah hiperbola semata..jeti di atas adalah jeti Pu.. eh2 bukan2..jeti Batu Kawan :

setelah bot sampai, kami pun naiklah dengan hati yang gumbira..opss! bukan semua..adalah sorang ni takbolehviewnamasebenar langkah kaki masuk bot dengan minyak cap kapak bukan kayu siap di tangan..keh3..saya? ouh, saya excited sangat..s.u.k.a.l.a.u.t!

: kami + takbolehviewnamasebenar atas bot yang terumbang ambing ala-ala atas buaian :

dalam masa tak sampai 20 minit ~ mama saya cakap ~ kami pun sampai ~ kata 30 minit..tipu2! saya nak duduk atas bot lama2..tak puas sekejap2..=p ~

: alhamdulillah..Allah permudahkan..sampai sudah..:) :

jalan2 dan tibalah kami di satu erm, actual word apa ek..erm, macam jungle trekking je rasanya..haha..tak rancang dan tak tahu pun sebenarnya jalan tu ke mana..dah masuk2 berjungle trekking pulak ye..keh3..bersama beg tangan tercintanya yang paling takbolehblah..haha..hebat2! bukan senang nak dapat moment macamni dengan family..terasa bertuah pulak..sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa memberi kesempatan kepada kami untuk beriadah bersama..syukran lillah!

: abah, iyah dan iqah mendahului..saya lambat..tangan tak boleh nak stop tekan 'capture'..kalaulah DSLR ada di tangan, fuh..... :

: rumah hantu ~ rekaan semata ~ :

: kami menghampiri penghujung..ingatkan boleh je keliling pulau tapi kat hujung tu ada kena naik bukit menghalang kami yang memakai pakaian yang 'amat sesuai' ni..keh3.. :


rasanya ni lah jambatan kedua yang kat Penang depa nak bina..ingatkan tak jalan projeknya..dah nampak baru tahu..=,=' ~ memang tak up-to-date langsung! ish3 =p ~

mahap lah ye..kecik bebenO ghasenya..kamera phone je..itupun phone cikai2 je..macamana nak buat? beli DSLR! ~ ceh! tapi memang teringin pun tapi setakat minat2 camtu je..^^ ~ ataupun beli phone baru yang lebih besar MP kamera dia..~ ala, cakap je lah hazirah, kamu nak phone baru..kan3?? ~ =,='



ok2..stop bersandiwara di sini..

dah sampai 'penghujung dunia', kami pun patah balik..perut lapar! jadi inilah destinasi kami seterusnya..

: aksi paling ngeri di dunia..haha :

: our next destination : restoran terapung..lunch time ! :

1st dish : nasi goreng udang sehingga menjilat jari + air limau ais
: 5 ekor udang + air dia memang thumbs up !
2nd dish : ketam yang di steam ( fresh2 baru tangkap dari laut then terus steam..amat sedap! )
3rd 'dish' : air kelapa pandan ( sedap2 )

: ini air kelapa pandan saya..memang dia packing dalam bentuk macam ni siap2..terkial-kial saya nak bukanya..adoyai! :

: ketam steam :

: mama saya yang cantik + anggun + jelita :

lepas makan perut kenyang, say what? alhamdulillah ^^

time tu matahari dah mencanak tinggi..jalan2 teroka2 lihat2 pandang2 sekitar situ..nampak s.board menuju ke telaga emas jadi jalanlah kaki2 ini ke sana..^^

jalan2 pandang2 ternampak ni pulak
.
.
.
.
.
.
.
.

: "assalamualaikum pakcik..pakcik hensemlah harini" ~ceh! =,='~
ini adalah tempat kami membeli cendol..bukan baru lepas makan ke? haha.. panas mungkin menyebabkan kami nampak cendol itu amat yummy..ternyata 'indah khabar dari rupa' tidak sesuai digunakan dalam situasi kami kerana sememangnya cendol itu bukan sekadar nampak sedap, memang sedap sungguh! cendol dia yang hijau2 tu depa buat sendiri..wah, patutlah sedap! semoga pakcik sekeluarga berjaya ye masa akan datang! terima kasih adik2 ( yang bancuh cendol untuk kami ) untuk cendol yang superb! :

kami meneruskan ekpedisi kami..moment2 macam ni membuatkan saya terkenang zaman sekolah rendah dan zaman sekolah menengah time pergi kem dan perkhemahan..^^

: tersadai kami berkelah sebentar di sini :

: emasnya telaga :

eh, mana telaga emasnya? haha..kami sempat tengok signboard telaga emas je..telaga emasnya tak tersampailah pulak..keh3..ala, tengok signboard pun jadilah kan..=p

lepas tu kami balik....sekian..............

ey, tak habis lagilah episod pengembaraan kami..then kami patah balik pegi jeti mau balik penang sudah..tapi kan..tapi kan..

berlaku satu peristiwa..melibatkan saya kah?

makcik x : "dulu time kakak pegi Pulau Aman darjah 6 dulu kakak tidur kat sekolah ni lah mama.."~ dengan nada yang penuh keterujaan ~ ( sambil berpaling ke belakang kunun2 nak tunjukkanlah sekolah tu yang sememangnya ada tak berapa nak dekat di belakang tu..dengan confidentnya nak tunjuk kat mama saya! tup2 rupa2nya ada 2 lelaki kat belakang saya! untuk men'cover' malu yang agak tebal, saya terus berpaling ke hadapan dan berjalan dengan pantas..)

kebetulan adik lelaki saya, munir ada di sebelah saya..dia melihat saya dengan seribu tanda tanya..mesti dalam kepala dia fikir, " eh, kakak ni cakap dengan siapa..mama kan jauh kat belakang lagi..hahahahahahaha" =,='

aduhai........

kat jeti sebelum naik bot, sempatlah mama beli ikan masin ikan gelama masin...dan kami pun bertolak menaiki bot dan pulang ke rumah..

syukran lillah kerana meminjamkan kami kesempatan ini untuk menikmati alam ciptaan-Mu Ya Rabb..

p/s : lepasni jum2 kita meramaikan Pulau Aman dengan pelawat..tak rugi mai sana..^^

_ E N D _

1 comment:

  1. fuyooo~gi pulau aman. . .
    last pegi sne tyme kiter pegi dolu2 time primary skul la. . .pas tue tgk dlm tv je la~heeee. . .

    ReplyDelete