:: Syukran Kathir! ^^ ::

Wednesday, March 23, 2011

+ SPM +


assalamualaikum..

hari yang penuh mendebarkan buat pelajar2 yang nak ambil keputusan SPM pada hari ni..saya turut terkena tempiasnya disebabkan adik saya yang ketiga..kakak dia yang lebih2 pulak kan? haha..

walau apa pun, mabruk wa alfu mabruk diucapkan kepada Afiqah binti Najmuddin di atas keputusan kamu yang baik..dapat berapa? biarlah rahsia.. * dah tanya boleh tak nak cakap result dia..tapi jawapan yang diberi hanya 'tak taw'..jadi terpaksalah saya diam jek kan? ^^ *

suasana di SMKA (P) Almashoor agak 'panas' ye ketika kami baru sampai..biasala, jumpa kawan2 yang ramai dah lama tak jumpa..terasa macam reunion pulak lah..saya lihat situasi ni sperti melihat saya 3 tahun lepas..^^

jarum jam melepasi angka 10, 10.30...dalam hati rasa macam nak terkeluar dah jantung ni * kan saya dah cakap,saya over kan? kah3..macam saya yang nak ambik result..haha..saya tak kesa..ni jantung hati saya..dah dia nak berdebar macamtu,ape saya boleh buat kan? =P *

akhirnya nak dekat pukul 11 baru lah bermula 'ceremony'nya..dimulai dengan ucapan pengetua,statistik keputusan dan seterusnya diikuti dengan pelajar yang mendapat 7A ke atas..tangan seram sejuk macam ketul ais ..suasana agak gamat bila diumumkan nama2 berkenaan..kawan dapat keputusan baik, siapa tak teruja kan? mereka teruja dalam resah menanti keputusan masing2..fuh! sabokan aje~ tangisan kegembiraan menghiasi wajah2 polos mereka..saya ni bukan boleh sangat tengok orang sedih2 ni..saya pun nak turut serta jugak..bergenang2 dah airmta ni sbenarnya tetapi disebabkan takda sebab saya nak nanges, saya tahan airmata ni gak daripada gugur..* hah, tengok..over lagik..keh3*

time iqah ambil keputusan, merah2 muka dia..menangis mungkin? haha..tak pastilah..saya tak bermata empat ketika tu..=,='

then sebelum ceremony tu,ada la salam dengan ustazah che maznah, penolong kanan HEM tak silap..dia tanya saya ambil kos apa? saya jawablah..degree syariah law..dibalas dengan katanya saya nak jadi lawyer..erm, boleh je ustazah..'loyer buruk' bolehlah ustazah..=p

seramai 7 orang dapat 11A..10A 3 orang..jumlah yang dapat 7A ke atas seramai 32 orang..meningkat daripada tahun lepas..ada sorang yang dapat straight A..10 A+ dan 1A ..tahniah Masmunirah * wakil hafazan AP ^^ *

what should we say? ALHAMDULILLAH~ ^^

mungkin ada sesetengah ibubapa yang meletakkan harapan yang tinggi buat anak2 mereka..namun setelah keputusan keluar, keputusan tidak mencapai had yang mereka kehendaki..high expectation akan menyebabkan si anak tertekan walaupun keputusan yang mereka dapat agak baik..hancur hati si anak..ya, senyuman yang bermain di wajah si anak namun hati siapa yang tahu?senyuman untuk tidakmenyusahkan hati parents masing2..si anak memberitahu si ayah/si ibu keputusan mereka yang dikira agak baik, namun jika perkataan pertama yang keluar ialah "agak kecewa" ..apa korang rasa?

bagi saya mungkin agak tidak 'bertenaga'..iye, bolehlah cakap macamtu but at least compliment for their good result at first maybe better..praise them..nampaklah kita menghargai keputusan mereka walaupun tak mencapai target yang mereka kehendaki..anak2 dah berusaha sedaya mereka tapi mereka tetap dapat keputusan camtu, apa boleh buat kan? seharusnya kita bersyukur..bukannya saya nak mengutuk atau menghina ke apa..tapi ini hanya pendapat saya..pendapat daripada seorang yang masih mentah dalam kehidupan berbanding ibu2 bapa2 yang sudah mempunyai anak ramai..perspektif setiap orang adalah berbeza and im saying just as my opinion..mungkin ada yang tak setuju dengan saya..

kemudian membandingkan keputusan anak dengan anak orang lain dengan mengatakan keputusan anak sendiri terok..ye, TERUK.. sambil mereka terus puji memuji anak orang lain dengan pujian melambung dengan tone suara yang agak kagum..sedangkan keputusannya itu bolehlah dikatakan agak baik walaupun taklah straight A..anak ada di sebelah mendengar apa yang dikatakan..boleh kan diganti dengan ayat yang lebih manis yang lebih sedap didengar ? at least wujudkan rasa penghargaan ke atas anak..biar mereka rasa dihargai walaupun secebis..perasaan si anak yang dah terluka apabila melihat wajah ibu bapanya yang kecewa dengan keputusannya bertambah berdarah apabila mendengar perkataan2, ayat2 daripada ibu bapa seperti menyalahkannya dengan mengungkit perkara2 lepas..namun apa si anak mampu buat? hanya diam sambil diiringi hati yang luka berdarah tak berhenti dan menangis dalam hati..

tawakkal dan bersyukur...ya, SYUKUR..




bersyukur..mungkin Allah tak tibakan kita pelangi pada harini..tapi, janji Allah itu pasti..^^
kita kurang berjaya pada harini..pasti ada 'sesuatu' yang lebih baik menanti kita pada masa akan datang..kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa berdoa dan pada masa yang sama berusaha..sentiasa sematkan dalam hati innallah ma'ana..^^ tak best lah kan nak menyalahkan perkara2 lain sedangkan kita pun masih terumbang-ambing * dush3, kena kat saya balik * peringatan buat diri ini jugak.. saya tak salahkan ibu bapa seperti yang saya mention kat atas tadi..mungkin bi'ah mereka semasa membesar menjadikan mereka bercakap sebegitu..

adik2ku..sahabat2ku..marilah kita menanamkan sifat syukur terhadap apa yang kita ada sekarang..kita fikir keadaan kita dah cukup teruk, tapi ada lagi yang lagi teruk daripada kita..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..sabar itu separuh daripada iman..ye, saya akan cuba memperbaiki diri ini jugak..mungkin perit..tetapi setiap apa yang perit ke jalan-Nya pasti ada 'sesuatu' yang baik menunggu di hadapan..jika tak di dunia, di akhirat pasti..=) sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..wallahualam..=)

p/s : cerita berkenaan ibu bapa tadi tidaklah berkaitan dengan sesiapa..^^

_ E N D _

No comments:

Post a Comment