:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, January 29, 2012

+ ikan bakar yang, yang, yang.... +

assalamualaikum..

semalam online FB tetibe plup! cik munirah najmuddin a.k.a iyah mai menyapa kakaknya yang ayu ni. hah, nin dia >> ( sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat dan bertenaga ! )



see? saja nak bagi jeles. huk2. dalam kepala ni dok terbayang2 ikan bakaq kat teluk tempoyak. lama dah tak makan sana. tak ingat dah last bila pi.

dah selesai men'jeles'kan sy di bahagian chat. tetiba ternampak status ni pulak. haha. iyah2. selamat berdating ok! ^^ nanti kakak dengan iqah balik, kita semua dating sefamily pulak ok! rinduuuuuuu~

jum tengok cuci mata teluk tempoyak tu macam mana! hehe. :) diimport daripada uncle google. thanx uncle! ^^





done! ^^

ok,lah. sampai sini je k. nak sambung study pulak. please pray for me and my friends ok. :) syukran kathir~

_ E N D _

Saturday, January 28, 2012

+ koko power rangers +

assalamualaikum..

harini hari sabtu. bermaksud hari koko sedunia lah bagi kelab kembara & rekreasi. hehe.

harini buat water confident,

harini main kayak.

harini bermain air.

harini dapat praktik kayak.

harini dapat cuci mata. erk? * tembakan meriam dilepaskan kepada ku! istighfar banyak2 hazirah. hehe. orang buang tebiat macam ni lah. :p

aktiviti nak dekat pukul 10 baru start. bikin panas di hati gua. gua mana ni? gua musang? gua kelam? haha. dah2. haha. ok, jum meneruskan sesi cerita bercerita! :P

bagi sapa2 yang dah buat water confident pada sesi lepas, boleh proceed terus ke kayak. saya lah antara orangnya tu. sapa2 yang tak buat w.confident lagi, silalah ye. tak dapatlah ampa kayak lagi. bagi chance kat kitorang dulu ok! ^^

coach bagi muslimin dulu. memang 'panas' lah kitorang muslimat kat tepi tasik tu. wuwuwu~ panas dari pelbagai aspek. haha. tak pa lah. sabar :)

apa2pun, tetap dapat berkayak jugak harini. seronok2! muka ni agak sunburn jugak. tak pa lah. nanti ok lah tu. ^^ sunburn itu handsome! 8)

ok, lah nex week midterm kontrak & admin pulak. isnin dan selasa. wish me luck ok sahabat2. syukran :)
: this is called 'rafting'. :

: water confident. tangan sapa tu? but certainly not me. tengah snap pic. :P :

p/s : hey2, orang rumah di batu maung especially nabilah! sila masak sedap2 ok! kami nak balik ni. kebuloq nak makan cik nabilah yang anggun punya masakan. keh3.


_ E N D _

+ SEOUL GARDEN jom! +

assalamualaikum.

ni nak sambung cerita untuk entry sebelum ni. yang hanya mampu berbicara melalui gambar akibat panahan kemengantukan yang amat 'dahsyat' *ok, hiperbola melampau. ;p

ambik kereta dalam pukul 10.45am. walaupun bukannya nak keluar pagi tu jugak tapi tetap ambik awal sebab orangnya nak keluar ke mana ntah. jadi, ambik awal. done! pastu huda nak pi ambik baucer nak naik kereta tu pi OSC. tapi nampaknya amatlah tidak bertenaga pabila alarm kereta non stop 'menjerit'. lepastu kan...lepastu kan....eh, perlu ke cerita pasal ni? :p eh, taknak2.

usai solat zohor sy dan huda bergerak ke kereta menuju ke UPM to fetch abang muhd a.k.a my cousin a.k.a 'like' my own brother. :) memang dah janji dengan dia nak belanja seoul garden. sebelum ni dia pernah belanja 'makan besar' jugak . jadi sy pun belanja 'makan besar' balik . :) *fair sudah. hehe.

sesampainya kami di UPM, driver bertukar wajah. hehe. seoul garden yang kami nak pi tu bertempat di puchong. IOI Mall. kat sini ada 3 je SG. satu di One Utama, Kerinchi ( biasa pegi sekali. kawan belanja. ada dalam entry yang lepas :) ) dan IOI Mall. tak semua negeri ada SG ni. tapi penang ada! kat gurney plaza. hehe. masih tak berkesempatan pergi lagi. nanti2 lah ye.

ok, perjalanan diteruskan bawah pemanduan berhemah abg muhd. * sila kembang ye 'adik' . ;p mula2 ada lah silap tempat jugak. TER pergi resort dia. pulakkkk. hehe. at last sampai jugak. sesampainya kami di IOI. memang tak nampak macam mall. tapi dalam ye. panjang! banyak cina. terasa macam kami je melayu kat situ.haha sangatlah tipu kan. ;p

IOI Mall ada 2 extension. i mean they have 2 sections. old and new part. so, SG that we want to go situated in new part. takdak hala tuju jugak awal2 tu sebab memang panjang and its our 1st time. huk3. search tanya uncle google akhirnya ketemu jugak. syukur!

teruja di awalnya sebab hajat tercapai jugak. hehe. kami pilih pakej student punya. murah sikit. memandangkan kami datang dalam nak dekat pukul 4. jadi memang tinggal set dinner lah. a little bit expensive. pakej student, murahlah sikit kan. :) ada banyak pilihan macam biasa. sumbat je lah. memang tengah lapar betul time tu sebab memang 'simpan' perut untuk mai makan kat sini. hehe. abg muhd, our deal done ok! ^^ huda pulak dok bising sebab nak kena makan pakai chopstick. 'tak reti, tak reti! ' haha. kami hanya mampu tertawa. 1st time kan, haruslah begitu. gagal akan diiringi kejayaan. keh3. tetiba pulak kan cakap camni. haha.

abg muhd nak ke KLIA. mengiringi sahabat tersayang pergi stay terus dah di sarawak. lepas dah 'selesai'kan apa2 yang kena selesaikan di IOI, kami pun vroom2 ke KLIA! abg muhd stop di masjid sultan abdul samad yang dekat2 area sebelum nak sampai KLIA je. kawan dia mai ambik kat masjid tu. sebabnya dia takut kitorang hilang arah. erk, hilang arah apa kemendanya ni hazirah hang dok merapu? bukan2. ayat silap sat. dia takut kami tak tau jalan nak balik kuis. solat2 then mau pulang. tetiba terubah fikiran nak singgah nilai jap makan Tutti Frutti.

erk? tak kenyang lagi kah? kenyang memang kenyang tapi tak pernah makan kan? jum2 pergi jugak sementara masa masih ada ni. ampa tau kan tutti frutti? eskrem daripada yogurt. tapi seriously red velvet sangat meruntun jiwa dan raga! huda yang tolong ambikkan semua tu. sy hanya nganga tanpa membiarkan lalat masuk ke dalam mulut. * ayat orang tak betol lagi! dush3.
dah usai ambik eskrem, tiba masa untuk tauk macam2 kat eskrem kitorang tu. boh laici, cip choc macam2 jenis, choc hershey * tetiba hilang ingatan nak eja macam mana.huk3 , caramel. kat kaunter orang tu akan timbang then harga akan ditentukan berdasarkan berat eskrem tu. dan menikmatilah kami selepas itu. hehe.

pegi masuk giant nilai sebelah tu pulak. beli sedikit barang keperluanuntuk adik tersayang di USIM. sebab nak balik kuis mesti lalu hostel dia. jadi singgah sat. singgah solat sekali. hah, lagi satu! guard dia sangat bertenaga! seriously tak macam guard kuis! ops~ apa sy cakap ni? *pengsan

sampai kuis dalam pukul 8 lebih. sebenarnya tujuan nak kuar tu nak pergi kilang beryls punya choc and nak beli tiket bas sekali. mau pulang penang next week. tapi macam tak sempat pulak. huk2. baru nak borong choc kat beryls tu nak bawa balik rumah. bagi family cheq rasa. tak pa lah. lain kali kalau ada rezeki ok? :) tiket bas pulak nanti abg muhd tolong belikan. syukran kathir again to you encik muhammad 'uthman! nanti nak mai sini hantar tiket bas jangan lupa bawa choc beryls sekali ok? boleh? *dush3 meninggalkan lebam yang amat berbisa. :p

thats all! ^^

_ E N D _

+ gambar je lah mampuuuu +

assalamualaikum..

sehari bersama tazah huda ke.........eh, tak tertaip pulak kitorang pi mana. mata macam dah nak juling2 je. gambar je la dulu camtu k? :)







_ E N D _

Tuesday, January 24, 2012

+ jatuh tersungkur.....lagi +

ya Khaliq, aku hampir tersungkur lagi.
ujian ini terlalu berat bagiku.
namun harusku semat ketat2 dalam diri bahawa ujian ini sebagai tanda betapa sayangnya Kau kepadaku.
hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini.
lapangkan dadaku, tunjukkanlah aku jalan yang terbaik dan permudahkanlah.
aku hanya ingin hidup dalam keredhaanMu ~
astaghfirullahal'azim~

Sunday, January 22, 2012

+ sesat yang makin menghantui +

assalamualaikum..

tajuk entry ntah apa2 kan? haha. no comment. :P

hah, ambil kau hazirah. sekali post entry macam hape dah haa. haha. idea mencurah2. 'terpaksa' lah karang taip jugak. nanti bila dah mula mood tak ada, akan ditinggalkan lagi blog cik hazirah ni. nanti lagi mulalah sawang sana sini. jum karang taip tulis selagi mampu! :P* formula apa ni? haha.

jumaat lepas pergi mines. hajat di hati nak beli barang keperluan sikit. nak beli BB. bukan 'berry2' punya fon tapi broadband. decided U Mobile punya. done ! hard disk pulak....err. tak jadi beli kat situ. sebab harga terlebih 'memberangsangkan'. ^^

yang keluar sekali adalah 2 sahabat sy. diani dan dety. sampai2 mines, solat dan makan dulu. lepastu baru start carik barang. tak lupa jugak abg muhd pun turut serta sekali. *macam ayat ucapan pulak. keh3. adala beberapa 'godaan' untuk membeli barang2 yang berunsur kemahuan. tapi lepas 'tampar diri sendiri dengan kuat', maka sy pun tersedar dan 'meneruskan perjalanan'. * ada yang tak tersedar jugak sebenarnya. tapi tak pelah. dah 'ter'beli. satu je pun. ^^

rupa2nya episod sesat kami bukan setakat hari khamis tu je. hari jumaat pun masih memunculkan diri. bukan setakat muncul je malah semakin menonjolkan diri siap lagi. haha. kalini lagi panjang sesatnya. haha. tak pelah. sempat jugak sampai kuis on time. :P

tengah on fb tup2 terjumpa 'cerita' kat bawah ni. jum 'telek'! ^^ sila klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat + bertenaga~ ^^




be strong hazirah! ^^ ( al-Baqarah : 286 ) ^^

ok, next week, ada midterm. 2 subjek. undang2 keluarga dan fiqh al-mirath. mirath tu yang macam nak...nak...cabut rumput satu2 ni. macam nak...nak.... panjat pokok kelapa ni. ya Allah, hazirah oii, apa sejadahnya semua ni.? anda ok kah? sy tak berapa nak ok sebenarnya. mengantuk dan tak study lagi. dah tau macamtu dok tercangak depan lappy lagi ni kenapa? *mengong sat. haha. ops, sila hentikan drama yang tak bermutu rendah ni. :P

ok, lah. esaimen tak siap lagi. study pun tak lagi. preparation utk presentation admin and kontrak pun belum lagi. sangat2 bertenage kan? wow! * sambil lompat 'kegirangan' dan terus pengsan. hazirah, jum pulun betul2! wake up please~ hayya2!~ ^^

_ E N D _

+ tersilap naik ter dan ter +

assalamualaikum..

ni entry transformasi. entry di pagi buta hari. entry di hari ahad. entry dari cik hazirah.:P

khamis lepas habis jawab midterm petang tu terus balik. ngantok beno rasanya. ingat nak sambung tidur * ergh, teroknya . lepas asar pulak tu. memang sangat tidak sihat ye tuan2 dan puan2. then tetiba huda, my rumate ajak teman dia pi pudu. dia balik malam. 'kedah mali'. kawan yang katanya nak teman dia sekali tak jadi pi. jadi time tu yang tengah mengantuk terus terasa segar. tak pernah pi pudu yang versi baru punya. jadi agak teruja lah di situ. *sangat jakun! apa lagi, sy pun terus setuju. lagipun risau dia sorang kan. call lagi sorang mau ajak. terajak diani. hamdallah, dia pun mau join. dapatlah teman sy balik nanti. ^^

gerak pukul 6 macamtu. dalam perjalanan ke sana, 'something' bad happenend. not to others but that person was me! lepas dah jadi tu, rasa macam nak balik terus pun ada. tapi bila ingat balik dah sampai separuh jalan, rasa macam tak patut pulak. takpelah, buat2 confident jek k hazirah. * dalam hati rasa nak larik nyorok belakang dinding jek. haha.

'se'sampainya kami kat situ sy macam..."whoa!" sambil mulut nganga macam tak boleh nak katup. * pengsan malu :p haha. ni kali kedua pi. 1st pi time lama lagi. tak tukar baru lagi. pi makan sat. sebelum tu pi solat dulu. 'jakun' jugak bila ada mesin basuh kat tempat wudhu'.haha. ok2, kacamata sy baru pi ambik petang tu. jadi adalah sesi bergambar bersama 'kekasih' baru lepas habis makan tu. diani yang tangkapkan gambo. dan inilah hasilnya. >>>

: 1st tengok macam tak kenal. terasa sangat lain muka cheq ni haa. ni hazirah ke?haha. :

: sangat terserlah dark circle sy. ni muka tak cukup tidur. seriously sangat tak cukup tidur. lain kan pakai spek dan tak pakai spek? haha. tapi gambar ni macam ge*** lah. ish3. :

then saya letak kat wall FB dan tag family sy. konon nak tunjuk spek baru lah kan. tapi tengok apa adik sy yang teramat nakal ni buat. terpana ternganga terkejut ter ter ter semua ada lah. tengok2. ~huk2.

: adik2 sy yang anggun bergaya gorgeous lagi bijak bestari * doa ni.hehe. hai la. ampa ni takdak kheja. komplot depa dua la ni. yela, munirah cuti. kat rumah je. nabilah pun sama cuti. USM kan. :

ada lagi >

: see. DP sy pun tak bubuh gambo tu. haha. nabilah dgn iyah ni laaa. bertuahlah ampa ada kakak besaq yang 'cute' ( la sangat :P. sesekali angkat bakul sendiri. takpe kan? keh3. dush3! )

haha. itulah kisahnya. :p

balik dari pudu tu boleh pulak tersilap naik lrt. bukan sekali tapi sepertinya 2 kali lah kannn. haha. apa lah nasib. takpa2 lepas ni mesti takkan buat dah. belajar daripada kesilapan itu harus! ^^ sampai di ktm bangi, one of my classmate ambil. thanx a lot kak dila! :)

_ E N D _

Saturday, January 21, 2012

+ midterm yang sangat hensem! +

assalamualaikum..

akhirnya! setelah sekian lama nak menaip mengarang kat sini. haha. * jakun.

nak cerita pasal midterm yang dah lepas. midterm hari selasa dan khamis. selasa = fiqh muamalat & khamis = usul al-fiqh.

seperti biasa study macam hazirah study lah kan. macamane tu sebenarnya? haha. just ignore k. :p malam examnya. exam tak macam exam. haha. nak taw kenapa? sebab boleh bincang. haaa, itu yang kita nak dengar sangat tu. keh3. ustaz cakap boleh bincang tapi tak boleh bukak buku. HARAM. haha. sebelum ustaz sampai, kitorang pun bincanglah apa yang patut yang tak paham apa semua kan. ustaz sampai agak lewat. 8.30 lebih baru sampai. sampai2 dengan muka letih. kesian ustaz. kami 'semangat' nak jawab midterm ni ustaz! (la sangat kan ! :P ) dalam dok bincang-bincang discuss- discuss sambil buat 'nasi lemak', sempat jugaklah tangkap gambo. ish3. memang bergambo sakanlah. tak taw pasaipa. haha. >>>

: awanis & hazirah. awanis, DP kat FB awak cantiklah! i've fallen in love with .......erk, apeni? * mengong sat.tudung hijau tu pulak hazirah versi 'kecik'. hehe. tekun mengulangkaji sementara masih ada masa! hayya2! :P :

: ni huda. owner blog muamalat. tukang perbaik apa semua lah. adik huda ni comellah! nak ngorat boleh? ish3. *apeni? baiah tak solehah sungguh :p huda lah yang tukang tangkap gambo semua ni. suka benO lah adik huda ni ! hehe. :

: ni kerja huda jugak. terasa seperti di snap oleh someone. memang instinct saya betul. haha. tepat pada masanya pulak tu terpandang kamera. :p muka saya sunburn! bahana koko sebelum tu. boleh tak nak buat macam tak kenal diri sendiri? *motif? :P :

lepas jawab midterm terus check. alhamdulillah, i got the highest! * highest yang tak berapa boleh nak dibanggakan lah jugak. tetap nak pulun cakap jugak! haha. tak tau malu betoi. keh3. lepastu kelas pun habis. and its our last class for fiqh al-muamalat in this sem! lepasni dah tak ada kelas selasa malam. *senyum ke telinga:P

seterusnya midterm usul al-fiqh 2 pulak. sesungguhnya sangatlah banyak mahu dihafal. usul fiqh 1 = ok. usul fiqh 2 = *juling2 mata dah pikiaq. haha. dah hafal sampailah sebelum ustaz bagi kertas nak dijawab. tetiba ustaz cakap boleh rujuk buku. erk, apeni??? ustaz!! *pengsan .

this week done with 2 exams! next week pulak. * pinar2 balik mata. :p

_ D O N E _

Sunday, January 15, 2012

+ kayak tak jadi pulakkk +


assalamualaikum..

pagi yang indah menghiasi mood saya pada pagi ni. syukran lillah, masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat yang Allah berikan, ^^

harini bangun agak awal lagi. dah biasa bangun awal. erk, yeke? haha. tak pasti nak update pasal apa sebenarnya. erm, semalam ada koko. katanya nak kayak. dah pergi tengok tak kayak pun. agak keciwaa di situ. ada masalah apa ntah. tapelaaa, tak ada rezeki lagi. huk3. pastu kitorang kena pegi dekat dengan menara flying fox seberang tasik belah sana.
gambar sebelah ni diambil time dah habis koko. cantik tak? :) semalam koko buat LDK je. senaraikan anatomi2 kayak dan paddle kayak & isyarat2nya. memang tak ingatlah kann. haha. ape lagi. carik fon, tanya pacik google. dapat la jugak. tak senonoh kan? ish3. :P


atas ni gambar time kelas fiqh muamalat. kelas malam, muka pun dah tak berapa nak bertenagalah. jadi untuk menaikkan mood haruslah bergambar bersama classmate2 yang cun melecun sangat lagi gorgeous bijak pandai belaka ni. peluang tak boleh dilepaskan? haha. * orang tak betul da. :p malam tu ustaz masuk lambat pulak. 'bising' lah sat kelas tu. bila tibanya waktu pembentangan pulak, pembentangnya memanglah sangat2 bertenaga. lain daripada yang sebelum2nya! :) * tengah senyum lebar sampai ke telinga sambil thumbs up tinggi sebab nak tunjuk muka puas hati sangat2 :P

ok2, cukuplah sampai sini. nak siap2 pi usrah. satgi naqibah nak mai ambik. ^^ selamat pulang bagi sapa2 yang pulang ke kampung halaman harini ! semoga Allah permudahkan perjalanan, insyaAllah~

_ E N D _

Wednesday, January 11, 2012

+ kelas yang 'lain'! +

assalamualaikum..

harini hari rabu. esok khamis. erk, sebenarnya nak cerita apa ni? haha.

semalam malam ada kelas fiqh muamalat. sangat bertenaga ok! beberapa minggu sebelum ni kelas hanya presentation je. faham2 lah presentation kan. a little bit boring jugak kadang2. tambah malam pulak tu. tambah lagi 3 jam kelas dari pukul 8 sampai 11. memang krem otak den ni haa. tapi semalam tersangatlah berbeza dari scene sebelum2 ni. siap ada video lagi. teruja ! :p * macam tak pernah tengok video kan? haha. ustaz siap panggil ustazah pilihan lagi untuk classmate saya yang pi bentang tu. kira macam kami dapat tazkirah free pun ada jugak. takpa2, ilmu jugak kan? ^^ tapi malam tadi memang tak sempat mengantuk lah! kerja nak tergelak je memanjang. saya ni kan 'naughty' sikit. dush3!

tadi pagi dapat message dari kuis kena pi BPM pi sign invois MARA. mata kelip kelap tengok "MARA" tu. dalam hati ? haha. no comment.

next week banyak midterm dan tak lupa juga presentation yang menggamit minda dan sanubari. hujung minggu ni memang nak kena pulun perabih jugak. kalau tak? memang tak sedialah nak jawab mid termnya. saya ni kan pelajar 'pintar'. jadi usaha perlu berganda-ganda. kan2?

4 & 5hb februari! tarikh 'keramat'. hehe. guess2. ok2, saya bagitau. pada tarikh berkenaan, MUS a.k.a moving up seminar untuk group rumpun mesra amway akan berlangsung. setelah sekian lama, kami 3 beradik tak ikut sekali. maksudnya macam kami tak duduk sederet 3 dalam dewan tu la. tetiba rasa teruja! haha. jadi 3hb tu akan balik dengan iqah naik bad kat ktm kl. dan saya kata tarikh keramat sebab kalini saya bawa prospek. bukan seorang tapi 2 orang. * ada kisah lagi di sebaliknya. tapi cikuplah. shhh~ :p

30 jan 2012 : Dream High 2 * hati berbunga riang

_ E N D _