rini aku nak kongsi tentang sjenis penyakit iaitu "talasemia"..bab ni aku ade blajar tyme form 5 for my bio subject..aku tringat dulu masa sekolah rendah,aku selalu xsihat..then,mama bawa aku pgi hospital..kena la stay untuk brape hari ntah..xlama pon sebab juz waiting 4 my blood's result..from that i noe dat my blood was different from others..tyme form 4 plak,ade ujian saringan darah untuk talasemia kat sekolah..after a few days,ade la student kena pggil pgi pjabat..sume yang kena panggil tu ialah thalassemia carrier..antranya ialah aku..pk hem ade bagi surat kat ktorang,katanya kena pgi pusat kesihatan(wif mama kot..igt2 lupa dAa~~) ..di sana,aku dberi keterangan..aku ni jnis t.carrier yg mn..over all,sume ok..alhamdulillah..then,org tu suro my other siblings pgi cek darah gak..juz wanna noe,sp g carrier..tp smpai skrg,x cek2 lg..since stat msok kuis ni,kdg2 aku slalu rs rase lemah badan n rs my heart pump da blood so hard all over my body ..dat tyme aku akan peluh sejuk n rs nak baring jek..jalan pon nnti mcm pening2 lalat jek..hehe..untuk hilangkannya,aku makan ..nanti hilangla sikit..mama said to me,aku xckup darah..huhu..actually klau carrier no nid to worry k..klau major tu yg kena byk worry..
kat sini,aku nak kongsi srba sedikit tentang talasemia ni..penting sangat untuk kita sume tawu..
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk. Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksijen akang mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga n bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.
Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl. Mereka yang mengidap Talasemia mempunyai kelebihan melawan penyakit Malaria.
Jenis TalasemiaTerdapat dua jenis Talasemia iaitu:
- Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mepunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa
- Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunya baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia
Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa keadaan berikut boleh berlaku;
- 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Talasemia
- 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa
- 25% kemungkinan anak mereka adalah normal
(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)
Mari kita lihat contoh 3 pasangan yang berlainan:1. Kedua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
2. Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal.
Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
3. Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko.
Kedua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ?Thalasemia trait?, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal dari kedua ibu bapa dan ianya bebas dari penyakit tersebut.
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
- Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
- Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
- Anemia yang serius bisa menyebabkan sulit bernafas
- Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
- Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
- Pesakit perlu menjalani suntikan darah berterusan setiap bulan.
- Suntikan darah berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati, jantung, dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut.
- Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine.
- Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga.
Saringan Talasemia
Saringan ujian darah untuk Talasemia boleh dijalankan di semua klinik dan hospital, sama ada kerajaan atau swasta. Jalanilah ujian darah tersebut untuk mengetahui status penyakit anda. Pesakit Talasemia memerlukan transfusi darah setiap bulan. Tanpa rawatan yang sempurna, beberapa komplikasi boleh berlaku dan lazimnya mereka akan meninggal dunia di usia remaja.
sumber : wikipedia
tuntasnya,for a carrier lyke me,i cannot donate my blood n i must find husband yg free dari talasemia whether minor or major in da future..for my child's own good sake nanti..oleh itu, sebagai rakyat Malaysia marilah bersama-sama membantu meringankan beban mereka sama ada dari fizikal dan mental..xde pihak yang wajar dipersalahkan..sekurang-kurangnya memberi mereka kekuatan untuk terus hidup bersama insan lain yg normal..
No comments:
Post a Comment