:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, December 9, 2011

+ jual beli salam +

assalamualaikum..

'perutusan' ni ditujukan khas untuk huda, my classmate. ^^

Jual Beli Salam. ( fiqh al-muamalat )

Takrif :

Bahasa = mendahulukan.

Istilah = jualbeli salam ialah jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf.

Jual beli salam adalah salah satu jenis kontrak jual beli yang dibenarkan. Ia dibenarkan disebabkan ia dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tak wujud.

Kesahihan menurut syarak.

Kontrak jual beli salam ialah kontrak yang diberikan pengecualian kerana jual barangan yang tidak wujud. Seperti yang kita tahu, menjual barangan yang tidak wujud adalah tidak sah. Namun jual beli salam ini diberikan pengecualian kerana manusia memerlukan jual beli seperti ini.

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda : ”” Sesiapa yang ingin berjual beli salaf ( salam ), maka hendaklah dia berjualbeli salaf ( salam ) dengan sukatan yang dimaklumi dan timbangan yang dimaklumi sehingga tempoh yang dimaklumi.”

Rukun & Syarat

Terdapat 4 syarat di dalam jual beli salam:

Rukun pertama: Pihak yang mengikat kontrak ( Pembeli dan penjual )

- pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Dalam istilah Arab dikenali sebagai muslim.

- penerima ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan ataupun dikenali sebagai muslam ’alaih.

Kedua-dua pihak ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan kepada pembeli dan penjual dalam kontrak jual beli iaitu baligh, berakal, sukarela dan sebagainya.

Cuma di sini tidak dikenakan syarat boleh melihat. Oleh itu, orang buta sah melakukan jual beli salam tetapi tidak boleh melakukan jual beli seperti yang telah kita maklumi. Ini adalah kerana dalam jual beli disyaratkan kedua-dua pihak melihat barangan yang dijual sementara dalam jual beli salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja. Jadi, sifat-sifat ini boleh diketahui dengan cara mendengar. Sementara ketika menerima pula, orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan wujudnya sifat-sifat yang dinyatakan.

Rukun kedua: Sighah kontrak

= iaitu penawaran( ijab ) dan persetujuan (qabul ).

Contohnya pemilik modal berkata :

Saya dahulukan 1000 dinar ini untuk mendapatkan 100 helai baju yang sifat-sifatnya seperti berikut.

Sementara penerima pula berkata :

Saya setuju atau saya terima pembayaran yang didahulukan ini atau sighah yang seumpamanya.

Penawaran dan persetujuan ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi sighah kontrak jual beli biasa seperti mesti berada dalam satu tempat, wujud persamaan antara penawaran dengan persetujuan dan sebagainya. Terdapat syarat tambahan iaitu sighah tersebut mestilah menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah juka menggunakan lafaz yang lain.

Selain itu, kontrak ini juga disyaratkan tidak mengandungi sebarang khiyar syarat. Maksudnya ialah kontrak tersebut mestilah kontrak penuh kerana khiyar syarat hanya dibenarkan bagi kontrak jual beli biasa sahaja. Ia tidak boleh disamakan dengan jual beli yang lain. Dengan itu, khiyar syarat di sini kekal dengan hukum asalnya iaitu tidak dibenarkan.

Disyaratkan dalam jual beli salam, modal perlu diberikan dalam majlis kontrak. Sedangkan jika khiyar syarat wujud dalam kontrak ini, perkara ini boleh menghalang maksud tersebut. Ini kerana khiyar syarat menghalang penerimaan modal daripada memperoleh hak penuh terhadap modal tersebut. Penerimaan modal tersebut mungkin hanya sekadar bayangan sahaja dan ini akan menyebabkan kedua-dua pihak berpisah sebelum kontrak tersebut sempurna dimeterai. Ini tidak dibenarkan. Dengan ini kontrak jual beli salam yang membabitkan syarat khiyar dianggap tidak sah.

Bagi khiyar majlis pula boleh diadakan dalam kontrak jual beli salam kerana khiyar tersebut tamat apabila kedua-dua pihak terpisah. Dengan itu, perpisahan kedua-dua pihak menandakan sempurnanya kontrak itu. Jadi tidak wujud sebarang percanggahan antara khiyar majlis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam jual beli salam.

Rukun ketiga: Modal.

Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. Beberapa syarat telah ditetapkan:

1) Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Contohnya bayaran yang dibuat sebanyak RM 100 atau 5000 dolar. Jika bayaran yang dibuat menggunakan barangan yang boleh disukat atau ditimbang seperti gandum, gula atau sebagainya, jumlah sukatan dan timbangan perlu dinyatakan. Comtohnya 1000 cupak atau seribu kati. Disyaratkan juga kualiti barangan perlu dinyatakan.

Jika bayaran tersebut boleh dilihat, contohnya pembeli membayar seguni gandum bagi mendapatkan barangan tertentu atau pembeli menggunakan dirham, pembeli disyaratkan untuk menyatakan jumlah bayaran tersebut tetapi tidak perlu menyebut sifat, jenis dan spesifikasi barangan kerana boleh diganti dengan penglihatan. Jadi ia hanya sekadar percakapan tanpa keterangan yang terperinci.

2) penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.

Jika penyerahan ini tidak terjadi, bermakna tidak wujudlah kontrak jual beli salam. Dan kerana ini, ia berubah kepada menjual hutang dengan hutang yang tidak dibenarkan.

Tidak disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki. Jika modal itu dipindahkan daripada pihak ketiga yang berhutang dengan pembeli, supaya dibayar kepada penjual, maka ia tidak sah. Ini kerana pemindahan hutang tidak termasuk dalam kategori menerima.

Rukun keempat: Barangan yang ditempah.

= iaitu barangan yang dijual di dalam kontrak. Penjual berjanji untuk menyerahkannya kepada pembeli. Sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan. Beberapa syarat telah ditetapkan:

1) Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifatnya.

Yang ditempah hendaklah mengikut kehendak pembeli sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan. Barangan yang ditempah itu juga boleh dibezakan dengan jenis-jenis lain yang seumpama dengannya atau hanya wujud perbezaan kecil yang diambil ringan oleh manusia biasanya.

Dalilnya: ” Yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa RA katanya: Dahulu kami melaksanakan jual beli salam iaitu pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar untuk mendapatkan gandum, barli, kismis dan tamar”

Semua barangan yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah barangan yang boleh dinyatakan spesifikasinya.

Barangan lain yang tidak dinyatakan di sini boleh diqiaskan dengan barangan yang disebutkan. Sama ada barangan tersebut telah lama wujud atau baru kini wujud atau akan wujud pada masa akan datang. Selagimana barangan tersebut menepati diri-ciri yang dinyatakan. Ia boleh dinyatakan spesifikasinya walaupun tidaklah seratus peratus.

2 comments: