:: Syukran Kathir! ^^ ::

Monday, July 4, 2011

+ masakan pertama setelah sekian lama......+

assalamualaikum..

satu, dua, tiga.. harini merupakan hari ketiga sy di rumah. cuti sem selama seminggu telah bermula. buka sem balik, berlambak khojenya kena anta. esaimen, presentation....alaaaa, bukan student namanya kalau tak de semua ni kan? betul tak? kuat semangat!

kisah semalam..

abah beli ikan, kerang,sayur dan beberapa bahan mentah yang lain untuk dijadikan lauk utk dinner kami. time tengah kat dapur, mama dah sentuh ikan gelama yang kena siang. tapi......

saya : mama, mama! nanti! kakak nak siang! dah lama tak siang ikan!

haha. mengada kan sy? dah lama duduk kuis, jadi dah lama tak merasa siang ikan lah. n harini, masakan pertama sy selepas goreng ikan je semalam : ikan masak sambal.


this is one of my favourite. sebenarnya semua samballah sy minat. tak kiralah masak apa pun. especially yang pedas2. bashta! ^^ try n error. pasti akan lalui pelbagai kesusahan sebelum kejayaan itu tiba. sy nak guna sentence ni dalam masakan jugak :P. mula2 tak sedap, banyak kali buat, pasti akan sedap. :) nama pun manusia kan?

sabtu lepas, perjalanan yang sememangnya panjang. mula naik ktm utk ke rawang dari bangi jam 11. sampai rawang dalam 12.30 lebih. 'sekejap' kan? tersengguk2 sy dalam tren tuh. eh, bukan setakat tersengguk jek, siap tertidur sekali. baik punya. sekeliling sy tak kisah memandangkan batu 10 tan dah ada atas mata mintak dikatup. dah sampai ktm rawang, tunggu sekejap2 n my beloved family pun mai. dalam kereta on the way pi bukit beruntong, tidur lagi. sebelum tu lupa nak bagitau, kami nak pi bkt beruntung sebab ada kenduri. seperti yang diceritakan oleh adik bawah sy iaitu kakak anggun, Nabilah . ^^

tadi terbaca status fb pakcik jalil iaitu bapa kepada abg hakim, bapa mertua kepada kak shafa, sahabat parents sy ..
"Alhamdulillah dah selesai majlis kenduri anak kami Abdul Hakim & Nur Shafawati, ramai tetamu melahirkan rasa puas MAKAN dengan "Konsep Medan Selera" yang pertama kali kami adakan di Bukit Beruntung, 11 jenis gerai kesemuanya habis makanan mengikut jadual. Jumlah kehadiran adalah approx 2500 pax. Wow! puas & lega."

mabruk pakcik jalil n makcik zaimah utk perkahwinan anak sulung kalian! ^^ sy pun anak sulung. macamana nanti ek? errrr.....
sy akui, walimah yg sy hadiri kalini sememangnya berbeza. konsep yang berbeza. mungkin dah pernah ada kat tempat lain. tak kisahlah. tapi sy nak bagitau yang ini adalah pertama kali bagi sy. simple but very nice and beautiful! mungkin sebab tema warnanya adalah turqoise sekali kot? haha. meriah tu takpayah nak cakap lah kan. anak buah pakcik jalil a.k.a downline nya dah berapa ribu. campur yang lain sekali. konsep medan selera? ye, memang tepat. ada 11 gerai yang antaranya menyediakan kuey teow goreng dari penang, nasi ayam, putu piring, cendol, sate, yong tau fu dan apa ntah lagi. tak sempat nak 'catit' semua. :P seriously semua sedap sangat. tak rugi sy berlapar dari pagi sebab nak ' balun ' makanan kat kenduri. * teruknya ! :P

tup2, pengantin yang ditunggu pun sampai. wah, kak shafa! dah lama tak jumpa! dekat AP dulu, masa sy form 2 dia form 5. jadi sempat jugaklah kami kenal sebab dalam 'company' yang sama. ^^sempat lah jugak sembang sekejap dengan kak shafa n bergambar. kak shafa tetap peramah n murah sangat dengan senyuman! memang pasangan yang sepadan. ^^ barakallahulakuma~
kak shafa, senior. adik kak shafa, syafiqah, junior di AP. subhanallah, dunia memang kecil!

currently im watching nora elena. adaptasi daripada novel. alaa, takkan korang tak tahu kot kan cerita ni. sy tahu, korang dah habis tengok lama dah kan..... shhh! sy baru nak layan ep 12. :P hehe.
___________________________________________________________
munakahat : eh , hazirah najmuddin, bila kamu nak sentuh sy ni?
sy : errr...............

alamak, bukak sem ni ada midterm munakahat. sentuh? macamana nak sentuh sedangkan pandang tengok lihat pun tidak. keh3. baik jek duduk dalam beg. alamak , nak tengok perabes nora elena dulu. boleh tak munakahat? hehe.

sebelum mengakhiri sesi 'temuramah' kita, sy nak bagitau ada drama korea baru. best punya!

::HEARTSTRINGS ::
sila tekan gambar untuk 'tumbesaran yang lebih sihat + bertenaga'.

pernah tengok you're beautiful? yang pernah ditayangkan di TV. tapi guna nama lain, he's beautiful bila tayang kat TV. barisan pelakon dalam cerita ni :

hero dalam cerita ni :yong hwa, CN Blue. sape ni? dia berlakon jadik shin woo a.k.a pelindung tetap Go Mi Nam dalam you're beautiful.
heroin : park shin hye as Go Mi Nam dalam you're beautiful.

antara pelakon fav sy! teruja + excited + suka + ermm..... apa lagi ek? apa2 la! :P
paling tak disangka, ada min hyuk dalam cerita ni jugak. sy suka group CN Blue, dan salah seorang ahli dalam group tu yang berlakon dalam cerita ni selain yonghwa ialah minhyuk. pemain drum dalam CN Blue. comel sangat laaaaaa. aigooo2. tak pernah tengok dia berlakon dalam mana2 cerita pun. adakah ini drama pertamanya? ermmmm........

sepertinya sudah terlalu panjanglah sy mengarang 'essay suka-suki' ni kan? opss, terlebih sudah!

k,la. jum layan nora elena nak? ~_^

_ E N D _

Tuesday, June 28, 2011

+ new life +

assalamualaikum..

pagi tadi papan kekunci dah sentuh tapi terpaksa membatalkan hasrat sebab 'take home test' biup ( subjek undang-undang perlembgaan persekutan ) tak siap lagi. jap2, take home test? ye, anda tak salah eja and baca pon. perlu dihantar pada pukul satu. jadi bertungkus lumus lah sy siapkannya sebelum terlambat. hehe. al-makanya dah siap, tibalah masa untuk biui pulak . ni subjek undang-undang pentadbiran islam .pulaaaaaak. nak kena 'touch-up' sikit esaimen. tapi sebelum tu nak berkarya kat blog den jap. ^^

minggu ni merupakan minggu yang paling busy pernah sy alami dalam sem ni. penuh dengan kerja. adalah menjerit jap. sebab ada orang cakap menjerit tu boleh hilangkan stress tension segala bagai lah. tapi bagi sy, sekijap jek lah. hehe. eh, at least dapat tenangkan fikiran dengan menjerit dalam beberapa minit taw! masa itu emas. B)

pagi tadi sempat baca blog sorang sahabat sy ni yang baru melahirkan anak sulungnya bulan lepas. terasa sebak terharu semua ada. satu pengalaman yang sangat indah tapi pada masa yang sama menakutkan. blognya dinamakan sempena nama anaknya. so sweet. shikin, jaga anak hang elok2 naa. aku doakan anak hang membesar menjadi seorang anak yang solehah, amin~ by the way, anak hang comel sangat2.

sambung balik istilah busy tadi. banyak kerja dan kerja banyak. sememangnya seorang pelajar yang masih bergelar mahasiswa/wi tak dapat lari dari kesibukan ni. lepastu mula lah tension, stress, sakit kepala otak, pening dan seumpamanya lah. lepastu lagi mula nak marah2 orang. ohh, itu bukan cara sy. situasi yang sy sebutkan di atas mungkin ada antara korang2 alaminya rite? ^^ bagi sy, sesibuk mana pun kita, tetap semua tu prioriti kita. yang tinggal cuma nak kena organise all of them nicely. one by one ikut mana yang perlu disiapkan dahulu. kerja tetap kerja but still we can chill aite? semalam ada discussion, clsmate sy tanya, kak hazirah boleh tak macamni macamtu esok? sy jawablah, ala, bg je. boleh jek. memanglah banyak kerja tapi tetap kerja esaimen kita ni kena siapkan. sy senyum lebar jek kat dia. must think positive altho we're having a very2 hard time. =) take a deep breath, start with bismillah and do our work one by one. rabbi yassir wala tu'assir =)

fenomena bertunang makin hangat. baru2 ni munakahat belajar tajuk khitbah a.k.a tunang. terasa macam nak bertunang pun ada. haha. * gatai merla! kebetulan ada sorang classmate sy dah bertunang. excited pulak tanya dia buat majlis macamana. prosedur macamana. *opss, terlebih galak pulak. ignore me pliz =p baru2 ni 'dikejutkan' lagi dengan sorang junior sy yang dah bertunang. mabruk haiza. semoga berakhir hingga ke jinjang pelamin k dear. sy? errrrr.......

kesibukan minggu ni hampir membuatkan sy lupa hujung minggu ni sy akan pulang ke tanah air. haha. tanah air lah sangat kan. =p kebetulan hujung minggu ni abang hakim dan kak shafa ada walimah kat bukit beruntong. family sy turut hadir. so, no need for me to take a bus lah. ^^ pada pagi sabtu, sy akan bertolak ke sana. turun rawang . ada sapa2 nak ikut? ^^

khamis ni ada exam subjek undang-undang pentadbiran islam . gugup gugup. tolong doakan sy ek. syukran ^^

_ E N D _



Tuesday, June 14, 2011

+ random + various +

assalamualaikum..

pagi yang damai lagi angin sepoi2 bahasa menyapa wajahku di siang hari. erk? apeni? testing ayat novel . ayat novel ke? haha. ops, whatever~

pagi tadi tetibe rasa katil bergoyang. tengok besi katil.........memang bergegarlah! gempa bumi kah? tengok katil sebelah, kak fuzah, tak bergerak pun. baru tangan nak mencecah lantai, gegaran pun telah berhenti. pelik bin benar. malam tadi 'discuss' dengan rumate2 tersayang lagi cantik jelita dan ternyata bukan khayalan sy semata. mereka pun merasai yang sama. ingatkan ada 'makhluk' lain kan. wuu, seram sejuk ghasenya!


kisah seterusnya....


kedengaran lagu appear nyanyian kim bum soo dalam drama secret garden menandakan adanya message masuk. jam 12.26 pm. " iqah dapat usim ". tergamam jugak mula2. alhamdulillah kos yang dia nak dia dapat. harini merupakan hari terakhirnya di matrik kulim. selamat tinggal rakan2 semua. perasaan sy = teruja + gusar. teruja sebab adik sendiri dekat dengan sy. kebetulan usim tak jauh mana dengan kuis. bolehlah jumpa kalau takda aral melintang. gusar sebab kesihatan dia yang selalu tak menentu. iqah jangan lupa makan vitamin. kalau tak? haa, pandai2 lah iqah. tambah dah jauh dengan family. tapi tetap kakak ayu berada tak jauh dari iqah kan! keh3. =p
pagi tadi mama kol cakap jumaat ni nak pi usim. dari situ lah sy tahu yang iqah dah terima tawaran usim. mabruk afiqah. belajar rajin2 wahai adikku yang pandai lagi lawa~ ^^

next..

minggu lepas, kelas...kelas...kelas sy amatlah sedikit . lecturer ni tak ada. kelas batal. dari hari yang full dengan kelas, tetiba ada satu kelas je? hebat tak? rasa blank pun ada. haha. entahlah~

seterusnya...

'assalamualaikum ma. kakak start cuti 4hb ni. jadi 1hb kak dah bertolak. nak kena beli tiket bas lah maa..'


" laaah, 2hb tu kan ada kenduri abang hakim. nanti mai sana. kakak balik terus dengan kereta lah. "

syukur alhamdulillah sebab tak perlu bersesak berebut berpenat menaiki bas. selalu nak balik penang naik kereta. kalau tak dengan bas, dengan wak pie lah, pakcik jalil lah. kalau bernasib baiklah ^^ ish3..

kelipop..kelipop..mata berat minta mau pejam kejap2. ergh, mengantuk !


to muhammad alif rifiat ( gambar di bawah ), best of luck for tomorrow bestie. semoga Allah permudahkan segala urusan kamu dan rakan2 seperjuangan =) insyaAllah~


p/s : kepada 'kamu', asif jiddan b'coz i have to do this. all this for your own good. i know actually u want it to be like this altho u dun say it. or u still not discover the answer. so i made this decision for u so we can move to a new phase of life. asif jiddan, chongmal bianhae, very2 sorry for all~ semoga kamu sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya. amin ya rabbal'alamin~

_ E N D _

Tuesday, June 7, 2011

+ kahwin lagi ^^ +

assalamualaikum..

tadi on mukabuku, ternampak poster ni. sy amat terkejut + excited!~


abang hakim dan kak shafawati. pasal abang hakim nak kahwin bulan 7 ni sy dah tahu. then bakal isterinya sy tak kenal siapa. tup2 ternampak gambar ni. rupa2nya amatlah sy kenal! senior ketika sy di almashoor dahulu. sy amat kenal kakak ni. amat baik dan lemah lembut orangnya. dan memang bijak, subhanallah!

eh, macamana sy kenal abg hakim? sebabnya parents nya sahabat baik kepada parents sy. pernah berjiran dahulu di taman sri indah dan taman sri mewah. kami pernah bersekolah dan pernah menjadi rakan sepermainan. dahulu kecik-kecik lah.

sy ni KALUT kan? tak adalah, sebenarnya excited. syukur alhamdulillah, kecik je dunia ni. semoga berkekalan abadan abada, amin ya rabbal'alamin.

_ E N D _

+ pengantin yang di rai. barakallahulakuma +

assalamualaikum..

hai hai bai bai, berjumpa lagi kita di arena blog! haha. sebenarnya tak berapa nak ada mood nak post something kat blog cheq. tapi oleh kerana nak update jugak, tertaip jugaklah di sini. haha.

hujung minggu lepas, one of my cousin kahwin. alhamdulillah, usai sudah majlisnya. tinggal sebelah laki kat sarawak jek on the way. semoga semuanya berjalan lancar ye kak nina dan abg fahroe ~ ^^

apabila mood sudah tak ada, maka gambarlah jadi penyambung bicara. huhu.

: pasangan pengantin yang disambut pada hari ahad lepas di dewan taman tun dr ismail. cantik! barakallahulakuma. selamat meramaikan cucu2 tok dan tok wan k. =p :

: ketembaman macik pink ini tidak dapat diselindung lagi! ahh! haha. ok2, sebenarnya nak tumpu kat baby tu. comel kan? anak kedua kak sod. 'iffah namanya. mula2 memang tak berani nak pegang sebab kecik sangat. yelah, baru sebulan lebih kan. tup3, tetiba maklang ambik 'iffah dan terus letak kat sy. wuu, tergamam. halusnya~ :

: eh, siapa ni? ops, tak kenal~ :

: kek yang amat sedap dan lembut pelbagai rasa! selalunya kek2 jenis macamni icing dia tebal dan KERAS kan? tapi kek ni tak keras icing dia. manis pun tak sangat. seriously sedap! dalam dia siap ada perisa berbagai lagik. must be expensive aite? :

: pengantin yang diraikan bersama pengapit dan flower girl :

: nasi kenduri! alhamdulillah, kenyang perut sukaaa opss, kenyang perut senang kerja ! :

ya Allah, tetiba ada 'makhluk' yang tidak disukai datang mai bilik. dush3, tak baik hazirah. kita kena sentiasa berprasangka baik kat orang. tapi kan tapi kan, jangan sampai sy SOUND sama itu budak sebab amat geram. she's not showing a good attitude as she entered our room. awal2 tu masih boleh diterima. lama2? fuh, memang lah. astaghfirullah! ya Allah, peliharalah hatiku~

_ E N D _

Tuesday, May 31, 2011

+ jum kahwin! vs jumpa family +

assalamualaikum..

pagi yang indah, sejuk sungguh lah. alhamdulillah Allah masih memberikan nikmat hidup untuk sy pada hari ini, ^^

semalam puasa, hari ni pun puasa, esok? puasa jugak. jadi seminggu ni nak puasa lah. semalam kami se roommate yang bijak pandai lagi cun turun bersama2 membeli juadah berbuka. alhamdulillah, 'igauan' yang ditakuti takut roommate yang baru ni tak ok lesap hilang . roommate baru ni tersangatlah baik dan tersangatlah masuk dengan kami seroommate. syukran lillah! ^^

sejak kebelakangan ni bersin2 dan bersin terus. cuaca yang tak menentu mungkin agak menyumbang kepada 'pembersinan' sy kot. wallahu'alam lah. dah bersin diikuti dengan lenguh2 badan. macam.....macam.....nak demam! memang rasa lemah sangat lah. untuk nak elakkan lebih melarat, satu biji panadol ditelan bagi mengurangkan rasa ketidakkesihatan diri. dan? tidur!~ kifarah dosa ~

selalu teringat2 hamster di rumah. rupanya anak che white sebanyak 6 ekor telah meninggal dilanggar kereta! ops, hiperbola! sebenarnya mereka telah mati syahid dimakan saudara sejenis sendiri. che white pulak tak sempat nak belajar sivik sampai pandai belajar jaga anak. jadi anak2nya dijagalah oleh che bis. namun nampaknya itu adalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik. anak2 che white pada mulanya che bis jaga baik tapi beberapa lama lepastu, dimakan semuanya oleh che bis jugak. eh, bukan che bis je. separuh badan che bis dan separuh lagi anak2 che bis. wah, mereka memang tak kedekut antara anak dan mak. tak pentingkan diri kan? ergh~! jadi sekarang ni hanya lah tinggal anak2 che bis sebanyak 6 ekor. bai2 anak che white. * teringin lah nak bawa seekor mai kuis. tapi kena tunggu sy dapat duit biasiswa dulu. huk3. bulan? bulan 7. lambat lagi. tunggu je la~~~

hujung minggu ni kak nina iaitu cousin sy kahwin. tahun ni banyak betullah cousin2 sy bina masjid. sy bila lagi? opss, no comment~ ^^ jadi rancangan sy, mungkin sabtu ni dah start koko, jadi mungkin lepas koko tu sy akan bertolak pi rumah makndak sy di sg buloh dan berjumpa family sy di sana. gembira tak tergambar di hati dapat berjumpa family kesayangan! hanya Allah yang tahu. syukran lillah :) semoga semuanya berjalan lancar dan apa yang dirancang Allah permudahkan, amin ya rabbal 'alamin~

kerinduan yang tersangat dan over membuatkan sy rasa nak letak gambO che white yang gebu dan gemok di sini. tahniah che white atas kematian anak2 anda. *sob3

_ E N D _

Sunday, May 29, 2011

+ hari belia yang........ +

assalamualaikum..

seperti yang korang semua tahu, semalam di putrajaya ada himpunan sejuta belia kan? well, im the one of the person that also participate in it. participate ke? haha. cuci mata jek tengok2 sekeliling sambil bergambar bersama sahabat2.

semalam seramai 15 orang pelajar kuis yang juga ahli sekretariat rukun negara berjalan2 melancong ke PICC a.k.a putrajaya international convention centre. landskap kat sana cantik jiddan! subhanallah! kenderaan sudah semestinya lah bas kuis takkanlah van kot kan? kalah tin sardin kalau macam tu. *ergh! takdapat bayang! sebelum masuk dewan pekena nasi lemak yang dah disediakan. bashta!

usai santap menyantap, masuk dewan menanti kedatangan yb . tunggu2,yb pun datang dan majlis bermula. isu rukun negara dibincangkan. sy mengantuk. sememangnya banyak input yang kami dapat dari perbincangan itu. especially isu semasa berdasarkan soalan2 yang dilontarkan oleh beberapa para hadirin. some of them asked a bit complicated question. but still i can understand what they're trying to ask. * paham2 je la dop :P

: suasana di dalam dewan sebelum kedatangan YB. YB yang berkenaan ialah tan sri dr koh tsu koon. 'comel' dengan 't'. haha. tak faham? tak boleh beritahu. nanti kena sue pulak. nope2. =) HAHAHA * terok! :

: this was really2 amazing! honey dew sagu. ni antara hidangan yang sy jamah usai majlis. sedap sangat2. ramai yang tambah . pekerja kat situ cakap h.dew ni dicampur jugak dengan eskrem sekali. patutlah rasa macam ada eskrem2 sikit. lepastu cair dalam mulut. tekstur dia betul2 lembut! yummy! :

: wuuu, banyak kan? lauk yang disediakan memang banyak. sebab nak memanfaatkan makan free di PICC, sy ambik jek semua yang dah dihidangkan kecuali rebung masak lemak. ops, not my choice. ^^ hidangan yang ingin diketengahkan dalam jamuan ini mungkin ialah konsep makanan kampung . just from my view ^^ namun tak dapat dinafikan memang thumbs up! :

: eh2, macam kenal ? macam PM kita kan? ye2, dialah tu. masa ni kitorang dah sampai kat tempat booth2 tu. memang banyak sungguh2 booth dan gerai yang telah didirikan. sy dan sahabat2 tengah jalan2 kat jalan la kan. tetiba ada motor polis suruh kitorang ke tepi. rupanya PM nak lalu. jadi kitorang pun ke tepi dan dapat lah melihat PM dengan dekat. :

: antara BFF sy yang pegi ^^ :

banyak sangat pameran yang ada kat situ. konsert pun ada. orang ramai tak? ish, sudah semestinya. orang melayu kita memang suka event2 macamni. dan hari tu sy ada dating dengan some one. dating lah sangat. keh3. tak delah. mau ketemu with my youngest sis, iyah. nak bagi duit. dah lah tak dapat nak contact. ikut suka hati jek line nak bagi kitorang boleh call atau tak. dalam ribuan orang ramai tu sememangnya untuk kami jumpa amatlah tipis. sampai nangis2 adik sy tu . panduan untuk kami berjumpa ialah belon2 pelbagai warna di langit yang biru. sampai dah fed up sy ingat tak dapat jumpa adik comel sy tu. alhamdulillah Allah izinkan. ^^

time kitorang tengah jalan2 , sampaila satu pentas ni. jeritan kuat sungguh. macam histeria pun ada jugak. dengar lagi lagu sorry2 nyanyian suju. terfikir suju ke yang datang buat persembahan. kalih2 hanya lah tayangan video sahaja yang ditonton oleh ramai penonton. peminat fanatik mungkin yang jerit2 macam nak terkeluar tekak tu kot kan? maaflah, sy bukan peminat suju ^^ . rupa2nya inilah suasana sebenar kalau konsert diadakan. dan artis yang datang adalah artis korea. alaa, rasa sememangnya kebanyakan konsert memang macam tu. nama pun KONSERT kan? ^^

dan paling dan paling lah tak boleh lupa. ketika kami dalam perjalanan mencari bas kuis yang 'hilang' , terserempak lah pulak dengan group max 24:7. korang mesti kenal sangat dengan group ni kan? ala, kontrobesi kpop malaysia tuh. masa terserempak tu mereka2 tengah prepare nak perform. geli2 pun tengok jugak. aish. dan sememangnya dislike besar sy untuk mereka. dan masih ada penonton yang mungkin peminat fanatik mereka. teriakan histeria kedengaran bingit di telinga sy. astaghfirullah. sabokan aje~

event2 sebegini sememangnya tak dapat lari dari terserempak dengan artis2 malaysia. ish, memang banyak sungguhlah booth2 dan jualan2 yang ada! macam2 ada. dari pukul 1 lebih sampai pukul 4. 'sekejap' kan? memanglah kaki ni. fuh, rasa macam kaki ni nak tercabut pun ada. letih teramat. semua nak balik tapi jalan2 stop. jalan2 stop bila nampak benda yang best. ergh! geram pun ada. sampai bila nak sampai bas kalau asyik stop je kan. haha. layan je. bukan selalu nak dapat experience macam ni. HAHA~ terserempak jugak dengan budak lelaki kecil yang lost! memang 'macam2' ye ada.

apa2pun. memang best dapat spent time with my friends. ukhuwah fillah abadan abada ~ :)

p/s : malam tu memang tak ingat apa dah. terlelap awal menahan pening sebab ngantuk sangat. haha.

_ E N D _