:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, November 30, 2014

+ hobi? +


assalamualaikum,,

hobi masa dok yu yai yeh la ni ialah snap gambar. haha. langit subhanallah selalu cantik. digabungkan pulak dengan warna bumbung yang biru. really suit my taste. haha. boleh pulak macam tu kan? :P

sindrom kemalasan yang melanda. haih. takkan jadi apa kalau kau dok sigh memanjang tangni tapi takde inisiatif nak atasi hazirah. macam setiap masalah/ujian Allah bagi, berteleku meratap nasib badan akan ujian yang melanda diri. takde usaha. ilek. tak salah tapi from there cuba bangkit semula. cuba ubah persepsi. cara kita melihat ujian tu. usah ditumpu betapa peritnya ujian yang kita dapat tapi ubah kepada fikir & muhasabah dari ujian tu, Allah nak ajar kita apa. okay?

emm, esok ada presentation untuk research dan esoknya pulak kena submit draft esaimen. macam dah siap semua dok berceloteh potpet tangni kan? haha. ok la ok la. 

eh, Rabu malam balik Penang. hoyeah! cuti midsem. kbai.

_ E N D _

Sunday, November 23, 2014

+ update +



assalamualaikum. 

hmm lama sangat menyepi. terlalu kan?

ok, sedikit hapdet daripada aku. 

La ni *fefeeling anak jati Penang 2 saat. aku sedang menyambung pengajian di UIAM. taking DAIJ a.k.a Diploma in Law & Administration of Islamic Judiciary. diploma lanjutan under postgraduate studies. dulu-dulu lepas SPM selalu angan-angan tak berapa nak mat jenin nak sambung yu yai yeh. rezeki Allah letak kat KUIS & aku tak pernah menyesal sebab sana aku mula kenal apa itu tarbiyah. :") alhamdulillah Allah izin sambung kat sini pulak. dapatla fefeeling student yu yai yeh gitu. hihi. 
ahha, i'm taking fulltime. makanya in sha Allah next year habis dan boleh kahwin terus. eh? haha.

btw, zine INFIRU oleh sahabat terchenta bersama sahabat seperjuangannya. gumbira tak terkata sambil lompat-lompat sopan bila dapat bersua muka dengan dieba & dapat zine yang very the superb. 
moga ia bisa menghidupkan hati-hati yang ketandusan. :")

selasa next week ada test. makanya tak dapat nak berceloteh panjang seakan tulis tesis lah kan. doakan semoga Allah permudahkan. amin. Jazakumullah! 

_ E N D _


Wednesday, May 21, 2014

+ hati yang tidak puas +


Bismillah..

Sebuah kisah luahan rasa.
…………………………………………………………………………………………………………

2014.

Aini (bukan nama sebenar) telah ke Umobile Centre, Queensbay, Penang. Hajat di hati ingin men-terminate-kan broadband-nya yang telah lama berkhidmat.
Alasan:
1  
J    -Jam 9am-6pm, Aini bekerja di salah sebuah firma guaman. Nak guna apalah sangat              Internet di ofis sebab masa banyak ditumpukan untuk kerja.
.    - Di rumahnya terdapat perkhidmatan wi-fi (streamyx) yang super gojes.
      - Line Umobile di Penang tidak segagah perkasa berbanding line di KeyEl dan Selangor.
  (Aini merupakan bekas student di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di               Selangor dan baru sahaja menamatkan pengajiannya pada pertengahan bulan 4 yang lepas.    Jadi, pakcik Umobile telah terlalu banyak berbakti dan bersusah payah sepanjang               pengajiannya di Selangor.)

RM68 untuk 5GB setiap bulan. Maka, Aini berpendapat adalah tidak berbaloi untuk meneruskan perkhidmatannya apabila digandingkan bersama alasan-alasan yang telah di-list-kan.

Selamat terminate beserta bayaran untuk bulan sebelumnya dalam rm6+. Lega.

Seterusnya, sesi men-survey antara Celcom dan Maxis. Celcom di Blue Cube. Maxis di Maxis Center. Aini lebih menyukai kakak promoter di Maxis berbanding Uncle Celcom memandangkan ayat yang keluar dari mulutnya dapat difahami dengan mudahnya oleh Aini dan dia tahu apa yang Aini perlukan. Berbanding Uncle Celcom, dia just terang semata-mata apa yang ada di atas kertas. Sejibik-sejibik. 

“Beritahu/kongsi apa yang mereka perlu tahu. Bukan apa yang kita nak beritahu.” Sigh.

Pilihan telah dilakukan. Yes, I want Maxis. Tup tup tup, kakak Maxis bagitau nama Aini telah di-block di talian Telco kerana ada bayaran tertunggak. Under Umobile. Terpinga-pinga beberapa saat. Dengan langkah berkobar-kobar, Aini ke Umobile Center semula.

“Dahla jarak antara Umobile dengan Maxis macam Kutub Utara dan Kutub Selatan dah. Brrr, sukanya lah aku!”  Aini mengomel ‘kesukaan.’*sarcasm.

Setibanya Aini di kaunter bernombor 2, Aini menjelaskan masalah yang telah dihadapinya dan kakak Umobile mengatakan bahawa Aini ada bayaran tertunggak pada tahun lepas dari bulan 2 hingga 5. Eh, jap. Why?

……………………………………………………………………………..

2013.

Musim cuti pertengahan semester telah tiba. Aini pulang ke kampung halamannya di Penang. Di penghujung cutinya, Aini ada masalah dengan perkhidmatan broadband yang dia langgan. Beberapa panggilan dari Umobile mengatakan bahawa bilnya telah 3 bulan tidak berbayar iaitu untuk bulan Mac, April dan Mei. Jika tidak dibayar pada sedemikian-sedemikian tarikh maka service akan di-terminate. Pesan aunty Umobile punya assistant pada AIni*sambil menutup mulut yang ternganga luas.

Aini pun balas, “ouh, ya baik saya faham. Nanti saya bayaq before tarikh yang dibagitau.”

Bayaran kali pertama, almost RM100. Tapi, tak masuk dalam bil. Then 2nd time, rm100 lebih. Pun tak masuk dalam bil. Aini termanggu keseorangan kenapa, mengapa dan bagaimana. Konfius. Duit dah beratus habis untuk bayar. *sambil mengurut kepala yang fefeeling nak pitam.

Makanya, Aini ke Queensbay. Di Umobile Center, Aini utarakan masalah yang terbuku tebal dalam kepalanya. Abam Umobile tu bagitau,” Servisnya telah di-terminate-kan. Sebab tu bila cik Aini bayar, tak masuk dalam bil.” Jap, seingat Aini, bayaran telah dilakukan before due date. Tapi mengapa dan kenapa emmmmmm?...... Pusing 2 saat. Nak tunjukkan bukti dah bayar tapi malangnya resit hilang ingatan letak di mana. Sigh. Esok dah nak kena balik Kolej. Sigh again. Simkad baru, plan yang sama dengan sebelumnya bagi kali kedua telah dibeli berbekalkan kekesalan di hati tentang wang yang ghaib entah ke mana. Resit oh resit! Sigh again and again. 

Yes, pengajaran. 

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2014.

Kemudian, kakak Umobile menjelaskan bahawa pembayaran sebanyak ratusan ringgit itu perlu dijelaskan supaya nama Aini dapat dibebaskan daripada senarai blacklist. Selagi Aini tidak menjelaskan bayaran tertunggak, makanya no Celcom, no Maxis. No Digi. Kalau ada resit sebagai bukti pembayaran, boleh tunjuk. Lagipun, bayaran memang kena buat dekat Center atau kiosk Umobile. Pfffttt.

Aini keluar dengan sebalnya. Keluar daripada Mall menuju ke kereta. Dan tetiba terlintas dalam kepalanya,

“Eh, jadi macam mana aku boleh lepas beli Internet Umobile yang 2nd tu?”

“Kenapa tahun lepas, atok (tukar gelaran sebab takpuas hati langit ketujuh) Umobile tak bagitau awai-awai directly yang aku tetap kena langsaikan hutang tertunggak tu even dah di-terminate? Dahla tahun lepas aku dah bayar before due date tapi still depa terminate! What the fish! Erghh! Kenapa dah lepas jadi macam ni baru aku tau? Boleh pulak lepas time beli BB(broadband) yang 2nd. Atok ni dah kenapa????”

“Kenapa BB 2nd ni aku tak pernah ada masalah walaupun bayar kat mana-mana pun selain Umobile Center atau kiosk-nya? “

Pelbagai persoalan timbul tak dapat dimuntahkan tapi hendak berpatah semula telah terlambat kerana Aini mempunyai hal lain yang perlu diselesaikan selepas itu.

“Emm, lain kali lah. Aku mesti. Wajib.”
……………………………………………………………………..
Demikian cerita seorang pelanggan Umobile yang tidak berpuas hati.
Sekian.


_ E N D _

Friday, May 16, 2014

+ kau marah? kau lemah! +

assalamaualaikum..


Nabi Muhammad S.A.W bersabda, "Bukankah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah".
( HR Bukhari & Muslim )

'wow, kuatnya depa bergusti'

'wah, kuat gila kau angkat dumbell!'

'ohoi, kuatnya hang angkat benda alah tu! haybat!'

emm, itu bukanlah kuat yang sebenar. kita marah tapi kita tahan dari mengeluarkan isinya, itu yang dipanggil kuat yang gagah perkasa dalam erti kata sebenar. baru hensem kan? ;)

kadang-kadang kembang-kempis hidung. rasa berasap je kepala. dahi kerut seribu. mulut mengomel bukan-bukan. pergh, rasa nak lempar je semua harta benda yang ada depan mata. punya marahnya kita. kan?

aku. jenis yang tak berapa reti nak marah. eh jap, bukan tak reti marah tapi tak reti nak tunjuk macam "aaaaa, aku marah gila! tak guna!bla bla bla" sambil maki-maki depan orang yang dimarah. 
aku jenis "aaaa, geramnya! kenapa bla bla bla" sambil lap airmata tahan esak. jenis pendam sampai satu tahap aku tak mampu tahan, aku burst. burst into tears. senang nak simpul camni la, kalau nampak aku dah nangis itu tandanya aku dah sampai limit. 

lepas dah nanges, tiba-tiba macam "eh, apa aku dah buat? pasal benda tupun nak nanges kan?." disertai gelak kecil. sigh. lepastu baru sesi muhasabah diri. *tepuk dahi

kita suka buat tapi Dia tak suka. then kita nak lawan, kita nak atasi, itu namanya mujahadah. dapat pahala. untuk mudahkan kerja, jaga lidah kita. sebab kalau kita nak jaga hati beratus even beribu pun kita tau kita tak mampu kan? tapi untuk jaga lidah sendiri untuk avoid orang lain terluka, in sha Allah itu kita mampu. :)

...............................................

staff kena marah dengan boss.

pelajar kena marah dengan cikgu.

anak kena marah dengan ibu/ayah.

junior kena marah dengan senior.

girlfriend kena marah dengan boyfriend. eh. hat ni tolak tepi.

well, kadangkala marah tu kita kena ambik dari aspek yang positif. bukan melenting macam nak perang dunia keseploh. 
marah tanda sayang.
marah tanda peduli.
kadangkala bergelegak jugak tetiba elok-elok je cakap then tetiba tak memasal kita kena sembur tak pakai helmet. perghh, memang pedas berair mata banjir satu besen weh! 

sabar. didik hati kita sabar dalam bersabar. bersabar dengan kesabaran. dari apa yang dikritik, yang dimarah, yang ditempelak sampai rasa nak bernanah telinga tu, kita jadikan ia satu batu loncatan untuk kita terus bangkit dengan gagah perkasa di mata Dia. memang susah tapi setiap apa yang kita lakukan untuk mendapat redha-Nya, percayalah ada hikmah-Nya. manissss. (khususnya untuk diri sendiri).

" Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar. " (al-Baqarah : 153)

brrr, senangnya la hai cakap kan. hey, usaha okay? takmau down-down. tu, Allah Maha Melihat. ;)

watlek watpis. moga kita semua sentiasa berada dalam redha-Nya. :)

_ E N D _

Monday, May 12, 2014

+ ceritera cerita ceritu harini +


assalamualaikum..

lalalala. ngape boleh hapdet sedangkan bukan tengah waktu opis kah? emmm emmm. boleh tak taknak jawab? :P

alhamdulilah dah masuk minggu ketiga praktikal. *kalau boleh memang tiap hari nak hapdet pasal praktikal je kan hazirah? -_-" maapkan ana. 

"takkan student praktikal nak buat surat je kot?" *sambil muka tersenyum
terbatuk tersedak sopan aku bila dengar hencik peguam a.k.a my boss bila cakap lagutu. 
"eh takpa encik. boleh belajar dari bawah. lagipun nak kena tau dari bawah perkara asas encik" *senyum gugup.

ahha esok pun cuti maka apa agenda? itu nanti lain fikir.

then rabu ingat nak 'melepak' kat court tengok kes. seharian rasa nak melangut tang tu. kot. kot la. fefeeling cemtu. tengok cemane. decision akan dibuat kemudian. sebab boss tak banyak handle kes syariah untuk bulan ni. ouh, hencik boss aku lawyer untuk sivil & syariah kat firma ni. :)

_ E N D _

Friday, May 9, 2014

+ Ceritera Praktikal +

assalamualaikum..


dah tiba penghujung bagi minggu kedua aku praktikal. sekejap sangat masa jalan. eh jap. praktikal? 

haa, macam tu lah sepertinya. ye, sekarang tengah praktikal di sebuah firma guaman di Northam Tower.:)


alhamdulillah dah selesai melalui 8 sem pengajian sebagai pelajar Degree Syariah with Law di KUIS. then kalau betul-betul nak habis pengajian kena praktikal selama 2 bulan di mana-mana firma guaman syarie. result sem 8 pun alhamdulillah okay (sambil lompat sopan). sem sebelum-sebelum ni selalu elok ja semua subjek dapat A then mai satu subjek lagi dia terus C. makanya pointer teramatlah ter-effect. teringat nak bukak result haritu, feeling dia ilek. dull. festime fefeling lagutu. dan mungkin sebab markah untuk praktikal pun tak campur sekali lagi. harap semua akan baik-baik je in sha Allah amin! :")



alhamdulillah jugak tempat dan surrounding tempat kerja ni sangat lah comfortable. semua staff dan boss yang sangat bertenaga subhanallah. awal-awal mula masuk kerja tu biasala tak biasa dengan semua benda lagi kan.. haa la ni alhamdulillah dah makin serasi dan banyak jugak benda belajar. dari pengalaman hidup sampai ilmu guaman. 



teringat dulu tesis tajuk 'Risiko dan Tanggungan Penjamin dalam Pembiayaan Perbankan di Malaysia: 1 Kajian di AKPK dan MdI'. berkenaan kebankrapan. tengok-tengok mai sini dapat belajar lagi berkenaan kebankrapan. tapi sebelum ni dari view seorang yang hadapi masalah then mai kat sini dapat belajar dari view belah bank pulak. suppose no need sebab takde pun dalam skop kami belajar time Degree. tapi itsokay lah sebab ilmu kan, even starting-nya zero. haha. belajar prosedur apa bagai. yeah, lawyer is about procedure. ;) bytheway, firma tempat aku praktikal ni amal sivil & syariah. 



then boss banyak handle kes di Mahkamah Tinggi berkaitan murtad, wakaf, harta sepencarian, faraid. tetiba teringat sorang lecturer yang ngajar semua bab ni. dan dia jugak merupakan penyelia tesis saya dan tadi ni dapat tau dia jugak yang akan mai sini untuk selia pelajar praktikal. oh oh I love you so much lah Puan! 



overall setakat ni.. ye baru setakat ni alhamdulillah semuanya okay. biasala buat silap awal-awal kan then from there we learn how to do it right. adat belajar dan adat bekerja ni pun lain. senang kata banyak sangatla benda belajar even baru dua minggu tang ni. ahha, bahasa ke-penang-an aku pun dah macam makin ke-penang-an. staff-staff tang ni almost semua cakap Penang jenis parpu (nak bagitau pekat kemain haa siap certain tu dengan kepala-kepala teleang) punya. haha. dengan aku sekali macam nak ter-teleang. ohoi! haha. 


dan lagi satu nak cerita pasal perjalanan pergi dan balik. emm, haruslah lalu jalanraya kenss. makanya terserempaklah dengan drebar-drebar yang super duper ohsem nak pengsan. bagi depa yang dah biasa drive di Penang dah tentu konfem cakap tu perkara biasa. atau dengan perkataan lain 'driver yang gila-gila'. my boss said like that also. dan katanya lagi, kita awal-awal dok cakap depa gila lama-lama kita pulak akan jadi sebahagian daripada 'driver yang gila-gila' kelak. amacam, bernas kan nasihat dan dorongan boss? haha. 

_ E N D _

Sunday, February 2, 2014

happy engagement day !





assalamualaikum.

dalam umur yang kian meningkat, makin banyak khabar pertunangan dan walimah singgah ke telinga. melimpah-ruah. mabruk untuk kalian! semoga bahagia hingga ke syurga. in sha Allah, amin.  :)

di FB, scroll dan terus menerus scroll. gambar pertunangan makin meriah di news feed. dan ada ketikanya, melihat gambar salah seorang rakan, tertanya balik pada diri sendiri,

"eh, ni nikah ke tunang ni sebenarnya? cantiknya pelamin macam nikah tapi pakaian lelaki tu macam bukan je."
pelbagai anggapan terus hinggap dalam hati yang keliru. tak baik kan? sobs sobs. 

"Rahsiakan pertunangan, hebahkanlah perkahwinan". (HR AHMAD)

bisik kat diri sendiri,
" bukankah pertunangan tu bukan satu jaminan kita konfem kawen? tengok gambar sebijik macam kawen. kesedaran apakah ini? benda ni buatkan aku risau. adakah aku akan berbuat sedemikian rupa jugak? bimbang iman rapuh. sungguh aku gusar bila tiba saat itu kelak. gusar teramat. Allahu.  :"( "

cemburu? sudah tentu bukan.
kecewa? lagilah bukan.
tak sabar nak kawen? emm, bukan jugak. banyak lagi benda nak kena aulakan dulu before kawen ni. :)

bila ditelusuri hakikatnya, ulama ada menjelaskan bahawa hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan adalah untuk menjaga nikmat ni daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang berniat tak baik. ini dijelaskan dalam Hashiah al-'adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil.

kerahsiaan pertunangan tu akan jadikan kita terkawal daripada berkelakuan macam dah sah suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada dalam medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menjadi teman hidupnya..

ya, aku tak nafikan.
mungkin juga mereka tidak tahu.
mungkin atas permintaan keluarga.
mungkin keadaan terdesak yang menyebabkan ia jadi begitu.

tapi fikirlah. mana satu kita nak kejar sebenarnya? redha Allah atau saja beronok-ronok sendiri.
tenggelam dalam perasaan bisikan syaitan itu sendiri. hanyut.
kasihan. bukan benci. apatah lagi ingin menghina.
malah sayang sesama saudara seakidah.

biar apa pun, kita sesama doakan baik-baik okay? Allah lagi suka. dapat pahala lagi. ;)
bukankah manusia itu perlu sentiasa diperingat?
moga Allah pelihara hati-hati kita.
asif jiddan dari aku yang lemah dan masih bertatih dalam mengejar redha Ilahi. :')
hanya sekadar berkongsi pendapat.

_ E N D _



Wednesday, January 8, 2014

+ sanah helwah abah! +


Ke hadapan Encik Najmuddin yang kacak,
Sanah Helwah abah!
Maaf bah, kakak takde hadiah mahal2 nak bagi kat abah. Even belanja kakak sekarang ni pun abah yang tanggung kan? Sob sob.
In sha Allah segulung ijazah akan kakak berikan kat abah nanti. Tak lama dah. :)
Kakak sentiasa doakan kesejahteraan abah semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
Juga semoga Allah perkenankan hajat2 abah.
Abah yang handsome.
Abah yang sporting.
Abah yang suka sungguh mengusik.
Abah yang tegas.
Abah yang sangat bertenaga.
Suami terbaik untuk mama.
Abah yang terbaik untuk kami 5 beradik.
Maafkan kakak tak dapat jadi anak terbaik tapi kakak akan sentiasa cuba & terus mencuba. 
Abah lelaki pertama yang kakak sayang selepas kakak dilahirkan.
Terima kasih abah.
For everything.
You're my best abah ila al-Jannah! ♥
Kakak sayang abah. ♥