:: Syukran Kathir! ^^ ::

Saturday, April 2, 2011

+ che mah pegi pasar +

assalamualaikum..

saya nak kongsi satu kesah..camni ceritanya..

pada satu hari, che mah bercadang untuk pergi ke market untuk membeli sayur-sayuran dan ikan untuk dibuat makanan tengahari ..jadi che mah pun bersiap ala kadar..entahla hari tu, che mah pergi tanpa mandi terlebih dahulu..ini adalah kali pertama bagi che mah tak mandi sebelum pergi ke market..

keluar2 rumah, cuaca pun agak tak berapa nak baik..hujan renyai2..jadi sediakan payung sebelum hujan..dalam situasi che mah ni, hujan pun dah turun, lagilah kena ada payung yang sedia terbuka untuk melindungi empunya pemegang payung lah kan? ok2, che mah pun jalan2 sambil cuci mata melihat handphone yang sudah tinggal berapa kreditnya..

ketika pertengahan jalan, titisan hujan makin berat nampaknya..hati che mah berbisik, " eh, hujan lebatnya..macamana ni? market tak jauh dah..sayangnya nak patah balik..alaa, redah je lah hujan ni"..che mah mengambil keputusan untuk meredah hujan yang makin lebat itu..

setelah sampainya che mah di market, che mah terpaksa berteduh di bawah bangunan kedai memandangkan hujan yang amat lebat ditambah dengan angin yang 'sepoi2 bahasa' tu..payung che mah ketika itu sememangnya sudah tidak dapat melawan arus angin ribut yang agak kuat..
sementara menunggu hujan reda sikit, che mah hanya mampu melihat apek2 ikan meninggalkan market ..che mah tidak mampu berbuat apa2..hanya tinggal mimpi sahaja untuk dia masak lauk asam pedas haritu..tengok makcik sayur..hah, ada lagi..che mah pun mengambil keputusan untuk meneruskan misinya..

dia meneruskan perjalanan dengan membeli bawang dan paper di kedai seberang.." tak kisahlah, alang2 dah basah kan..biarlah basah terus", bisik hati che mah..henfon digapai dan tertera satu nama yang amat che mah kasihi..

"assalamualaikum ma, mama kat mana?mama balik bila?"

"mama kat balik pulau la ni.mama balik lambat lagi..lewatlah..kenapa?"

" kakak la ni kat market..hujan lebat sangat..apek ikan dah balik..tak dapat nak masak..takpelah, kakak beli sayur je lah.."

" mama ada beli gulai ikan ni..tapi tu la, mama balik lambat lagi.."

che mah agak kecewa kerana apek ikan meninggalkannya..tapi apa boleh buat kan? nasi dah jadi bubur..jadi che mah nak masak sayur je lah..pegi gerai makcik ni cari kacang panjang n kacang buncis ke, tak dak..che mah beli sayur lain..gulai kan masuk makan dengan sayur ulam antaranya timun lah..tapi kan che mah tak beli pun..sayur lain yang dibelinya..aduhai che mah, kan ada je timun kat gerai makcik tu..kenapa che mah tak beli ?takpelah, mungkin daya ingatan che mah yang sudah semakin uzur ye dop?

ontheway balik pulak..bermulalah satu episod yang agak sadis..bukannya accident ok..nauzubillah..ok, hujan memang lebat..hujan ribut ..jalan pun di BANJIR i air ..sampai betis dah..che mah teringat mangsa banjir yang berlaku di bahagian utara M'sia..mereka lebih teruk banjirnya.."semoga Allah meringankan beban mereka..amin ya rabbal 'alamin", doa che mah dalam hati..dalam hati che mah berbisik lagi,

"apala yang ada dalam air ni..sisa makanan? pasir mestilah ada..balik ni kena sental la betul2 kaki cheq ni.." jalan2 lagi, che mah lalu tangki t**i..mulalah bau yang tak enak..dalam fikiran mula fikir air dari loji tu mungkin tercampur sekali dalam air ni kan..namun, che mah tetap meneruskan perjalannya dengan penuh redha..

air naik hanya kat sesetengah tempat je..kawasan yang rendah, tepi longkang..hah, kat situ air tinggi..begitulah episod kesah che mah yang lencun setelah tiba di rumahnya..dalam hati che mah berbisik2 lagi," ada hikmah aku tak mandi lagi..patutlah, nak jadi camni ghupenya..aku pun pelik kenapa tetibe rasa tak nak mandi sebelum p pasar..tak pernah2 pun sebelum ni..ouh, rupanya nak jadi camni..=p" nakal kan che mah? ish2..

p/s : rasa2nya che mah tu sape? haha..saya lah tu =p

_ E N D _

No comments:

Post a Comment