:: Syukran Kathir! ^^ ::

Saturday, April 30, 2011

+ sekijap2 +

assalamualaikum..

sementara masa yang masih berbaki ni, nak tinggal jejak untuk hari ni jap. hehe.

will be off to Ipoh satgi. tengah tunggu budak azan sedap dari surau berhampiran * sebab selalu dia azan. budak lagi tapi memang sedap . semoga besar nanti dia menjadi seorang rijal yang soleh. amin!

ada family meeting kat rumah wak hamzah a.k.a abang 1st abah. then esok ada kenduri kat bagan datoh. rumah cikgu abah masa sekolah dulu.

ok2, masa makin cemburu banyak sangat sungguh dengan saya. shhh, sekijap2. saya nak cakap lagi minggu depan hari ahad saya nak balik KUIS dah! saya ulang lagi sekali, SAYA NAK BALIK KUIS DAH MINGGU DEPAN! pejam celik pejam celik lagi seminggu je nak balik start sem baru dah. aigooo~ result? roommate baru? perkara baru? apa lagi yang baru?



teeeeeet! masa habis! kita sambung lagi di entry akan datang okeyh! tolong doakan perjalanan kami k. rabbuna yusahhil insyaAllah. amin ya rabbal 'alamin~

_ E N D _

Thursday, April 28, 2011

+ Irsyad kalahkan AP ? +

assalamualaikum..

entry kali ni berkisar mengenai nasyid. ye, nasyid. fanatik? saya tak kisah. =)

pada 23hb bersamaan hari sabtu saya, afiqah dan 2 lagi rakan sy, shaz n zul pergi-pergi..pergi ke mana? smk mengkuang..buat apa? tengok nasyid lah..nasyid apa? nasyid ASAT peringkat negeri..

teringat sy..time pi tengok lawan nasyid ASAT peringkat daerah beberapa minggu sebelum ni..dah tak meriah..apa orang cakap, erm macam feeling dia tak sampai..dulu2 zaman sy peringkat kelompok meriah sungguh.. walaupun baru kelompok la kan.. dulu2, ada kena naik pentas ambil hadiah ataupun medal ke apa..2 lagu kena bawa..sekarang? still ok tapi itu la..just takberapanakmeriah lah. umum pemenang jek.. bawa pun 1 lagu jek.. tak dan nak feeling lagu tup2 tengok2 dah habis.. tak cukup duit mungkin kan? erm, takpelah..asalkan tradisi ini tetap berjalan kan..

teringat zaman sy, time pertandingan sebelum perform, kat blakang pentas..baca doa selamat, peluk2 cium2 salam minta maaf and wish for the best then tunggu MC panggil ..really2 miss that moment.. mula cebur diri Form 1 sampai Form 5..dari taktahu apa2 pasal benda2 ni banyak yang sy belajar..banyak halangan zaman sy..memang susahlah..takpelah, sekarang ni ada adik2 baru yang meneruskan tradisi..^^

: pertandingan ASAT negeri diadakan di sini.. di penang tapi sebelah seberang..sesat sekejap mula2 but a lot of thanks to Zul, pemandu kami pada hari tu..instinct dia memang hebat! syukran2~ * zul sezaman dengan sy skola menengah dulu.sy AP, dia AL..masuk tilawah dan ada masuk nasyid jugak.jadi kami ni pernah bersaing. eh, korang nak ke? ops, sudah berpunya ok =) :

: masa masuk2 dewan duduk nampak mereka2 yang berungu ni. tengok style tudung. ish, macam kenal. terus teringat ustazah aida yang ajar kami nasyid dulu kat AP yang sudah berpindah ke irsyad. dalam hati , " eh, mcam kenal style tudung. budak irsyad ke ni? takkan permatang tok jaya kot tudung labuh lagu ni. eh, p.tokjaya kalah ke nasyid? kalau irsyad, ustazah aida ke yang ajar? " dush3!*pengsan..banyak betul lah soalan naik mai kat kapla. keh3.
ish, apa semua ni?? tok jaya lah ustazah aida lah..ok2, sekolah tok jaya ni saingan sengit kami dulu. tak pernah menang dgn depa kecualilah sekali. sekolah irsyad dan tok jaya sedaerah. takfaham? buat2 lah faham.:P
sambung cerita..kekonfiusan * broken language sy terjawab melihat ustazah aida yang disayangi duduk berhampiran dengan mereka2 ni. " ouh, mmg irsyad. irsyad kalahkan tokjaya?daebak! " kata sy lagi dalam hati. sedikit kejelesan * broken again.sikit ke? bukan banyak ke cik hazirah? ala, senyap2 sudahla kan :( timbul. tapi apa boleh buat? *pengsan sebentar akibat taktahan kejelesan

ya, mereka2 yang ayu berungu ni adalah SMKA AL-IRSYAD.. agak terkejut ye di situ sebab hantar perempuan.. sebelum2 ni lelaki.. ustazah aida perempuan kan? anak didik nasyidnya lelaki? ouh, semestinya yang perempuan lah. dan sememangnya mereka2 memang best..pandang tengok dengar diam kurang kelip takternganga sy tengok perfomance mereka.. no doubt mereka ni johan..mabruk! suara solo ala2 arab + hindustan ~

: pasukan seterusnya dari sekolah sy.. eh, ex . baju baru kaler hijau.. jeles * lagi! dulu nk dapat baju baru macam separuh mati. now? happy for them.. bagi sy perfomance kurang memuaskan..harmoni tak dengar.. kesian jugak tengok budak yang buat harmoni tu tension jek tengok kami dok suruh bukak mic n dekatkan ke mulut! STRESS! haha.. habis2 perform nangis budak tuh..kata iqah, mic tu memang tak berfungsi..sy : takkan sorang jek buat harmoni kan, mana lagi sorang? iqah cakap, dia tak pegang mic.. suara biasa yang pegang. WHAT? * sambil cekak pinggang.sila abaikan kerana ini adalah hiperbola semata2 mula2 tu geram sungguh.. tapi sedapkan hati cakap depa ni budak baru tu yang depa taktaw tuh.. lama2 mulalah fikir2 ingat2.. kegagalan yang dilalui akan mengajar supaya lebih matang.. dulu *lagi sy pun alami yang sama.. teruk tapi setiap kegagalan tu kami jadikan tangga untuk jadi yang lebih baik..teamwork penting..apa yang penting? KERJASAMA!
AP hanya mendapat tempat kedua.. alhamdulillah, rezeki Allah bagi.. at least tak sia2 jugaklah luangkan masa dari jauh * jauhlah sangat kan? =p group yang lain rasanya lagi hebat sy lihat.. harmoni atau kesepaduan suara? ya. kesepaduan suara itu lebih penting ^^* belajar dari pengalaman :

: eh, siapa gadis jelita cantik comel lagi menawan kat atas ni? * sekali-sekala perasan jap=p dari kiri iqah, sy n shaz. ish, sy nampak rendah betul.. sememangnya sy telah diapit oleh2 mereka2 yang lebih tinggi dari sy.. tinggi sy 165cm..konklusi = yang tinggi berdiri antara yang tinggi2 * ayat macam orang mabuk dah shaz sekarang ni ambil Degree Law di UIA..kadang2 tu adalah mintak fakta kes kat dia * memang dasar pemalaih takboleh nak kata apa -,-' also nasyidian..harmoni punya suara..dia yang message sy ajak pi tengok nasyid kat mengkuang.. kalau tak, tak pi lah sy sebab tak ada transport.. berkenan? ops, dah berpunya ! noktah. :

apa yang sy lihat kumpulan nasyid AP sekarang ni tak berapa nak indipendent..too depending on others.. teamwork agak kurang.. yang suara backup tu ada yang tak berapa boleh nak nyanyi*iqah cakap semoga mereka dapat tingkatkan usaha..go,go chaiyok! * maaf, mungkin sy salah sebab sy orang luar. just saying what i saw ^^

ni kisah lain pulak tapi boleh kira adik beradik jugaklah.. time lawan peringkat kelompok/ daerah ASAT, kan sy pegi with my 3rd sis.. bila persembahan semua dah habis, sy dok taram jek yankey * taktaw eja kat blakang dewan.. dalam hati taktaw lah nak cakap punya rindu nak ketuk! last2 iqah ajak pi gak taktahan dengar kakak dia dok bising lah tu..keh3..'goreng' sebentar bersama yankey, budak2 nasyid AP start mai kerumun sy..dah habis ketuk+goreng, mereka suruh main lagi.. bukan nak menunjuk, tapi just nak beritahu, sy masih tak lupa akan percussion ITU.. jadi masih boleh bermain dengan lancar! isu yang mana kakak yang mana adik turut timbul dan menimbulkan keraguan...tapi, erm, biarlah..huruf dah nampak berbalam dah ni..m + e + n + g + a + n + t + u + k = ? SLEEP TIGHTLY ~

p/s : sebelum balik singgah FIRST AVENUE sebelah KOMTAR dan PRANGIN MALL..cantik!

_ E N D _

Wednesday, April 27, 2011

+ DREAM HIGH ? +

assalamualaikum..

mood KOREA datang menjengah lagi..kali ni nak berkongsi satu movie yang baru keluar januari 2011..boleh kira baru jugaklah kan? DREAM HIGH..haa, ni tajuk movienya..

adik lelaki saya pon sekepala jugak pasal korea2 ni. kira boleh sembang2 pasal k-pop ni. balik asrama saya bagitau pasal DH ni and dia pun nak tengok. sampai rumah hari jumaat petang tu jugak dia dah start tengok. tidak ketinggalan mama dan adik saya afiqah. dia boleh tengok dalam tempoh 2 hari jek. fuh, memang daebak lah! non-stop lah munir ni! haha. mama and iqah ambil masa berhari-hari jugaklah nak habiskan sebab kerja lain menunggu. tak boleh la nak lekat dekat TV jek kan?

cerita ni memang best lah! message yang bagus untuk disampaikan. tak kira apa impian kita, di mana ada jalan, di situ ada caranya. =) plus ada my fav singer berlakon dalam muvi ni! lagu2 pun memang tak ada yang bosan.

cerita ni mengisahkan tentang 6 orang pelajar di Kirin Art School yang cuba menggapai impian masing2. nak masuk K.A School kena audition dulu. antara 6 orang tu 3 orang je yang officially dipilih. lagi 3 diterima atas syarat.( special student ) nama pun diterima bersyarat jadi depa ni dipandang rendah oleh student2 lain kat K.A.S. pelbagai cabaran dilalui oleh mereka2 ni. tapi akhirnya keenam2 mereka berjaya menggapai impian masing2!

.6 pelajar yang menjadi pelakon utama.

. salah satu scene dalam DH .

. Pil Suk yang dahulunya 'comel' transformed into a beautiful girl with absolute pitch .

. Kim So Hyun as Song Sam Dong. special student. asal dari kampung . masa mula2 mai KAS rambut dia macam sarang tebuan. lepas makeover jadik ensem suda. discover his talent bila dah masuk KAS. Sam Dong ni sukakan Go Hye Mi. masa mula2 pendengaran dia ok, lama -kelamaan pendengaran dia bermasalah . ape ntah, tinnitus rasanya.

. Taec Yeon as Jin Guk. 2PM member. one of my fav korean group. special student too. ada masalah family. mama cakap muka dia macam komunis! haha. anyway, he really has a good body. ops! 'bertanding' dengan Sam Dong untuk rebut hati Hye Mi but still they are having a good relationship as a friend.

. Ham Eun Jung as Baek Hee. T-Ara member. ransforms from an ugly duckling into a beautiful swan. she becomes the biggest rival of Go Hye Mi. at first, Hye Mi and Baek Hee best friend. tapi lepas dah kena khianat, faham je la kan.^^

. Wooyoung as Jason. 2PM member too like Taecyeon. ramai kawan saya minat dia ni. keh3. dalam DH berlakon sebagai seorang lelaki yang agak playboy. he has superior dance skills. mama saya cakap dia comel! .

. IU as Kim Pil Suk. solo singer in real world. she has a wonderful voice. digandingkan dengan Jason. padanlah. sama comel! mula2 dia gemukks tapi lepas dicabar Jason, dia jadi kurus. yeay! mama saya suke tengok couple ni. sweet!

. Suzy as Go Hye Mi. ahli group Miss A. special student. kalau tak family dia mewah, tapi lepas bisnes ayah dia bankrup dan ayah dia berhijrah ke luar negara, Hye Mi jadi sasaran 'ah long' mau kutip hutang ayah dia. kesian2. ada adik yang sangat comel! jenis yang tak tahu nak tunjuk perasaan. Jin Guk or Sam Dong? nak tahu jum tengok!~ ^^

kebanyakannya yang menyanyi boleh berlakon jugak. senang sungguh mengeluarkan airmata. bagi Suzy, DH adalah muvi pertamanya. dalam DH special, menangis2 dia bila MC cakap dia dapat anugerah. yela, bila ingat2 balik segala penat jerih kan. semua perasaan ada. tambahan dia muda lagi. 18 tahun kalau tak silap.

cerita ni memang best! tak rugi kalau tengok. hujung tahun ni, Dream High 2 menyusul. nantikan kemunculannya! :P

_ E N D _

Tuesday, April 26, 2011

+ bersih cuci +

assalamualaikum..

empunya blog mai bersih sawang2 jap..:P

edit blog? yeah, its amazed me! although its complicated, i still LOVE to do it. so that when i see my page, i'll satisfy how it will appear on my page!

many things i want to share here..but when my page doesn't complete yet, i have no mood to write, no mood to share anything. NO MOOD ok!~

90% COMPLETE! ^^

_ E N D _

Sunday, April 17, 2011

:: maaf2 ::


:: UNDER CONSTRUCTION::

Sunday, April 10, 2011

+ makhluk kecik bernama hamster +

assalamualaikum..

pagi tadi bangun nak sediakan sarapan pagi..tengah2 khusyuk bancuh air kan, tetiba terasa ada something bergerak di kaki.. lihat2 pandang2 ,

" waaaaaaaaaaaaaaaaa, hamster terlepasssssss! " sy pengsan sekejap ~hiperbola~

namun tiada apa yang mampu sy lakukan kerana ketika tu tengah menggoreng..tak boleh tinggal..tidak mengapalah..sy mengambil keputusan untk membiarkan makhluk kecik itu bersiar-siar mencuci mata.. ~baik kan sy? :P ~

done with membancuh air, nak bawa p meja makan tetiba terasa ada sesuatu berjalan di hadapan..tengok2 lihat2 makhluk kecik itu lagi lah..duduk baik punya dok jalan terkedek2 di hadapan sy..ketika tu sy memegang teko berisi minuman yang panas..boleh bayangkan tak seorang yang membawa minuman panas melihat sesuatu yang mengejutkan? boleh tertumpah kan minuman tu..uisssh, bahaya2..reaksi sy?

" aaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, hamster!!!! "

jangan risau, genggaman sy yang sedang memegang teko itu masih kuat..tidak sempat untuk ditumpahkan..sudah semestinya sy tidak terkejut melihat makhluk itu jalan terkedek2 di hadapan sy ..cuma, nak terkeluar jantung masih boleh diterima..letak teko, teros angkat hamster yang handsome itu masuk ke sangkarnya semula..

pandang2 tengok2 penutupnya terbuka? aduh, macamana boleh terbuka? apabila di flash back balik, rupa2nya sy lah puncanya..tutup tak rapat..hamster yang bernama Che Lat itu sondol2 sampailah terjatuh penutup tu..ouh, salah sy rupanya..terpekik2 kat dapur rupanya salah sy..hahaha..

ada 8 ekor hamster di rumah sy..3 che jantan dan selebihnya betina..ini adalah aksi2 mereka yang tidak dapat dilakonkan dan dipersembahkan ke layar perak..di blog pun jadilah ye hamster2 sekalian? kan2?? ~ sambil menggunakan bahasa hamster~

::aksi tidur::

- tertonggeng terbalik dalam bekas makanan ~

- kuak lentang -

- terowong kaler campur -

- duduk berdiri setengah -

:: aksi makan ::

- pipi menggelebeh -

- alamak, tak muatlah nak boh makanan kat pipi! -



:: aksi tak tahan kecomelan ::


- ni generasi cucu..3 beradik..hasil perhubungan datuk dan anak..sumbang mahram kan? :P -

- ergh, otot saya! nampak tak ! nampak tak ! -

- wink wink -

haa, inilah antara aksi2 yang telah membuatkan sy terhibur setiap hari..dulu tak berani pegang pun..sekarang dah berani setelah beberapa kali pengsan melihat adik2 sy bermain dengan mereka-mereka ini..

hamster jantan dan betina diasingkan..kalau tak?? haa, korang tahulah jawapannya sendiri..kang tak muat 3 sangkar pun tiap2 hari dok reproduce jek..ish3..

p/s : seronok bela tapi nak mandikan mereka-mereka dan mmbersihkan sangkar2 mereka itu adalah amat penat~

_ E N D _

Sunday, April 3, 2011

+ tak tahulah +

assalamualaikum..

saya nak bercerita menulis menaip perkara yang saya nak kongsi...nak nak..tapi kan, tapi kan..

kenapa tak ada mood? sebab apa ye?

mungkin sebab ada perkara lain yang masih mengganggu saya..

perkara apa? ouh, itu tidak perlulah di mention kan di sini..but i still can bear with it..^^ kuatkan diriku ya Allah~

_ E N D _

Saturday, April 2, 2011

+ che mah pegi pasar +

assalamualaikum..

saya nak kongsi satu kesah..camni ceritanya..

pada satu hari, che mah bercadang untuk pergi ke market untuk membeli sayur-sayuran dan ikan untuk dibuat makanan tengahari ..jadi che mah pun bersiap ala kadar..entahla hari tu, che mah pergi tanpa mandi terlebih dahulu..ini adalah kali pertama bagi che mah tak mandi sebelum pergi ke market..

keluar2 rumah, cuaca pun agak tak berapa nak baik..hujan renyai2..jadi sediakan payung sebelum hujan..dalam situasi che mah ni, hujan pun dah turun, lagilah kena ada payung yang sedia terbuka untuk melindungi empunya pemegang payung lah kan? ok2, che mah pun jalan2 sambil cuci mata melihat handphone yang sudah tinggal berapa kreditnya..

ketika pertengahan jalan, titisan hujan makin berat nampaknya..hati che mah berbisik, " eh, hujan lebatnya..macamana ni? market tak jauh dah..sayangnya nak patah balik..alaa, redah je lah hujan ni"..che mah mengambil keputusan untuk meredah hujan yang makin lebat itu..

setelah sampainya che mah di market, che mah terpaksa berteduh di bawah bangunan kedai memandangkan hujan yang amat lebat ditambah dengan angin yang 'sepoi2 bahasa' tu..payung che mah ketika itu sememangnya sudah tidak dapat melawan arus angin ribut yang agak kuat..
sementara menunggu hujan reda sikit, che mah hanya mampu melihat apek2 ikan meninggalkan market ..che mah tidak mampu berbuat apa2..hanya tinggal mimpi sahaja untuk dia masak lauk asam pedas haritu..tengok makcik sayur..hah, ada lagi..che mah pun mengambil keputusan untuk meneruskan misinya..

dia meneruskan perjalanan dengan membeli bawang dan paper di kedai seberang.." tak kisahlah, alang2 dah basah kan..biarlah basah terus", bisik hati che mah..henfon digapai dan tertera satu nama yang amat che mah kasihi..

"assalamualaikum ma, mama kat mana?mama balik bila?"

"mama kat balik pulau la ni.mama balik lambat lagi..lewatlah..kenapa?"

" kakak la ni kat market..hujan lebat sangat..apek ikan dah balik..tak dapat nak masak..takpelah, kakak beli sayur je lah.."

" mama ada beli gulai ikan ni..tapi tu la, mama balik lambat lagi.."

che mah agak kecewa kerana apek ikan meninggalkannya..tapi apa boleh buat kan? nasi dah jadi bubur..jadi che mah nak masak sayur je lah..pegi gerai makcik ni cari kacang panjang n kacang buncis ke, tak dak..che mah beli sayur lain..gulai kan masuk makan dengan sayur ulam antaranya timun lah..tapi kan che mah tak beli pun..sayur lain yang dibelinya..aduhai che mah, kan ada je timun kat gerai makcik tu..kenapa che mah tak beli ?takpelah, mungkin daya ingatan che mah yang sudah semakin uzur ye dop?

ontheway balik pulak..bermulalah satu episod yang agak sadis..bukannya accident ok..nauzubillah..ok, hujan memang lebat..hujan ribut ..jalan pun di BANJIR i air ..sampai betis dah..che mah teringat mangsa banjir yang berlaku di bahagian utara M'sia..mereka lebih teruk banjirnya.."semoga Allah meringankan beban mereka..amin ya rabbal 'alamin", doa che mah dalam hati..dalam hati che mah berbisik lagi,

"apala yang ada dalam air ni..sisa makanan? pasir mestilah ada..balik ni kena sental la betul2 kaki cheq ni.." jalan2 lagi, che mah lalu tangki t**i..mulalah bau yang tak enak..dalam fikiran mula fikir air dari loji tu mungkin tercampur sekali dalam air ni kan..namun, che mah tetap meneruskan perjalannya dengan penuh redha..

air naik hanya kat sesetengah tempat je..kawasan yang rendah, tepi longkang..hah, kat situ air tinggi..begitulah episod kesah che mah yang lencun setelah tiba di rumahnya..dalam hati che mah berbisik2 lagi," ada hikmah aku tak mandi lagi..patutlah, nak jadi camni ghupenya..aku pun pelik kenapa tetibe rasa tak nak mandi sebelum p pasar..tak pernah2 pun sebelum ni..ouh, rupanya nak jadi camni..=p" nakal kan che mah? ish2..

p/s : rasa2nya che mah tu sape? haha..saya lah tu =p

_ E N D _