:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, December 31, 2010

+ jum p OU +

assalamualaikum..

jumaat ritu kuar bersama teman2 tersayang kat One Utama Damansara dipandu oleh sharifah jamilah auji syed alwi alsagoff a.k.a shepa ditemani hazirah najmuddin a.k.a kuntom duduk di sebelahnya menjadi assistant tak sepenuh masa..diikuti penyokong yg sentiasa menyokong dengan penuh padu tak kira di mana2 saja, aqilah yahya a.k.a qilah, nor adibah saihen a.k.a dieba n rahimah sazali a.k.a iera..sesat-menyesat memang agak sebati dalam perjalanan kami..haha..

agenda :
* mengisi perut di lupa nama tempat place
* menonton damping malam ( kami berempat ) n terrorist ( iera )
* solat zohor
* bersantap
* bowling
* KuiS ( pulang )

antara adegan2 babak2 yg terjadi :

sedang enak kami menonton wayang, tetiba :
1) ada makhluk mana ntah main baling2 pop corn dan ade antaranya terkena miss x..toleh menoleh rupanya ada dua makhluk duduk menonton wayang juga di situ..
ahh, sebenarnya mereka nak berlatih main bola jaring..walpon game tu utk prmpuan, mereka tetap berlatih sgguh2 walpon d dalam panggung wayang..HEBAT!
2) sedang enak menonton cerita tetibe lagik, ade sumthing menyentuh bahu miss x..dahla tengok cerita hantu kan..ouh, sekeping kad nama dihulur..kenapa?tanda tidak diketahui..hendak membazirkan kertas mungkin?haha..
3) fokus ke hadapan menandakan miss x begitu menghayati wayangnya..namun, ada lagi kekacauan kedaunan melanda..tetibe ade satu suara garau menyatakan bai di sebelah telinga miss x..dahla tengah tengok cerita yg menyeramkan..aigoo, hah, shuh2..

kami masok2 tempat wayang, agak KOSONG! cerita ni baru kluar 30 disember..sepertinya tidak menampakkan sambutan yg menggalakkan ye..takpe2..boleh tahanla kot cerita dia..pengajaran yg amat berguna buat sape2 yg sudah mendirikan rumahtangga dan sudah mempunyai anak..iera pulak tengok cerita the terrorist kot kalau tak silap ..*camtu ke eja die iera? sorang2..

then solat n makan..nak makan d pizza hut..carik dalam peta tak jumpa..takpela, p kfc jekla..tup2, dah sampai kfc tetibe trlihat pulak pizza hut kat sebelah kfc..aigoo, apedaaa~

ok,lah, biarlah gambO2 d bawah berbicara >>

~ shepa bersama hidangannya~

~ dieba amat gumbira ye ~

~ iera di situ sedang menaborkan black pepper ~

~ qila masih maintain di situ ^^ ~

~ hidangan ini mungkin tak berapa nak menepati citarasa cik kuntum walpon sedap ~

sebenarnya nak upload banyak lagik..namun memandangkan keuploadannya yg agak lambat di situ,terpaksalah sy membatalkan niat..huk3..maap naa~

usai solat asar, kami pon bertolak pulang ke kuis tercinta indah lagi permai..alhamdulillah,selamat sampai..eyh, OU ni bezlah!

_ E N D _

Friday, December 24, 2010

+ terkilan ? +


assalamualaikum..

selasa lepas sy baru kehilangan antara insan yg sy sayangi, yg pernah rapat dengan sy suatu ketika dahulu..al-fatihah utk UMAIRAH BT SUPIAN a.k.a lek mairah..merupakan adik kepada abah sy..beliau telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pagi selasa yg lalu..semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman..amin ya rabbal 'alamin..

sy tak sedih ke? sy tak menangis ke? sudah semestinya sy menangisi pemergiannya..sampai satu tahap sy tak percaya bahawa beliau sudah pergi menghadap Ilahi..pantas sy beristighfar di dalam hati mengenangkan betapa cuainya sy terhadap kuasa Allah..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

sy merupakan org terakhir yg mencium arwah..time tu sy cuba tahan airmta supaya tidak menitik dan mengenai arwah..selepas tu menderu-deru airmata keluar..sedih melihat arwah yg sudah pergi..sedih melihat ahli keluarga yg lain turut serta menangis kesedihan..sedih melihat anak-anaknya yg masih kecil..anak bongsunya masih terlalu kecil utk memahami bahawa bondanya sudah pergi buat selamanya takkan kembali lagi..sedih mengenangkan kenangan bersamanya..sedih melihat suaminya ke hulu ke hilir menguruskan arwah..nampak sungguh kental tetapi sy tahu jauh di sudut hatinya,dia terlalu sedih mengenangkan pemergian isteri tercinta setelah hidup bersama dan mempunyai 3 putera yg cerdik2 belaka..astaghfirullahal'azim!! kuatkanlah hati hambaMu ini ya Allah!

sy datang ke jitra dengan wakpie,wak hendon dan nuha drpd selangor..kami pulang semula ke selangor keesokan harinya..pagi hari..
_________________________________________________________________

sepanjang perjalanan dri jitra ke bangi, sy mghafal dan tros mghafal jek..walpon dalam kereta..sebab apa sy study hard sgt ni sampai dalam kereta pun bukak buku menghafal?
sebabnya petang tu ade exam ulum al-Quran..
sampai kat kuis dalam pukul 3 lebih ..exam stat pukul 4..bila dah smpai kelas tu, tunggu punya tunggu ustazah..manala ustazah ni..manala exam ni..hujan lebat time tuh..tup3, ustzah hantar message katanya exam batal..tunda minggu depan!
boleh bayangkan tak perasaan sy ketika tu? hancur lebur berkecai..huk3..
kalau taw takde exam, tak perlulah sy menyusahkan wak pie sebab kena sampai sebelum pukul 4 di kuis..
tak perlulah sy baca + hafal2 sampai pening2 dalam kereta..
tak perlulah sy tahan lapar sampai nak termuntah p klas..
bertambahlah mid term exam nex week..

banyak betol alasan sy kan?

walauapapon, setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..tak baik kan sy salahkan sapa2 dalam hal ini..ini kuasa Allah..mana tahu kalau jadi betul exam ptg tu, sy still takdapat jwab sehabis baik walpon dah berusaha sungguh2 dek kerana letihnya badan dan emosi yg masih tak stabil? betol tak? sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya..wallahu'alam~

_ E N D _

Thursday, December 23, 2010

+ mengejut! +


assalamualaikum..

petang yg sejuk walaupun cuaca di luar bilik yg agak baik dan cerah..nanti bila musim 'berbahang + berkuap' tiba, bising panas pulak kan?
itulah manusia..tak pernah puas dengan apa yg ada..astaghfirullah~

ke'busy'an masih melanda diri tak pernah surut lagi walaupun sikit..ni saja tetiba rasa nak menaip + berceloteh + membuang tebiat sebentar kat sini..^^

antara perkara yang paling tak boley lupa ialah :

EXAM MENGEJUT
= ye, kita sebagai pelajar haruslah sentiasa bersedia ye dop? tapi bagi pelajar 'cemerlang bijak genius' macam sy ni, perkara ini adalah agak tak boleh diterime..huk3..jadi untuk subjek dakwah..ustaz mlangkah dengan penuh gayanya masuk ke dalam kuliah dan tetiba teros cakap ada midterm harini..waaaaaaa! pelajar2 subjek dakwah di dalam kuliah tu agak tercengang terbeliak mata walaupun tidaklah sehingga mengeluarkan bebola mata masing2 dek krana terkejut yg mungkin over..kbetulan malamnya ada exam hadis gak..jadi sy hanya menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran hadis dan buku dakwah sedikit pon sy tidak sentuh apatah lagi membacanya..time jawab exam tu, linangan airmata mengiringi sy..kenapa menangis? sy salahkan ustaz kerana tak bagitahu awal2 ? mungkin ada sedikit kot..its my fault actually..dahla takdapat jawab dengan baik~sungguh!~ sob3..pengajaran yg sy dapat = jangan study semata2 hanya kerana nak exam..setuju tak?

" dari pemerhatian sy,exam yg antum jawab agak takmemberangsangkan.seperti budak darjah satu jawab exam.." antara celoteh2 daripada seorang murabbi kepada mad'unya..

" jadi, sy rasa nak jalankan lagi satu exam dakwah minggu depan.."

" NAKKKKK!!! " pelajar2 subjek dakwah mnjawab dengan penuh semangat walaupun digertak dengan paper yg seterusnya akan lebih susah drpd yg sebelumnya! sy tak kisah! asalkan sy masih sempat berusaha bersedia.bukan hanya masuk kuliah jawab exam dengan idea jawapan yg kabur2 kelabu asap..alhamdulillah!syukran ya ustaz!! :)

macamana dengan exam hadis malam tu plak? alhamdulillah, boleh menjawabnya dengan yakin..dapat keputusan dah pon..insyaAllah, 4flat utk subjek ni akan ku genggam erat2!

_ E N D _

Sunday, December 19, 2010

+ hang-out sesi disember +

assalamualaikum..

sesi hang-out bersama teman2 tersayang dalam bulan disember..2 destinasi menggamit ukhwah~^^

1) midvalley..dieba, khalida, hasanah, hajar.membeli barang keperluan sambil mengisi perut di KFC.
2) naek kete-tetibe tersampai d nilai-tetibe tersampai pizza hut-tetibe termakan banyak.haha.

ops,sebelum tu dua dstinasi ni adalah pd hari yg brbeza oke.^^


~ dada, dieba, dak gemox ~

~ khusyuk dak gemox mnikmati makanannya ~

____________________________________________________________________
nex destination : pizza hut, nilai

~ bersama rumate trsayang, ct mariam ~

~ finish 1 ~

~ finish 2 ~

~ aksi membuang tebiat pabila trnampak abg ensem..joking lah..haha ~

_ E N D _

Saturday, December 18, 2010

+ syera,km dh jawab +

RULE

once you have been tagged,
you are supposed to write a note with 25 random,
things, facts or goal about you.
at the end, choose 25 people to be tagged.
you have to tagged the person who tagged you.
if i tag you, its because i want to know more about you.

assalamualaikum..

tag ni telah ditujukan kepada sy setelah berkurun lama..haa,baru mau jawab~maap naa syera ^^

1- full name : hazirah Najmuddin

2- DOB : 14/3/1990 ( pisces )

3- asal penang

4- studying in Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS..taking dgree in syariah n jurisprudence

5- favret kaler : BLUE!

6- 1st from 5 siblings

7- bile marah + geram sgt2, takkan marah tapi menangis

8- sy nak KAWEN AWAL.tapi dengan sape?eh? ~ erk, apeni? eh,bukan sy kot yg taip =p ~

9- luv percussions.luv nasyid.luv taranum

10- suke pedas..a lot! i loike!

11- thalasemia carrier ~ xbahaya pon,akn mula jadik bahaya bile kawen ngan thalasemia carrier gak.nauzubillah ~

12- suke jalan2.shopping2..tp tak boleh lama2..cepat letih..balik2 teroih 'pengsan'~~

13- love + miss my family so much!! sarangae~

14- suke DUIT.but not materialistik.

15- taksuke laki isap rokok.asap rokok= pening bbenO ghaseny + my adik2 straight away boley kena asthma.mencik2~

16- bagi sy laki yg bermain gitar sambil menyanyi merupakan sorang yg amt romantik.sy romantik tak? haha.ape jnis soklan daa~=p

17- sy sorang yg agak 'gile2' + can't stop talking once 'penyakit' banyak mulut sy datang.

18- tak takut kucing tapi GELI

19- suka masak tp malas nak masak.haha.boley x camtu? =p

20- pantang nampak baby comey2.*faint~

21- tangisan adalah ubat yg amat mujarab bagi sy.ade orang cakap nangis itu adalah tanda org yg lemah,tp bagi sy tak.walau dasyat gile sy nangis pon,once dh abes nangis,ia akan membuatkan sy boley bangun semula bina semangat baru.

22- suke tengok crite seram tp kalau part takot, sy menjerit dlu. kdg2 sape2 yg tgok dengan sy crite seram menjerit bukan sbb takot @ trkejut tengok crite tu tp trkejut dengar sy mnjerit.haha

23- layan korea + industan.suke2.jepun = less.nape ? takmo jawab.haha

24- addicted to the sims 3!

25- 165cm is my height.tinggi x? ^^

lg 25 org tu...erm..urm..irm...i've no idea~
sebenarnya esaimen hadis memanggil2.jadi takdapat nk berfikir dengan betul sgt.hua3..dadidu~

_ E N D _

Friday, December 10, 2010

+ hancur! +


assalamualaikum..


erk? hati pic sebelah ni terkeluarlah..hebat kerana ia masih boleh mengalirkan airmata..peluhnya mungkin kerana menahan kesakitan yang teramat ekoran terkeluarnya hati miliknya itu? atau hati itu milik insan lain?

dahlah, merepek je semua..its juz a picture rite? to express our inner feeling..my heart av fallen apart into small pieces ~
why? because of sumone, sumthing..who? nah, let it be a secret..if im mentioning it here opkos u dun recognize dat person aite..
eyh, awak dah berjaya buatkan hati sy hancurlah..taniah!


[[ jangan beri harapan palsu kalau tak boleh nak tunaikan ]]

xkisahla ur buayapren, gelipren, sahabat, unknown person ke, pasti akan ade antara mereka yang akan melakukan seperti perkara di atas kan? tak kesahla sesape kan.. mesti korang pernah alami kan? sakit tak ? ke rasa best jek ? pastu nak lagi orang tu melakukan perkara yg sama kat korang..janji2 bagi harapan tup3 ITS JUST A FAKE ONE~
hey, sakitlah! klau sekali still can be forgiven..biasalah nama pon manusia kan..ni kalau bertalu2 teros meneros macamane plak? dia punya kesan sakit tu lagi extremelah..maybe awak xpernah rasa kot kan..coz awak tahu buat kat orang lain jek..eh, HEBATlah awak ni..tetibe sy rasa 'kagum' sungguh dengan awak..

let me give an example..awak dah janji nak macamni..org tu pun dengan gembiranya dengan harapan yang meninggi sarat penuh di dada membuak2 menunggu janji awak tuh..tunggu punya tunggu takde la plak kan..bila contact balik tup2 awak dah ada kat mana dah..AT LEAST u can TELL dan mintak maaf la kan sbb tak dapat camni tak dapat camtu..ini macam timba cari perigi plak..terbalik lah..hey, sy manusia jugak oke..ada hati dan perasaan..sy masih hidup lagi..lainlah kalau sy ni mayat hidup ke kan..takpela sebab takde perasaan.. ini tak..ok,lah..its my fault..easy..sbb menaruh harapan yg trlalu tggi..last2 sy sendiri yg sakit kan..~padan muka~ bukan sikit tapi sangat sakit.. lepasni apa2 harapan orang bagi kat sy especially YOU, sy xletak tggi2 dah k? after i told dat person about this, die plak yg terasa..sememangnya sy tidak faham..sy terlalu demand kah?
curious + blur + blank ~

wut u ols will do if this thing happen to u? apakah yg anda akan lakukan?
sabar dan terus sabar sampai org lain buli pijak kepala semua ? teros meneros blaming urself? ataupon buat benda lain ? papepon yg pasti, sy akan sentiasa doakan yg terbaik untuknya walaupun hati ni hancur..tapi untuk percaya akannya lagi, maybe take time..very the long time kot..

ya Allah, kuatkanlah hati ini..sesungguhnya aku hanyalah hamba-Mu yg lemah dan hina..sesungguhnya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya kan? betol tak?
sentiasalah memaafkan orang lain hazirah~

_ E N D _

Thursday, December 9, 2010

+ kusut masai +

assalamualaikum..

malam yang nyaman! tetibe idea menderu-deru masuk mintak dikeluarkan! tulun2! =P

erm, minggu yang paling busy setakat ni..nak cari masa rehat pon susa..almaklumla,dah masok mid sem ni..huk3..kuatkan semangat ye hazirah~~

minggu ni no rotan2..minggu ni agak bernasib baik kot..eh,rotan2? ape rotan2 ni tetibe?hua3..
setiap jumaat + 2.30pm + blok 5 = akan ade tutorial subjek dakwah..haa,nak dijadikan cerita, setiap kali tutorial, ustaz ni akn bawa mai ROTAN~ rotan panjang punya..AMAT BEST!~
rotan ni digunakan utk mencari kutu di kepala .. percaya? silakan kalau nak percaya nescaya anda akan tergolong dalam golongan ditipu~
ala, rotan mestilah untuk rotan ye dop.. sape2 yg xdpt jawab soklan ustaz akan dapat hadiah bez punye.. ingatkan time skola rendah dulu jek ade rotan2 ni rupa2nya kat U pon dapat jumpe lagik..jadik sebelom klas tu must be well-prepared lah..hafalan itu harus lekat kukuh jiddan di kepala supaya tidak meninggalkan 'bekas' di tapak tangan kelak.. sebelom ustaz masok tu sume kalut jek menghafal ~ yeke? ~ once ust yang sememangnya full sense of humour itu menjejakkan kaki ke dalam kelas, jantung-jantung, hati-hati mahasiswa-wi yang bijak cerdik pandai lagi hensem akan ter'stop buat seketika menandakan kecut perut suda sampai ke tahap yang maksimum.. hebat sungguh penangan ustaz itu..ops!bukan2!rotan itu sudah pasti..ish3..
papepon yang pasti, ustaz syarul azman memang the best..sy suka masuk kelas beliau..sy sayang murabbi sy..sape tak gelak ketawa setiap kali kelas beliau, pelajar tu bukanlah manusia yg normal! pasti! ha3..pernah satu ketika beliau berjaya membuatkan sy teresak di dalam kuliahnya..ketawa guling2 ~over~ itu sudah pasti..beliau memang suka bercerita..kesimpulannya = sy suka belajar subjek ni! kobar2 ghasenya bile masok kuliah beliau..kalau tutorial? erk? no answer boley ? ^^

burung hantu pun kalah dengan sy kot kan? yela, mata ni sungguh2 tak bertenaga mengenangkan tido yang 'terlebih' cukup sampai tak dapat tumpu dalam kelas..biasala, sy kan pelajar yang 'bijak pandai' dalam menguruskan masa..tambah2 time kelas undang2..kelas dahla tengahari..time mata-mata mula menunjukkan kekuyuan yang amat galak ! sabO jekla..pasni hazirah, buatlah lagi ye..biar sampai pengsan dalam kelas teros..lagi besH! ~ nasihat yg amat 'bertenage' =p ~

next chapter..
sy agak sedikit pelik..si A nasihat si B supaya tak bla3..tup2, si A plak buat benda bla3..sebelum ni si A tak macam tu..mungkin jiwa remajanya sudah mula memberontak ? mungkin fasa2 kecenderungannya ke arah 'itu' sudah mula menunjukkan belangnya..?sy sayang sahabat sy itu..semoga Allah sentiasa suburkan dirinya dengan tarbiyahMu ya Rabbi~

ok, lah..pliz pray for me k..hope i can face all this with Allah's bless..amin ya rabbal 'alamin..

p/s : 1st mid term exam that im gonna sit is mustalah al-hadis! nex week ! huk2..

_ E N D _

+ i-city +

assalamualaikum..

tetibe terasa nak kongsi pasal ni..i love i-city! eventho juz makhluk xbernyawa yg berlampu jek ade kat situ,still i love it!
sampai kl sentral drpd penang petang..then naik ktm p serdang coz my cousins will fetch me there..singgah UPM jap sblom p i-city..UPM bez!nyaman + sejuk jek..menumpang bilik sepupu named syafiqah for a while..lagi sorang tengah study kat UPM ni, nama muhammad 'uthman called semey..eh,semey ke u?hua3..wutever la..jadi kami berlima yg p i-city ni..

dan inilah hasil gambO2nya..pasni klau nk take pic bawa dslr k..camera fon NOT ALLOWED!~over!=p~

~ inilah 4 binis yg cantik jelita lagi comey ~

~ erk, adegan apekah ini?? ~

~ meniru aksi tetttt ~

~ ini mata punya baby amatlah besO..suka + love + sayang baby..bila sy nak ada baby sendiri ni?? =p ~

~ ini namanya posing ~

~ kami bertiga sepupu ~

semey ni banyak omelnya..dialah pemandu pelancong kitorang..dengan penuh rasa tanggungjawabnya membawa 4 binis yg sememangnya tidak banyak kerenah..terima kasih daun keladi bawa kitorang p jalan2 naa~ pasni boley bawa lagik..hua3..today he's going to jakarta..pukul 7 pagi tadi flight..he'll gonna b there for 2 weeks..bersama 4 binis lagi..ops,bukan binis yang sama..tapi other set plak..nnadey, u curang dengan kitorang ek..sanggup u! ~ dah sampai gedix tahap melampau..oh, juz ignore me pliZ..aha~ program ni under UPM..he's one of the selected students..dadidu..
pesanan to him : semoga Allah permudahkan urusan hg kat sana k semey..hope everythings gonna b fine..insyaAllah.. ~ macamla dia baca kan?ceh ~

4 binis tu xdela legal sebenarnya..saje memain..kuota laki nak berbini kan 4..secara kebetulan, kami 4 perempuan..sy + syafiqah + 2 sahabatnya lagi ( nad + azie )..so, cukup kuota la kan? haha..nad n azie mmg sporting..glad to have them as my new friends..:) papepon memang semuanya bez..u ols mmg beSh!sarange! ^^

p/s : pasni nk p sane dgn husband lah..boley x? =p

_ E N D _

Saturday, December 4, 2010

+ bLuR +

assalamualaikum..

eh, dah teronline lah..kalau tak boleh nak online macam2 nak tulis..macam2 nak kongsi nak taip..tapi bila dah online = bluR~~ huk3..

till then~

Thursday, November 18, 2010

+ kesah-kesah +

assalamualaikum..

dah lama rasanya tak menjengah blog..busy..sempena raya yg masih berbaki ni, sy nk ucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha..semoga kita dapat memahami apa erti korban itu yg sebenarnya..insyaAllah..

where am i ? opkos di rumahku yg tercinta, penang pulau tercinta..^^ ahad ni akan beransur pulang bersama cik nur syahirah yg cantik manis ayu tertarik memang the bomb! cuti mid sem yg masih berbaki 3 hari?ouh tidak......sehari mungkin? satu setengah harilah hazirah! eyh, ape gadoh2 pasal hari ni..ish~

sempena ~smpena lagi?=p~ hari meng'online' sy yg makin singkat neh, nak kongsi beberapa kisah yg terjadi dalam hidup sy..boley? kalau tak nak baca pon, ada nampak butang pangkah tu kan?silalah klik..sekian..

> ISK
INI SEJARAH KITA.. pertama kali sy pergi ke daurah sebegini..subhanallah! sebelum ni bila jek dengar kisah2 nabi dan para sahabat, takdela tertacink sangat..mcm sekejap jek berbekas..pastu lupa balik..astaghfirullah..lepas p ISK, tiap kali dengar kisah sedih berkaitan dengannya, airmata ni akan mudah tumpah..senang sangat2..mmg amat berkesan akhi hussaini tu beri pengisian ..walaupun hanya 2 hari..lepas p ISK tu gak, sy akan bersemangat utk p usrah..seperti terbukak luas mata ni mengenai islam dan dakwah..subhanallah3! semoga sy terus diberikan kekuatan olehNya utk berjuang dlm Islam!amin~~~

> esaimen
esaimen dakwah sy separuh sudah siap..maksudnya praktikal..bertulisnya belom siap..~ laporan ttg aktiviti atau program yg telah dilakukan ~ tarikh tasyri'? opss, belom siap gakz..oleh kerana lappy tak sehat beberapa hari ni, jadik urusan esaimen tergendala ..ahad pagi ni dah nak balik..wah, diri ni akan bekerja seperti komputer kah mungkin? aigooo~ go, go chaiyok !

> raya korban

ni anak2 saudara sy..sungguh khusyuk mewarna! sampai angkat muka pon susah..mereka amatlah keletah dan shumeL !..geram sungguhla...penat2..penat ape? penat angkat berat! haha..tak delah..

" geletek la lagi..geletek la lagi... "

hah, ni antra 'game' yg depa suke maen..penat bbeno ghasenya tp sronok! =p

> KUIS
erm..how i can say about this ek..byk perubahan yg telah sy lalui..antra yg drastiknya, suasana yg baru.....mungkin sy agak lebih berdikari sem ni? lebih peramah ? lebih pemalu? apa2pun yg paling pasti adalah, sy makin BUSY.......nak melekat kat bilik pun susa sungguh..tetibe naqibah harus sy pikul..kejap up kejap down..sumenya BARU...adik2 usrah yg baru..clsmate baru..kelas baru..lecturer baru..subjek baru..yg paling berbekas adalah usrah luar yg sy ikut under ikram..menjadikan hidup sy berputar 180 darjah drpd kehidupan normal sy..adakah? sebenarnya sy pon tak pasti..hanyalah perasaan sy..tak kisahlah apa yg terjadi yg pasti ia amat memberikan impak yg besar dalam hidup sy..negatif o positif? dua2 ada..alhamdulillah lebih ke arah positif..ye, asalkan matlamat n niat kita haruslah betul insyaAllah, Allah akan permudahkan..betul tak?
sy risau...risau teramat risau..risau akan keputusan peperiksaan ku yg akan menjunam..iyakah? nauzubillah..semoga deanlist lagi..amin...risau perkara tika di alam sekolah menengah dulu berulang kembali..busy dengan aktiviti n pertandingan sehinggakan pelajaran tak boleh nak tmpu..trauma sgguh~ tolong doakan sy ek sahabat2..

> manusia
alhamdulillah, ada beberapa insan rapat di sekeliling sy sudah berubah..syukran lillah kerana telah membuka pintu hatinya utk berubah menjadi yg lebih baik! alhamdulillah! sebelum ni sy pelik n tak sabar..rupa2nya ada hikmah di sebalik semua yg telah berlaku..astaghfirullah..nikmat yg sy alami sekarang lebih n lebih lagi..sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..diri sendiri? akan sentiasa cuba utk berubah ke arah yg lebih baik n lebih baik..go, go chaiyok! ~again..=p ~

> sims
alahmak, terpaksa uninstall the sims 3..lappy yg tak bertenage buat seketika membuatkan sy kena 'buang' itu game dri lappy! huk3..sedey2..takpe2, nanti install laen..ain ooo ainnabila...nanti nk pinjam cd lagi boley? pinjam jek khojenya ye hazirah..ish3.. ~kenyet2~

wah, esaimen tarikh tasyri' semakin galaknya memanggil2 sy..ade sape2 nk tolong buatkan tak? =p haha..eyh,its mine oke! so i've to do it on my own rite? keh3..

p/s : bile lagila dapat online nya bile dah balik KUIS nanti ek..hurm.....

_ E N D _

Wednesday, October 27, 2010

+ baru bermula +

assalamualaikum..

kehidupanku di KUIS sudah bermula rabu minggu lepas..seperti biasa, managementnya yg tak berapa bertenaga membuatkan sy berasa agak ketensionan di situ..:P marilah kita menelusuri kisah hidup hazirah najmuddin yg baru bermula di bumi kuis ni!~ hua3..

sem ni agak busy..kelas paling maksimum adalah pada hari rabu..6 kelas..sikit kan? wah, memang hebat! stat pagi pukul 8 hingga 1 direct non stop..diikuti kelas pada petangnya 4 hingga 6..seterusnya 8 hingga 9 malam..walaupun kelas malamnya lecturer yg mengajar penuh dengan unsur2 syadid, bahasa pengantar yg sentiasa kesemuanya sy 'FAHAM', amat kurang unsur lawak jenaka ala mr bean atau spongebob atau aznil nawawi ke, akanku gagahi gak menatap muka lecturer ..mata yg terkebil2 ni akanku gagahi jugak dengan keazaman setinggi langit!.. ~ sebenarnya letih la..naek juling mata den ni haa..~
namun satu perkara yg sy tak boleh nak elak dan tak pernah alami pada sem ini adalah pelajar lelaki melebihi pelajar perempuan dalam satu kelas! ~ jakun tak sy? haha..juz ignore..:P ~

THE SIMS 3 ! yeay! penantian selama ini akhirnya berakhir jua..kredit to ain nabila ibrahim! :)
nak2 main game tu pon reti gak cabaran dan dugaan ni ambil bahagian ! hahaha.. i really2 addicted to that game lah! aigoo, hazirah..kamu 20 taun suda main lagi game2 camtu..well, i can't do anything about that k..:P

satu kebetulan yg amat menarik telah terjadi kepada sy pada satu hari ni tika sy keluar membeli belah satu shopping mall bersama rakan2 tercinta.. coincidently or miracle ?? haa, ini yg kita tak pasti ye tuan2 dan puan2..well, sy baru je ber message dengannya tup3 bujang lapuk termuncullah depan sy secara tiba2 sebuah lembaga berbaju biru keseorangan! haha..my cousin oke? :P
" nak merasa kpm x" ~ lembaga berbaju biru + gorgeous bertanya..~ kembang tak wahai *****?? :P
" nak2 ! "
antara conversation yg terjadi dalam henfon sy lepas terserempak dengan beliau.. namun , tiada jodoh sy untuk dibelanja oleh lembaga tersebut pada hari itu memandangkan matahari kian melabuhkan tirainya mencemburui waktu siang, sy bersama rombongan cek kiah sudah hendak pulang lah..so, next time ok wahai lembaga? :P hahaha..

henfonku sem ni sungguh tak bertenaga! tak jatuh apa tetiba dah gelap2 skrinnya..biasalah slide..then empunya henfonnya mungkin agak 'ganas' kan..so, henfon pon jadik lagu tu..miss u a lot lah henfonku! sekarang kawan pinjamkan henfon..tetapi........."message sending failed" selalu? haa,apekah itu? selalu ditertawakan pabila bunyi tet berkumandang dengan galaknya di dalam bilik sy yg indah lagi permai oleh rmate2 ku yg cantik manis..apakah yg sy mampu lakukan? tersenyum + pasrah + tak berputus asa utk meneruskan penghantaran message yg terbengkalai sehingga berjaya..........

ok,la..la ni mau anta henfon masok hospital..tolong doakan sony ek..semoga dia cepat sembuh..amin..

p/s : rindu mama sangat2..telefon mama semalam..mama demam..:( kesiannya mama...syafakillah ek mama..kakak sayang mama sgt2..

_ E n D _

Sunday, October 17, 2010

+ syera +


assalamualaikum..

entri sy pada kalini adalah berkisar mengenai seorang sahabat rapat sy..

.:: NUR SYAHIRAH MOHD SAUFEE ::.

mula terfikir nak tulis mengenainya apabila selasa ini bersamaan 19hb oktober pada pukul 7.30 pagi, sy akan bertolak pulang ke KUIS bersamanya..

syera the gorgeous gurl! :P

kenal dengannya di SMKA (P) Almashoor..


mula rapat dengannya bila sy sama kelas dengannya tingkatan 4..4 abqar..iaitu kelas sains 2..kami amat rapat..dalam kelas sy duduk dihadapan mejanya..jadi tiap2 hari suda semestinya ada je gosip panas!macam goreng pisang panas2! :P

masuk pertengahan tahun, keputusan peperiksaan sy agak memberangsangkan..jadi sy naik kelas 4 akhtar iaitu kelas sains 1..walaupun kami terpisah kelas, namun tetap rapat..kerana?
kerana kami seringkali ke kem bersama..yeay!

kem hape plak dh ni?
kem KRS..........ngee~


habis almashoor, kami bertekad mahu ke KUIS..ipt yg sama..tup2 seperti yg dirancang, masuklah kami ke sana to further our study..sem 1 sy sebagai pelajar asasi pengajian islam..tinggal di bilik yg sama dengan syera..banyak suka dan duka telah kami lalui bersama..

dan pada suatu hari.....

terjadi perselisihan faham antara kami berdua pada satu malam yg indah lagi nyaman lagi damai..jeng3~~

tiada tutur bicara yg keluar..masing2 mendiamkan diri tanda tidak berpuas hati dan memprotes!
masing2 dengan ego yg tersendiri! aku2 kau2!
namun atas dasar kasih sayang yg mendalam antara satu sama lain ~ceyyy ~ , akhirnya kami berbaik kembali..macamane ntah? ~ hilang ingatan pulak pasal tuh :P ~

ok, marilah kita berkenalan dengan cik syera kita yg cantik manis molek ala2 gadis melayu terakhir gituu :

- lahir pada bulan disember
- seorang yg happy-go-lucky
- tiap kali sy jalan2 kuar shopping ke mesti ada mata2 yg teeett pada cik syera kita..huk3..:P
- debater skolah! hebat!
- taking dip in syariah law..now she's in last sem..
- tinggal di bukit jambul, penang..
- ada adik yg ramai..
- cantik + pandai ..
- single but not available:P
- tersangatlah baik..
- pinky girl..
- takutkan serangga?
- amat caring
- n banyak lagi..
apa2pun, sy berdoa semoga ikatan ukhuwah kami tidak akan putus sampai bila2..uhibbuki fillah abadan abada..semoga hidupnya sentiasa dilimpahi dengan rahmatMu ya Rabbi~amin..

sayang kamu, rindu kamu~ ^^

p/s : syera, betol ke kmi tlis sume ni pasal ampa? maap ek klau silap..nanti kita story2 ek dlm bas..

_ E n D _

+ selongkar2 +

assalamualaikum..


haa, siapakah gerangan gadis di dalam gambar ini ? sy pun xkenal~haha

sahabat2 rapat sy di kuis gemar meletakkan gambar ini sebagai wallpaper di henfon ..henfon siapa? haa, ini yg kita x tahu ye tuan2 dan puan2..:P

sekadar bertujuan untuk menyakat orang itu..kerana orang itu tidak berapa gemar menjadikan gambar ini sebagai wallpapernya..kah3~ kadangkala terjerit kecil orang itu apabila menyedari sahabat2nya telah melakukan 'sesuatu' pada wallpaper henfonnya! sahabat2 orang itu tersangatlah nakal ye!

p/s : selongkar2 folder, terkeluarlah entry sebegini..huhu..:P

_ E n D _

+ nostalgia +

assalamualaikum..


gambar yang membawa begitu banyak memori yg indah suka dan duka semua ada..

i found this pic kat wak hendon punya fesbuk..apabila terpandang je gambO ni, macam2 perasaan ada..bercampur baur! arwah mbah lanang dan mbah ibu masih ada ketika ni..semuanya masih setahun jagung..kecil2..sekarang semua dah pakat mau kawen suda..beranak-pinak suda..belajar tinggi2 suda..senyuman mbah lanang yg hanya tinggal memori..

sekarang,....

apabila balik kampung sebelah abah, sudah tiada tangkap gambar bersama..
sudah kurang cucu2 berlari2 macam nak rak rumah..hanya cicit2 yg semakin bertambah..
gathering pun dah kurang..
kalau dah balik kampung pun takramai..sebab ramai ada di IPT..

takpelah..kita bukannya boleh berada bersama kenangan silam selamanya..walau kita cuba nk undo balik pun,memang mustahil..apa yg penting,pandang ke hadapan, bina dan gapai cita2..di mana ada kemahuan di situ ada jalan, ye kan? :)

semoga Allah permudahkan segalanya..dan ikatan ukhuwah kami sekeluarga tetap kukuh abadan abada..amin~~

_ E n D _

+ once upon a time..... +

assalamualaikum..


tiba2 keterujaan melampau melanda diri cik hazirah..teruk kan? :P

alkisahnya bermula macamni..pada suatu petang seperti biasa cik kuntum melayari laman fesbuknya..she's addicted to that laman sesawang labah2 already setelah berabad2 mukabuku ini wujud!~ hee~

seperti biasa juga ada friend request yg perlu di approve..klik2!
terpampang satu profile yg bernama fatin z.. "seperti bisa ku kenal..herm,marilah meng explore", monolog dalaman cik kuntum~

tiba2....
darah mula berlumba2 menyerbu dalam diri cik kuntum apabila melihat gambar fatin itu..mengapakah?? ops, khusnu zhon oke! xmo notty2 fikir benda bukan2 taw!

rupa2nya empunya diri fatin itu amatlah cik kuntum kenal! kenal tersangatlah kenal!
cantik menarik tertarik kau memang the boooom lah!whoa! subhanallah, ikatan ukhuwah yg telah lama putus kembali bertaut! syukran lillah!

~ very gorgeous + beautiful isn't she ? ~

imbas kembali kenangan silam tika kami masih bersama : ^^

pegi sekolah sama2 kayuh basikal..
jadik gila sama2..
suka main hidung kembang kempis ~ erk? apeni? gila kan? hahahaha ~
sama kelas time sekolah rendah dulu di sekolah kebangsaan batu maung..
one of my bestie dolu2..
ghajen pi rumah dia..ala,zaman2 cik kuntum masih berhingus ..~ ish3..what word i've used ?not really suitable i think :P ~

then, one day..she had to move away to another place that i didn't remember..in standard ? erm, naa..can't recall..dun remember ..

now, she's staying in Putrajaya..taking dip tesl at kptm KL..before this she's taking biochemistry ( stpm ).. really hope we can meet one day as my current location is not too far2 away from putrajaya..still in selangor...:) insyaAllah..
miss you so much fatin ~

_ E n D _

Friday, October 15, 2010

+ accesories +

assalamualaikum..






syukran jazilan abah..=)

_ E N D _

Thursday, October 7, 2010

+ jalan2 +

assalamualaikum..

pada hari ni, sy teman mama pegi rumah anak buah dia..trasa malas tetibe mau bercerita panjang..=p erm,biarlah gambar2 ini yg bercerita bagi pihak sy oke? =p

~ makanan tengahari kami.. ~

~ bila taw sy nak tangkap gambo, teros budak kecik nama amin cucu datin ni posing camni..comel kan? =p ~

~ pressure cooker telah memuntahkan wapnya ~

~ sedap tapi??? PEMBAWA PENYAKIT jua ~

~ guna perencah segera jek..^^ ~


~ ini mama sy! =) ~

~ ops, kantoi! hoho ~

~ customer mama ni datin..dia mau blaja guna pressure cooker..jadi buat hidangan nasi briyani..daripada selalu bubuh prencah segera je bertambah lagi bahan2 yg datin ni tambah ..bawang2, pandan ape lg ntah..banyak gak..tetiba lupa plak..hua3.. ~

~ guna noxxa breadmaker..menantu datin ni jual roti2 ni dengan harga rm1 jek..percaya tak ? ~

_ E N D _

Monday, October 4, 2010

+ sanah helwah ya akhi! +

assalamualaikum..






nampak sedap tak kek coklat tu? =p yummy!~ sy yg buat! percaya tak ? ~ sila jangan percaya kerana sememangnya bukan hazirah yg buat..haha~

selamat hari lahir yang ke 15 abdul munir bin najmuddin!~

semoga dirimu sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Nya..

seronok sungguh dia dapat kek ye..tapi dia macam agak frust sebab birthday dia sehari sebelum PMR..haha..sabo ye nir..=p

birthday dia jatuh pada hari ahad..hari tu dia dah kena balik hostel..begitu bersemangat dia cari tupperware mau bawa balik kek besday dia..nak kongsi bersama rakan seperjuangannya..siap potong dengan kemas lagi letak elok2 dalam bekas..

ketika sy membuka pintu refrigerator di dapur dengan niat utk mencuci mata dan mengisi ruang2 kosong di dalam perot..tetibe..

tup3x...alahmak! ( suara hati sy berbunyi..denga tak? =p )
sy ternmpk bekas berttup ungu di satu sudut dalam peti ais ..wah,apekah itu? macam kenal jek..
telek2 punya telek, tetibe terasa sebak di hati..huk3..
munir tertinggal kek dia lah..( tyme tu munir dah pulang ke hostel )

buat terok jek kan sy ni? itu pon nak tertacink..hoho..
tak dela..juz teringat terimbas balik betapa bersemangatnya dia nak bawa balik kek besday nk kongsi makan sama2 dengan rakan2..betapa bersungguhnya dia mencari bekas yg sesuai..lepastu simpan dalam peti sejuk elok2..betapa excitednya dia! tup3x, dah balik hostel,baru teringat tertinggal kek!~alahmak!~
sesunggunya sy amat sayangkan adik sy ! ^^ memang sungguh sebak..kesian munir ye..dapat kakak yg sungguh suka tertacink dan berhati lembot nih..=p ~sila jangan contohi sy! ~

esok2 mama bawa lah kek2 tu utk munir..kebetulan 1st day dia PMR..bittaufiq wannajah k..kakak sentiasa doakan ~ amin~~

_ E N D _