:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, December 24, 2010

+ terkilan ? +


assalamualaikum..

selasa lepas sy baru kehilangan antara insan yg sy sayangi, yg pernah rapat dengan sy suatu ketika dahulu..al-fatihah utk UMAIRAH BT SUPIAN a.k.a lek mairah..merupakan adik kepada abah sy..beliau telah menghembuskan nafasnya yg terakhir pagi selasa yg lalu..semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yg beriman..amin ya rabbal 'alamin..

sy tak sedih ke? sy tak menangis ke? sudah semestinya sy menangisi pemergiannya..sampai satu tahap sy tak percaya bahawa beliau sudah pergi menghadap Ilahi..pantas sy beristighfar di dalam hati mengenangkan betapa cuainya sy terhadap kuasa Allah..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..

sy merupakan org terakhir yg mencium arwah..time tu sy cuba tahan airmta supaya tidak menitik dan mengenai arwah..selepas tu menderu-deru airmata keluar..sedih melihat arwah yg sudah pergi..sedih melihat ahli keluarga yg lain turut serta menangis kesedihan..sedih melihat anak-anaknya yg masih kecil..anak bongsunya masih terlalu kecil utk memahami bahawa bondanya sudah pergi buat selamanya takkan kembali lagi..sedih mengenangkan kenangan bersamanya..sedih melihat suaminya ke hulu ke hilir menguruskan arwah..nampak sungguh kental tetapi sy tahu jauh di sudut hatinya,dia terlalu sedih mengenangkan pemergian isteri tercinta setelah hidup bersama dan mempunyai 3 putera yg cerdik2 belaka..astaghfirullahal'azim!! kuatkanlah hati hambaMu ini ya Allah!

sy datang ke jitra dengan wakpie,wak hendon dan nuha drpd selangor..kami pulang semula ke selangor keesokan harinya..pagi hari..
_________________________________________________________________

sepanjang perjalanan dri jitra ke bangi, sy mghafal dan tros mghafal jek..walpon dalam kereta..sebab apa sy study hard sgt ni sampai dalam kereta pun bukak buku menghafal?
sebabnya petang tu ade exam ulum al-Quran..
sampai kat kuis dalam pukul 3 lebih ..exam stat pukul 4..bila dah smpai kelas tu, tunggu punya tunggu ustazah..manala ustazah ni..manala exam ni..hujan lebat time tuh..tup3, ustzah hantar message katanya exam batal..tunda minggu depan!
boleh bayangkan tak perasaan sy ketika tu? hancur lebur berkecai..huk3..
kalau taw takde exam, tak perlulah sy menyusahkan wak pie sebab kena sampai sebelum pukul 4 di kuis..
tak perlulah sy baca + hafal2 sampai pening2 dalam kereta..
tak perlulah sy tahan lapar sampai nak termuntah p klas..
bertambahlah mid term exam nex week..

banyak betol alasan sy kan?

walauapapon, setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya..tak baik kan sy salahkan sapa2 dalam hal ini..ini kuasa Allah..mana tahu kalau jadi betul exam ptg tu, sy still takdapat jwab sehabis baik walpon dah berusaha sungguh2 dek kerana letihnya badan dan emosi yg masih tak stabil? betol tak? sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk hamba2Nya..wallahu'alam~

_ E N D _

2 comments:

  1. takziah~
    moga rohnya dicucurkan rhmat dan di temptkn dlm kalangan org yg beriman~

    ReplyDelete