:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, September 3, 2010

+ jemput datang ke walimah saya! +

assalamualaikum..

tu dia hazirah..satu hari 2 post..kalau dah malas, memang lepat liat sungguh..kalau dah rajin, terlebih-lebih pula entry nya..=p jemput datang ke walimah saya? ops, apekah?? benarkah statement itu? haha..takdela..saja ingin menarik perhatian..=p

2 sepupu sy sebelah mama akan melangsungkan pernikahan mereka..dan seorang lagi coming soon di sebelah abah sy..wah, terase begitu cepat masa berlalu...skarang sume dh besO2, pakat nak nikah dah sume.. tetibe terpk bile giliran sy? ops, no answer for that~ ^^'

seorang ni namanya ahmad..berumur 21 tahun..anak maklang dan paklang sy..akan bernikah pada raya ke-5 insyaAllah..daripada kacamata penglihatan sy, beliau bakal menjadi pemimpin dan pengemudi rumahtangga yg soleh dan baik.. melangsungkan perkahwinan sebelum beliau kembali ke german utk meneruskan pengajian tak lame lagi..betul ke mad? maaf kalau silap..

2nd, kak nina..akan melangsungkan perkahwinnya pada bulan 6 tahun depan..bakal suaminya orang sabah bha..( seperti someone yg bertakhta di hati empunya blog ne..erk?? apeni?? ignore me pLizz ~ =p).. siapa2 nk pegi sabah book tiket awal2 k..boleh dapat murah..taklah rasa terbeban sgt..=)

3rd, abg hadi..sebelah abah sy..akhirnya ada juga sepupu lelaki sebelah abah yg akan kahwin! yela, bukan ape..selalu sepupu perempuan ..dah beranak pinak siap.. akhirnya dah sampai seru ye..ni tak konfem lagi..

bile tengok sepupu yg nak dekat baya2 sy kahwin, terpk pula..bila giliran sy? siapakah insan itu? topik hangat sensasi meletop yg sentiasa dibincangkan dalam kalangan muda-mudi skarang.."perkahwinan".. yeke? zaman ipt yg tak lari daripada mencari pasangan yg ideal..betul tak?

bila sy mau kawen?wallahu'alam..mau kawen tp tak bersedia lagi..banyak tanggungjawab yg perlu dipikul sesudah mendirikan masjid..khuatir masjid yg dibina mengikut sunnah, menjadi pengumpul dosa pula..nauzaubillah!

teringat balik kampung baru2 ni..mak pak saudara sume pakat 'heboh' sebab cousin2 sy mahu berkahwin suda..takdela mereka taksuka..suka sangat2..mak mana taksuka anaknya berumahtangga kan? :) lepastu maklang tanya kat adek bradek sy pula, 'lepasni hampa pulak..taklama dah tu'..sy dan nabilah hanya menidakkan dengan alasan, lambat lagi..=p then maklang membalas, " cakap ja macam tu, tengok2 nanti dah nak kawin dah.." ..kami berdiam diri..siapa kami untuk berbicara tentang jodoh dan takdir? sesungguhnya Allah lebih mengetahui..=)

sy takut nak kahwin..nak tahu sebab ape? takut tak dapat melaksanakan tanggungjawab sy sebagai seorang isteri yg solehah.. bila kita dah bernikah bermaksud kita bukan berkahwin dengan suami kte je ttapi keluarganya juga..itu juga sy takutkan ..takut tak dapat menjadi anak menantu yg disenangi.. takut jua mahu menjadi ummi kepada anak2 sy kelak..adakah sy dapat membimbing mereka dengan baik..menjaga amanah Allah yg telah dianugerahkan? ada segelintir pihak berpendapat anak ramai lebih menguntungkan ..dapat mendoakan dan menjaga kita di usia emas kita kelak..tetapi adakah ia pasti? anak ramai yg mendoakan kesejahteraan kita? anak ramai pun andaikata tidak dididik dengan betul, dosanya ibu bapa juga yg terkna kerana tidak menjaga dan mendidik amanah Allah itu dengan baik..anak yg ramai tidak semestinya akan menjadi anak yg betul2 soleh dan solehah yg mendoakan kesejahteraan kita dan menjadi bekalan utk kita ke syurga kelak, yg menjadi mujahid dan mujahidah yg berjuang di jalan-Nya..tidak ramai tidak mengapa tetapi beratkan kualitinya..tekankan kualiti bukan kuantiti..tetapi andaikata anda yakin silalah menambah~ =)

kadangkala muda mudi sekarang berkahwin atas sebab utama, untuk mengelak zina..mengenepikan maksud dan tujuan sebenar perkahwinan itu..macam mane tu?
Kahwin – Bukan sekadar mahu mengelak zina. Jika zina pun sudah tidak mampu untuk dielakkan, maka ketahuilah, cabaran selepas perkahwinan lebih hebat daripada itu!

Perkahwinan itu sungguh nampak indah di pandangan mata bukan? namun andai tidak tahu lagi cara mengendalikannya, keindahan itu bakal berubah menjadi satu medan pertempuran yang maha dahsyat!nauzubillah..

panjang lebar sudah entry sy kalini..=p kahwin, kahwin dan kahwin..makin dewasa, makin berasaklah soalan itu pada kta..'bila kamu nak kahwin?', ' si minah tu dah kahwin, kamu bile lagi?' dan seumpamalah dengannya..

" dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah SWT itu Maha Luas..rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui "
( Surah an-Nur, ayat 32 )

sy nak takut sampai bila? insyaAllah bila masa itu sudah tiba, akan sy laksanakan dengan sebaiknya..insyaAllah...

_ E N D _

2 comments:

  1. baru 20... hg sebaya aku kan..awal lagi kot nak kawen mawen ni... hehe

    ReplyDelete
  2. a'ah..smela kite..uish,mmg awal g mau kawen mawen ni..=p

    ReplyDelete