:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, September 30, 2010

+ senyum dapat free 1! +


assalamualaikum..

senyum seindah suria

yang membawa cahaya

senyumlah dari hati

duniamu berseri

senyum umpama titian dalam kehidupan

kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum

senyum kepada semua

senyumanmu amatlah berharga

senyum seperti Rasulullah

dengan senyuman terjalinlah ikatan......


wah, tetibe ternyanyi pulak kat sini..haha..senyum2lah selalu kerana it'll brighten our day..

Firman Allah SWT., "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159).

ada masalah, senyum..ada kegembiraan, lagi2la senyum lebar..=)

sy pergi ke market pagi tadi..macam matchek lah pulak ye..=p jalan2 exercise pagi2..jalan2 pegi pasar pun jadilah kan? at least keluar peluh jugaklah ..haha..

dah selesai membeli sayur + ikan + terlupa beli paper, sy singgah beli apam balik..senyum2lah selalu kalau nasib baik, dapat free! haa, itulah yg berlaku kepada sy pagi tadi..

" pakcik, bagi + apam balik.." (sambil tersenyum..cewahh..=p )

" brapa? " ( pakcik apam mengerutkan dahinya tanda tidak mendengar permintaan sy pada ketika itu )

" +e pakcik " ( masih 'tegar' dengan senyuman )

" ouh, +e..nah..ambik lagi satu ni pakcik bg free.."

" eh, takpela pakcik..susah2 je " ( mnerima saja sebab pakcik tu dah masukkan siap2 dah dlm plastik..takkan nak bawa keluar balik kan? ish, sungguh tak molek ye.. )

kenapa lepas tanda + ( yg menunjukkan angka bilangan ) ada e? faham kah ? ok2..mai cheq explain ~tetibe mai loghat penang yg tak berapa nak menjadi =p ~ sy ni memang anak jati penang..tapi lidah ni tak lorat penang..then terkeluarla e pepet..bukan e taling ye..~jum belajar bahasa kebangsaan kejap! =p ~

kesimpulannya lepas ni marilah kita senyum2 selalu..orang yg nampak kita senyum nanti lapang je dada..senang je hati dia..yg dalam kepala dia penuh dan sarat dengan masalah pulak, dapatlah jugak kurang sikit bila nampak orang tersenyum ni..munculla unsur2 positif dalam diri ? ye tak? =)

p/s : adik bradik sy memang tak cakap penang..kat rumah dah biasa cakap macam 'org kl' kat rumah..since kecik lg..takpela, tak kira bahasa apapun, asalkan tetap boleh difahami..betul tak? =)

_ E N D _

Sunday, September 26, 2010

+ raya +

assalamualaikum..

syawal masih tidak berakhir lagi..dalam kesempatan ini, empunya blog mau mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin bagi sesiapa yg mengenali diri ini..adakah kamu masih dalam mood 'raya' ? =p

sy nak berkongsi hari raya sy melalui gambO2 di bawah ni..semua ni time awal2 syawal~

~ ni makanan ikan yg berada di rumah pakteh sebelah mama sy..tengok = geli..pegang = pengsan! ~
~ machek ni sedang mengasingkan tulang ~

~ bersama keluarga sebelah abah ku di bagan datoh, perak ~

~ candid! berpeloh2 den time ni ~

~ sweet memory..rumah mbah lanang tempat abahku membesar yg telah lama ditinggalkan..tetibe trasa sebak puLok..huk3..~

~ naufa maisarah..sakit satu badanku main dgn die ni..soo cute! anak cousin ku ~

~ very the nice view kat rumah mbah ton ~

~ anak2..=p ~

~ at last ! ade juga gambar family ku tika berhari raya bersama..wink2 ~

_ E N D _

+ syukran lillah ! +

assalamualaikum..


sy mahu berkongsi satu kisah yg telah terjadi kepadaku baru2 ni.. sy teruja mungkin ? tak dapat dinafikan..=p sememangnya Allah itu Maha Mendengar ~ subhanallah..

tiap kali sujud, tiap kali doa, tiap kali ada masa lapang, sy akan berdoa akan 'sesuatu' ini.. kadang2 lama sy dah berdoa akan sesuatu baru Allah makbulkan.. tetapi kali ini, sy baru sahaja berdoa memohon akan 'sesuatu' itu, Allah sudah mendengar akan permintaanku.. mengalir airmata kegembiraan setelah sekian lama sy menantikan saat ini.. seperti mahu bersujud syukur shj terus menerus..subhanallah walhamdulillah wala ilaha illa Allah wallahuakbar!

apakah 'sesuatu' itu? insyaAllah, akan sy khabarkan di sini kelak..bukan sekarang..kerana masih terlalu awal untuk sy membuka mulut menceritakan apakah sebenarnya yg telah terjadi kepada sy semalam.. ^^ tetapi apa yg pasti, sy cintakan-Nya... Dia sentiasa berada di sisiku menemaniku setiap saat.. syukran lillah! sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik bagi hamba2Nya~

_ E N D _

Saturday, September 25, 2010

+ bulat2 +

hencik x : kenapa depa buat bulat2 ( lampu ats tanah ) macam tu kat tepi jalan ni?

cik y : taktawla..depa nak bagi nampak jalan la kot..nanti tak la terlanggar bahu jalan..

hencik x : bukan.. kan pulau pinang pulau "mutiara"..bulat2 tu melambangkan mutiara..nanti kalau ada pelancong mai, bila depa nampak bulat2 tepi jalan ni, we can just say , 'this is PEARL island'..=)


p/s : lama dah x update kamu blogku sayang..maaf ek~

Sunday, September 5, 2010

+ sy sudah, anda bila lagi?=p +

assalamualaikum...

tetiba mood korea sy datang..=p akhir2 bulan ramadan pulak tu..ish3..=p

sy layan semua kot..nasyid, korea, industan, inggeris, indie...daripada lagu sampai la ke movie ataupon drama..

lepas sy tengok boys over flower, barula tersebar luas fames orang pulun nak tengok.. bukan satu crita ni jek, ada gak crita lain.. lepas sy tengok jek baru fames ..haha..~ hazirah prasan =p ~

paling tak boley lupa crita you're beautiful..skarang crita ni dah top 3 kat mysoju..wah, dah fames ye..=p


ni adalah pelakon utama..jang geun seuk ( tae kyung ) dan park shin hye ( go mi nyu )..luvly couple! hero yg amat hensem!=p

mereka berempat adalah anggota A.N.JELL..dlm crita ni je la..=) dari kiri adalah jung yong hwa ( shin woo ) anggota kumpulan CN Blue..dan yang kanan skali adalah lee hong ki( jeremy ) anggota kumpulan Ft Island..3 lelaki ni menyukai seorang perempuan yg sama!

perwatakan watak utama dia, tae kyung adalah sgt2 mementingkan kebersihan..ultimate clean freak!!kalau ada apa2 barang yg tersalah letak ataupun lari sedikit drpd kdudukan asalnya, kat bilik dia, dia akan perasan ! ish, memang kalah perempuan la..ape org panggil laki jenis ni tah..lupe suda..=p metrosexual kah? apa dia ye? =p

shin woo..seorang yg cool sntiasa..sentiasa cuba utk mlindungi mi nyu..memang dia sgguh cool dlm crita ni! jeremy pula seorang yg agak kebudak-budakan..kehadiran dia memeriahkan lagi kumpulan ANJELL ni..pasti tak kering gusi! =p

mi nyu sebenarnya bercita2 tinggi utk menjadi nun..tp sebab nak tolong abang kembar dia, dia terpaksa menyamar jadi lelaki bernama go mi nam..sungguh chumiL!

ada part klakar, part sedih, part geram..semua adala! nama pon drama kan..huhu..yg pasti sy ada menitikkan airmata tengok crita ni..almaklumla,empunya blog ni mudah tertacink..^^

lagu2 dia bez sgt..memang nsem lah mamat2 korea nih..=p

heroin pula menyamar sebagai lelaki..mcam mane jalan crite dia? wah, memang bez sungguh..pasti tak menyesal klau tengok..full sense of humour! pasti menggeletek hati + hiba + tacink + sedih + ketawa + terpegun sumela..haha..jumla tengok...sy dah tengok, anda bila lagi? =D

p/s : klau sesape nak tengok crite antu dgn sy, pastikan anda tak ade lemah jantung ( eh, spatotnya lemah jantung mn boley tengok crita macam tu..so?? haha..apa2la..=p ) nak taw kenapa? tanya la kawan2 sy yg pernah tengok crita hantu dgn sy. .pasti anda temui jawapannya..haha..=p

_ E N D _

Saturday, September 4, 2010

+ yummy! +

assalamualaikum...


hazirah : assalamualaikum mama ina!~ mama apa khabar? tengah buat ape? =)

mama ina : mama tengah rehat2 je ni..tak buat apa2pun..alhamdulillah semua sihat..=)

hazirah : ouh, baguslah macamtu..mama, kakak sebenarnya nak mintak resepi ayam masak merah ni..dah lama tak buat, jadi dah lupa..=p

mama ina : amboi, bertuahnya mama dapat anak macamni..pandai masak, tanya resepi semua ni... ( dalam hati sy, pandai apenya mama ni..ni dok tanya resepi ni mane pandai masak..tu yg tanya kat mama ni..hua3..=p )

hazirah : eh, mane adela mama...=p

dan seterusnya sy dapat resepinya..bukan apa..sy tanya kat mama ina sebab sy pernah makan ayam masak merah dia dan sy amat suka!! yg sebenarnya sy memang suka masak merah2 dan pedas2 ni..^^ sy makan juga cili kecik hijau tu tapi takdela keterlaluan..ade kisah macam mana sy boley terminat makan cili ijau ni..=p sy taw tak baik utk kesihatan..=)

harini sy nak kongsi resepi ayam masak merah kegemaran sy..=) maafla, sy budak baru belajar ..

bahan2 yg diperlukan :

1) ayam yg sudah digoreng..( tak terlalu garing sangat )
2) 2 biji bawang besar
3) cili kering ( ikut suka nak boh banyak mana )
4) secubit belacan
5)sedikit lengkuas, halia, bunga lawang, kayu manis
6) 2 batang serai
7) asam jawa atau asam keping
8) 1 biji tomato
9) sedikit minyak
10) susu ideal atau carnation ( evaporated creamer )

kaedahnya :

1) blend cili kering + bawang besar + belacan
2) masukkan sambal yg telah di blend tadi ke dalam kuali yg berisi minyak yg panas
3) tumis sehingga pecah minyak
4) masukkan lengkuas, halia, dan serai yg sudah ditumbuk..diikuti dengan bunga lawang, kayu manis dan asam keping
5) masukkan susu secukup rasa..diikuti garam dan gula secukup rasa juga
6) akhir sekali, masukkan ayam yg telah digoreng tadi..sebelum mematikan api, masukkan tomato dan SIAP!

rasa macam sedikit kelakar la pula..banyak juga secukup rasa sy ye..bukan apa,taktaw nak describe detail ..haha..maaf atas segala kekurangan..=)

selamat mencuba..kalau ada idea yg lain utk menambahkan kesedapan masakan, silakan~=)

_ E N D _

Friday, September 3, 2010

+ jemput datang ke walimah saya! +

assalamualaikum..

tu dia hazirah..satu hari 2 post..kalau dah malas, memang lepat liat sungguh..kalau dah rajin, terlebih-lebih pula entry nya..=p jemput datang ke walimah saya? ops, apekah?? benarkah statement itu? haha..takdela..saja ingin menarik perhatian..=p

2 sepupu sy sebelah mama akan melangsungkan pernikahan mereka..dan seorang lagi coming soon di sebelah abah sy..wah, terase begitu cepat masa berlalu...skarang sume dh besO2, pakat nak nikah dah sume.. tetibe terpk bile giliran sy? ops, no answer for that~ ^^'

seorang ni namanya ahmad..berumur 21 tahun..anak maklang dan paklang sy..akan bernikah pada raya ke-5 insyaAllah..daripada kacamata penglihatan sy, beliau bakal menjadi pemimpin dan pengemudi rumahtangga yg soleh dan baik.. melangsungkan perkahwinan sebelum beliau kembali ke german utk meneruskan pengajian tak lame lagi..betul ke mad? maaf kalau silap..

2nd, kak nina..akan melangsungkan perkahwinnya pada bulan 6 tahun depan..bakal suaminya orang sabah bha..( seperti someone yg bertakhta di hati empunya blog ne..erk?? apeni?? ignore me pLizz ~ =p).. siapa2 nk pegi sabah book tiket awal2 k..boleh dapat murah..taklah rasa terbeban sgt..=)

3rd, abg hadi..sebelah abah sy..akhirnya ada juga sepupu lelaki sebelah abah yg akan kahwin! yela, bukan ape..selalu sepupu perempuan ..dah beranak pinak siap.. akhirnya dah sampai seru ye..ni tak konfem lagi..

bile tengok sepupu yg nak dekat baya2 sy kahwin, terpk pula..bila giliran sy? siapakah insan itu? topik hangat sensasi meletop yg sentiasa dibincangkan dalam kalangan muda-mudi skarang.."perkahwinan".. yeke? zaman ipt yg tak lari daripada mencari pasangan yg ideal..betul tak?

bila sy mau kawen?wallahu'alam..mau kawen tp tak bersedia lagi..banyak tanggungjawab yg perlu dipikul sesudah mendirikan masjid..khuatir masjid yg dibina mengikut sunnah, menjadi pengumpul dosa pula..nauzaubillah!

teringat balik kampung baru2 ni..mak pak saudara sume pakat 'heboh' sebab cousin2 sy mahu berkahwin suda..takdela mereka taksuka..suka sangat2..mak mana taksuka anaknya berumahtangga kan? :) lepastu maklang tanya kat adek bradek sy pula, 'lepasni hampa pulak..taklama dah tu'..sy dan nabilah hanya menidakkan dengan alasan, lambat lagi..=p then maklang membalas, " cakap ja macam tu, tengok2 nanti dah nak kawin dah.." ..kami berdiam diri..siapa kami untuk berbicara tentang jodoh dan takdir? sesungguhnya Allah lebih mengetahui..=)

sy takut nak kahwin..nak tahu sebab ape? takut tak dapat melaksanakan tanggungjawab sy sebagai seorang isteri yg solehah.. bila kita dah bernikah bermaksud kita bukan berkahwin dengan suami kte je ttapi keluarganya juga..itu juga sy takutkan ..takut tak dapat menjadi anak menantu yg disenangi.. takut jua mahu menjadi ummi kepada anak2 sy kelak..adakah sy dapat membimbing mereka dengan baik..menjaga amanah Allah yg telah dianugerahkan? ada segelintir pihak berpendapat anak ramai lebih menguntungkan ..dapat mendoakan dan menjaga kita di usia emas kita kelak..tetapi adakah ia pasti? anak ramai yg mendoakan kesejahteraan kita? anak ramai pun andaikata tidak dididik dengan betul, dosanya ibu bapa juga yg terkna kerana tidak menjaga dan mendidik amanah Allah itu dengan baik..anak yg ramai tidak semestinya akan menjadi anak yg betul2 soleh dan solehah yg mendoakan kesejahteraan kita dan menjadi bekalan utk kita ke syurga kelak, yg menjadi mujahid dan mujahidah yg berjuang di jalan-Nya..tidak ramai tidak mengapa tetapi beratkan kualitinya..tekankan kualiti bukan kuantiti..tetapi andaikata anda yakin silalah menambah~ =)

kadangkala muda mudi sekarang berkahwin atas sebab utama, untuk mengelak zina..mengenepikan maksud dan tujuan sebenar perkahwinan itu..macam mane tu?
Kahwin – Bukan sekadar mahu mengelak zina. Jika zina pun sudah tidak mampu untuk dielakkan, maka ketahuilah, cabaran selepas perkahwinan lebih hebat daripada itu!

Perkahwinan itu sungguh nampak indah di pandangan mata bukan? namun andai tidak tahu lagi cara mengendalikannya, keindahan itu bakal berubah menjadi satu medan pertempuran yang maha dahsyat!nauzubillah..

panjang lebar sudah entry sy kalini..=p kahwin, kahwin dan kahwin..makin dewasa, makin berasaklah soalan itu pada kta..'bila kamu nak kahwin?', ' si minah tu dah kahwin, kamu bile lagi?' dan seumpamalah dengannya..

" dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah SWT itu Maha Luas..rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui "
( Surah an-Nur, ayat 32 )

sy nak takut sampai bila? insyaAllah bila masa itu sudah tiba, akan sy laksanakan dengan sebaiknya..insyaAllah...

_ E N D _

+ time den kecik2 dulu raya +

assalamualaikum..

syawal kian menghampiri..macam mimpi pun ade..pejam celik pejam celik syawal suda~

teringat tyme doLu2..den kecik2.. kat kampung sebelah mama mesti riuh rendah..sepupu ramai..adik bradek mama dah 8, campur anak2nya skali..hah,memang meriahla..
yang peliknya,selalu sy akan menangis dduk luar umah tok sorang2..kat depan pintu masuk..klau kitorang mai malam la..sy rase pelik + malu tengok orang ramai sgt dalam rumah tu..sy kecik lg tyme tuh..take time utk sy boleh masuk dalam rumah tok n huha huha wif my another cousins..weird rite? haha..mengapakah sy berasa sedemikian??
haa,ini yg kite xtaw ye tuan2 dan puan2..hee~

klau kat sebelah abah pula, sejuk sungguh subuh2 dan malamnya..almaklumla dikelilingi kehijauan hutan..sebelah abah kat sg sumun,bagan datoh..teringat allahyarham mbah lanang suke sungguh mengusik cucu2nya..kadang2 sampai menangis!~ haha..
sebelah abah pula 9 adik bradik..pon sepupu2 sy ramai gak sebelah sini..rumah kayu..so,bile lari2 bergegar la umahnya..sonok maen kejar2, maen musang2..tyme kecik2 dulu la..skarang sume dh besO ,malu2 suda...=p klau nak pegi rumah mbah kena lintas satu jambatan kecil ni..bukan lintas bersama kereta tapi kaki oke? =p kecil je jambatan tuh,separuh depa kot luasnya..well, jambatan ni dah lama..jambatan kayu..siap kalau orang tu menari poco2 ke ape ke kat hulu jambatan tuh, orang yg kat hilir pula dapat merasai gegaran tarian orang hulu tuh..haha..so, fobia sikit lalu kat situ..adala lubang2 sikit..tak dapat sy bayangkan kalau tetibe sy jalan then PRAKKK!! uish,memang tak pernah jadi lagila alhamdulillah..=p

pertama syawal, mesti bermaaf-maafan dulu an..sampai mengalirkan airmata..sy melihat insiden itu dgn satu perasaan yg pelik..kenapa mereka menangis? kenapa mata mama merah? kenapa mama salam tangan abah lama? abah bisik ape kat mama? kadang2 bile tengok mama sy menangis, sy pun akan turut serta menangis..sebabnya? sebab tengok mama sy menangis la~haha..sy xsuke keadaan tu sebab banyak orang menangis, sedih2 sume..
besala dulu kecik2 x faham kenapa kena salam lama2 bisik2 kat tlinge,menangis time salam..skarang dah besar, sy pula berada dalam situasi itu..=) tetapi sy tetap xsuke mengalirkan airmate walaupun hati ni rasa nk pecah menahan sebak...kenapa ek? tahLa~~~

bagi sepupu sepapat lelaki perempuan tu, jangan lupa, sepupu perempuan boleh berkahwin dengan sepupu lelaki..maksudnya di sini, kamu bukan muhrim..x boleh salam2, bersentuhan semua k? nanti daripada hari utk bermaafan menjadi hari mengumpul dosa pula..nak ke macam tu? so, jaga batas k.. =)

duit raya? duit raya pernah sekali dua kali ja dapat rm100 lebih..biasala, kecik2, bila raya jek mesti duit raya mali~~ haha..sekarang ni saya sudah besar, memakai handbag sudah..jadi maybe orang ingat dah bekerja kot..jadi duit raya pun makin kurang..tetapi nilai makin tinggi ..^^

apa2pon, raya jangan sampai lupa akhirat.. amalan yang kita kumpul pada bulan ramadan jangan pula di sia2kan bila dah tiba bulan syawal..makan berpada2.. ingat Allah selalu =)

p/s : raya sebelah mama dulu ..gambar kat atas tu family sy tahun bila ntah..=p

_ E N D _

Thursday, September 2, 2010

+ jahilkah aku ? +


assalamualaikum..

kenapa, kenapa dan kenapa ??
mengapa ini semua harus terjadi kepadaku?
persoalan ini sering membelenggu diri ini..
siapakah yg bersalah dan terlibat sebenarnya?
bungkam....
aku lbih suka berdiam dan bermuhasabah diri..
khuatir jika terluah akan memakan diri..
jari yg seringkali dituding kpd orang lain apabila melakukan kesilapan,akanku tudingkan kpd diriku dahulu..
namun tudingan itu acapkali membuatkan diriku terluka..lagi dan lagi..
aku pasti ujian2 ini antara balasan atas kifarah dosa2ku terdahulu..
ampunkan dosaku ya Allah....

mengapa 'insan itu' berkelakuan begini? mengapa bukan begitu? bukan sepatutnya beginikah?
ye, bekerja utk mencari rezeki yg halal utk mengutuhkan institusi ekonomi keluarga..
bukan aku tidak bersyukur tetapi bukankah apabila kita terlebih dahulu mendekatkan diri dan merujuk kepada-Nya walau sesibuk mana pun kita, Dia akan dan pasti permudahkan segala urusan kita? dan ada banyak lagi sebenarnya membelenggu diri ini..
bukankah sepatutnya mereka yg lebih lama merasai asam garam kehidupan ini lebih mengetahui akan hal2 yg sebegini daripadaku?
kadangkala orang yg tahu agama itu tidak semestinya faham akan agama betul2...
lama aku pendamkan..lama aku melihat..
aku lebih suka mengambil langkah berdiam diri dan berfikir sendiri..
seringkali jua aku keliru..makin aku mendalami ilmu,makin aku keliru..makin aku berfikir,makin aku keliru? adakah itu keliru? serba salah lebih tepat mungkin?

mengapa berlaku begini?mengapa tidak begitu?bukankah sepatutnya begini?
tangisan kadangkala menjadi peneman setiaku..kerana KELIRU..atau lebih tepat lagi serba salah..
aku sayangkan agamaku..aku sayangkan insan2 yg hadir dan yg sentiasa berada di sekelilingku..dan yang pasti, aku rindukan-Nya........
kadangkala sesuatu yg kita pendamkan dalam jangka masa yg agak lama,ia bisa menjadi duri bukan? diri ini tidak terkecuali..
kadangkala sesuatu yg aku lakukan itu disalah tafsir..namun aku sudah sebati..aku sedar diri ini tidaklah sebaik mereka..tetapi aku tidaklah pula terlalu jahil...

mengapa berlaku begini?mengapa tidak begitu?bukankah sepatutnya begini?
semua ini ujian..ujian yg ditimpakan oleh-Nya kepadaku..
dan ujian itu menandakan Dia amat sayangkanku..
kadangkala aku hampir tersungkur..tiba2 Dia hulurkan tangan-Nya kepadaku tatkala aku memerlukan tempat bersandar..
aku sedar setiap saat, setiap waktu, Dia sentiasa di sisiku..
ujian itu..tidak akan Dia timpakan kepadaku sekiranya aku tidak dapat menghadapinya..berbekalkan ujian-ujian itulah, aku lebih akrab dengan-Nya..
syukran lillah!
ya, aku masih tercari-cari sinar itu..yg telah sekian lama aku tunggu..

mengapa berlaku begini?mengapa tidak begitu?bukankah sepatutnya begini?
persoalan ini bergema lagi dlm diriku..
argh, DIAM !! aku dah berubah!

tapi kenapa 'mereka' masih begitu?

argh,mereka tak nampak!

jadi, tegurlah mereka..supaya mereka sedar..supaya mereka tahu..

aku tak bolehla! aku taknak kurang ajar ! berlagak seperti orang faham agama sedangkan hakikatnya tidak ! aku taknak disalahtafsir!

kau pengecut sebenarnya kan? akuilah hazirah..sudah terang lagikan bersuluh!

KAU DIAMLAH!!

__________________

aku dah lakukan setakat yg aku mampu..
mengubah bagi apa yg patut terubah..
usahaku tidak cukup mungkin?
ssungguhnya Dia memberikan apa yg perlu kepada hamba-Nya , bukan apa yg kita mahu..
Hazirah, sabarlah..bukan usahamu sia2..cume pelangi itu Allah masih belum tibakan untukmu..

khusnu zhon daiman..kurangkan su'u zhon..
aku akan terus mempraktikkan apa yg baik dlm kehidupanku sendiri..
memperbaiki diri sendiri dlam proses menyedarkan dan menegur orang lain..boleh tak macam tu? ape yg pasti niatku harus dibetulkan..asalkan tak tersasar dari landasan syariatullah!

aku masih muda..baru 20 tahun belajar tentang kehidupan di bumi Allah ini..masih mentah dan masih banyak cabang2 yg perlu aku telusuri..
'still' darah muda yg masih 'panas'..
sabar itu sememangnya adalah ubat yg terbaik~ subhanallah!
mungkin kekurangan yg ku alami kini akan memberikan 1001 kebaikan dlm kehidupan kelak terutama pabila aku sudah mendirikan masjid..
sementara itu, diri ini takkan jemu mencari jawapan kepada persoalan2 ini..

" boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui "
( Surah al-Baqarah, ayat 216 )

aku merindui tarbiyah-Mu ya Rabbi..berikanlah hamba-Mu ini kekuatan..kuatkanlah imanku..berikanlah aku petunjuk-Mu ya Khaliqku..
sesungguhnya hanya Engkaulah yg lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Mu ini....

amin ya rabbal 'alamin..


p/s : saya org yg hny 'tahu' agama ataupun yg btul2 'faham' agama itu sendiri? marilah kita bermuhasabah diri..astaghfirullah~

_ E N D _

+ zakat ? +

assalamualaikum..


Firman Allah yg bermaksud : "Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah ( zakat ) , dengan itu kamu membersihkan mereka ( daripada dosa ) dan menyucikan mereka ( daripada akhlak buruk )...( at-taubah 19 : 103 )

berbicara kita pada kalini mengenai zakat..zakat x asing lg kdengaran pd pendengaran umat Islam itu sendiri .. iaitu rukun Islam yg ke-4..

sebenarnya bukan sy nk berceramah tentang zakat d sini..tapi hari yg sy lalui pd harini..klau nk berbicara pasal zakat ni, kena bukak buku balik..otak dh karat walpon dh blaja pasal mnde ni..ops! ^^'

pagi tadi p pusat urus zakat kat sunway tunas..nak mohon utk institut pengajian tinggi..nampaknya sy terlambat..permohonan sepatutnya dibuat sebelum 6 bulan ditawarkan kos pengajian..sekarang ni sy dah sem 2 dah..dah lebih drpd 6 bulan..jadi xbolehla..klau mohon pusat urus zakat ni,duit hanya akan diberikan sekali sahaja..bertujuan hanya utk meringankan beban pelajar dalam melalui sesi awal pengajian..


kemudian bertolak pula ke jabatan agama islam penang berdekatan dengan jetty..pagi tadi kol jaipp utk bertanyakan status permohonan sy yg telah dimohon pada akhir tahun lepas..msti konfius ape yg sy mohon ni kan kat sne? =p ok2..sy mohon biasiswa under bhgian pendidikan kat jaipp tuh..duit pengajian sy ditanggung sepenuhnya oleh abah sy..duit belanja pon mama sy yg bagi..jadi utk meringankan beban mereka sy pohon biasiswa ni..moga2 dptla..then tadi p sane utk serahkan slip kputusan peperiksaan pada sem 1 yg lepas..

klau biasiswa ni plak,xsame ngan dengan zakat penang..mule2 sy pon konpius..sy ingatkan sme..rupe2nya berbeza..=p zakat penang hanya dpt skali shj tika prmulaan..manakala biasiswa jaipp pula,spnjang pengajian kite d sane,mereka akn bg 4 kali duit tu..xkire mase..hanya 4 kali spanjang pengajian...jadi,pengajian sy slama 4 tahun,dlm masa 4 tahun pengajian sy tuh sy hanya akn dpt 4 kali duitnya..masanya xmnentu..bulan 12 ni mereka akn mengadakan mesyuarat utk memilih siapa yg layak menerima ..semoga sy d antara yg layak..tolong doakan sy boleh x?

p/s : tetibe trase xsaba mau sambong blaja balik bulan depan..subjek undang2 akn mula mmunculkan diri.. be prepared hazirah !

_ E N D _