:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, June 13, 2013

+ tahun akhir untuk hidup +


*sambung title atas tu, tahun akhir untuk hidup sebagai student KUIS. :)

assalamualaikum..

dah seminggu start kelas rupanya. sekejap ja masa berlalu. dah masuk tahun akhir rupanya aku ni. start mastautin kat KUIS ni since 2008 time asasi. lama kan? bakal merindui mereka2 tersangat-sangat kelak. sobsss. 

ni subjek yang diambil untuk semester 7 ni. 

1) Amalan Kehakiman & Guaman Syarie
2) Undang-Undang Keterangan
3) Undang-Undang Acara Mal
4) Qanun al-Dustur al-Islami
5) Nizam al-Qada fi al-Islam
6) al-Siyasah al-Syar'iyyah

bakal beraksi sebagai lawyer bukan loyar buruk di pentas moot court. bakal berentap dengan firma lain di pentas yang tak gah lagi tak perkasa. gugup toksah dok kata laa. fuhh. 

and lagi satu. tajuk tesis! alhamdulillah, dah di approve sepertimana yang dah di propose. alhamdulillah, alhamdulillah!
 " Tanggungan & risiko penjamin pembiayaan perbankan di Malaysia : 1 kajian di Jabatan Insolvensi Malaysia ". 

tadi dok sembang2 dengan classmates kat cafe sambil makan. kawan sebelah bagitau penyelia depa nak draft dan bab 1 lagi 2 minggu. mata pun mulalah membooolat besau punya bila dengar. fuiyoo, cepatnya! tetiba mai classmate yang sepenyelia dengan aku, dia bagitau puan nak draft dan bab 1 rabu minggu depan. jap jap, minggu depan eh? ok, fine. lagi advance ! hamekaw. haha. yang 2 minggu tu pun dah membooolatt dengarnya apatah lagi yang minggu depan pulak. lagi memboolatt bukan setakat tang mata dah ni. agak-agak memboolaattt tang mana pulop kenn? haha. dah dah. apa boleh buat, hujung minggu ni apa lagi, depan lappy kesayangan saja sepertinya, semangat semangat! yang semakin...yang semakin.... melunturrr. hey hey! apa luntur luntur ni! wake up lahhh! * sambil lempang muka ni kuat kuat. penderaan tak berapa nak kejam oleh diri sendiri. haih. 

awak. ye, awak dan awak yang membaca entry ni. yang soleh dan solehah. tolong doakan aku naa. semoga Allah permudahkan semuanya. :)


~ rindu Mika :") ~

_ E N D _

No comments:

Post a Comment