:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, June 13, 2013

+ tahun akhir untuk hidup +


*sambung title atas tu, tahun akhir untuk hidup sebagai student KUIS. :)

assalamualaikum..

dah seminggu start kelas rupanya. sekejap ja masa berlalu. dah masuk tahun akhir rupanya aku ni. start mastautin kat KUIS ni since 2008 time asasi. lama kan? bakal merindui mereka2 tersangat-sangat kelak. sobsss. 

ni subjek yang diambil untuk semester 7 ni. 

1) Amalan Kehakiman & Guaman Syarie
2) Undang-Undang Keterangan
3) Undang-Undang Acara Mal
4) Qanun al-Dustur al-Islami
5) Nizam al-Qada fi al-Islam
6) al-Siyasah al-Syar'iyyah

bakal beraksi sebagai lawyer bukan loyar buruk di pentas moot court. bakal berentap dengan firma lain di pentas yang tak gah lagi tak perkasa. gugup toksah dok kata laa. fuhh. 

and lagi satu. tajuk tesis! alhamdulillah, dah di approve sepertimana yang dah di propose. alhamdulillah, alhamdulillah!
 " Tanggungan & risiko penjamin pembiayaan perbankan di Malaysia : 1 kajian di Jabatan Insolvensi Malaysia ". 

tadi dok sembang2 dengan classmates kat cafe sambil makan. kawan sebelah bagitau penyelia depa nak draft dan bab 1 lagi 2 minggu. mata pun mulalah membooolat besau punya bila dengar. fuiyoo, cepatnya! tetiba mai classmate yang sepenyelia dengan aku, dia bagitau puan nak draft dan bab 1 rabu minggu depan. jap jap, minggu depan eh? ok, fine. lagi advance ! hamekaw. haha. yang 2 minggu tu pun dah membooolatt dengarnya apatah lagi yang minggu depan pulak. lagi memboolatt bukan setakat tang mata dah ni. agak-agak memboolaattt tang mana pulop kenn? haha. dah dah. apa boleh buat, hujung minggu ni apa lagi, depan lappy kesayangan saja sepertinya, semangat semangat! yang semakin...yang semakin.... melunturrr. hey hey! apa luntur luntur ni! wake up lahhh! * sambil lempang muka ni kuat kuat. penderaan tak berapa nak kejam oleh diri sendiri. haih. 

awak. ye, awak dan awak yang membaca entry ni. yang soleh dan solehah. tolong doakan aku naa. semoga Allah permudahkan semuanya. :)


~ rindu Mika :") ~

_ E N D _

Friday, June 7, 2013

# Adik-adikku, Insya Allah boleh! #


assalamualaikum..

alhamdulillah selesai sudah program Adik-adikku musim ke-4. banyak saat-saat manis pahit dan duka yang telah dilalui. serius sangat bermakna. 

erm, macam mana boleh terjoin? ok, macam ni sebenarnya. sem lepas ada satu program yang diberi nama Lailun Nisa' di KUIS. kami, Aswatunnisa' ( nasyid ) buat persembahan malam tu. dan Ustazah Fatimah Syarha pulak salah seorang jemputan. maka bermula di situlah episod kami boleh terjoin rancangan ni. UFS minta tolong supaya membantu da'ie ciliknya  orang iaitu adik hanan dan uswah. sebagai? back up sajerr. :) penyanyi latar dan pelakon latar katanya. haha. " aku mahuuuu menjadi bintang! ". * eh? :P

selama seminggu lebih spent time with them kat ILIM. subhanallah indah sangat peribadi UFS. banyak yang dapat dipelajari daripadanya. sentiasa berzikir, berfikiran positif, senyum selalu, dan juga cara mendidik anak dengan baik. eh? didik anak macam mana boleh termasuk pulak? sebabnyaaaa beliau sentiasa membawa dua orang anak perempuannya. dan tengok je lah cara ustazah berinteraksi dengan anak-anaknya. subhanallah superb! * thumbs up!

berlangsung secara live 5hb yang lepas jam 9malam di TV1. live hokeh. nebes taktau nak bagitau lagu mana dah. tapi teruskan je lah kan. :) 'sakit' time rehearsal tu memang sentiasa adalah. teringat satu moment yang sedih sangat. sebak. kami takmakan lagi sebab macam ada masalah dengan pihak penerbit. takberapa lama lepastu kami nak pi belakang pentas sebab dah nak start rehearsal. ustazah suapkan kami sesuap nasi. time nganga tadah mulut untuk disuap tu memang dah bergenang airmata. ustazah seakan paham je apa yg kami rasa. merah muka ustazah. macam tahan tangis. mungkin. saya? dah menangis dah kat tepi tu sedih. baik sangat ustazah subhanallah. semoga Allah sentiaa melindungi mu. :")
banyak lagi moment2 yang super ohsem. :)


~ pagi sebelum program bermula malamnya. sayang ustazah lillah :) ~

 ~ teks pidato ~

 ~ bersama adik hanan anthirah dan amar ( finalis Adik-adikku musim ke-4 ) ~

 ~ malam ni paling meriah! semua pakat nak berkumpul kat bilik latihan hanan dan uswah. terasa masa sekejap je berlalu bila bersama adik-adik yang sangattt comel dan bertenaga! ~

 ~ masing-masing busy ~

 ~ eh, terserempak dengan adik ketiga, Afiqah di PICC. sempat bergambar bersama sebelum balik. eksaited sungguh muka iqah jumpa kakak kan! haha. ~


~ da'ie cilik UFS. dari kiri Uswatun Hasanah, Hanan Athirah dan Izzah. Uswah dan Hanan terpilih untuk jadi finalis. mereka sangat petah berkata-kata! bijak sungguh! subhanallah, kagum! ~

banyak yang dapat kami belajar sepanjang latihan dan program. serius banyak. banyak belajar tentang asam garam kehidupan. mula-mula goyah tapi lama-lama dah mula faham. pandangan manusia tu berbeza tapi apapun yang paling penting adalah pandangan Allah terhadap kita. :)

ok, got to go. next program menyusul lepas Solat Jumaat ni. dengan adik-adik jugak. Moga Allah redha dan permudahkan, amin. :)

_ E N D _