:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, January 10, 2013

+ sakit mental +


assalamualaikum..

eh, dah pagi khamis? awal minggu ni dok tunggang terbalik meraban sebab banyak kerja tak settle. tidur pun entahla. ngantok sokmo. sedangkan kerja bertimbun nak kena settle. haha. aku ni jenis ngantuk awal. kononya nak tidur sekejap then mangkit awai. 'konon' lah. tapi hampeh. pup pup terjaga dah pukul 4 atau 5. baru terkocoh-kocoh nak bangun siapkan kerja. well, area area isyak tu adalah waktu mata ni rasa ada batu 10 tan. dok tarik tarik mintak katup. haih! anyway, alhamdulillah, lusa dah nak balik penang dah.kerja pun dah makin banyak settle. pastu dok meracau kerja banyak. * ok, ini sangat OVER. haha. erm,  harini agenda ialah pi kelas, pi putrajaya petang shooting untuk buat montaj malam pengenalan bukak cuti sem nanti dan malam meeting. 

alhamdulillah semalam dapat jawab harta. as expected, masuk ciput ja. aku pernah belajar dengan lecturer tu sem lepas untuk subjek bank. yeah, midterm dia buat pun yang masuk sikit ja sem lepas. yang nak kena bacanya homai banyak macam nak final dah. nota dia bagi memang banyak. hingga masa final rasa macam nak rebus ja nota nota dia tu buat minum. dahla time tu Allah duga dengan nikmat sakit. wuhuuu, dugaan. alhamdulillah, still A. :) malam sebelum nak exam tu kerja bangun tido bangun tido. ngantok + nak study jugak = baca nota mata separuh tertutup. sadis. * lah sangat. -_-" ok, dah lepas dah 1 midterm. yeay! bukan yeay untuk midterm harta yang dah habis tapi yeay untuk midterm yang dok beratur dengan hensemnya tunggu turn lepas habis cuti midsem abeh. haha. * sakit mental. 


bawah ni saja promote. ada program sahabat aku. if interested just call number yang tertera kat bawah tu okay? jom beramal. :)


jom sambung buat esaimen dirasah. harini jugak dah nak gabung then esok hantar. sila tabah hokay! ;)

_ E N D _

Tuesday, January 8, 2013

+ I LOVE YOU +


assalamualaikum..

seorang sahabat bagi nasihat di kala aku memerlukan 'kekuatan' itu. 

" Be tough. banyak lagi kerenah manusia kita kena hadapi lepasni. tambah-tambah masa kerja. sabar naa. pengajaran, tu macam mana kita nak tangani mood kita sendiri terhadap perangai orang lain. tau. anggap pengajaran & pelajaran."



belajar. itu yang terbaik. saya akan belajar. walaupun banyak yang pahit kena telan. tapi terima itu sebagai satu wadah untuk kita lebih kuat. ye, saya akan! ujian Allah. 

" Jangan terlalu banyak bersedih, sebab kadang-kadang rasa sedih tu datang dari rasa kurang redha dan ketentuan Allah. sentiasa ingat, ujian tu tanda kasih sayang Allah "
- nasihat seorang sahabat kepada sahabat saya. :")



senyum hazirah. dah puas nangis, bina kekuatan balik okay? :") permudahkanlah ya Allah~



tak dilupakan, selamat hari ulangtahun yang ke-51 my abah! 

" salam. abah, selamat ulangtahun yang ke 51! maafkan kakak atas segala salah dan silap kakak selama kakak hidup. banyak sungguh. ye, kakak belajar dari kesilapan. terima kasih banyak for everything! membesarkan, mendidik semua lah! :) sampai kakak jadi kakak yang sekarang ni. :) kakak akan sentiasa dan terus menjadi anak yang solehah dan terbaik untuk abah mama. walaupun tak dapat jadi sempurna, kakak akan terus mencuba dan mencuba! :) kakak sayang abah sangat2. kakak sentiasa mendoakan kesejahteraan abah dunia dan akhirat. anyway, u're my best dad ever! miss you always. take care! :) "

message delivered.

esok midterm harta. tolong doakan eh. semoga Allah permudahkan urusan kita semua. aminnnn! ^^

* maafla. sejak kebelakangan ni banyak entry sentap. memang dok sentap ja this week. entry2 ni lebih kepada pujukan kepada diri sendiri. di samping dating dengan Dia. :")

_ E N D _

Monday, January 7, 2013

+ rencah masam masin hidup +


assalamualaikum..

what a very tough week for me this week. everyday like a disaster. sentence apa ni hazirah? sekejap, i can't think this way. Allah jadikan setiap apa yang jadi tu ujian. tanda Allah sayangkan kita. Dia nak kita mengadu pada-Nya. hazirah, wake up please!!~ 

by the way, ni entry panjang punya. kalau nak baca, please please please bear with it okay? ;)




start sabtu lepas, pegi walimah anakanda rektor KUIS. alhamdulillah rezeki haritu. lewat petang ke rumah sir anwar yang merupakan ex lecturer rumate aku. he's a lawyer. eventho pegi sebagai seorang 'stranger', i admit that, aku dapat banyak manfaat jugak ke sana. jalan yang akan ku pilih selepas praktikal ni. nampak dengan lebih clear trang tang tang. alhamdulillah. sampai bilik malam. bersih diri, solat, ngaji dan pup! tak ingat apa dah lepas tu. konon nak siapkan kerja semua turut serta masuk mimpi sekali. hampeh!~ 

ok, ahad, daurah Syahadatul Haq. antara akhawat je. awal-awal rasa berat nak pegi. serius sangat berat. tapi ada seorang sahabat aku mengingatkan. "kalau kita buat kerja ke jalanNya, insyaAllah, urusan dunia kita yang lain Allah akan permudahkan". rasa macam kena lempang laju2 lepas dia cakap macam ni. yeah, ia hakikat. :") banyak input fresh yang aku dapat. memang hati tunggang terbalik rasa macam kena hentak kat dinding pun ada sebab diri ni banyak lagi nak kena perbaiki. dan banyak lagi tanggungjawab yang aku tak laksanakan sebagai seorang 'I'slam. bukan 'i'slam! jangan hanya sekadar bermain di bibir, buatnya tak kan? masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. takmau lagu tu. okay? syukran ya Allah kerana aku berada di jalan ini~ :")
malam meeting SRN. lepas cuti sem ni ada 2 program. malam pengenalan dan walking day. meeting hingga jam almost 12. balik bilik, nak tidur sekejap * lah sangat. kudrat nak buat kerja pun tak berapa nak ada kan, makanya nak tidur lah sekejap. nak re-charge energy.  nak bangun jam 3 tapi pukul 5 lebih nak dekat 6 baru JAGA. bukan tak kunci alarm. siap ada tepi telinga lagi. bunyi ja tapi apakan daya. tidur mati sepertinya. kerja2 yang perlu disiapkan tak dapat siap lagi. 

isnin. today. what a day! something bad happened. tersentak terpaku terpempan. apa boleh buat, salah sendiri jugak kan. so, have to face it lah. belajar dari kesilapan. habis kelas metod pagi, now im doing kerja2 yang S/U Agung SRN suruh siapkan. dan esaimen tanah? err, lepasni baru buat. kena submit by today to S/U. esok laporan dah nak kena hantar. malam ni? meeting kempen Palestin. jadi duta. wuuu...

selasa? meeting? tak jadi. postpone pi pagi rabu. jam 6.30. tapi bukan 6.30 pm tapi 6.30 PAGI. hari rabu. kira esok pagi lah kan? take note hazirah. rabu pagi tu ada midterm. ohoo, kena manage properly. takmau melatah naa. 

rabu. exam harta. discussion tanah? mungkin?

khamis, kelas. lepas asar kena gerak keluar pi.....err, lupa nama tempat. tapi dekat Putrajaya tak silap. nak buat 'shooting' sikit. untuk malam pengenalan. untuk MT dan EXCO SRN. 

jumaat. presentation harta. tajuk isemen. pronounciation dia bukan ai sey menn tau! 1st glance, i think that way too. haha. stop it!~ -_- dan turut tak dilupakan esaimen dirasah yang hensem lagi gojes kena hantar. homai, tak siap lagi. tak sempat. huuu..

sabtu. balik Penang. habis cuti, isnin tu terus ada exam dirasah pulak. dan seterusnya....

serius sakit kalau fikir banyaknya nak kena settle, serabutnya otak, bla bla bla yang seangkatan seperiuk dengannya. kita kena ingat, orang lain kerja lagi busy dari kita. kenapa mereka boleh tapi kita tak boleh? fikir positif sokmo. aku jadikan ia antara pegangan aku. dengan kerja2 yang 'sikit' ni, i learn a lot. how to manage things properly. mana prioriti kena siapkan awal dulu. kena belajar. ni baru study, tak masuk alam pekerjaan, tak kahwin lagi. itu lagi berat. lagi banyak nak kena handle with really2 a good care. lagi besar tanggungjawab lagi berat. kalau ini pun tak boleh handle, macam mana kehidupan lepas grad ni. sem 6 dah ni. takkan nak jadi budak hingusan lagi. takkan nak sentiasa berada di takuk yang lama. love my abah & my mama so much. they know me well. abah siap pesan, habis belajar dulu, baru kahwin. awal2 dulu memanglah macam err.... takmau mention. biasala, tak nampak lagi. sekarang dah nampak. they want me to do well actually.  supaya dapat yang terbaik. parents mana takmau tengok anak2 depa berjaya kenn? mereka faham diri ni macam mana. they know me well. thats why abah letakkan 'syarat' macam tu. serius sebak sungguh tulis part ni. * sambil kesat airmta. 


next part. kawan kawan. i've my bestfriend. ops, plus 'S'. banyak. dan dalam kesibukan kita busy dengan kerja2 lain, Allah timpakan pula ujian 'kawan'. ya Allah, sakit lagi. pagi tadi baru fikir, baru ngadu. dan petang tadi Allah sampaikan pesanannya melalui seorang sahabat aku. syukur alhamdulillah! :") serius like want to burst dah. tapi Allah kan ada. sentiasa ada dengan kita. dia beri orang2 yang kita perlukan. bukan sekadar suka2. tapi untuk belajar sesuatu. supaya kita dapat perbaiki diri. bukan terus sakitkan hati kawan * rasa mcm kena tumbuk, terus tak ambik kesah * mcm kena sepak, terus mengata kawan ingat kita ja yang betul dan dia yang salah * mcm kena humban jatuh gaung. dan kawan yang nasihat aku tu ialah kawan yang aku tak berkenan dengannya. dan apa yg dia nasihat tu mmg terkesan di hati. * serius sangat tak solehah. aku sedar. aku SEDAR. pengajaran. bukan nak aibkan diri. tapi ni highlight untuk diri sendiri. astaghfirullah~ 

dan ada kawan yang menyatakan kesalahan kita eventho kita tak buat. memang tak buat. rasa nak tercabut otak ni bila rewind balik bila la aku buat ni. dan dia 'kongsi' dengan orang lain pulak sehingga menyebabkan kawan2 yang lain tu pandang negatif diri kita. lepastu aku muhasabah dalam2, kenapa jadi macam ni. ye, mungkin aku pun ada lakukan yang sama. jadi Allah nak balas. nak tunjuk sesuatu. apa2pun, jadikan kritikan mereka yang pedas tajam tu salah satu sebab kita bangkit. kekuatan kita. sakit memang sakit tapi tu ja la jalan terbaik. kemon hazirah! be tough! kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. biasala tu rencah kehidupan. asam pedas masin manis masam semua. kena hadapi. bukan jatuh & terus jatuh. tapi jatuh kena bangkit semula. okay? 

sem lepas sem 5. rumate sem 6. tengok rumate memang busy sungguh sem 6 nya. lain beno busy nya. sangat busy. dan sekarang my turn. aku sem 6. dan tengok rumate sekarang dah sem 7. lagi busy. dah mula ada subjek amalan guaman. ala ala, lawyer betul dah. masuk court every week. kalau sem 6 ni pun aku berterabur bersepah macam mana ni sem depan?  haiyoo. ketawa kecil aku sorang2. macam tak betul kan? haha. memang ni entry STRESS. kebergantungan aku kepada-Nya kena kuat. tolong doakan eh.. :")



_ E N D _

Friday, January 4, 2013

+ tough! * lah sangat! >,<




assalamualaikum..

minggu depan dah nak balik Penang. wehuuu, tak sabar rasanya. cuti sem haritu takdan nak 'merasa' dok rumah. rasa macam baru ja kat rumah tup tup kena balik KUIS dah. sadis. * lah sangat -_- buat terok. 

minggu lepas2 kerja yang perlu disiapkan memang baaaaanyak. tapi malangnya, kemalasan memang merajai diri. bukan raja biasa biasa ja. tapi betul betul raja jenis advance overrr punya. dahsat punya malas. doa doa pohon pada yang Satu. mai hari seterusnya, tudiaa, kerja berderet terus. serius punya direct. Allah jawab soalan aku sebenarnya. bila kerja makin bertimbun yang jenis nak kena submit next2 day ni, dia jadi lagi macam. " ok, harini aku kena siapkan yang ni. satgi malam aku kena siapkan yangtu". haha. padan muka kau kan hazirah. takpe, pengajaran. :) 

esok ada kenduri dekat PKK. anak rektor kitorang walimah. alhamdulillah rezeki. :) ahad, ada daurah jam 8 - 6pm. syahadatul-haq. isnin dan selasa ada meeting. aqsa + srn. bukak2 cuti program dah start. so, memang kena pecut lah. vrooooom! rabu ni ada midterm exam. errr, jap jap. exam? a'ah la exam. exam dah start sepertinya. sekejap ja. rasa macam baru start sem. rasanya sebab rasa lagu ni sebabnya banyak betul cutinya. jenuh lecturer nak buat kelas ganti sokmo. makanya student pun sakit jugak lah nak menggantinya. sakit? err, kejamnya ayat! dush3! 

sem ni lain sikit busy dia. tambah gen malas ni lesu dah dok tepis tepis lagi depa dok mai ja. haih, apa ni.. alasan! -_-
minggu ni mungkin minggu yang agak tough. selain kerja yang bertimbun yang  'sangat rajin' untuk disiapkan. dan kerja kerja itu sungguh hensem menunggu aku untuk menyentuh mereka mereka. ish3. tak lupa juga ragam2 manusia kena 'layan'. macam2 ragam sehingga ada satu ketika aku tewas dengan diri sendiri. bentengnya runtuh karam abeh semuanya. istighfar panjang + airmata peneman setia. cewahh, ayat kemain! haha, tapi serius. im not joking that my tears adalah sebahagian daripada kekuatan aku. :) setiap insan berbeza pendiriannya. :) aku dengan airmata. korang dengan korang punya kekuatan. asalkan tak membebankan makhluk2 lain hokay! ^^ Allah Allah Allah~

kejap lagi ada usrah ni. i've to go! be positive + yakin dengan Allah ketat2 kuat2 dalam2~ ^^

_ E N D _