:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, June 24, 2012

+ promo promo! +

 assalamualaikum..

setelah sekian lama tak ber hapdet. akhirnya harini! :p * buat teruk. -_-"

dah 2 minggu nak masuk minggu ketiga saya berada di KUIS. bilik baru dan rumate pun baru yg sangat2 bertenaga. alhamdulillah for all this ya Allah. :')

subjek yang diambil sem ini ialah :
1) istinbat al ahkam min al ayat wa al hadis
2) maqasid syariah
3) fiqh al muamalat II
4) perbankan islam & takaful ( elektif )
5) pentadbiran jenayah syariah
6) undang undang keluarga II

total 6 subjek. mau deanlist sem ni, insyaAllah!~ usaha tangga kejayaan ^^

bukaknya sem baru ni saya terlibat dalam beberapa aktiviti yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat. jadi sepertinya agak busy. hati dan jari ni meronta2 nak hapdet blog. namun tak kesampaian. sadis bukan? * ala ala ayat conan. buat terok lagi. 

baru2 ni ada malam pengenalan kelab & persatuan bersama budak2 taaruf( pelajar yg baru mendaftar ). memang pengalaman yg sangat tak boleh lupa malam tu. nebes kemain! dan wakil setiap persatuan kena berjalan dari belakang PKK ( pusat konvensyen ) naik sampai ke pentas. wuu, ramainya adik2 di bawah. sekali sekala merasa kan. :) * motip? :P

meh nak promo sikit. 2 program yang akan berlangsung dalam masa terdekat ni ialah malam pengenalan aqsa syarif KUIS dan EKSTIVAL KUIS yg ke-15.


: jemput datang ramai2 memeriahkan suasana! ramai jemputan yang bertenaga! insyaAllah bermanfaat~ : jom like page ni. :)






: jom like! ^^ :


dan malam pengenalan aqsa syarif KUIS yg baru hendak bangkit. semoga Allah permudahkan urusan kami, amin~ * nebes2. 

minggu ni nak kena present depan barisan MPP untk program yang di handle untuk EKSTIVAL ni. * nebes lagiiiiiii. -_-" ouh, presentation subjek jenayah lagi. ouh, itu .. ouh, ini. * sambil geleng kepala. -_-


_ E N D _

Wednesday, June 6, 2012

: kukis ala famous tak berapa nak amos ;p:

assalamualaikum..

minggu nak balik kolej barulah nak buat macam-macam. haha. kalut! :P

harini. eh, dah masuk rabu dah ni. buat kukis hari selasa. kiranya semalam lah ye. ok2, semalam saya buat choc chip kukis * sila abaikan ejaan :p. 
 1st try alhamdulillah menjadi. keterujaan maximum melanda diri. alaa, ampa pun kalau 1st try jadi mesti seronok bukan main kan? please admit it ok~ haha. 

1st dulang time panas2 pun dah ada yang ambik makan. sebenarnya kena tunggu sejuk dulu baru dia jadi rangup. ala, macam makan biskut lah kan. ^^ dah sedap kan, makanya paham2 lah. haha. 

dapat ilham nak buat kukis ni daripada seorang sahabat rapat yang sememangnya gemar masak2 jenis lagu ni. ambil resepi daripada dia. dia bagi link. bila dah bukak link tu sepertinya ternampak perkataan 'famous amos' kat resipi lain. ouh favoritaaaa! terus salin resipi, beli bahan dan start buat baru semalam. harini nak buat lagi. nak bawa balik sikit pi kolej. bekal. yummy2!

saya ambik resepi dari sini je.^^

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan ayak :
  • 280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum
  • 10 gm (3 tsp) serbuk koko
  • 2 Tbsp tepung jagung
  • 1/2 tsp soda bikarbonate
  • 2 Tbsp susu tepung
  • Secubit garam
Bahan-bahan lain :
  • 250 gm mentega
  • 150 gm gula kastor
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 100 gm (1/2 cawan) coklat chip
  • 100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis - optional

Cara-cara :
  1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
  4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
  5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES PEMBAKARAN.
  6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
  7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

saya bubuh badam yang dah dikisar dan choc chip lebih sikit. better 50g badam dan 50g choc chip. nanti tak nampak penuh sangat. maksud saya choc chip lebih sikit tu saya letak lebih daripada 50g. saja, suka choc chip banyak. terpulang pada selera masing2 lah kan. :)

memang bau dia macam biskut famous amos dah. serius wangi ! 1st tray dok mengadap depan oven tu sambil dok cakap bila laaa nak masak ni.. sedangkan minit ada ja dok tertera. haha. punya tak sabar. ish3. :P banyak menolong adik laki saya, munir. semangat sungguh dia. terima kasih banyak encik adik yang hensem! ^^

ok, bawah ni hasilnya. tadaaaa. lepasni tak payah dah pi beli biskut mahai tu kat luar. dah boleh buat sendiri dah. list untuk biskut raya dah ni . hehe. memang rasa dia macam biskut fames emos tu cuma dia tak semanis biskut mahai tu lah. haah, kan best tak manis sangat. tak kembang tekak. :)



 : tengah tunggu sejuk. mungkin lepasni boleh divariasikan lagi. idea idea. haha. :



: ibu dan anak? erk, apakah? haha. ni sebenarnya lauk untuk semalam. saiz normal yang kita selalu makan tu yang kecik tu. wah, betapa besarnya 'ibu' kerang tu kan? -_- :

ok, mau tido sudah. entry ni sepertinya mood tak berapa bertenaga. harap ampa paham lah eh apa yang saya cuba sampaikan. :) esok nak buat sarapan spagheti goreng pulak! yeay! ^^

_ E N D _