:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, August 13, 2010

+ pilihanku pilihan Allah +

assalamualaikum..

tringin hendak brkongsi tentang sesuatu yg sy bce brsme teman2 setia pengikut blog as days go on ni..=)

___________________________________________________________________

Kelmarin, saya didatangi oleh seorang sahabat muslimah untuk dia bertanyakan tentang soal jodoh. Datang dia malu-malu dan tersipu-sipu. Biasalah, dalam hal peribadi sebegini bukan senang kita hendak berkongsi dan meluahkan rasa. Apatah lagi, jika orangnya sebelum ini dikenali dengan sifat tegas dan hemahnya.

Antara soalan muslimah tersebut, ” ada seorang muslimin sudah bertanyakan saya tentang perkahwinan. Saya masih dalam perkiraan adakah beliau adalah pilihan yang tepat. Macam mana kita nak tahu itu jodoh kita? Saya ada dua pilihan, mana satu yang saya perlu pilih?” Bila saya terdengarkan soalan ini. Saya diam dan kemudian jawab sederhana.

Jawapan saya : Pertama sekali, bersyukurlah, ada orang yang bertanyakan kita. Fitrah manusia, dah sampai masa, Allah hadiahkan jodoh kepada kita. Langkah seterusnya, istikharahla.

Bersihkan hati dahulu. Jangan terlalu fikirkan kelebihan dan kelemahan pasangan tersebut kerana kita harus menerima dia seadanya. Tips saya (panduan daripada sahabat juga), anda harus memberi tempoh kepada diri sendiri untuk melakukan istikharah untuk soal jodoh ni. Misal sebulan. Dalam bulan tersebut, berusahalah untuk bangun solat istikharah setiap malam dan berpuasa jika mampu. Tetapkan doa yang terperinci untuk tujuan yang tersebut.

Jika mempunyai pilihan, pilihlah dia yang mana kamu rasa boleh rapat dengan ibu. Jika kurang mengenali dia, bergantung penuhlah kepada keputusan Allah (Istikharah). Kadang-kadang kita mempunyai pilihan hati sendiri, tetapi tak semestinya dia pilihan Allah untuk kita. Mungkin kita rasa pilihan kita yang boleh membahagiakan kita, namun Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu. Pilihlah pilihan Allah. Wallahua’lam. Cahaya : Alhamdulillah, sahabat saya telahpun membuat keputusannya. Kemudian dia bertanya saya lagi kerana selepas itu dia didatangi oleh risikan pihak lain. Jawapan saya tetap sama, pilihlah pilihan Allah. Wallahua’lam.

Usaha Doa Tawakal~

____________________________________________________________________

pendapat anda? marilah kite bermuhasabah diri~~


_ E N D _

No comments:

Post a Comment