:: Syukran Kathir! ^^ ::

Tuesday, July 20, 2010

+ saya.......... +

assalamualaikum..


sy bce murabbi cinta n trase mcm nk kgsi satu sub topik dy..

trtarik satu sub die.." didikan Allah untuk bakal manusia hebat "..

[[Rasa tidak berpuas hati dengan ibu bapa sering berlaku kepada anak remaja.Ia selalu terjadi apabila anak masuk ke usia sekolah menengah.Lazimnya perasaan itu timbul kerana pada usia begini,anak-anak mula bertandang ke rumah rakan,kadang-kadang tidur di rumah mereka, dan menjadi semakin memerhati dan memahami apa yang dilihat. Melihat cara ibu-bapa rakan-rakan melayan keluarga mereka, menyebabkan si anak 'tersedar' tentang benda2 yg tiada di rumahnya selama ini. Inilah kesan perbandingan.

DI PIHAK IBU BAPA
Jika perbandingan menjadi punca anak-anak tidak berpuas hati dengan ibu bapa,apakah yg patut dibuat? Adakah dengan menghentikan saingan itu, akan menghalang anak ke rumah rakan dan menegah mereka daripada membanding-bandingkan?


Utk ibu bapa, mereka harus bertindak lebih baik daripada itu. Menyekat dan menghalang, hanya menunjukkan kelemahan kita yang mahu menggunakan kuasa, tanpa mahu meningkatkan pengaruh ke atas anak-anak. Tatkala anak-anak membanding-banding kita dengan ibu bapa kawan mereka, itu adalah tanda kemerosotan pengaruh kita ke atas mereka. Justeru, pengaruh itu mesti dipulihkan, dengan memperbaiki kualiti diri.


Muhasabah kembali, siapakah yang memperkenalkan ‘perangai membanding-bandingkan’ itu? Jika kita pernah membandingkan si anak dengan anak orang lain, merendah-rendahkannya di hadapan sepupu yang ‘lebih berjaya’, maka kita hakikatnya sedang menuai hasil tanaman sendiri. What you give, you get back!


Maka haruslah kita sebagai ibu bapa, bertindak mengubah keadaan itu. Berhenti membandingkan anak hingga hilang harga diri mereka, putus asa daripada berusaha memuaskan hati kita yang lebih risaukan satu B berbanding empat A dalam lima matapelajaran yang diambilnya. Kesan membanding-bandingkan itu, amat perit kepada jiwa anak-anak sebagaimana yang sedang mula berlaku ke atas diri kita sebagai ibu bapa ketika mereka memanjat usia remaja. Membandingkan kita dengan ibu-bapa kawan-kawan mereka.


Berusaha jugalah untuk menyayangi anak dengan kasih sayang yang mereka fahami. Ya, kasih sayang yang difahami sebagai "kasih sayang"..]]


petikan ni menyedarkan sy btape susahnya mnjadi ibu dan bapa..utk mndidik anak-anak mnjadi khalifah d atas muka bumi ini..sy akui kehidupan sy juga banyak pincangnya d sana sini..masih tercari2 n trkejar2 kehidupan yg smpurna diredhai Allah..bagaimana nnti kehidupan sy pada masa akan datang setelah berumahtangga dan mempunyai anak2? sungguh besar tanggungjawab itu..ye,melahirkan ank-ank utk mndoakan kte setelah kte tiada kelak..ttapi adakah semuanya akan mndoakan ksejahteraan kte kelak? yg betul2 mnjadi seorang 'ISLAM' drpd luar dan dalamnya? subhanallah,sungguh besar tanggungjawab ibu bapa itu..jika salah acuannya,kelamlah masa depan..sayu mengenangkan bagaimana abah n mama sy bersusah payah membesarkan km 5 bradik..smemangnya tiada manusia yg sempurna..banyak kelemahan yg masih trdapat pada diri..ttapi drpda kelemahanla kte blajar erti kehidupan..menjadi seseorang yang lebih kental dan matang dalam mengharungi mehnah2 kehidupan..sy sedar prjalanan sy masih pnjang..pengalaman hidup selama 20 taun banyak mengajar sy erti kehidupan..tetapi, sy tahu masih banyak lagi onak dan duri yg harus sy hadapi dalam kehidupan sy sebagai hazirah najmuddin..akan sy buktikan kepada ibu bapa sy..supaya segala penat lelah mereka trbalas..ia bukan mudah, tetapi kte sbagai manusia haruslah berusaha k arah kbaikan bukan?xkan selama-lamanya mahu berada d bwh..masa silam sy telah banyak mengajar sy supaya menjadi lebih kuat dan menyedari bhw innallaha ma'ana..syukran lillah ya Khaliq-ku.. doakan kakak ek abah dan mama..kakak sayang sgt2 abah dan mama..........


p/s : Saidina Ali telah pun memberi tips : curahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak pada 7 tahun pertama umurnya, 7 tahun berikutnya didiklah dengan tegas – ajarkan apa yang boleh dan tidak, dan 7 tahun seterusnya didiklah dia seperti seorang kawan...

_ E N D _



2 comments:

  1. k.lah pon da bce bhagian ni..hoho...cm nk mintak ampun sngguh2 kat mama n abah...isk3...sape la kita sbg anak yg xbpe smpurna hendakkan ibubapa yg sgt2 smpurna..so, smpurnakanla diri sndiri dlu bru nk tgok khilaf nye org lain...

    ReplyDelete
  2. yerp2..mau nanges kakak bce..kakak da abes da read dat book..rse mcam nk ltak kat mne2,bg abah o mama bce dat book..bezny~~

    ReplyDelete