:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, September 27, 2012

: please pray for me ok? :") "


assalamualaikum..

singgah sekejap kat sini. study study jugak. tapi nak menempek sat je kat sini. tengah study dok menerawang dalam kepala ni nak tulis macam-macam kat blog. lagipun nak kena check something & kena online. makanya, alang-alang, hapdet lah sat kan? :)


exam final kian hampir. next week. this is my time table :

1hb : Family Law II
3hb : Fiqh al-muamalat II
4hb : Undang-undang Perbankan Islam & Takaful
9hb : Undang-undang Pentadbiran Jenayah Syariah
15hb : Al-maqasid al-syar'iyyah
16hb : Istinbat al-ahkam min al-ayat wa al-ahadith

please do pray for us ok? :)




: at last, jumpa jugak buku ni! the latest by Hilal Asyraf! :) nak baca tapi sepertinya i need to focus for my study first. after exam habis, i'll grab you ok! ^^ :

: erk, apakah ini? macam kasut kan? haha. ye, memanglah kasut. i got a new shoes! rasa macam dah lama tak ada orang tolong belikan. sebelum ni duit sendiri je. minggu lepas balik rumah. memang taram before final nak balik rumah. lagipun abah nak bertolak pi Singapore dah ahad ni. :") im gonna miss you so much abah! * tacing 5 saat. then singgah kedai kasut. nak beli kasut nabilah je. then mama tunjuk kasut yang atas ni. mama tahu taste saya. nampak je kasut tu terus 'WOW' besar-besar. serius sangat cantik. & made from soft leather. tengok harga, terpaku terduduk terfikir sat. sebelum ni memang dah azam tak mau beli kasut Clark dah. then mama cakap bayar separuh. makanya, saya pun on sajer. ^^ seronok dalam hati tak terkiralah. thank you mama! i love you so much! * hug & kisses!  :

: so, jom sambung study! muamalat dah. harini sambung banking. esok lusa tulat baru tumpu family law. rabbi yassir, amin! ^^ :


_ E N D _


Thursday, September 13, 2012

+ selesai exam midterm terakhir. +



: who want to be my prince? i will love you till Jannah. biizninillah! :

assalamualaikum..

dialog di atas hanya sekadar skrip yang terlintas di fikiran tatkala melihat gambar comel baby girl tu. ^^

alhamdulillah, semua midterm telah selesai dengan paper subjek istinbat pada hari ini. sekarang cuma tinggal presentation next week je lah! ^^ rabbi yassir!~ 

malam tadi. time kelas muamalat, 'ia' datang menyerang. setelah sekian lama. berapa bulan dah tak kena. ia tu stands for what? gastrik~ ^^ selalu kalau kat rumah, makan vitamin c, b dan calcium magnesium dan lepastu alhamdulillah lega. ni kat kuis sepertinya ada vitamin calcium sahaja. sejuk habis satu badan. last2 terlantar di atas katil keletihan menanggung sakit. tak mengapa, sakit tu kifarah dosa. :") lepasni kena ketatkan lagi jadual time makan dan elakkan makan benda yang berangin macam kobis dan elakkan minum ais jugak. :)






 :")

_ E N D _



Wednesday, September 12, 2012

+ di kala senja +


assalamualaikum..

( title! wow! -_-" )

pagi tadi berlaku satu kejadian yang sangat...... kelakar mungkin for myself. i kept smiling bila teringat. kuasa kemamunan yang extreme. haha. pengajaran untuk diri. ^^

got message from Puan Sarah pagi tadi. ada jamuan raya di PKK KUIS jam 2 - 4.30 pm. dan beliau pesan suruh datang biliknya untuk sign attendance & ambik tugasan yang akan diberikan olehnya. dan message pun selamat di forward kepada classmates sekian alam. ;p

harini dua kelas saja. 1 petang dan 1 malam. petang batal. Kelas Puan Sarah. beliau tak sihat. sayafakillah ye ustazah. :) makanya bersehari harian lah saya di biik sokmo pada hari yang indah lagi hujan lebat sekejap petang tadi. kalut saya dari bilik air membasuh cawan2 ala ala perempuan melayu terakhir berlari lari tak berapa nak anak ke bilik apabila mendengar hujan yang menderu2. mujurlah lantai yang dilalui saya on the way dari bilik air ke bilik telah memberikan kerjasama yang jitu lagi mapan. :)

malam kelas muamalat. presentation atau belajar? hah, ini tak pasti lagi. tajuk tugasan untuk dibentangkan di dalam kelas kebanyakannya tajuk yang jarang tak lutsinar. antaranya spot gold, pelaburan Geneva. nganga sopan saya time tajuk tajuk yang tak berapa nak familiar itu di present. yelah, kita tak pernah dengar kan tapi tetiba ia dibentangkan dengan terperinci yang tak berapa sangat detail * err, macam mana ni? maksudnya? ops, abaikan saja. :p kalau nak cari sendiri memang 1000 tahun akan datang mungkin. benefit jugak tajuk tajuk ini dibentangkan. at least tak adalah terkejut beruk kucing bila dengar kan? ilmu harus dicari. yeah! syukran kathir ustaz yang bery the ohsem & gojes. ^^ 






_ E N D _

Tuesday, September 11, 2012

im done with you !


assalamualaikum..

alhamdulillah, done with presentation untuk subjek undang2 pentadbiran jenayah syariah! with tajuk talak di luar mahkamah. :)



next week, presentation untuk family law pulak menyusul. rabbi yassir!~ :')



eh, gambar mana ni? wuwu. yeah, thats me and adik huda yang comel. my classmate. bertangkapan gambarpan * bahasa sanskrit + bahasa melayu. di tol Bukit Beruntong. nasib baik tak terik sangat time ni walaupun jarum jam telah menunjukkan jam 12. tabah kan kami bersnap2 walaupun lokasinya hanya di tol sahaja? haha. 

target sem ni pointer nak 3.75 ke atas. insyaAllah, i can do it! i'll try my best. dear friends, please do pray for me okay! :) aminn. nak grad dengan 1st class degree & tak adalah susah nak bayar balik pinjaman mara if i grad with 1st class degree holder. :")

my rumate sem ni sem 6. takut gentar gementar terketar habis semua nak masuk sem 6 lepasni bila tengok dia. betapa toughnya sem 6. next sem macam mana? opkos tougher. sem 6 ni dengan kena submit tajuk thesis and kena buat proposal sekali. * liplap sat mata 3 saat. ergh, mana boleh lari. la ni *bahasa penang mari  kuatkan semangat dan tingkatkan usaha. tunjukkan diri kita ni dah nak masuk sem akhir dan nampak kita ni bakal 1st class degree holder. kan kan? * terhenyak terpempan seketika. dush3!

like usual, kelas untuk subjek maqasid syariah tak pernah bosan. mujur kami masih ada perut untuk dipecahkan gelak tawanya * merapu meraban. memang setakat ni dari awal sem tak pernah sunyi kelasnya dengan gelak tawa kami. nak tahu kenapa? ye, ustaznya sangat2lah bertenaga. kebetulan beliau juga merupakan seorang motivator dan belajar pasal kaunseling, psikologi & etc. ala ala dr fadzilah kamsah gitu. ^^ banyak tips2 yang beliau bagi dan kongsi. and pagi ni ustaz tu kongsi lagi :

" kempen anti zina tukar kepada kempen 'move forward' ( nikah awal ) ".

anyway, its not a bad idea right? agree with this? ;D

p/s : mood melayan cerita korea telah memandremkan saya semula dengan hensemnya. melupakan habis final exam yang kian hampir lagi 2 minggu! sila jangan contohi saya naa.
 -_-"

_ E N D _

Monday, September 10, 2012

1st timer! ^^




assalamualaikum..

dah berapa bulan tak hapdet ni? -___-"

ok2, nak cerita ni. :P semalam untuk pertama kalinya saya berjaya drive dari KUIS ke Darul Quran. bukan dekat ok. makan masa sejam lebih jugak. dengan muka tak malunya, " erm, kak nak drive boleh dak pi sana? " haha. bukan apa, cuma nak asah sampai jadi pemandu yang betul2 cekap, insyaAllah. by the way, i just got my license bulan 6 this year. :)

my abah said that pemandu yang cekap ialah pemandu yang.......( sat sat loading. ) contohnya, mula perjalanan sampai habis perjalanan pun, kalau seseorang tu tengah tidur, dia tak akan sedar. inertia kurang lah * eh, physics pulak. >,<. so, tak adalah jadi macam burung belatuk kan. haha. practice make perfect ! ^^

lepas habis pergi rumah terbuka clsmate, i called her kak dilah, kitorang singgah sat masjid DQ. solat zohor then baru bertolak nak pi Semenyih pulak. next open house. ok, perjalan yang sangat jauh lagi. wuwu. * sakit bahu drive semalam. -_-" rupanya macam ni perasaan dia. 

semalam ada krisis 'rumahtangga' sikit. kereta viva saja. maka penumpangnya yang di belakang pun haruslah 3 orang je. tapi sebab ada krisis 'rumahtangga' yang sangat tak bertenaga tu, jadilah penumpang belakangnya 4 orang. geram jugak mula2. sebab tanpa pengetahuan kita tup tup tetiba dia ikut. haih, tak palah. kawan tu dah ajak & dah siap pun, pi ja lah. satgi muncung sedepa pulak kan. lagipun bukan saya yang nak sempit2 tu. haha. * gelak jahat.:P CONCLUSION = naik viva 6 orang. cuba bayangkan. -_-"

time drive nak pi Semenyih tu tetiba senyap sepi je kereta. rupa-rupanya semua syahid kecuali sorang je tak. ok, 1st experience jugak dapat rasa time drive ada orang tidur. ^^ * jakun.  

final exam dah nak dekat. 2 more weeks. sekejap je. pejam celik pejam celik da nak habis sem 5. lagi 3 sem berbaki di KUIS, insyaAllah. ^^ 

p/s : alhamdulillah, next sem subjek elektif saya ambil undang-undang halal & fiqh kepenggunaan. eh, pukul berapa dah ni? kelas bank pulak lepasni. ops, i need to go. slide jenayah nak bentang esok tak buat lagi. haih, apa nak jadi. ok2, sila bersiap sekarang! ~ * ni semua macam ayat freshie. maklumlah dah berapa bulan tak nulih tang ni. maaf~ :)

_ E N D _