:: Syukran Kathir! ^^ ::

Wednesday, March 7, 2012

+ kad comel + mawar sekuntum +


assalamualaikum..

malam yang dingin.

malam yang hujan.

malam yang berbahang.

malam yang sejuk.

malam yang berbeza daripada malam yang sebelumnya. haruslah kita sebagai hambaNya bersyukur yang kita masih diberi peluang untuk merasai malam2 di bumi Allah ni. ^^

entry pendek saja kali ni. 4 paper dah lepas. lagi 3 paper next week. isnin, rabu dan khamis. muamalat, hafazan dan kontrak.

balik penang insyaAllah minggu depan jugak. apa2pun semoga Allah permudahkan urusan saya dan sahabat2. amin! ^^

kad comel dan bunga mawar sekuntum tu dapat selasa lepas. kad yang cute tu daripada amal. my rumate. terkejut balik2 dari pasar tengok2 ada kad kecik comel posing cantik atas meja saya. terharu pun ada jugak. benda2 camni lah yang buatkan saya lebih rasa terharu. buatan 'asli' punya. untuk menunjukkan keikhlasan hati. tapi kalau yang x asli punya pun takpe. ok je. hehe. ^^ anyway, syukran kathir amal! bunga sebelah tu dapat masa nak balik dari pasar malam. tetiba ada se'gerombolan' manusia bagi bunga mawar sekuntum kat pasar malam tu. biasala, pilihan raya dah nak dekat. hehe. paham2 je lah ye. -,-' takpa2, lepasni dapat dari zauj sendiri pulak. * ish2. apeni? sila abaikan.

_ E N D _

Saturday, March 3, 2012

+ study library jom! +

assalamualaikum..



wah, gambar apa kat atas ni? siapakah gerangan mereka2 yang cantik jelita cun lagi bijak geliga ni? well, there are my friends. sahabat2 cheq since asasi sem 1 tahun 2008. sampai la ni kawan. uhibbukum fillah~ ^^

ok, tak mau melencong tang lain. mau straight to the point ni. harini dengan bangganya cik hazirah nak umumkan dia akan study di LIBRARY. haha. mesti ampa pelik kan? time final exam study kat library, apa yang peliknya kan? lagila baguih. haha. for your information, cheq tak pernah study kat library time final2 exam ni since hidup kat bumi kuis ni. tu yang agak sedikit jakun ye di situ. hai, itu pun nak bagitau ke hazirah? haha. apalah kau ni hazirah. :p tak pe. nanti dah dewasa dah ada anak cucu nanti boleh tengok selak2 balik blog ni bila 1st time saya pi library time final exam. hah, betul tak? :p

pi with my BFF, Nor Adibah bt Saihen. dalam gambar tu dia yang tengah. bertudung choc. diapit oleh 2 jelitawan yang turut sama memeriahkan majlis ketika itu ( majlis sambut birthday di satay kajang haji samuri di kajang. :) ) ialah, yang bertudung putih tu izzah amirah dan yang bertudung ungu tu siti nur hasanah. dia sabah bhaaa. :)

harini nak study mirath. alhamdulillah, markah midterm untuk mirath bagi saya unexpected jugak walaupun tak adalah setinggi mana . syukran lillah. ni yang tambah2 semangat ni. rabbuna yusahhil, i'Allah! :)

lagi satu, tahniah kepada pakcik jalil dan makcik zaimah sebab bulan ni dah capai diamond! mabruk wa alfu mabruk!!

_ E N D _

Thursday, March 1, 2012

+ tajuk yang ikut suka hati +

assalamualaikum..

alam petang sudah menjengah. sekejap saja masa berlalu. tapi cik hazirah tetap tak sedar bahawa dia perlu study untuk paper final yang seterusnya iaitu hari isnin dan selasa ini. apa yang dilakukannya ialah bermukabuku, blogwalking dan 'create new post'. sangat2lah tidak boleh dicontohi pelajar2 sekalian.

sambil melayan lagu seiring sehaluan, lagu baru UNIC. serius sangat best! sekarang addicted already. habislah kau hazirah. tak study lah kau dok dengar lagu tu berulang-ulang sampai lebam telinga kau. haha. * semua ni hanya rekaan tak bermotif semata. harap maklum.:p

entry kalini banyak letak gambar. jom kita detailkan apa yang telah berlaku sebenarnya through all this pictures. hayya2! :D

: wow, blok hape ni? macam creepy je. tetiba ada 'makhluk' konkrit berwarna oren tersergam megah kan? cantik tak? haa, ni lah hostel yang kami tinggal. paling tinggi pun tingkat 12. saya? tingkat 7. dah lama jugaklah bermastautin di tingkat 7 tu bersama rumate2 yang bertukar saban semester. muka baru wajah baru ragam baru pengalaman baru = serba sedikit menjadikan kita matang dalam menilai seseorang itu dan pada masa yang sama dapat perbaiki diri. alhamdulillah~ ^^ :

: sebenarnya time ni tengah dengar ketua mahallah, ustaz misbah bercakap kat depan. malam tu ada solat hajat ramai2 di dataran tengah2 hostel. bila rasa tak berapa jelas apa yang ustaz cakap kat depan tu, mulalah tangan ni menggatal nak snap sana snap sini. haha. tabiat yang tak berapa nak berhemah ye. haha :p :

: next scene = study admin. nama penuh subjek ialah islamic administration & management. gambar ni dah lama dah. time ni tengah study untuk midterm. bila otak mula rasa tepu tak boleh masuk mulalah nak membuang tebiat kan. haha. ish3. :p :

: hah, lagi. :P :

: guess who? sangat comel kan? namanya nadwa amani. gambar ni pun dah lama jugak. raya tahun lepas. kat rumah tok. sangat comel! anak my cousin. anak 2nd. ^^ :

: oh , ada lagi lah. * pengsan melihat kecomelannya :

: hah, ni baru gambar baru. gambar 'fresh' semalam punya. keluar dengan rumate tersayang, tazah huda. * kalau huda dengar ni mesti panas je kan? haha. biar2, apa aku kisah . kedengaran agak kejam dan kasar ye. anak2 sila jangan tiru naa~ keluar pun tak dirancang. siap2 tup tup dah sampai kat giant nilai. jadi kat situ beli barang keperluan sikit. masuk kat situ rasa pinar je kepala ni tengok makanan yang pelbagai. kan dah 'diharamkan' makan semua tu. jadi memang TERPAKSA lah puasa sat daripada makan semua2 tu. * mata dah mula kelabu asap pink kuning
ok, berkisar mengenai budak comel dalam gambar atas ni pulak. masa ni tengah plih2 apa yang patut dibeli. tetiba terpandang tepat budak ni. cantik elok je posing. terus saya tertawa kecil. haha, alahai. comelnya lah kedudukan mu khalifah kecil sayang~ semoga dirimu membesar menjadi mujahid yang sentiasa menegakkan ajaran Allah, amin. ^^ :

rasanya cukuplah sampai sini. by the way, nak peringatkan. birthday sy lagi 2 minggu tau. * oh, tak senonoh kan? haha :p tapi tak ada maknanya jugak sebab 14 dan 15 ada paper. sadis2. tak pelah. haha. apalah kau ni hazirah. kalut bising ni apesal? birthday je pun. apa2pun, tetap kena ingat, nyawa ni bila2 Allah boleh tarik. wallahu'alam. syukur alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat untuk sy merasai dunia yang sementara ni dah hampir 22 tahun. bersama keluarga tercinta yang sentiasa di sisi. subhanallah. innalahama'ana~ :`)

enough is enough. better you start to study. ingat paper 5 & 6hb ni macam kacang boleh kunyah je ke? tak kan? paper mirath dan usul fiqh II lagi tu haa. ops, dah mula berleter kat diri sendiri nampaknya. sindrom tak bertenaga telah mula mengembangkan anasirnya. jadi, STOP writing is the best solution. anyway, don't forget to pray for our success k sahabat2!
semoga kita sentiasa mendapat Rahman dan Rahim-Nya, insyaAllah~ ^^

_ E N D _