:: Syukran Kathir! ^^ ::

Tuesday, September 27, 2011

+ sleep vs over mengantuk +

assalamualaikum..


tangan kanan terbuka, tapak menghadap ke atas dan kenakan hujung jari pada bawah mata kanan, lalu digerakkan turun ke bawah.

marilah kita praktis gerakan ini. erm, apekah maksud semua2 ni? ni adalah bahasa isyarat bagi maksud mengantuk. ye, MENGANTUK. :)



semalam petang turun beli makan, terserempak dengan classmate iaitu adik2 kesayangan nama aina dan zati. sementara tengah tunggu pakcik yongtaufu faveret menyiapkan 'bahagian' sy yang sememangnya mereka dah taw nampak jek sy, kuah = pedas. sangat kenal mereka dengan sy. haha. ok2, zati tanya sy dari mana. sy balas dari bilik. dia tanya, baru lepas study eh? ops, dia taw lah. sy tanya kenapa tanya macamtu? sambil usap2 mata. dia cakap mata kak tu. alahmak, mata sy ni. tetiba rasa nak jadi men in black pulak. erk, tak2. girl in black lah. huhu. ye zati sayang, kak baru study. study perlembagaan. amat banyak ye tuan2 dan puan2. rasa mengantuk pun ada tapi bila dah 'masuk' dan 'meresap' dalam dunia 'mentelaah' ni sy lupa jap pada 'tidur'. boleh tak?haha. study dari pagi sampai ke petang. dunia sy di meja study dan ada la berehat2 jap. turun2 baru perasan mata dah jadi lagu ni. yeah, i've stated before about my eyes. my dark circle around my eyes can be seen easily + obviously if 'mengantuk' + tired.

malam harinya, singgah2 bilik classmate jap, discussed about exam jap. sambil bawa mata '10tan'. haha. tak kira balik tu sy mesti tidur sekejap. letak2 kepala atas bantal, PUP! hilang dalam dunia khayalan dan ulik2 mayang mimpi segala bagai lah! haha. tak sempat nak set jam. paling tak boleh terima, bila terjaga dari tidur tu, 'kemusykilan' pertama yang terdetik, " eh, ni pagi ke petang?" sambil tengok2 sekeliling. takkan dah malam kot. lepastu 'hilang' balik. ouh, sy masih dalam kondisi separa sedar. sangat OVER kan? :P ergh, hazirah oii, hang lari maraton berapa km? sampai penat lagu tu tidoq tak sedaq apa dah! hahaha.

ok2, ni episod pagi ni pulak. sy mimpi. mimpi apa? biarlah rahsia~~~ * sambil nyanyi ala2 siti. mimpi yang membuatkan sy tersenyum lebar dan apa sy nak buat sekarang berkenaan mimpi tersebut adalah mengaminkan dengan sepenuh hati. semoga Allah makbulkan! * mimpi kawen?, oh, bukanlaaaa~ :) kebetulan sy memang nak bangun awal pagi, nak study. then ade 'sumone' bisik, " hazirah, bangun. solat taubat or solat tahajud ke. bangunnnn~ " sy balas, " tapi....." lepastu terus sy terbangun dan mata segar. syukran kathir untuk 'siapa' yg kejut tu. subhanallah~ :)

rabbi zidni 'ilman warzuqna fahman, amin ya rabbal 'alamin!~

p/s : rumate2 dah addict dengan Running Man. siapa pencetus? cik hazirah lah. :) 'jahat' kan? dush3!~

_ E N D _

Monday, September 26, 2011

+ sangatlah erm.... +

assalamualaikum..

wuu, mengantuknya lah...pagi2 dah mengantuk. apela nak jadi yep. huk3.

ok2, berbalik kepada erm.....erm..... nak cerita ape sebenarnya ni? haha. i'll talk randomly k. ^^

tiket bas pulang ke kampung halaman sudah dibeli. semalam kusut + serabut + buntu dok fikir pasal macam mane flow nak balik ni plus dengan ade barang nak tinggal kat rumah orang sekali. fyi, this is my first time balik cuti sem without my parents ambik. since 2008. anak manja? haha. tak kisahlah. =) jadi sebab 1st time ni dia agaklah 'taktahuapaperludibuatdahuludenganbetul'. grrr..nak hantar barang kat iqah + kemas barang nak tinggal kat rumah kak sod ( my cousin kat bandar baru bangi . syukran kathir kak sod sebab sudi menolong! tau2! :) asif jiddan menyusahkan. dush3 kat diri sendiri ) + nak pegi stesen bas dengan apa memandangkan barang sy agak banyak. alhamdulillah, semalam semua dah settle. Allah permudahkan urusan sy. syukran lillah! ^^

rabu, khamis, jumaat akan datang ni paper berderet. masadir > undang2 perlembagaan > sistem pentadbiran. lepastu? finish! paper lepas2? ops, don't want to talk about it. yang lepas biarkan lepas. tinggal sekarang doa semoga Allah buka mata hati mulut....eh, jap2 .mulut? erk, tak ada kaitan ok? ergh, mata. tolonglah tahan sekejap. haha. * ayat orang lalok enough2, sambung balik. semoga Allah buka mata hati pemeriksa a.k.a lecturer tersayang time mark paper2 kitorang. semoga mereka2 berada dalam keadaan baik2 saja. amin!

baru2 ni sy ade post satu status kat FB:


" kenyataan yang menyakitkan itu kadangkala membuatkan diri ini lebih gagah untuk berdiri. kenyataan yang pahit itu kadangkala membuatkan kita mampu tersenyum dengan lebar. akhirat itu pasti. kejar akhirat, pasti dunia kita seimbang. gunakan akal, bukan hati semata. kuat hazirah! * thanx to 'you'. semoga redha Allah sentiasa bersama kita, insyaAllah~ "

yeah, something happened in my life recently. and 'this' person came. saat sy baca je message yg dihantar beliau, ayat first, sy dah tersenyum lebar menandakan hati sy sudah terubat dengan segala permasalahan yang membelenggu diri. astaghfirullah, diri ini lemah + kerdil. ye, Allah sentiasa di sisi kita. ingat ketat2 dalam hati dan minda hazirah~ :)

" maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan " ( as-syarh : 5 - 6 ) insyaAllah ~ :) innallahama'ana~

ouh, ni gambar masa berbuka puasa. dah lepas. sangat best! sayang kamu semua kerana Allah. ukhwah fillah~ ^^
seperti ku kenal jejaka yang berkemeja putih itu.bila tanya empunya diri, dibalasnya " tetibe tak kenal". haha. dah empunya diri tak kenal lagi lah sy 'tetibe tak kenal' jugak. keh3. dua jejaka di dalam gambar itu merupakan cousin sebelah abah sy. ^^

oh2, dah over the limit dah ni. tapi kan, nak bagitau jugak, lepas habis exam ni kan..kan.. tak sabar nak tengok City Hunter and Running Man! ergh, tolonglah hazirah. * terok2! ish3. take care semua. may Allah help and protect hazirah along the way * masa balik jumaat ni. please pray for me k. syukran kathir! :)


_ E N D _

Tuesday, September 20, 2011

+ new phase +

assalamualaikum..

lama dah rasanya tak menghupdate blog. line tak ade kan, macam mana nak online. huhu. now, using my rumate's BB tersayang, dapatlah sy mengonlinekan diri.

tak dapat nak lama2 kat sini sebab 'kekasih baru' sy sudah memanggil2 dengan galaknya. esok dan lusa ada paper. dan perancangan timetable study sy dah lari banyak. ini membuatkan sy agak ' stress '. badan ni dah macam hape dah haa. mata ni pun sama. u can see clearly if my eyes did't av enough sleep or tired. rasa macam nak pakai jek eye cream banyak2. huhu. sabar naa wahai diri. gap paper pertama pada isnin lepas dan paper seterusnya pada lusanya jauh sangat. semangat study pun dah jatuh merudum serendah2nya. aduhai~ huk3. sekarang ni baru nak cakap timing lari? haha. merepek kan sy ni? maksudnya kamu tak gunakan masa seminggu lebih yang ada tu dengan sebaiknya hazirah. suka sangat study LAST MINUTE. lepastu bising sorang2. ops, enough! :P duhai semangat, marilah datang dan kembali kepadaku, marilah..datanglah.. * macam mantera apa dah . keh3

ada pernah satu hari tu sy stress sangat, cakap dengan rumate pun tak boleh. nak marah jek. fuh. then sy pasang lagu kuat2 * dalam telinga jek dan study tanpa menghiraukan apa yang jadi kat sekeliling. sampai satu tahap, tak tahan ke stress an nya, ulit air mata sorang2, pegi mengedate dengan Khaliq dan ngaji. yeah, memang amat mujarab. lapang sebentar kekecamukan di hati. when all problem unite as one and we can't tell anybody or share it with others, it'll really make us in a difficult + sensitive condition. my beloved cuz said to me. cane tah, dah lupa. lebih kurang camni, " take a rest, after this u will be stronger and tougher" . yeah, thats rite. keesokan paginya sy dah boleh tersenyum and i became myself back again. syukran lillah :)


: time ni before pegi Mines dengan Izzah, Dety and Dieba. teman Dety pegi beli netbook. selain beli netbook, terpujuk Dieba beli HP BARU. wah, kenapa sekarang ni semua pakat tukar phone baru ni? erk, musykil2. :P :

: kak jah with Nadwa Amani. she's really cute isn't it?kak jah pun mendapat idea yang bernas untuk bubuh bunga kat situ. macam flower girl pulak kan? haha. time ni kat bukit mahkota, anak makcik fauza walimah. for the first time my paklang and maklang mai KUIS to fetch me. :) :

: ni antara gift wedding yang dapat. sy agak 'sesat'. ada je nama pengantin kat situ tapi 'gatai' tangan ni nak tukar tarikh. tarikh apetu? haha. guess3~

: one of my beloved rumate, USTAZAH HUDA. haha. aktiviti masa lapang yang dilakukan sebelum pi jawab exam. sangat comel kan? hahaha :

many things happened in my life nowadays. MESS UP << really describing my situation. kadangkala kita fikir pasal masalah kita je. ya Allah, kenapa mesti aku ya Allah! beratnya dugaanMu ! aku lemah, aku hina, aku amat kerdil di sisi Mu ya Allah. aku tak mampu! jadi, formula sy :
Allah sayang = beri iman..
Allah sayang lagi = beri kekuatan amal agamaNya dengan sempurna..
Allah sayang lebih lagi = susahkan hambaNya dengan urusan dunia. untuk meguji sejauhmana hambaNya itu mencintaiNya. astaghfirullah....kita mesti ingat, seteruk2 masalah yang kita hadapi ni pun, pasti ada yang lain lebih teruk penderitaannya. nikmat yang Allah dah beri kita sekarang ni pun dah lebih + melimpah ruah. # lafazkan kalimah syukur, lafazkan kalimah itu ALHAMDULILLAH # :) * love this song very much~

sy petik status one of my closest cuz kat FB, syafiqah :
" bagaimana untuk menutup pintu maksiat?
kita mahukan hidayah Allah, tapi kita tak boleh tunggu seru sahaja, melainkan kita perlu berusaha, dengan cara menutup PINTU maksiat, supaya pintu hidayah terbuka untuk kita. caranya ; ikhlas, serahkan diri sepenuhnya pada Allah, bersungguh2, banyak ingat akhirat, sibukkan diri dengan hal yang bermanfaat, jauhi PUNCA kembali kepada maksiat, tundukkan pandangan, bergaul dengan orang baik dan banyak berdoa."


kadangkala sy bingung, orang yang baik peribadinya, tetapi other side of orang tu, amat berbeza. boleh tak nak cakap 180 degree ? jawapan = setiap manusia tak sempurna. jadikan yang tak sempurna itu sempurna. perbaiki supaya kita dapat menjadi lebih sempurna walaupun kita tak dapat menjadi sempurna 100%. kan2? bear that in my mind hazirah. peringatan konkrit untuk diri ni yang masih bertatih2.

ya Khaliqku, please give me some strength to face all this.
amin~

" Cintakan aku padaMu melebihi segalanya ya Khaliqku "

* ni entry 'sekejap' eh? ni entry sumone yg 'kejar masa' eh? haha. memang TIPU sangat kan?~ :P

_ E N D _

Wednesday, September 7, 2011

+ timetable +

assalamualaikum..

kini hazirah bersiaran langsung dari KUIS ok. haha. saja buang tebiat jap. :P

alhamdulillah, ramai kawan2 ade untuk teman sy kat KUIS ni. takut jugak takut tak de orang langsung kan. tup2, ada jugak. ^^

ok2, this is my final exam's timetable :

fiqh al-jinayah : 12/9 - 2.30pm
usul al-fiqh 1 : 21/9 - 9am
fiqh al-munakahat : 22/9 - 2.30pm
masadir : 28/9 - 2.30 pm
undang2 perlembagaan : 29/9 - 9am
sistem pentadbiran undang2 Islam : 30/9 - 2.30pm

tolong doakan eh. rabbuna yusahhil insyaAllah..

_ E N D _


Sunday, September 4, 2011

+ express +


assalamualaikum..

dalam masa yang singkat ni, sy tetap nak tulis something kat blog sy ni. sepertinya dah lama tak update kan?


abah mama seperti dikelilingi bunga2 yang berwarna ungu. sangat sweet kan? like it very2 much.
alhamdulillah, sy rasa raya kalini memang berbeza dari raya2 sebelum ni. syukran lillah kerana masih memberikan diri ini peluang untuk menikmati detik2 indah ini. ^^ sebenarnya nak cerita banyak sangat pasal raya ni tapi busy sungguhla. kalau time tak busy pulak, adik kesayangan tengah guna laptop. agak 'terbantut' ye di situ. huhu. gambar raya banyak dah di upload di FB ^^

oh, sy kena tidur dah ni memandangkan esok bas sy awal pagi ok. 7.30 am gerak . akan turun di KTM KL. dijangka sampai pukul 12 lebih macamtu. klau tak jem, cepatlah sampai. akan pulang bersama adik tersayang afiqah. apa2pun, tolong doakan ek semoga kami selamat sampai. amin.

sebelum tu lagi, nak bagitau, my final exam will start on 12th september dan berakhir pada 30th sept. yang tak boleh blah tu PETANG. oh, mengapakah.....fuhhh~ tolong doakan yang terbaik untuk sy dan rakan2 seperjuangan ok? jazakallah / killah. ^^

p/s : ya Allah, perkenanlah.......................................

_ E N D _