:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, November 29, 2013

# semester terakhir #

assalamualaikum. 

alhamdulillah Allah izin menulis lagi di sini setelah sekian lama. 

dan alhamdulillah semester yang dah seminggu bermula ni merupakan semester aku yang terakhir insha Allah. mohon doa kalian semoga kami dapat lakukan yang terbaik. rabbi yassir. 

subjek yang belajar untuk semester ni yang masuk kelas ada empat. 

1) Al-qawaid al-fiqhiyyah
2) Penyelesaian Pertikaian Alternatif
3) Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie II
4) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah

lagi dua subjek ialah tesis dan praktikal. 

rumate baru. 'geng' yang sentiasa bersama dari tahun 2008 pun dah habis. dan mereka sekarang tengah praktikal. doakan mereka supaya mereka dapat menyelesaikan praktikal dengan baik. semoga Allah permudahkan. semoga. amin. 



Deep.
Tenat.
Belajar.
Apply.
Suatu hari nanti.
Sama-sama. 
Ila al-Jannah.
Amin. 
:")

_ E N D _

Sunday, September 29, 2013

Dah final exam rupanya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat. Just selsema yang belum kebah tak tau nak kebah bila. Tapi dah makin better alhamdulillah.

Lusa aku dah start exam. Bukan exam biasa tapi exam final. For my 7th sem. Pejam celik pejam bukak mata dah nak habeh belajar dah. Biiznillah!

Jadual exam dah keluar. Haruslah dah keluar kan. Paper pun nak start dah lusa. Slip exam pun dah print. Summalhamdulillah.

Next, a wish. A birthday wish for my friend. :)
Sweet 24th A.K.M.S!
Semoga dimurahkan rezeki.
Usia dah bertambah. Kian hampir dengan mati.
Semoga amal kita makin bertambah.
Dapat menjadi yang terbaik antara yang terbaik insha Allah!
Fighting ya Khalifah Allah!
Mabruk makcik Arifah sebab ada anak soleh macam ni. :)

Emmm, jom sambung study! * tapi ngantok. Uhuk.
Hey, semangat semangat! :D

_E N D_

Saturday, August 17, 2013

+ Syawal 2013 +

 assalamualaikum..

dah berbulan tak hapdet blog ni. tak ada kekuatan. *ergh, alasan! haha. 

rasanya masih tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. maafkan saya atas segala salah dan silap naa. 

nak cerita panjang pasal raya. tapi... err, biar gambar berbicara lah. :)


 :: beraya di kampung sebelah mama di Sunga Bakau. raya kedua di rumah Pak Njang, abang kepada mama saya. sehari sebelum raya juga di Sungai Bakau. tak ramai balik kalini. tapi tetap meriah! alhamdulillah. ::

:: beraya sebelah abah. raya pertama dan raya keempat. di Bagan Datoh, Perak dan di Ipoh, Perak. mbah lanang dan mbah ibu dah tak ada. jadi berkumpul di rumah Wak Hamzah, abang sulung abah. then rumah Wak Malik, abang kedua abah. rumah berdekatan je. :) ::

 :: ni kat Bagan Datoh. non edited. using Nikon D600. macam kat studio pun ada. haha. my parents. love both of them so much. best couple ilal jannah aminn ! :) ::

 :: beraya bersama keluarga tercinta adalah yang terbaik. alhamdulillah atas nikmat-Mu ya Allah. :") ::

:: macam adik beradik je. btw mama saya yg tengah tu. muda sentiasa dengan Artistry dan Nutrilite. ^_^ dari kanan, 3rd, 1st, mama, 5th, 2nd. :: 

:: time ni serius happening sangat. ni baru sebahagian kecil. ye, kecil. 1/4 rasanya. ::

sahabat-sahabat, please don't ever forget to pray for Mesir. saudara seakidah kita di sana. terus dan terus tembak doa. :"( 

_ E N D _



Thursday, June 13, 2013

+ tahun akhir untuk hidup +


*sambung title atas tu, tahun akhir untuk hidup sebagai student KUIS. :)

assalamualaikum..

dah seminggu start kelas rupanya. sekejap ja masa berlalu. dah masuk tahun akhir rupanya aku ni. start mastautin kat KUIS ni since 2008 time asasi. lama kan? bakal merindui mereka2 tersangat-sangat kelak. sobsss. 

ni subjek yang diambil untuk semester 7 ni. 

1) Amalan Kehakiman & Guaman Syarie
2) Undang-Undang Keterangan
3) Undang-Undang Acara Mal
4) Qanun al-Dustur al-Islami
5) Nizam al-Qada fi al-Islam
6) al-Siyasah al-Syar'iyyah

bakal beraksi sebagai lawyer bukan loyar buruk di pentas moot court. bakal berentap dengan firma lain di pentas yang tak gah lagi tak perkasa. gugup toksah dok kata laa. fuhh. 

and lagi satu. tajuk tesis! alhamdulillah, dah di approve sepertimana yang dah di propose. alhamdulillah, alhamdulillah!
 " Tanggungan & risiko penjamin pembiayaan perbankan di Malaysia : 1 kajian di Jabatan Insolvensi Malaysia ". 

tadi dok sembang2 dengan classmates kat cafe sambil makan. kawan sebelah bagitau penyelia depa nak draft dan bab 1 lagi 2 minggu. mata pun mulalah membooolat besau punya bila dengar. fuiyoo, cepatnya! tetiba mai classmate yang sepenyelia dengan aku, dia bagitau puan nak draft dan bab 1 rabu minggu depan. jap jap, minggu depan eh? ok, fine. lagi advance ! hamekaw. haha. yang 2 minggu tu pun dah membooolatt dengarnya apatah lagi yang minggu depan pulak. lagi memboolatt bukan setakat tang mata dah ni. agak-agak memboolaattt tang mana pulop kenn? haha. dah dah. apa boleh buat, hujung minggu ni apa lagi, depan lappy kesayangan saja sepertinya, semangat semangat! yang semakin...yang semakin.... melunturrr. hey hey! apa luntur luntur ni! wake up lahhh! * sambil lempang muka ni kuat kuat. penderaan tak berapa nak kejam oleh diri sendiri. haih. 

awak. ye, awak dan awak yang membaca entry ni. yang soleh dan solehah. tolong doakan aku naa. semoga Allah permudahkan semuanya. :)


~ rindu Mika :") ~

_ E N D _

Friday, June 7, 2013

# Adik-adikku, Insya Allah boleh! #


assalamualaikum..

alhamdulillah selesai sudah program Adik-adikku musim ke-4. banyak saat-saat manis pahit dan duka yang telah dilalui. serius sangat bermakna. 

erm, macam mana boleh terjoin? ok, macam ni sebenarnya. sem lepas ada satu program yang diberi nama Lailun Nisa' di KUIS. kami, Aswatunnisa' ( nasyid ) buat persembahan malam tu. dan Ustazah Fatimah Syarha pulak salah seorang jemputan. maka bermula di situlah episod kami boleh terjoin rancangan ni. UFS minta tolong supaya membantu da'ie ciliknya  orang iaitu adik hanan dan uswah. sebagai? back up sajerr. :) penyanyi latar dan pelakon latar katanya. haha. " aku mahuuuu menjadi bintang! ". * eh? :P

selama seminggu lebih spent time with them kat ILIM. subhanallah indah sangat peribadi UFS. banyak yang dapat dipelajari daripadanya. sentiasa berzikir, berfikiran positif, senyum selalu, dan juga cara mendidik anak dengan baik. eh? didik anak macam mana boleh termasuk pulak? sebabnyaaaa beliau sentiasa membawa dua orang anak perempuannya. dan tengok je lah cara ustazah berinteraksi dengan anak-anaknya. subhanallah superb! * thumbs up!

berlangsung secara live 5hb yang lepas jam 9malam di TV1. live hokeh. nebes taktau nak bagitau lagu mana dah. tapi teruskan je lah kan. :) 'sakit' time rehearsal tu memang sentiasa adalah. teringat satu moment yang sedih sangat. sebak. kami takmakan lagi sebab macam ada masalah dengan pihak penerbit. takberapa lama lepastu kami nak pi belakang pentas sebab dah nak start rehearsal. ustazah suapkan kami sesuap nasi. time nganga tadah mulut untuk disuap tu memang dah bergenang airmata. ustazah seakan paham je apa yg kami rasa. merah muka ustazah. macam tahan tangis. mungkin. saya? dah menangis dah kat tepi tu sedih. baik sangat ustazah subhanallah. semoga Allah sentiaa melindungi mu. :")
banyak lagi moment2 yang super ohsem. :)


~ pagi sebelum program bermula malamnya. sayang ustazah lillah :) ~

 ~ teks pidato ~

 ~ bersama adik hanan anthirah dan amar ( finalis Adik-adikku musim ke-4 ) ~

 ~ malam ni paling meriah! semua pakat nak berkumpul kat bilik latihan hanan dan uswah. terasa masa sekejap je berlalu bila bersama adik-adik yang sangattt comel dan bertenaga! ~

 ~ masing-masing busy ~

 ~ eh, terserempak dengan adik ketiga, Afiqah di PICC. sempat bergambar bersama sebelum balik. eksaited sungguh muka iqah jumpa kakak kan! haha. ~


~ da'ie cilik UFS. dari kiri Uswatun Hasanah, Hanan Athirah dan Izzah. Uswah dan Hanan terpilih untuk jadi finalis. mereka sangat petah berkata-kata! bijak sungguh! subhanallah, kagum! ~

banyak yang dapat kami belajar sepanjang latihan dan program. serius banyak. banyak belajar tentang asam garam kehidupan. mula-mula goyah tapi lama-lama dah mula faham. pandangan manusia tu berbeza tapi apapun yang paling penting adalah pandangan Allah terhadap kita. :)

ok, got to go. next program menyusul lepas Solat Jumaat ni. dengan adik-adik jugak. Moga Allah redha dan permudahkan, amin. :)

_ E N D _

Wednesday, May 8, 2013

Bulan Mei

Assalamualaikum..

Since bulan januari blog ni sunyi sepi rupanya. Tempoh masa lama tu. Ok now i'll start writing back. :) 

Alhamdulillah sihat je sekarang. Tengah cuti sem since awal bulan april until awal bulan Jun. next sem gonna be my final year as a student in bachelor of syariah and law insyaAllah. Please pray for us okay? Hoping for all of you the same also. :)

Nak kongsi lagi sebenarnya. Tapi nak kena siap nak teman my mama keluar. Jadi drebar ! Haha. 

                 _ E N D _

Thursday, January 10, 2013

+ sakit mental +


assalamualaikum..

eh, dah pagi khamis? awal minggu ni dok tunggang terbalik meraban sebab banyak kerja tak settle. tidur pun entahla. ngantok sokmo. sedangkan kerja bertimbun nak kena settle. haha. aku ni jenis ngantuk awal. kononya nak tidur sekejap then mangkit awai. 'konon' lah. tapi hampeh. pup pup terjaga dah pukul 4 atau 5. baru terkocoh-kocoh nak bangun siapkan kerja. well, area area isyak tu adalah waktu mata ni rasa ada batu 10 tan. dok tarik tarik mintak katup. haih! anyway, alhamdulillah, lusa dah nak balik penang dah.kerja pun dah makin banyak settle. pastu dok meracau kerja banyak. * ok, ini sangat OVER. haha. erm,  harini agenda ialah pi kelas, pi putrajaya petang shooting untuk buat montaj malam pengenalan bukak cuti sem nanti dan malam meeting. 

alhamdulillah semalam dapat jawab harta. as expected, masuk ciput ja. aku pernah belajar dengan lecturer tu sem lepas untuk subjek bank. yeah, midterm dia buat pun yang masuk sikit ja sem lepas. yang nak kena bacanya homai banyak macam nak final dah. nota dia bagi memang banyak. hingga masa final rasa macam nak rebus ja nota nota dia tu buat minum. dahla time tu Allah duga dengan nikmat sakit. wuhuuu, dugaan. alhamdulillah, still A. :) malam sebelum nak exam tu kerja bangun tido bangun tido. ngantok + nak study jugak = baca nota mata separuh tertutup. sadis. * lah sangat. -_-" ok, dah lepas dah 1 midterm. yeay! bukan yeay untuk midterm harta yang dah habis tapi yeay untuk midterm yang dok beratur dengan hensemnya tunggu turn lepas habis cuti midsem abeh. haha. * sakit mental. 


bawah ni saja promote. ada program sahabat aku. if interested just call number yang tertera kat bawah tu okay? jom beramal. :)


jom sambung buat esaimen dirasah. harini jugak dah nak gabung then esok hantar. sila tabah hokay! ;)

_ E N D _