assalamualaikum..
alhamdulillah selesai sudah program Adik-adikku musim ke-4. banyak saat-saat manis pahit dan duka yang telah dilalui. serius sangat bermakna.
erm, macam mana boleh terjoin? ok, macam ni sebenarnya. sem lepas ada satu program yang diberi nama Lailun Nisa' di KUIS. kami, Aswatunnisa' ( nasyid ) buat persembahan malam tu. dan Ustazah Fatimah Syarha pulak salah seorang jemputan. maka bermula di situlah episod kami boleh terjoin rancangan ni. UFS minta tolong supaya membantu da'ie ciliknya orang iaitu adik hanan dan uswah. sebagai? back up sajerr. :) penyanyi latar dan pelakon latar katanya. haha. " aku mahuuuu menjadi bintang! ". * eh? :P
selama seminggu lebih spent time with them kat ILIM. subhanallah indah sangat peribadi UFS. banyak yang dapat dipelajari daripadanya. sentiasa berzikir, berfikiran positif, senyum selalu, dan juga cara mendidik anak dengan baik. eh? didik anak macam mana boleh termasuk pulak? sebabnyaaaa beliau sentiasa membawa dua orang anak perempuannya. dan tengok je lah cara ustazah berinteraksi dengan anak-anaknya. subhanallah superb! * thumbs up!
berlangsung secara live 5hb yang lepas jam 9malam di TV1. live hokeh. nebes taktau nak bagitau lagu mana dah. tapi teruskan je lah kan. :) 'sakit' time rehearsal tu memang sentiasa adalah. teringat satu moment yang sedih sangat. sebak. kami takmakan lagi sebab macam ada masalah dengan pihak penerbit. takberapa lama lepastu kami nak pi belakang pentas sebab dah nak start rehearsal. ustazah suapkan kami sesuap nasi. time nganga tadah mulut untuk disuap tu memang dah bergenang airmata. ustazah seakan paham je apa yg kami rasa. merah muka ustazah. macam tahan tangis. mungkin. saya? dah menangis dah kat tepi tu sedih. baik sangat ustazah subhanallah. semoga Allah sentiaa melindungi mu. :")
banyak lagi moment2 yang super ohsem. :)
~ pagi sebelum program bermula malamnya. sayang ustazah lillah :) ~
~ teks pidato ~
~ bersama adik hanan anthirah dan amar ( finalis Adik-adikku musim ke-4 ) ~
~ malam ni paling meriah! semua pakat nak berkumpul kat bilik latihan hanan dan uswah. terasa masa sekejap je berlalu bila bersama adik-adik yang sangattt comel dan bertenaga! ~
~ masing-masing busy ~
~ eh, terserempak dengan adik ketiga, Afiqah di PICC. sempat bergambar bersama sebelum balik. eksaited sungguh muka iqah jumpa kakak kan! haha. ~
~ da'ie cilik UFS. dari kiri Uswatun Hasanah, Hanan Athirah dan Izzah. Uswah dan Hanan terpilih untuk jadi finalis. mereka sangat petah berkata-kata! bijak sungguh! subhanallah, kagum! ~
banyak yang dapat kami belajar sepanjang latihan dan program. serius banyak. banyak belajar tentang asam garam kehidupan. mula-mula goyah tapi lama-lama dah mula faham. pandangan manusia tu berbeza tapi apapun yang paling penting adalah pandangan Allah terhadap kita. :)
ok, got to go. next program menyusul lepas Solat Jumaat ni. dengan adik-adik jugak. Moga Allah redha dan permudahkan, amin. :)
_ E N D _
No comments:
Post a Comment