:: Syukran Kathir! ^^ ::

Monday, May 12, 2014

+ ceritera cerita ceritu harini +


assalamualaikum..

lalalala. ngape boleh hapdet sedangkan bukan tengah waktu opis kah? emmm emmm. boleh tak taknak jawab? :P

alhamdulilah dah masuk minggu ketiga praktikal. *kalau boleh memang tiap hari nak hapdet pasal praktikal je kan hazirah? -_-" maapkan ana. 

"takkan student praktikal nak buat surat je kot?" *sambil muka tersenyum
terbatuk tersedak sopan aku bila dengar hencik peguam a.k.a my boss bila cakap lagutu. 
"eh takpa encik. boleh belajar dari bawah. lagipun nak kena tau dari bawah perkara asas encik" *senyum gugup.

ahha esok pun cuti maka apa agenda? itu nanti lain fikir.

then rabu ingat nak 'melepak' kat court tengok kes. seharian rasa nak melangut tang tu. kot. kot la. fefeeling cemtu. tengok cemane. decision akan dibuat kemudian. sebab boss tak banyak handle kes syariah untuk bulan ni. ouh, hencik boss aku lawyer untuk sivil & syariah kat firma ni. :)

_ E N D _

Friday, May 9, 2014

+ Ceritera Praktikal +

assalamualaikum..


dah tiba penghujung bagi minggu kedua aku praktikal. sekejap sangat masa jalan. eh jap. praktikal? 

haa, macam tu lah sepertinya. ye, sekarang tengah praktikal di sebuah firma guaman di Northam Tower.:)


alhamdulillah dah selesai melalui 8 sem pengajian sebagai pelajar Degree Syariah with Law di KUIS. then kalau betul-betul nak habis pengajian kena praktikal selama 2 bulan di mana-mana firma guaman syarie. result sem 8 pun alhamdulillah okay (sambil lompat sopan). sem sebelum-sebelum ni selalu elok ja semua subjek dapat A then mai satu subjek lagi dia terus C. makanya pointer teramatlah ter-effect. teringat nak bukak result haritu, feeling dia ilek. dull. festime fefeling lagutu. dan mungkin sebab markah untuk praktikal pun tak campur sekali lagi. harap semua akan baik-baik je in sha Allah amin! :")



alhamdulillah jugak tempat dan surrounding tempat kerja ni sangat lah comfortable. semua staff dan boss yang sangat bertenaga subhanallah. awal-awal mula masuk kerja tu biasala tak biasa dengan semua benda lagi kan.. haa la ni alhamdulillah dah makin serasi dan banyak jugak benda belajar. dari pengalaman hidup sampai ilmu guaman. 



teringat dulu tesis tajuk 'Risiko dan Tanggungan Penjamin dalam Pembiayaan Perbankan di Malaysia: 1 Kajian di AKPK dan MdI'. berkenaan kebankrapan. tengok-tengok mai sini dapat belajar lagi berkenaan kebankrapan. tapi sebelum ni dari view seorang yang hadapi masalah then mai kat sini dapat belajar dari view belah bank pulak. suppose no need sebab takde pun dalam skop kami belajar time Degree. tapi itsokay lah sebab ilmu kan, even starting-nya zero. haha. belajar prosedur apa bagai. yeah, lawyer is about procedure. ;) bytheway, firma tempat aku praktikal ni amal sivil & syariah. 



then boss banyak handle kes di Mahkamah Tinggi berkaitan murtad, wakaf, harta sepencarian, faraid. tetiba teringat sorang lecturer yang ngajar semua bab ni. dan dia jugak merupakan penyelia tesis saya dan tadi ni dapat tau dia jugak yang akan mai sini untuk selia pelajar praktikal. oh oh I love you so much lah Puan! 



overall setakat ni.. ye baru setakat ni alhamdulillah semuanya okay. biasala buat silap awal-awal kan then from there we learn how to do it right. adat belajar dan adat bekerja ni pun lain. senang kata banyak sangatla benda belajar even baru dua minggu tang ni. ahha, bahasa ke-penang-an aku pun dah macam makin ke-penang-an. staff-staff tang ni almost semua cakap Penang jenis parpu (nak bagitau pekat kemain haa siap certain tu dengan kepala-kepala teleang) punya. haha. dengan aku sekali macam nak ter-teleang. ohoi! haha. 


dan lagi satu nak cerita pasal perjalanan pergi dan balik. emm, haruslah lalu jalanraya kenss. makanya terserempaklah dengan drebar-drebar yang super duper ohsem nak pengsan. bagi depa yang dah biasa drive di Penang dah tentu konfem cakap tu perkara biasa. atau dengan perkataan lain 'driver yang gila-gila'. my boss said like that also. dan katanya lagi, kita awal-awal dok cakap depa gila lama-lama kita pulak akan jadi sebahagian daripada 'driver yang gila-gila' kelak. amacam, bernas kan nasihat dan dorongan boss? haha. 

_ E N D _

Sunday, February 2, 2014

happy engagement day !





assalamualaikum.

dalam umur yang kian meningkat, makin banyak khabar pertunangan dan walimah singgah ke telinga. melimpah-ruah. mabruk untuk kalian! semoga bahagia hingga ke syurga. in sha Allah, amin.  :)

di FB, scroll dan terus menerus scroll. gambar pertunangan makin meriah di news feed. dan ada ketikanya, melihat gambar salah seorang rakan, tertanya balik pada diri sendiri,

"eh, ni nikah ke tunang ni sebenarnya? cantiknya pelamin macam nikah tapi pakaian lelaki tu macam bukan je."
pelbagai anggapan terus hinggap dalam hati yang keliru. tak baik kan? sobs sobs. 

"Rahsiakan pertunangan, hebahkanlah perkahwinan". (HR AHMAD)

bisik kat diri sendiri,
" bukankah pertunangan tu bukan satu jaminan kita konfem kawen? tengok gambar sebijik macam kawen. kesedaran apakah ini? benda ni buatkan aku risau. adakah aku akan berbuat sedemikian rupa jugak? bimbang iman rapuh. sungguh aku gusar bila tiba saat itu kelak. gusar teramat. Allahu.  :"( "

cemburu? sudah tentu bukan.
kecewa? lagilah bukan.
tak sabar nak kawen? emm, bukan jugak. banyak lagi benda nak kena aulakan dulu before kawen ni. :)

bila ditelusuri hakikatnya, ulama ada menjelaskan bahawa hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan adalah untuk menjaga nikmat ni daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang berniat tak baik. ini dijelaskan dalam Hashiah al-'adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil.

kerahsiaan pertunangan tu akan jadikan kita terkawal daripada berkelakuan macam dah sah suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada dalam medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menjadi teman hidupnya..

ya, aku tak nafikan.
mungkin juga mereka tidak tahu.
mungkin atas permintaan keluarga.
mungkin keadaan terdesak yang menyebabkan ia jadi begitu.

tapi fikirlah. mana satu kita nak kejar sebenarnya? redha Allah atau saja beronok-ronok sendiri.
tenggelam dalam perasaan bisikan syaitan itu sendiri. hanyut.
kasihan. bukan benci. apatah lagi ingin menghina.
malah sayang sesama saudara seakidah.

biar apa pun, kita sesama doakan baik-baik okay? Allah lagi suka. dapat pahala lagi. ;)
bukankah manusia itu perlu sentiasa diperingat?
moga Allah pelihara hati-hati kita.
asif jiddan dari aku yang lemah dan masih bertatih dalam mengejar redha Ilahi. :')
hanya sekadar berkongsi pendapat.

_ E N D _



Wednesday, January 8, 2014

+ sanah helwah abah! +


Ke hadapan Encik Najmuddin yang kacak,
Sanah Helwah abah!
Maaf bah, kakak takde hadiah mahal2 nak bagi kat abah. Even belanja kakak sekarang ni pun abah yang tanggung kan? Sob sob.
In sha Allah segulung ijazah akan kakak berikan kat abah nanti. Tak lama dah. :)
Kakak sentiasa doakan kesejahteraan abah semoga dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki.
Juga semoga Allah perkenankan hajat2 abah.
Abah yang handsome.
Abah yang sporting.
Abah yang suka sungguh mengusik.
Abah yang tegas.
Abah yang sangat bertenaga.
Suami terbaik untuk mama.
Abah yang terbaik untuk kami 5 beradik.
Maafkan kakak tak dapat jadi anak terbaik tapi kakak akan sentiasa cuba & terus mencuba. 
Abah lelaki pertama yang kakak sayang selepas kakak dilahirkan.
Terima kasih abah.
For everything.
You're my best abah ila al-Jannah! ♥
Kakak sayang abah. ♥

Friday, November 29, 2013

# semester terakhir #

assalamualaikum. 

alhamdulillah Allah izin menulis lagi di sini setelah sekian lama. 

dan alhamdulillah semester yang dah seminggu bermula ni merupakan semester aku yang terakhir insha Allah. mohon doa kalian semoga kami dapat lakukan yang terbaik. rabbi yassir. 

subjek yang belajar untuk semester ni yang masuk kelas ada empat. 

1) Al-qawaid al-fiqhiyyah
2) Penyelesaian Pertikaian Alternatif
3) Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie II
4) Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah

lagi dua subjek ialah tesis dan praktikal. 

rumate baru. 'geng' yang sentiasa bersama dari tahun 2008 pun dah habis. dan mereka sekarang tengah praktikal. doakan mereka supaya mereka dapat menyelesaikan praktikal dengan baik. semoga Allah permudahkan. semoga. amin. 



Deep.
Tenat.
Belajar.
Apply.
Suatu hari nanti.
Sama-sama. 
Ila al-Jannah.
Amin. 
:")

_ E N D _

Sunday, September 29, 2013

Dah final exam rupanya.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat sihat. Just selsema yang belum kebah tak tau nak kebah bila. Tapi dah makin better alhamdulillah.

Lusa aku dah start exam. Bukan exam biasa tapi exam final. For my 7th sem. Pejam celik pejam bukak mata dah nak habeh belajar dah. Biiznillah!

Jadual exam dah keluar. Haruslah dah keluar kan. Paper pun nak start dah lusa. Slip exam pun dah print. Summalhamdulillah.

Next, a wish. A birthday wish for my friend. :)
Sweet 24th A.K.M.S!
Semoga dimurahkan rezeki.
Usia dah bertambah. Kian hampir dengan mati.
Semoga amal kita makin bertambah.
Dapat menjadi yang terbaik antara yang terbaik insha Allah!
Fighting ya Khalifah Allah!
Mabruk makcik Arifah sebab ada anak soleh macam ni. :)

Emmm, jom sambung study! * tapi ngantok. Uhuk.
Hey, semangat semangat! :D

_E N D_

Saturday, August 17, 2013

+ Syawal 2013 +

 assalamualaikum..

dah berbulan tak hapdet blog ni. tak ada kekuatan. *ergh, alasan! haha. 

rasanya masih tak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. maafkan saya atas segala salah dan silap naa. 

nak cerita panjang pasal raya. tapi... err, biar gambar berbicara lah. :)


 :: beraya di kampung sebelah mama di Sunga Bakau. raya kedua di rumah Pak Njang, abang kepada mama saya. sehari sebelum raya juga di Sungai Bakau. tak ramai balik kalini. tapi tetap meriah! alhamdulillah. ::

:: beraya sebelah abah. raya pertama dan raya keempat. di Bagan Datoh, Perak dan di Ipoh, Perak. mbah lanang dan mbah ibu dah tak ada. jadi berkumpul di rumah Wak Hamzah, abang sulung abah. then rumah Wak Malik, abang kedua abah. rumah berdekatan je. :) ::

 :: ni kat Bagan Datoh. non edited. using Nikon D600. macam kat studio pun ada. haha. my parents. love both of them so much. best couple ilal jannah aminn ! :) ::

 :: beraya bersama keluarga tercinta adalah yang terbaik. alhamdulillah atas nikmat-Mu ya Allah. :") ::

:: macam adik beradik je. btw mama saya yg tengah tu. muda sentiasa dengan Artistry dan Nutrilite. ^_^ dari kanan, 3rd, 1st, mama, 5th, 2nd. :: 

:: time ni serius happening sangat. ni baru sebahagian kecil. ye, kecil. 1/4 rasanya. ::

sahabat-sahabat, please don't ever forget to pray for Mesir. saudara seakidah kita di sana. terus dan terus tembak doa. :"( 

_ E N D _