:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, February 2, 2014

happy engagement day !





assalamualaikum.

dalam umur yang kian meningkat, makin banyak khabar pertunangan dan walimah singgah ke telinga. melimpah-ruah. mabruk untuk kalian! semoga bahagia hingga ke syurga. in sha Allah, amin.  :)

di FB, scroll dan terus menerus scroll. gambar pertunangan makin meriah di news feed. dan ada ketikanya, melihat gambar salah seorang rakan, tertanya balik pada diri sendiri,

"eh, ni nikah ke tunang ni sebenarnya? cantiknya pelamin macam nikah tapi pakaian lelaki tu macam bukan je."
pelbagai anggapan terus hinggap dalam hati yang keliru. tak baik kan? sobs sobs. 

"Rahsiakan pertunangan, hebahkanlah perkahwinan". (HR AHMAD)

bisik kat diri sendiri,
" bukankah pertunangan tu bukan satu jaminan kita konfem kawen? tengok gambar sebijik macam kawen. kesedaran apakah ini? benda ni buatkan aku risau. adakah aku akan berbuat sedemikian rupa jugak? bimbang iman rapuh. sungguh aku gusar bila tiba saat itu kelak. gusar teramat. Allahu.  :"( "

cemburu? sudah tentu bukan.
kecewa? lagilah bukan.
tak sabar nak kawen? emm, bukan jugak. banyak lagi benda nak kena aulakan dulu before kawen ni. :)

bila ditelusuri hakikatnya, ulama ada menjelaskan bahawa hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan adalah untuk menjaga nikmat ni daripada dirosakkan oleh hasad dengki manusia yang berniat tak baik. ini dijelaskan dalam Hashiah al-'adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil.

kerahsiaan pertunangan tu akan jadikan kita terkawal daripada berkelakuan macam dah sah suami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang masih asing dan sedang berada dalam medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menjadi teman hidupnya..

ya, aku tak nafikan.
mungkin juga mereka tidak tahu.
mungkin atas permintaan keluarga.
mungkin keadaan terdesak yang menyebabkan ia jadi begitu.

tapi fikirlah. mana satu kita nak kejar sebenarnya? redha Allah atau saja beronok-ronok sendiri.
tenggelam dalam perasaan bisikan syaitan itu sendiri. hanyut.
kasihan. bukan benci. apatah lagi ingin menghina.
malah sayang sesama saudara seakidah.

biar apa pun, kita sesama doakan baik-baik okay? Allah lagi suka. dapat pahala lagi. ;)
bukankah manusia itu perlu sentiasa diperingat?
moga Allah pelihara hati-hati kita.
asif jiddan dari aku yang lemah dan masih bertatih dalam mengejar redha Ilahi. :')
hanya sekadar berkongsi pendapat.

_ E N D _



No comments:

Post a Comment