:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, December 9, 2011

+ tanggungjawab baru, tugas baru +

assalamualaikum..

alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat untuk sy bernafas di bumi Allah ini. syukran lillah! ^^

kepala berdenyut2 menandakan sakit kepala menyerang. macam mana tak pening. mengantuk tapi tahan. sudah semestinya sy akan sakit kepala. pagi tadi kelas 6.30 AM dah lepas. 'sambutan' yang agak menggalakkan. ingatkan kelas awal2 pagi ramai je yang tak mai. rupa2nya lagi meriah!haha. kepala sememangnya rasa berat dan memang agak mengantuk. tapi mengantuknya tu lain kalau dengan mengantuk di petang hari. kalau pagi kepala je berat tapi mata rasa segar. tambah ustaz 'full sense of humour' pulak pagi2 tu plus student2 turut 'menyambut' gurauan2 ustaz. memang kelas usul fiqh pagi tadi amat happening!.

lepas kelas pegi urus pasal usrah dengan umi sekejap. sy dapat 'tanggungjawab baru' untuk sem ni. tanggungjawab yang agak berat bagi sy. menitis airmata ni tatkala mendapat tahu. berat memang berat tapi sy tetap rasa terpanggil untuk grab that very2 great oppurtunity. ye, Islam tak perlukan sy tapi sy perlukan Islam. sy ambil peluang ni untuk membetulkan diri untuk berhijrah ke arah yang lebih baik dan berkongsi kasih sayang dan ilmu dengan sahabat2 baru yang hebat2 ilmu agamanya, insyaAllah. setiap apa yang terjadi, pasti ada hikmah di sebaliknya. ye, sy tahu Allah nak tunjukkan sy sesuatu. sy harus manfaatkan. semalam meeting di dewan senat. rasa kerdil je diri ni ketika berada dalam kalangan mereka2 yang hebat. namun, ikatan ukhuwah yang mereka tunjukkan membuatkan sy rasa 'rapat' sangat dengan mereka2 walaupun kebanyakannya sy baru kenal dan jumpa buat pertama kali. subhanallah. semoga Allah kekalkan kami di jalanNya. amin ya Rabb~


sy ditugaskan untuk menjaga usrah sem 1 degree. 6 naqibah = 6 kumpulan. alhamdulillah, perjumpaan tadi berjalan dengan lancar. macam2 perasaan ada sebelum tu tapi bila dah start rasa seronok pulak. sampai sakit2 tekak cakap banyak. hehe. tadi, penerangan tentang perjalanan usrah di kuis dan apa2 yang patut dah diberikan. semuanya memberikan kerjasama yang amat bertenaga! ^^ Allah permudahkan~

ouh, mata semakin berpinar2 liplap liplap dah. * hiperbola! harus berhenti takat sini. tetiba teringat petang tadi one of my bestfriend hantar message. katanya dia teringatkan sy tetiba dan berdoa semoga sy sentiasa berada di bawah lembayungNya. * terharu sangat. semoga Allah kekalkan ikatan ini. thanx my dear, nur syahirah bt mohd saufee. rindu ampa sangat2!

p/s : pasal topup daripada anonymous tu, akan sy buat sesuatu atas nasihat seseorang. terima kasih abg muhd atas nasihat kamu utk meleraikan kekusutan di kepala ni. :)

_ E N D _

+ jual beli salam +

assalamualaikum..

'perutusan' ni ditujukan khas untuk huda, my classmate. ^^

Jual Beli Salam. ( fiqh al-muamalat )

Takrif :

Bahasa = mendahulukan.

Istilah = jualbeli salam ialah jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf.

Jual beli salam adalah salah satu jenis kontrak jual beli yang dibenarkan. Ia dibenarkan disebabkan ia dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tak wujud.

Kesahihan menurut syarak.

Kontrak jual beli salam ialah kontrak yang diberikan pengecualian kerana jual barangan yang tidak wujud. Seperti yang kita tahu, menjual barangan yang tidak wujud adalah tidak sah. Namun jual beli salam ini diberikan pengecualian kerana manusia memerlukan jual beli seperti ini.

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda : ”” Sesiapa yang ingin berjual beli salaf ( salam ), maka hendaklah dia berjualbeli salaf ( salam ) dengan sukatan yang dimaklumi dan timbangan yang dimaklumi sehingga tempoh yang dimaklumi.”

Rukun & Syarat

Terdapat 4 syarat di dalam jual beli salam:

Rukun pertama: Pihak yang mengikat kontrak ( Pembeli dan penjual )

- pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Dalam istilah Arab dikenali sebagai muslim.

- penerima ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan ataupun dikenali sebagai muslam ’alaih.

Kedua-dua pihak ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan kepada pembeli dan penjual dalam kontrak jual beli iaitu baligh, berakal, sukarela dan sebagainya.

Cuma di sini tidak dikenakan syarat boleh melihat. Oleh itu, orang buta sah melakukan jual beli salam tetapi tidak boleh melakukan jual beli seperti yang telah kita maklumi. Ini adalah kerana dalam jual beli disyaratkan kedua-dua pihak melihat barangan yang dijual sementara dalam jual beli salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja. Jadi, sifat-sifat ini boleh diketahui dengan cara mendengar. Sementara ketika menerima pula, orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan wujudnya sifat-sifat yang dinyatakan.

Rukun kedua: Sighah kontrak

= iaitu penawaran( ijab ) dan persetujuan (qabul ).

Contohnya pemilik modal berkata :

Saya dahulukan 1000 dinar ini untuk mendapatkan 100 helai baju yang sifat-sifatnya seperti berikut.

Sementara penerima pula berkata :

Saya setuju atau saya terima pembayaran yang didahulukan ini atau sighah yang seumpamanya.

Penawaran dan persetujuan ini terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi sighah kontrak jual beli biasa seperti mesti berada dalam satu tempat, wujud persamaan antara penawaran dengan persetujuan dan sebagainya. Terdapat syarat tambahan iaitu sighah tersebut mestilah menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah juka menggunakan lafaz yang lain.

Selain itu, kontrak ini juga disyaratkan tidak mengandungi sebarang khiyar syarat. Maksudnya ialah kontrak tersebut mestilah kontrak penuh kerana khiyar syarat hanya dibenarkan bagi kontrak jual beli biasa sahaja. Ia tidak boleh disamakan dengan jual beli yang lain. Dengan itu, khiyar syarat di sini kekal dengan hukum asalnya iaitu tidak dibenarkan.

Disyaratkan dalam jual beli salam, modal perlu diberikan dalam majlis kontrak. Sedangkan jika khiyar syarat wujud dalam kontrak ini, perkara ini boleh menghalang maksud tersebut. Ini kerana khiyar syarat menghalang penerimaan modal daripada memperoleh hak penuh terhadap modal tersebut. Penerimaan modal tersebut mungkin hanya sekadar bayangan sahaja dan ini akan menyebabkan kedua-dua pihak berpisah sebelum kontrak tersebut sempurna dimeterai. Ini tidak dibenarkan. Dengan ini kontrak jual beli salam yang membabitkan syarat khiyar dianggap tidak sah.

Bagi khiyar majlis pula boleh diadakan dalam kontrak jual beli salam kerana khiyar tersebut tamat apabila kedua-dua pihak terpisah. Dengan itu, perpisahan kedua-dua pihak menandakan sempurnanya kontrak itu. Jadi tidak wujud sebarang percanggahan antara khiyar majlis dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam jual beli salam.

Rukun ketiga: Modal.

Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. Beberapa syarat telah ditetapkan:

1) Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak. Contohnya bayaran yang dibuat sebanyak RM 100 atau 5000 dolar. Jika bayaran yang dibuat menggunakan barangan yang boleh disukat atau ditimbang seperti gandum, gula atau sebagainya, jumlah sukatan dan timbangan perlu dinyatakan. Comtohnya 1000 cupak atau seribu kati. Disyaratkan juga kualiti barangan perlu dinyatakan.

Jika bayaran tersebut boleh dilihat, contohnya pembeli membayar seguni gandum bagi mendapatkan barangan tertentu atau pembeli menggunakan dirham, pembeli disyaratkan untuk menyatakan jumlah bayaran tersebut tetapi tidak perlu menyebut sifat, jenis dan spesifikasi barangan kerana boleh diganti dengan penglihatan. Jadi ia hanya sekadar percakapan tanpa keterangan yang terperinci.

2) penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.

Jika penyerahan ini tidak terjadi, bermakna tidak wujudlah kontrak jual beli salam. Dan kerana ini, ia berubah kepada menjual hutang dengan hutang yang tidak dibenarkan.

Tidak disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki. Jika modal itu dipindahkan daripada pihak ketiga yang berhutang dengan pembeli, supaya dibayar kepada penjual, maka ia tidak sah. Ini kerana pemindahan hutang tidak termasuk dalam kategori menerima.

Rukun keempat: Barangan yang ditempah.

= iaitu barangan yang dijual di dalam kontrak. Penjual berjanji untuk menyerahkannya kepada pembeli. Sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan. Beberapa syarat telah ditetapkan:

1) Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifatnya.

Yang ditempah hendaklah mengikut kehendak pembeli sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan. Barangan yang ditempah itu juga boleh dibezakan dengan jenis-jenis lain yang seumpama dengannya atau hanya wujud perbezaan kecil yang diambil ringan oleh manusia biasanya.

Dalilnya: ” Yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa RA katanya: Dahulu kami melaksanakan jual beli salam iaitu pada zaman Rasulullah SAW, Abu Bakar, dan Umar untuk mendapatkan gandum, barli, kismis dan tamar”

Semua barangan yang dinyatakan dalam hadis di atas adalah barangan yang boleh dinyatakan spesifikasinya.

Barangan lain yang tidak dinyatakan di sini boleh diqiaskan dengan barangan yang disebutkan. Sama ada barangan tersebut telah lama wujud atau baru kini wujud atau akan wujud pada masa akan datang. Selagimana barangan tersebut menepati diri-ciri yang dinyatakan. Ia boleh dinyatakan spesifikasinya walaupun tidaklah seratus peratus.

Thursday, December 8, 2011

+ saya sukalah! +


assalamualaikum..

" bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya. dan bagi perempuan ada hak bagian(pula) dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan "
( an-Nisa: 7 )

bermukabuku then baru nak tulis tinggal jejak untuk hari ni kat sini. ^^

pagi tadi bangun awal. semalam tak mampu nak stay up. sedangkan mirath tak siap lagi. satu soalan daripada 6 soalan pun tak siap lagi. ye la, tak berapa nak faham lagi kan, jadi mood nak buat tu agak sedikit tak bertenaga. wuwuwu..

yang katanya bangun awal tu, tak ada la awal sangat. haha. alhamdulillah, Allah permudahkan. pagi kan otak fresh lagi, jadi tak serabut sangat dan jawapan yang dihentam keromo banyak yang betul daripada salah. seronok kan kalau jawapan pengiraan kita betul? teringat time sekolah dulu jawab math @ addmath. love both of them. dah masuk degree, memang banyaklah menghafalnya. nak jumpa kira2 baru sem ni ber'jejak kasih' semula. ^^

semalam ada 2 meeting. satu yang protokol hari tu & satu lagi untuk program anak angkat under sekretariat rukun negara(srn). ekstival dah habis. jadi mau lah something that we can save as a sweet memory. * sangat tamak kan? haha cenderahati yang sangat2 sy suka. and nanti ada jamuan makan2 kat luar bersama semua ajk protokol ekstival. *alamak, m a k a n laa. huk2.

usai meeting tu, pegi meeting srn. kebanyakan yang jadi ajk untuk srn tu ex asasian. terasa macam reunion asasi pulak. haha. teruja nak jumpa keluarga angkat next week. terdapat 9 ipt lain yang akan turut serta dalam program ni. bertambah2 sahabat baru nampaknya, ^^

pasal kelas mirath tadi agak bertenaga. syukur alhamdulillah. dah makin better daripada kelas sebelumnya. tak adalah macam " ish, kenapa jadi 1/4 ni. kenapa dia jadi maujub, eh, macam mana dapat nak tahu ada baki, kenapa kenapa kenapa...." banyak kan soalan? haha. hakikat yang jadi kat saya. bengong kepala rasa. ish3. kesimpulan, kena rajin study and buat homework. insyaAllah, Allah permudahkan! :)

p/s: tetiba teringat minggu lepas ada orang topupkan, tengah tunggu jugak sapa2 message cakap silap masuk topup kan, tapi tak ada pulak. siapakah gerangannya ye? beberapa minit sebelum dapat topup tu, memang nak topup dah. tup tup tup beberapa minit lepas tu ada easyreload masuk. rm10 lagi. ya Allah, halalkanlah bagiku wang itu. amin ya rabbal 'alamin.

_ E N D _

Wednesday, December 7, 2011

+ KUNTUM +

assalamualaikum..

tersebut lah al kisah yang terjadi pada satu hari. seorang gadis yang tak berapa nak ayu sedang berjalan seiring dengan sahabat sekelasnya ke blok 2. terjumpa junior sekolah menengah di taman. cot cet cot cet sebentar, tetiba .....ergh..........................

tetiba habis idea mau buat ayat ala2 kisah dongeng gitu. huk3. ok la. straight to the point. tadi lepas kelas teman classmate pegi blok 2 singgah "starbuck " *panggilan untuk gerai yang jual makanan macam kuih2, nasi lemak, bebola, air n etc. tengah sembang2 kat taman. almaklumlah terjumpa junior lama pulak kan. tetibe dengar "KUNTUMMMMMM!!". kuat kau. kalih2 tengok2 pandang2 rupa2nya syuk. nama penuh syukri nordin. he started to know me time ekstival haritu. seronok dia panggil kuat2. juz nak serah flyer. dahla baju harini pakai merah je, rasa muka ni dah nak dekat sama kaler dah kot dengan baju. wuwuwu... panggilan tu hanya untuk sesorang yang rapat n kenal sy betul2. thats why im feeling ashamed. but its ok. im just fine with it. ^^ syuk2. :P

usai beli membeli, terserempak pula dengan shepa, dieba n iera. teruja sekejap. then cerita pasal nama kuntum yang dipanggil dengan kuat oleh seseorang itu. shepa ketawa. shepa and syuk ni macam kawan baik lahh. :) kata shepa, syuk seperti teruja dengan nama 'kuntum' tu. haha. rupanya begitu.

harini belajar mirath dah start kira2. sy bengong2 sikit tadi time kelas. yela, hari isnin tak masuk. tinggal satu kelas bermakna hilanglah satu butir berlian. * wuu, perumpamaan. hahaha tak sihat kan. jadi tak mampu lah nak menghadirkan diri ke kelas. semalamnya pulak busy prepare untuk benda lain. alih2 masuk2 kelas pagi tadi memang tak sempat belajar dari siapa2 lah. jadi, tadi belajar macam tak berapa nak best lah. hazirah, takmau putus asa ok! chaiyok2!

esok, im gonna have a very2 long journey...... *sambil mata kelip2 cuba menerima hakikat.
esok, kelas non stop dari pukul 9 sampai 7pm. rehat cuma 2 jam iaitu pada pukul 1-2 dan 4-5pm. be prepared k SMSU A!

p/s : bukak2 portal tadi, keputusan tak berubah pun lagi.. * sambil membawa hati yang berduka lara

_ E N D _

Monday, December 5, 2011

+ haruslah bertenage! +

assalamualaikum..

pagi ni sempat online jap before pegi kelas. sambil menahan sakit yang.. entah tak taw nak describe macam mane. takpe2, sakit itu kifarah dosa. jangan cepat mengeluh hazirah! tanda Allah sayang. syukran lillah!

tak pasti dapat pi kelas ke tak harini. astaghfirullah, semoga Allah kurangkan kesakitan ni. semangat mau belajar. taknak tinggal kelas. huk3. amin~~

jumaat minggu ni dan jumaat minggu depan ade kelas usul fiqh 2. start pukul 6.30. jap2, bukan 6.30 petang ok, tapi 6.30 PAGI. ustaz nak ganti kelas. memang kena mujahadah tinggi lah bangun awal2 pagi tu. solat subuh tu memanglah dah biasa bangun pagi2. cuma nak 'keluar jalan pegi kelas awal2 pagi tak biasa'. ergh, banyak songeh kan. buat teruk pulak. haha.

semalam sempat jumpa abah dan mama sekejap je. agak terkilan sikit. tapi takpelah. asalkan dapat jumpa walaupun sekejap kan. ^^ alhamdulillah. :)

ops, harus bersiap untuk ke kelas pagi ni. subjek undang2 kontrak. semangat2! semoga Allah permudahkan, amin3~

p/s : wuwuwuuu, sejuknya pagi ni. agak menyumbang kepada sakit ni. kuat3! rabbuna yusahhil.

_ E N D _

Sunday, December 4, 2011

+ poligami WAJIB? +

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih di beri kesempatan pada pagi ni untuk mencoret something di blog yg selalu tak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada empunya blog.

mata mengantuk minta dikatup tapi tak mampu lah memandangkan esaimen tak siap lagi. inipun dah kira extend satu hari kat grup esaimen untuk combine and bincang semula. ish3, ape nak jadi ni hazirah. huk3.

eh, ade orang grad lah. siapakah gerangan budak kicik ini? haha, rasanya sy tak perlu nak bagitahu dah kann. tengok muka pasti sekelip mata dah tahu sapekah dia. :) ye, ni sy ketika berusia 6 tahun. baru 'grad' dari TASKI ABIM. kami 5 beradik 'grad' dari taski yang sama. bila tengok balik gambar ni, memori terus berginjak ke belakang semula. zaman2 hingusan & nakal2 dulu.

dan ada seorang sahabat sepermainan hantar something kat wall FB sy.
" Tengok profile pic kamu buat sy tringat zaman kte tadika sama2 dulu..hehe..nostalgia giler..juzt make me realize tht it's been a long time since we're knwn each other...hehe ^_^ "


next berkenaan poligami? wah, sensitif perkataan ni. sy tak bercadang untuk menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan poligami di sini. cuma sy nak highlight sedikit di sini. hukum poligami adalah harus, bukan wajib. kadangkala suami yg memarahi isteri atas sebab tak benarkannya berpoligami dengan perkataan seperti nusyuz, kafir sebab menolak hukum Allah, itu adalah tidak benar sama sekali kerana hukumnya bukanlah wajib sebaliknya adalah HARUS. tak mengapa tidak melakukan yang harus tetai berdosa jika tidak melakukan yang wajib, kebanyakan masyarakat salah anggap dengan tafsiran poligami yang sebenar. ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. tapi monogami yang diamalkan oleh Baginda tidak pula kita lebih tekankan tetapi kita lebih pandang pada poligami. Baginda bermonogami selama 25 tahun bersama Siti Khadijah manakala 10 tahun Baginda berpoligami.
ops, rasa cukuplah sampai ke sini. sebenarnya baru selesai membaca Sebarkan Cinta-Mu oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. novel ini adalah garapan dari tesisnya dan telah diadaptasikan kepada sebuah karya penulisan kreatif. beliau sangat hebat. :) novel ni banyak menerangkan tentang apa itu poligami yang sebenarnya. ye, dah2. poligami poligami jugak tapi esaimen jangan sampai ralit tak buat pulak kan. haha. asyik mengarang menaip lupa pulak tujuan asal on lappy ni. *dush3. :p

abah, mama, iqah & rakan2nya yang lain pasti sudah bertolak dari KL menuju ke mari. semoga mereka selamat sampai. lindungilah mereka ya Allah, amin ya rabbal 'alamin~

p/s : mungkinkah sem depan dety turut serta bersama sy ambil kursus kahwin?

_ E N D _




Saturday, December 3, 2011

+ pergilah engkau habuk2 sawang2 +

assalamualaikum..

*eh, ape kaitan dengan tajuk entry? :p


wah, lamanya tak update! ni dah tulis untuk kali ketiga dah untuk entry ni je. nasib baik kesabaran ni masih utuh. ada je yang nak menghalang.

konvo baru selesai. dalam minggu lepas. saya terlibat ekstival. penat tu biasala kann. nak cerita, mau kongsi tapi akibat terputus bekalan bateri ke laptop ni dan mematikan entry yang telah saya karang panjang tadi, agak membantutkan mood saya. huk3.

next, ustaz baru message sy tadi tanya nama penuh, matrik num & etc. baca jek message tu terus berbunga2 hati ni. erk, macam sang gelipren dapat message dari buayapren pulak. ish, sila usir jauh2 ok. nauzubillah. takdela, dah lama sy tunggu since bulan lepas. dah nampak bunga2 harapan cgpa sy akan berubah. ops, hazirah. jangan terlalu berharap. kelak merana. yang penting, doa jangan putus. memohon pada yang Esa, semoga Allah permudahkan segala urusan, amin~~ ^^

hujung minggu ni my parents nak datang 'again'. hati berlagu riang la kan. :) dapat berjumpa orang2 tersayang. sebenarnya nak hantar iqah balik usim. sem baru dah nak mula. ^^ minggu ni hari ape ntah hantar message kat abah cakap sy rindu dia sangat sampai termimpi2. nak zahirkan secara berhadapan sangat segan. apa2pun, at least abah tahu yang sy sayang & rindukannya selalu. ^^

ok, jum tengok gambar pulak! ^^

: 2 buah kereta yang telah berjasa kepada kami. alhamdulillah selamat sampai putrajaya. walimah kakak kepada one of my BFF, rahimah :

: pengantin yang telah diraikan. semoga berkekalan ila al-jannah :

: uhibbukum fillah abadan abada!semoga Allah kekalkan kita di jalanNya, insyaAllah :

: eh? salah satu gambar yang diambil ketika bertugas time minggu ekstival. baju berwarna merah memang tak sebati dengan jiwa sy! huk3 :

wah, wanginya bau sambal ikan bilis roommate masak. jap2, masak? biar betul? pagi2 buta ni? percaya tak? haha. ye, silakan percaya. kagum dengan mereka2. saya? haha. dun ask me. im just penonton tegar. *sangat terok haha.

p/s : esaimen ouh esaimen,

_ E N D _

o