:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, December 4, 2011

+ poligami WAJIB? +

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih di beri kesempatan pada pagi ni untuk mencoret something di blog yg selalu tak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada empunya blog.

mata mengantuk minta dikatup tapi tak mampu lah memandangkan esaimen tak siap lagi. inipun dah kira extend satu hari kat grup esaimen untuk combine and bincang semula. ish3, ape nak jadi ni hazirah. huk3.

eh, ade orang grad lah. siapakah gerangan budak kicik ini? haha, rasanya sy tak perlu nak bagitahu dah kann. tengok muka pasti sekelip mata dah tahu sapekah dia. :) ye, ni sy ketika berusia 6 tahun. baru 'grad' dari TASKI ABIM. kami 5 beradik 'grad' dari taski yang sama. bila tengok balik gambar ni, memori terus berginjak ke belakang semula. zaman2 hingusan & nakal2 dulu.

dan ada seorang sahabat sepermainan hantar something kat wall FB sy.
" Tengok profile pic kamu buat sy tringat zaman kte tadika sama2 dulu..hehe..nostalgia giler..juzt make me realize tht it's been a long time since we're knwn each other...hehe ^_^ "


next berkenaan poligami? wah, sensitif perkataan ni. sy tak bercadang untuk menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan poligami di sini. cuma sy nak highlight sedikit di sini. hukum poligami adalah harus, bukan wajib. kadangkala suami yg memarahi isteri atas sebab tak benarkannya berpoligami dengan perkataan seperti nusyuz, kafir sebab menolak hukum Allah, itu adalah tidak benar sama sekali kerana hukumnya bukanlah wajib sebaliknya adalah HARUS. tak mengapa tidak melakukan yang harus tetai berdosa jika tidak melakukan yang wajib, kebanyakan masyarakat salah anggap dengan tafsiran poligami yang sebenar. ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. tapi monogami yang diamalkan oleh Baginda tidak pula kita lebih tekankan tetapi kita lebih pandang pada poligami. Baginda bermonogami selama 25 tahun bersama Siti Khadijah manakala 10 tahun Baginda berpoligami.
ops, rasa cukuplah sampai ke sini. sebenarnya baru selesai membaca Sebarkan Cinta-Mu oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. novel ini adalah garapan dari tesisnya dan telah diadaptasikan kepada sebuah karya penulisan kreatif. beliau sangat hebat. :) novel ni banyak menerangkan tentang apa itu poligami yang sebenarnya. ye, dah2. poligami poligami jugak tapi esaimen jangan sampai ralit tak buat pulak kan. haha. asyik mengarang menaip lupa pulak tujuan asal on lappy ni. *dush3. :p

abah, mama, iqah & rakan2nya yang lain pasti sudah bertolak dari KL menuju ke mari. semoga mereka selamat sampai. lindungilah mereka ya Allah, amin ya rabbal 'alamin~

p/s : mungkinkah sem depan dety turut serta bersama sy ambil kursus kahwin?

_ E N D _




No comments:

Post a Comment