:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, December 8, 2011

+ saya sukalah! +


assalamualaikum..

" bagi laki-laki ada hak bagian dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya. dan bagi perempuan ada hak bagian(pula) dari harta peninggalan kedua orang tua dan kerabatnya, baik sedikit atau banyak menurut bagian yang telah ditetapkan "
( an-Nisa: 7 )

bermukabuku then baru nak tulis tinggal jejak untuk hari ni kat sini. ^^

pagi tadi bangun awal. semalam tak mampu nak stay up. sedangkan mirath tak siap lagi. satu soalan daripada 6 soalan pun tak siap lagi. ye la, tak berapa nak faham lagi kan, jadi mood nak buat tu agak sedikit tak bertenaga. wuwuwu..

yang katanya bangun awal tu, tak ada la awal sangat. haha. alhamdulillah, Allah permudahkan. pagi kan otak fresh lagi, jadi tak serabut sangat dan jawapan yang dihentam keromo banyak yang betul daripada salah. seronok kan kalau jawapan pengiraan kita betul? teringat time sekolah dulu jawab math @ addmath. love both of them. dah masuk degree, memang banyaklah menghafalnya. nak jumpa kira2 baru sem ni ber'jejak kasih' semula. ^^

semalam ada 2 meeting. satu yang protokol hari tu & satu lagi untuk program anak angkat under sekretariat rukun negara(srn). ekstival dah habis. jadi mau lah something that we can save as a sweet memory. * sangat tamak kan? haha cenderahati yang sangat2 sy suka. and nanti ada jamuan makan2 kat luar bersama semua ajk protokol ekstival. *alamak, m a k a n laa. huk2.

usai meeting tu, pegi meeting srn. kebanyakan yang jadi ajk untuk srn tu ex asasian. terasa macam reunion asasi pulak. haha. teruja nak jumpa keluarga angkat next week. terdapat 9 ipt lain yang akan turut serta dalam program ni. bertambah2 sahabat baru nampaknya, ^^

pasal kelas mirath tadi agak bertenaga. syukur alhamdulillah. dah makin better daripada kelas sebelumnya. tak adalah macam " ish, kenapa jadi 1/4 ni. kenapa dia jadi maujub, eh, macam mana dapat nak tahu ada baki, kenapa kenapa kenapa...." banyak kan soalan? haha. hakikat yang jadi kat saya. bengong kepala rasa. ish3. kesimpulan, kena rajin study and buat homework. insyaAllah, Allah permudahkan! :)

p/s: tetiba teringat minggu lepas ada orang topupkan, tengah tunggu jugak sapa2 message cakap silap masuk topup kan, tapi tak ada pulak. siapakah gerangannya ye? beberapa minit sebelum dapat topup tu, memang nak topup dah. tup tup tup beberapa minit lepas tu ada easyreload masuk. rm10 lagi. ya Allah, halalkanlah bagiku wang itu. amin ya rabbal 'alamin.

_ E N D _

Wednesday, December 7, 2011

+ KUNTUM +

assalamualaikum..

tersebut lah al kisah yang terjadi pada satu hari. seorang gadis yang tak berapa nak ayu sedang berjalan seiring dengan sahabat sekelasnya ke blok 2. terjumpa junior sekolah menengah di taman. cot cet cot cet sebentar, tetiba .....ergh..........................

tetiba habis idea mau buat ayat ala2 kisah dongeng gitu. huk3. ok la. straight to the point. tadi lepas kelas teman classmate pegi blok 2 singgah "starbuck " *panggilan untuk gerai yang jual makanan macam kuih2, nasi lemak, bebola, air n etc. tengah sembang2 kat taman. almaklumlah terjumpa junior lama pulak kan. tetibe dengar "KUNTUMMMMMM!!". kuat kau. kalih2 tengok2 pandang2 rupa2nya syuk. nama penuh syukri nordin. he started to know me time ekstival haritu. seronok dia panggil kuat2. juz nak serah flyer. dahla baju harini pakai merah je, rasa muka ni dah nak dekat sama kaler dah kot dengan baju. wuwuwu... panggilan tu hanya untuk sesorang yang rapat n kenal sy betul2. thats why im feeling ashamed. but its ok. im just fine with it. ^^ syuk2. :P

usai beli membeli, terserempak pula dengan shepa, dieba n iera. teruja sekejap. then cerita pasal nama kuntum yang dipanggil dengan kuat oleh seseorang itu. shepa ketawa. shepa and syuk ni macam kawan baik lahh. :) kata shepa, syuk seperti teruja dengan nama 'kuntum' tu. haha. rupanya begitu.

harini belajar mirath dah start kira2. sy bengong2 sikit tadi time kelas. yela, hari isnin tak masuk. tinggal satu kelas bermakna hilanglah satu butir berlian. * wuu, perumpamaan. hahaha tak sihat kan. jadi tak mampu lah nak menghadirkan diri ke kelas. semalamnya pulak busy prepare untuk benda lain. alih2 masuk2 kelas pagi tadi memang tak sempat belajar dari siapa2 lah. jadi, tadi belajar macam tak berapa nak best lah. hazirah, takmau putus asa ok! chaiyok2!

esok, im gonna have a very2 long journey...... *sambil mata kelip2 cuba menerima hakikat.
esok, kelas non stop dari pukul 9 sampai 7pm. rehat cuma 2 jam iaitu pada pukul 1-2 dan 4-5pm. be prepared k SMSU A!

p/s : bukak2 portal tadi, keputusan tak berubah pun lagi.. * sambil membawa hati yang berduka lara

_ E N D _

Monday, December 5, 2011

+ haruslah bertenage! +

assalamualaikum..

pagi ni sempat online jap before pegi kelas. sambil menahan sakit yang.. entah tak taw nak describe macam mane. takpe2, sakit itu kifarah dosa. jangan cepat mengeluh hazirah! tanda Allah sayang. syukran lillah!

tak pasti dapat pi kelas ke tak harini. astaghfirullah, semoga Allah kurangkan kesakitan ni. semangat mau belajar. taknak tinggal kelas. huk3. amin~~

jumaat minggu ni dan jumaat minggu depan ade kelas usul fiqh 2. start pukul 6.30. jap2, bukan 6.30 petang ok, tapi 6.30 PAGI. ustaz nak ganti kelas. memang kena mujahadah tinggi lah bangun awal2 pagi tu. solat subuh tu memanglah dah biasa bangun pagi2. cuma nak 'keluar jalan pegi kelas awal2 pagi tak biasa'. ergh, banyak songeh kan. buat teruk pulak. haha.

semalam sempat jumpa abah dan mama sekejap je. agak terkilan sikit. tapi takpelah. asalkan dapat jumpa walaupun sekejap kan. ^^ alhamdulillah. :)

ops, harus bersiap untuk ke kelas pagi ni. subjek undang2 kontrak. semangat2! semoga Allah permudahkan, amin3~

p/s : wuwuwuuu, sejuknya pagi ni. agak menyumbang kepada sakit ni. kuat3! rabbuna yusahhil.

_ E N D _

Sunday, December 4, 2011

+ poligami WAJIB? +

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih di beri kesempatan pada pagi ni untuk mencoret something di blog yg selalu tak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup daripada empunya blog.

mata mengantuk minta dikatup tapi tak mampu lah memandangkan esaimen tak siap lagi. inipun dah kira extend satu hari kat grup esaimen untuk combine and bincang semula. ish3, ape nak jadi ni hazirah. huk3.

eh, ade orang grad lah. siapakah gerangan budak kicik ini? haha, rasanya sy tak perlu nak bagitahu dah kann. tengok muka pasti sekelip mata dah tahu sapekah dia. :) ye, ni sy ketika berusia 6 tahun. baru 'grad' dari TASKI ABIM. kami 5 beradik 'grad' dari taski yang sama. bila tengok balik gambar ni, memori terus berginjak ke belakang semula. zaman2 hingusan & nakal2 dulu.

dan ada seorang sahabat sepermainan hantar something kat wall FB sy.
" Tengok profile pic kamu buat sy tringat zaman kte tadika sama2 dulu..hehe..nostalgia giler..juzt make me realize tht it's been a long time since we're knwn each other...hehe ^_^ "


next berkenaan poligami? wah, sensitif perkataan ni. sy tak bercadang untuk menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan poligami di sini. cuma sy nak highlight sedikit di sini. hukum poligami adalah harus, bukan wajib. kadangkala suami yg memarahi isteri atas sebab tak benarkannya berpoligami dengan perkataan seperti nusyuz, kafir sebab menolak hukum Allah, itu adalah tidak benar sama sekali kerana hukumnya bukanlah wajib sebaliknya adalah HARUS. tak mengapa tidak melakukan yang harus tetai berdosa jika tidak melakukan yang wajib, kebanyakan masyarakat salah anggap dengan tafsiran poligami yang sebenar. ikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w. tapi monogami yang diamalkan oleh Baginda tidak pula kita lebih tekankan tetapi kita lebih pandang pada poligami. Baginda bermonogami selama 25 tahun bersama Siti Khadijah manakala 10 tahun Baginda berpoligami.
ops, rasa cukuplah sampai ke sini. sebenarnya baru selesai membaca Sebarkan Cinta-Mu oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin. novel ini adalah garapan dari tesisnya dan telah diadaptasikan kepada sebuah karya penulisan kreatif. beliau sangat hebat. :) novel ni banyak menerangkan tentang apa itu poligami yang sebenarnya. ye, dah2. poligami poligami jugak tapi esaimen jangan sampai ralit tak buat pulak kan. haha. asyik mengarang menaip lupa pulak tujuan asal on lappy ni. *dush3. :p

abah, mama, iqah & rakan2nya yang lain pasti sudah bertolak dari KL menuju ke mari. semoga mereka selamat sampai. lindungilah mereka ya Allah, amin ya rabbal 'alamin~

p/s : mungkinkah sem depan dety turut serta bersama sy ambil kursus kahwin?

_ E N D _




Saturday, December 3, 2011

+ pergilah engkau habuk2 sawang2 +

assalamualaikum..

*eh, ape kaitan dengan tajuk entry? :p


wah, lamanya tak update! ni dah tulis untuk kali ketiga dah untuk entry ni je. nasib baik kesabaran ni masih utuh. ada je yang nak menghalang.

konvo baru selesai. dalam minggu lepas. saya terlibat ekstival. penat tu biasala kann. nak cerita, mau kongsi tapi akibat terputus bekalan bateri ke laptop ni dan mematikan entry yang telah saya karang panjang tadi, agak membantutkan mood saya. huk3.

next, ustaz baru message sy tadi tanya nama penuh, matrik num & etc. baca jek message tu terus berbunga2 hati ni. erk, macam sang gelipren dapat message dari buayapren pulak. ish, sila usir jauh2 ok. nauzubillah. takdela, dah lama sy tunggu since bulan lepas. dah nampak bunga2 harapan cgpa sy akan berubah. ops, hazirah. jangan terlalu berharap. kelak merana. yang penting, doa jangan putus. memohon pada yang Esa, semoga Allah permudahkan segala urusan, amin~~ ^^

hujung minggu ni my parents nak datang 'again'. hati berlagu riang la kan. :) dapat berjumpa orang2 tersayang. sebenarnya nak hantar iqah balik usim. sem baru dah nak mula. ^^ minggu ni hari ape ntah hantar message kat abah cakap sy rindu dia sangat sampai termimpi2. nak zahirkan secara berhadapan sangat segan. apa2pun, at least abah tahu yang sy sayang & rindukannya selalu. ^^

ok, jum tengok gambar pulak! ^^

: 2 buah kereta yang telah berjasa kepada kami. alhamdulillah selamat sampai putrajaya. walimah kakak kepada one of my BFF, rahimah :

: pengantin yang telah diraikan. semoga berkekalan ila al-jannah :

: uhibbukum fillah abadan abada!semoga Allah kekalkan kita di jalanNya, insyaAllah :

: eh? salah satu gambar yang diambil ketika bertugas time minggu ekstival. baju berwarna merah memang tak sebati dengan jiwa sy! huk3 :

wah, wanginya bau sambal ikan bilis roommate masak. jap2, masak? biar betul? pagi2 buta ni? percaya tak? haha. ye, silakan percaya. kagum dengan mereka2. saya? haha. dun ask me. im just penonton tegar. *sangat terok haha.

p/s : esaimen ouh esaimen,

_ E N D _

o

Tuesday, November 15, 2011

+ new baru jadid +

assalamualaikum..




sem baru dan suasana baru. kebanyakannya baru dan tak lupa jugak pada yang lama. ^^ rumate still yang lama. cuma sorang je berganti, budak nursing yg berumur 20 tahun. amalina namanya. baik, selalu busy *biasalah nursing kan :) dan talkative. alhamdulillah kitorang semua boleh masuk dengan amal. selamat datang eh amal~ ^^

erm, cuba teka baby kat atas tu umur berapa? gagah perkasa je nampaknya. sangat bertenaga dan sememangnya sungguh2 bertenaga! haha. time ni sy dan classmates di masjid. then kitorang pegi serbu jap baby ni. yeah, this was a baby of foreigner. namanya khairunnisa'. sangat aktif! sangat geram tengok baby ni! *bila nak ada baby ni?ops, penyakit ulat bulu dah datang.shuh3. hehe. mak dia student kuis. ayahnya seorang lecturer di USIM. baby ni BARU 3 bulan. tak percaya kan? baby malaysia haluih* penang mali lagi kalau 3 bulan. gerak pun tak banyak and kepala still tak kuat lagi. tapi khairunnisa' was different. dah macam baby 8 bulan dah rasanya. semoga khairunnisa' membesar menjadi mujahidah solehah ye syg. aminn~ ^^

subjek utk sem ni macam mana eh? alhamdulillah, so far semuanya ok. dan very interesting. mungkin sebab dah makin banyak subjek law menunjukkan rupanya? erm, entahla. haha. yang pasti setakat ni lecturer agak bertenaga. esaimen pun dah berlumba2 ni. gerak hazirah! taknak malas2 macam sem lepas! taw2! insyaAllah~ ^^

hujung minggu ni, abah mama n iqah nak mai KL. iqah ada exam MUET sabtu ni. dan kebetulan my parents pun ada urusan sekali. dapatlah jumpa kan? *seronok lompat2 :p

subjek2 sem ni : undang2 kontrak / undang2 keluarga I / fiqh al-mirath / fiqh al-muamalat / usul al-fiqh II/ islamic administration & management / hafazan & tajwid *dengan ustaz don. ouh, bahasa utaranya sangatlah pekat.

ok, lah. i've something that need to be done. apa2pun tolong doakan eh? syukran kathir ^^

_ E N D _

Thursday, November 3, 2011

+ jemput mai walimah! +

assalamualaikum..

balik2 meeting tadi online jap. check mukabuku dan inbox ade satu message yg masih belum dibuka dibaca ditelek.

" Nur Shuhada :
salammm :D
nak minta alamat..nak jemput mai walimah :)
tima kasehhh. "

Nur Shuhada? perah2 kepala otak ni shuhada yg mane satu ni? bila nampak perkataan walimah tu truja pulak rasanya. klik tengok profile dan gambarnya..........................ouh, kak shuhada..^^ ex rumate time kat almashoor dulu. halus je orangnya dan sangat comel. dan paling tak boleh lupa, sangat suka menyakat! hahaha. dan gambar di bawah adalah beliau. yang sebelah kanan. comel kan? sangat! ^^


tahun ni beliau berumur 24 tahun. tahniah kak shuhada! mabruk wa alfu mabruk! terharu sangat. lost contact sebenarnya. tapi jadi friend kat FB dah lama. erk, LOST CONTACT? macam mana tu eh? *tahap kekonfiusan yang agak takberaparendah haha. biasalah. sy hanya approve orang yg sy kenal sahaja. sumone add > kenal > approve > dok diam. haha. lepastu lupa .

actually i don't really remember what form i was staying in the same room with this lovely sister. yang pasti, beliau menengah atas dan sy menengah rendah. sembang sekejap tadi then kak shuhada tanya sape2 lagi yang sama bilik dulu. nak ajak mai sekali. katanya. ouh, memandangkan memori yang sudah berkarat dan keruh segala bagai, sy takberapa dapat nak mengingat. bukan takberapa. memang tak ingat sebenarnya. bertukar2 bilik setiap tahun kan. *ops, lemahnya ingatan! kena hantuk kepala kat dinding dulu mungkin ?
takpelah kak, i'll try k . ^^

still watching a movie entitled Ghastly with my sis, afiqah. ops, i think just afiqah yg tengok. sambil kaki dia dok kuis2 sy bila part2 nak terkejut + seram tiba sambil cakap,
"kak, saspennya!".
sy? terus menaip dan bermukabuku tanpa ada perasaan terhadap cerita horror korea tu. afiqah? pelbagai 'bunyi2an' kedengaran bila mai part2 senyap atau lagu rancak seram. haha. tetibe teringat time tengok dengan nabilah. lagilah pelbagai 'reaksi' yang keluar. konon2 berani sangatlah kan. haha.


ok, esok keluar beli barang with mama & iqah. minggu depan dah nak balik kolej dan memulakan pengajian sebagai pelajar sem 4. lagi 4 sem berbaki. fuhhhhhhhh~

_ E N D _