:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, August 14, 2011

+ insiden2 accident +

assalamualaikum..

pagi yang indah, subhanallah! diiringi dengan kicauan burung2 erk, jap2. seperti nak tulis novel pulak lagi rasanya. ops! semalam banyak insiden yang telah berlaku dlm hidup cik hazirah a.k.a cik kuntom. ;p asal sentuh jek papan kekunci, bukak new post terus blank. oh, sy nak taip apeni sebenarnya? terus CANCEL. dapat disimpulkan di sini bahawa saya tiada mood. sekian terima kasih. jumpa lagi di hari ini.

ok2, moh ler kita memulakan cerita2 yg dah tergendala yg tak cukup kasih sayang tu. pagi2 ada koko. biasalah 'pelajar aktif bersukan' macam sy harus pegi koko! yeah, semangat! sebelum tu solat dhuha dulu. sebaik sahaja bagi salam kanan, terdengar bunyi "DUUUPPPP! " betul2 di depan pintu bilik. hajat di hati nak teruskan dengan bacaan doa. dan huda pun bukak pintu, rupa2nya ada salah sorang jiran kami jatoh merekot memang baik punya landing depan bilik kami. oh, ada softland yang sungguh harum tu tumpah. licin jadi insan yang tak cukup bertuah tu pun jatuh. astaghfirullah.. menangis dia. nak gerak tak boleh sebab sakit sangat2 katanya. rumate2 dia datang. lepastu si jiran yg jatuh tu call tunangnya. eh, tunang? 19 tahun? *umur gadis yang jatuh.tetiba meresap satu perasaan dalam hati kata 'nak tunang jugak! (sambil hentak2 kaki) haha fellow datang dan si gadis diletakkan dalam bilik kami sebentar sementara menunggu kedatangan nino2 * ambulan . alhamdulillah, petang semalam tengok dia dah boleh berjalan. walaupun not fully recovered.:) tapi paling memori berbekas sekali ialah, bilik kami ni dah jadi macam tempat pameran pulak. fellow , guard, dan orang2 nino2 * tak taw panggil ape,MALU ok.;p

adegan di atas ni sy hanya jadi saksi sekejap jek .yg lain semua rumate cerita. bergegas2 sy ke audi sebab koko la kan. malang tak berbau, angin2 coach kitorang semalam tak baik. bayangkanlah audi yg sepatutnya full hanya separuh jek penuh. then dia suruh duduk dalam kumpulan tapi kedudukan pun dah caca merba. * piat telinga mau? kecut perut den ni haa. nasib baik tak terburai isi perut ni. * OVER. sekian terima kasih. dan sy selaku mas uliyah yg punya num fon ahli2 lain pun call ahli yg takmai. oh, mengapa semuanya MAXIS? adakah anda2 peminat MAXIS? maka, tinggallah kredit CELCOM sy ni nyawa2 ikan. huk3 * sambil menangis airmata ungu usai semuanya, flow aktiviti kami dijalankan seperti biasa. alhamdulillah. dan paling agak geram di situ ialah. coach suruh kitorang lukis dan tulis bersama detail2 dia yang lain dalam buku log. lukis2 yang dimaksudkan di sini ialah gadget yang telah 'di presentation kan' * cegu BM, maafkan sy! :P hah? biar betul? kenapa tak cakap awal2? bolehlah fully prepared. minggu depan dia nak check. wuu, siapakah gerangan bertuah itu? kepada semua group, sila upload gambar dan detailnya sekali dalam pakcik pesbuk ok? kerjasama anda amat dihargai.

next, minggu depan tinggal lagi satu paper. ustaz baru teringat kan. subjek fiqh-jinayah. ustaz yang ajar kitorang ni sempoi jek. :)

lagi, sy baru usai baca novel tajuk stanza cinta. subhanallah, cantik ayatnya. sungguh! pasal sebak menangis segala bagai tu takpayah nak cakap lah. sampai kena 'berehat' sekejap bersama airmata before boleh sambung balik baca. kalau tak memang tak nampak apalah kan dikaburi air2 takungan mata. haha. kisahnya mengingatkan kita betapa Allah sentiasa di sisi kita. kadangkala kita tak sedar nikmat yang Allah telah berikan dan kita bongkak. namun Allah tetap bersama kita. ye, itu fitrah manusia. kembali mengadu kepadaNya bila dalam kesusahan je. bila senang, lupa. dan setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. sy petik satu kata2 dalam novel itu. " jika Alla sayangkan seseorang, Dia akan berikan iman, jika Allah sayang lagi, Dia akan berikan kekuatan untuk mengamalkan agamaNya dengan sempurna. dan jika Allah sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan duniaNya, untuk menguji sejauhmana pula cinta hamba itu kepadaNya" subhanallah~

erm, lagi 2 minggu nak balik penang. can't wait to see my family. * tetibe rasa rindu nak siang ikan, nak masak kat dapur. apekah? tak tipu ok :P

ok,lah , nak sambung buat esaimen yang cantik manis lagi cun. selamat berpuasa kawan2 ^^! sentiasalah bersyukur atas nikmat Allah ok? bersyukur atas nikmat sakit dan susah yang telah Dia berikan kerana itu bermakna Dia sayangkan kita. insyaAllah, betulkan niat ok? :) * peringatan untuk diri!

_ E N D _

Tuesday, August 9, 2011

+ mesti ni takde kerja! +

assalamualaikum..

tadi sementara tunggu pukul 4 untuk kelas fiqh munakahat, tetiba ada sorang hamba Allah ni hantar MMS. tunggu la dia loading sampai habis. tengok kat inbox dalam hp SE sy, ouh, 'sengets- iera' rupanya. dalam hati dok fikir macam2 dah. yela, tak penah2 dia MMS . hantar ape lah kan sampai perlu MMS. ingatkan something urgent ke ape. nak cakap birthday sy, tak lah pulak. dah lepas lama dah. bulan 3 haritu lagi. takpelah. bulan2 pose ni, better kita banyak2 bersabar.
nak taw MMS ape dy bagi??

................................................................
........................................................
....................................................
...............................................

...........................................

.......................................

..................................

..............................

..........................

.....................

...............

........

eh, bila nak habis noktah tak bertindih ni?
......................



....................

taraaaa................

ni dia! seorang gadis yang tidak dapat disembunyikan lagi ketembaman melampau dia! huk3 * alamak, tersedak pulak. kenapa ye? :P message dia yang lain dia tulis..." comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...." banyak betul a hang kan iera. haha. tape2, aku paham . tapi kan tak baik taw perli. huk3 * sambil kuar airmata kaler ungu. aku memang tambah 'comel' dari hari ke hari ni. makan jek khojenya. haha. hang tak dak kheja kan? cubit nak? haha.

eh2, time for terawih la. hayya2!

_ E N D _

+ destinasi berbuka puasa yang sememangnya marvellous! +

assalamualaikum..

baru balik kelas. kelas munakahat tak ada lagi. ustaz tak mai masuk. sebelum tu ada exam masadir. exam macamane tu? ok, kitorang kena pi library. then ustaz pun mai. kitorang diberikan tugasan untuk cari buku. ustaz bagi tajuk kat sy : kena cari buku bahagian usul fiqh imam hanafi punya. dah jumpe + tunjuk kat ustaz + tanya sikit soalan berkaitan buku + huhahuha sikit > baru selesai. ^^

sebenarnya kat sini nak cerita pasal semalam. berbuka puasa di luar. rezeki Allah bagi. ^^ adalah sorang hamba Allah tu nak belanja. his name was muhammad 'uthman. * nabilah, kenai dak? haha.takde keje. petang semalam tunggu kereta sewa yang sepatutnya tiba pukul 6 pm sampai pukul 6.30. perancangan pun jadi lambat lah kan. dah dapat kereta, pegi asrama USIM ambik iqah then terus gerak pi bandar baru bangi. maaflah u, kitorang sampai lambat. sian u sampai lama dah tunggu kitorang sampai. maap naaaa.....

tak terfikir nak snap2 pic semalam. dah habis makan baru teringat. * ergh, macam kebuloq sangat kan? ish3.
eh, dok cerita2 ni lupa pulak nak bagitau kami bukak kat mana. kami berbuka di restoran WONG SOLO ~

: antara menu2nya. alamak, jauhnya.. tak nampaklah.. huk3. kitorang tak duduk atas kerusi. kitorang duduk atas cushion. haha. duduk bawah . ade tempat khas dia tepi dinding. abg muhd siap tempah lagi dari semalam! memang bertenaga! :

: antara conversation (SMS) - abg muhd : nak air ape?
sy : u rase nak air ape? haa, kitorang nak minum air tu gax.hehe
abg muhd : jus poligami? kite duk bersila tau. huhu
"jus poligami" yg abg muhd katakan pada mulanya ingatkan main2. sebab kebetulan yg mai bukak puasa sekali ade 4 orang perempuan. cukup kuota la kan? haha. * merepek merapu meraban! jadi sebenarnya memang nama jus tu jus poligami. campuran banyak buah. ape tah. kak cashier tu dah bagitau tapi lupa. hee~ :

: ni lah ayam penyetnya. serius memang sedap. tapi AWAS bagi sape2 yang tak tahan pedas. jangan sesekali ambik sambal merah tu. kalau tak nangis tak berlagu lah korang. nak taw kenapa sy cakap macamni? haha. lawaklah bila ingat balik. kesian pun ada. adik sy iqah kan ikut sekali. dia baru rasa ayam ni sikit. tapi kan....tapi kan... start sy suap nasi tu sampai habis nasi sy, memang menangis tak berlagu sungguh iqah! serius sy cakap. kesian. bagi makan kurma lah apelah. tak kebah2 jugak. dahlah dia putih. memang terserlah 'kemerahan' akibat menahan 'kepedasan' ayam penyet tu. sy? i'm really in love with any food that is SPICY . yummy! :

: ayam goreng. ni pun sedap jugak. bukan macam ayam goreng berempah. macam ayam goreng tak taw nak definisikan macamana. huhu. sos sebelah tu agak masam sikit. sos tomato kata iqah. tahla. sy makan cicah sambal merah 'menyala' tu ^^ :

: ayam bakar. pun amat sedap! agak manis. n sayur pun ada pesan. tapi tak de gambO . sayur kangkung :

kata abg muhd lagi, orang indon memang makan kering2. almaklumlah dia pernah di transfer kan ke indon. di Jogja. selama? 2 minggu. wakil UPM. ^^ syukran kathir abg muhd sebab belanja kami. and a lot of thanks to u too because peramah sangat dengan kawan2 sy. altho dalam masa yang amat singkat. membuatkan sahabat2 sy tak kaku dengan anda. :) a big clap for u.

oh, sebelum terlupa. sy pi dengan sape jek sebenarnya? ok2. perempuan 4 orang, sy, my 3rd sis, afiqah, huda ( rumate ) and detty ( gadis cantik idaman jejaka tampan * erk? apekah? :P ) . dan kami pulang dengan hati yang senang .

eh, lepas ni jum lah pi ramai2 makan kat sini. konfem tak rugi! sedap sangat! ini diakui oleh sy, dety, huda and iqah sekali! haha. * dalam kepala dah rancang nak pi lagi lepas ramadan ni :P

_ E N D _

Sunday, August 7, 2011

+ mana duit saya?? +

assalamualaikum..

sibuk, busy, tak cukup tidur * eh, yeke? bukan terlebih tidur ke?, semualah nak disimpulkan dalam satu perkataan ape eh. kalut nak siapkan kerja. takpelah hazirah, kuatkan semangat ok. innallahama'ana:)

satu insiden yang berlaku semalam...

dua gadis cun turun pegi cafe dengan niat mahu membeli juadah berbuka. si gadis A yang tembam dan si gadis B yang comel. sedang khusyuk si gadis B memilih juadah, si gadis A membuka purse nya untuk mengeluarkan duit. bukak2 telek2........................opss! MANA DUIT SAYA??? pastu si gadis A pun pengsan sekejap.* tambahan yang merapu ohh, rupanya tertinggal duit kat dalam beg dalam bilik lah. purse punya besar bawa turun tapi habuk pun takde. keh3.

terasa seperti nak tulis banyak je. tapi idea tak keluar. btw, esok sy akan bukak puasa dengan one of my closest cousin. tak lupa juga kepada rumate2 tersayang lagi bijak lagi cantik. ^^

_ E N D _

Thursday, August 4, 2011

+ penuh full overload +

assalamualaikum..

harini hari ke-4 puasa. syukur alhamdulillah~

semalam lepas solat terawih pegi bilik classmate, awanis discuss pasal esaimen munakahat pasal ar-rido' ( ibu susuan ). tak lupa juga kepada diani, sahabat segroup kami.^^

lepastu cerita tentang kisah dalam kelas petang tadi. subjek pentadbiran. sy nakal sikit dalam kelas tutuorial tadi. jenuh dok tunggu masa yang sesuai. kena tunggu puan menghadap sana membelakangi sy baru sy ada peluang untuk snap pic. haha. * ni kes takde kerja. jum tengok gambo ape...
.............................

...............................

..........................

...........................

............................

...........................

.............................

...........................

...........................

.........................

hah, ni dia! :P


amacam, cantik tak view ? ni lah keadaan student SMSU A ( ijazah sarjana muda syariah undang2 ) kalau kelas puan zanariah. lecturer subjek pentadbiran kami. penuh ! memang takkan ade meja yang tak penuh lah. antara benda2 yang memenuhkan meja : buku tutorial, kes2 yang banyak tu, nota masing2. dengan pencil box nya, beg nya lah. segala bagai lah. haha. maaflah, bilangan student lelaki yang hadir agak tidak memberangsangkan ye. entahla. namun pelajar perempuan masih kekal meneruskan tradisi 'pelajar yang baik' ye tuan2 dan puan2. mabruk to us. * hazirah sila jangan perasan ok!

baru2 ni.....
" gadis a : kakak kuntum...selamat berbuka...hehe "

si gadis ni adalah adik sy, nakal kan dia. almaklumlah baru bertembung secara kebetulan dengan sahabat2 sy di KL baru2 ni kan...panggilan kuntum sememangnya gelaran 'konkrit' untuk sy. kadang2 ada yang tak kenal kalau tak panggil kuntum. haha. terasa? oh, sy tak kisah. sebab dah biasa. :) nabilah saja kan panggil kakak camtu. ceh. manyak notty ye kamu ni. huk3.

ok, minggu depan ada 2 midterm. both of them subjek law. bittaufiq wannajah!

p/s : where are YOU

_ E N D _


Wednesday, August 3, 2011

+ entry express +

assalamualaikum..

alhamdulillah! selesai jawab soalan tutor untuk subjek sistem pentadbiran undang2 islam. kelas pukul 2 dan baru nak buat? ish3. sila jangan tiru cik hazirah ok. kes jumaaton dan habibullah tak habis baca lagi. huk3.

alhamdulillah jua, ini adalah kali ketiga sy berpuasa. masih hidup rupanya sy. :P solat terawih seperti biasa. di masjid al-azhar kuis. 1st day solat masih boleh diterima lagilah keadaannya. hari2 yang seterusnya terutama semalam, keadaannya tak berapa bertenaga. walaupun duduk bawah kipas pun tetap tak terasa angin. b****g. paling sedih suara imam tak dengar. :( 1st day dengar kuat je. sedap imam baca. subhanallah. semalam tak dengar. dengar pun sayup2 je. kalau kat bahagian ikhwah, mesti kuat je dengar. :( takpelah hazirah, betulkan niat! astaghfirullah~


eh, gambar siapa ni? sepertinya sy hendak mencapap je kan? oh, tidak. cuba perhatikan sy diapit oleh siapa? lawa kan mereka2 ni? :) ni time dinner jugak. semasa dalam PKK dari jauh nampak ada orang dok melambai2 seperti memanggil sy. memandangkan sy yang kurang 'penglihatan' ni sebab takpakai 'mata tambahan' sy, memanglah terkebil2 nak kenal mereka2 tu. makin hampir kian hampir semakin hampir.........................laaa, classmate2 sy rupanya. alahai lainnya.lawa! tetiba terasa sy semakin tinggi dalam gambar di atas. adakah sy semakin meninggi? ye, sy akui mungkin sy memang tinggi. 165cm. ^^

tiket bas dah beli. tarikh pulang : 26hb 8. masa pulang : 4pm. tempat naik bas : KTM KL. jenis bas : Plusliner. balik dengan : afiqah, my 3rd sis. nampaknya berbuka puasalah kitorang atas bas. ~,~

ok,lah. its time for me to get ready for BIUI's class this evening. be prepared phsically and mentally * buat terok.

p/s : kamu, di mana kamu? please do contact me and explain to me. and then you may go to wherever you want to go. please, don't make me like this. feel so guilty. what i've done? ya Allah, permudahkanlah........


_ E N D _


Tuesday, August 2, 2011

+ i hope.... +



" have u already make a decision to dissappear from my life without even telling me ur real name? so drastic.if that so, just tell me k. :) your final decision will not bothering me. i'll try my best to forget all those moment that have been created between u and me. just say it out loud. it'll be fine with me. it'll will be opposite if u just keep silent without telling me anything, in what u want actually. ok? :) please. i'll really2 appreciate it if u could tell me. syukran kathir. :) rabbuna yusahhil in everything u do. insyaAllah~ "

> sorry for my broken english. if 'u' read this please.......erm, hope u'll understand~