:: Syukran Kathir! ^^ ::

Sunday, August 14, 2011

+ insiden2 accident +

assalamualaikum..

pagi yang indah, subhanallah! diiringi dengan kicauan burung2 erk, jap2. seperti nak tulis novel pulak lagi rasanya. ops! semalam banyak insiden yang telah berlaku dlm hidup cik hazirah a.k.a cik kuntom. ;p asal sentuh jek papan kekunci, bukak new post terus blank. oh, sy nak taip apeni sebenarnya? terus CANCEL. dapat disimpulkan di sini bahawa saya tiada mood. sekian terima kasih. jumpa lagi di hari ini.

ok2, moh ler kita memulakan cerita2 yg dah tergendala yg tak cukup kasih sayang tu. pagi2 ada koko. biasalah 'pelajar aktif bersukan' macam sy harus pegi koko! yeah, semangat! sebelum tu solat dhuha dulu. sebaik sahaja bagi salam kanan, terdengar bunyi "DUUUPPPP! " betul2 di depan pintu bilik. hajat di hati nak teruskan dengan bacaan doa. dan huda pun bukak pintu, rupa2nya ada salah sorang jiran kami jatoh merekot memang baik punya landing depan bilik kami. oh, ada softland yang sungguh harum tu tumpah. licin jadi insan yang tak cukup bertuah tu pun jatuh. astaghfirullah.. menangis dia. nak gerak tak boleh sebab sakit sangat2 katanya. rumate2 dia datang. lepastu si jiran yg jatuh tu call tunangnya. eh, tunang? 19 tahun? *umur gadis yang jatuh.tetiba meresap satu perasaan dalam hati kata 'nak tunang jugak! (sambil hentak2 kaki) haha fellow datang dan si gadis diletakkan dalam bilik kami sebentar sementara menunggu kedatangan nino2 * ambulan . alhamdulillah, petang semalam tengok dia dah boleh berjalan. walaupun not fully recovered.:) tapi paling memori berbekas sekali ialah, bilik kami ni dah jadi macam tempat pameran pulak. fellow , guard, dan orang2 nino2 * tak taw panggil ape,MALU ok.;p

adegan di atas ni sy hanya jadi saksi sekejap jek .yg lain semua rumate cerita. bergegas2 sy ke audi sebab koko la kan. malang tak berbau, angin2 coach kitorang semalam tak baik. bayangkanlah audi yg sepatutnya full hanya separuh jek penuh. then dia suruh duduk dalam kumpulan tapi kedudukan pun dah caca merba. * piat telinga mau? kecut perut den ni haa. nasib baik tak terburai isi perut ni. * OVER. sekian terima kasih. dan sy selaku mas uliyah yg punya num fon ahli2 lain pun call ahli yg takmai. oh, mengapa semuanya MAXIS? adakah anda2 peminat MAXIS? maka, tinggallah kredit CELCOM sy ni nyawa2 ikan. huk3 * sambil menangis airmata ungu usai semuanya, flow aktiviti kami dijalankan seperti biasa. alhamdulillah. dan paling agak geram di situ ialah. coach suruh kitorang lukis dan tulis bersama detail2 dia yang lain dalam buku log. lukis2 yang dimaksudkan di sini ialah gadget yang telah 'di presentation kan' * cegu BM, maafkan sy! :P hah? biar betul? kenapa tak cakap awal2? bolehlah fully prepared. minggu depan dia nak check. wuu, siapakah gerangan bertuah itu? kepada semua group, sila upload gambar dan detailnya sekali dalam pakcik pesbuk ok? kerjasama anda amat dihargai.

next, minggu depan tinggal lagi satu paper. ustaz baru teringat kan. subjek fiqh-jinayah. ustaz yang ajar kitorang ni sempoi jek. :)

lagi, sy baru usai baca novel tajuk stanza cinta. subhanallah, cantik ayatnya. sungguh! pasal sebak menangis segala bagai tu takpayah nak cakap lah. sampai kena 'berehat' sekejap bersama airmata before boleh sambung balik baca. kalau tak memang tak nampak apalah kan dikaburi air2 takungan mata. haha. kisahnya mengingatkan kita betapa Allah sentiasa di sisi kita. kadangkala kita tak sedar nikmat yang Allah telah berikan dan kita bongkak. namun Allah tetap bersama kita. ye, itu fitrah manusia. kembali mengadu kepadaNya bila dalam kesusahan je. bila senang, lupa. dan setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. sy petik satu kata2 dalam novel itu. " jika Alla sayangkan seseorang, Dia akan berikan iman, jika Allah sayang lagi, Dia akan berikan kekuatan untuk mengamalkan agamaNya dengan sempurna. dan jika Allah sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan duniaNya, untuk menguji sejauhmana pula cinta hamba itu kepadaNya" subhanallah~

erm, lagi 2 minggu nak balik penang. can't wait to see my family. * tetibe rasa rindu nak siang ikan, nak masak kat dapur. apekah? tak tipu ok :P

ok,lah , nak sambung buat esaimen yang cantik manis lagi cun. selamat berpuasa kawan2 ^^! sentiasalah bersyukur atas nikmat Allah ok? bersyukur atas nikmat sakit dan susah yang telah Dia berikan kerana itu bermakna Dia sayangkan kita. insyaAllah, betulkan niat ok? :) * peringatan untuk diri!

_ E N D _

No comments:

Post a Comment