assalamualaikum..
harini hari selasa. eh, jam dah menunjukkan pukul 12 lebih. nampaknya dah masuk hari rabu. ok2, malam tadi seperti biasa, ada meeting.
sampai tempat meeting, saya duduk. tak lama lepas tu, makcik awi a.k.a cikgu driving saya mai. tengah salam then.....
makcik awi : depa cakap tak dapat nak proceed buat lesen. kena blacklist.
saya : eh, kenapa kena blacklist? ( hati dah mula menangis. wuwu. next week nak balik KUIS dah. adhoiii )
makcik awi : taktau la kat depa.
pergi.
beberapa minit selepas tu....
makcik awi mai kat saya sambil menghulurkan lesen yang bertanda P sambil tersenyum 'nakal'.
saya : makcik!!!! :")
rasa macam nak menangis pun ada. nak luruh jantung pun ada. berderau darah, nak hantuk kepala kat dinding apa semua. lagi apa eh lagi yang boleh tambah nak bagi nampak super duper advance teruk? * tak betul sudah -_-"
imbas balik pada mulanya saya ambik lesen ni.. bila tak tau. bulan 4 ke bulan 5 ntah. tetiba tak dapat nak recall. * pagi2 buta otak tak berapa nak dapat interpret laju2. haha.
ujian komputer 49/50. QTI lulus. jpj dalam lulus. jpj kat jalan raya 17/20. alhamdulillah. :)
ujian komputer. study macam nak exam final dah haa. last minute like usual baru la ada mood nak sentuh telek baca buku panduan tu. saya baca perabeh dulu bukunya then baru buat buku soalan yang beratus tu yang sangat anggun lagi gojes. esok tu exam, malamnya baru nak study. then jawab latihan yang belambak tu. tidur pun satu jam je. tak boleh nak tidur. serius takut! haha. over kan? :P berenti study bila rasa tengah tengok buku tapi tetiba gelap then tetiba cerah balik. memang otak letih gila laa kan. bummmm atas katil !
praktikal 8jam dan QTI. QTI ni yang haru biru sikit. sikit ke? macam banyak je. haha. ok, 2 jam yang pertama sepertinya baru nak 'mengenal' kereta. kali kedua mai tetiba makcik awi cakap saya ada QTI pagi tu. saya macam " erk, QTI? QTI tu bukan test kah? ish, takkan aku nak kena buat QTI dah kot." blur blur pi tulis nama apa semua untuk test tapi dalam hati masih tak percaya. hey, saya baru 2 jam blaja drive then nak QTI dah? unbelievable! sampai dah habeh QTI tu pun tak percaya lagi. haha. paling takut kat bukit. yang lain insyaAllah ok je! hee. drive kat jalan raya pun ok ok je la kot. pakcik sebelah saya cakap saya kena berlatih banyak lagi. masa drive tu banyak sangat 'anasir2' tak bertenaga. manala saya dapat concentrate penuh. wuwu. bila ingat balik rasa macam....rasa tak perlu di mention kan di sini. haha. apa2pun saya doakan pakcik cepat bertemu jodoh k! aminn. ^^alhamdulillah lulus dan boleh proceed untuk JPJ punya test.
test JPJ. hari yang dinanti-nantikan! im the last person for the 1st session in the morning! haha. layan ja la kan. :P tup tup tetiba dah num 6+ . and my num 70 ok. kian hampir. nebes tu toksah dok cakap lah. tapi saya cakap kat diri sendiri, kalau Allah luluskan aku untuk test ni, alhamdulillah. kalau tak, its ok. pasti ada hikmahnya. Allah knows best aite? ^^ redha betul dah ni sambil selawat dan doa banyak2 non stop. :) dan tak lupa juga ayat 'pengasih' daripada seorang sahabat yang saya sayang sangat2, izzah. syukran kathir sayang. :)
kat bukit saya dua kali try. 1st try tak sampai kat garis kuning. saya baru nak masuk 'gear' kan. haha. then depa suruh turun balik. 2nd time baru lepas. alhamdulillah. :) time tengah jalan nak pi sain borang kat pakcik JPJ tu terketar2 abeh kaki. punya la nebes. haha. ok, jalan raya pulak. here we go! memang dah senyum abeh dah ni. dan paling tak boleh lupa silap masuk gear ye tuan2 dan puan2. dengan kondifennya saya tukar gear ke 3. bila tekan minyak sepertinya enjin dia 'lain macam'. keling2 gear....waaaa, habeh2. memang dah tolak markah kat situ. cool hazirah. dengan hensemnya saya tukar balik ke gear 3. sebelum ni 5. saya ulang lagi sekali. GEAR 5 ye. haha. alhamdulillah, lulus! :D pakcik JPJ tu sengap bisu tak berbicara langsung pun. haha. :P pakcik tabah betul dengan pemanduan saya yang kacak ni kan? haha.
sebenarnya praktikal saya tak cukup 8 jam pun. dalam 4 jam lebih je tak silap. tapi alhamdulillah sangat2 dengan izin Allah saya lulus. syukran lillah! ^^ and i can drive now! tapi tak test auto lagi. nebes2. tambah saya ni bab2 ingat jalan lemah sikit. -_-"
minggu depan dah nak balik kuis. banyak benda tak settle lagi. benda apanya hazirah ? erk, saya pun tak pasti. haha. :P
_ E N D _
No comments:
Post a Comment