:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, April 19, 2012

+ rambang mataaaa +


 assalamualaikum..

huwarghhh ! ni sound effect menguap yang tak dapat didengar. *tak senonoh. haha. istighfar banyak2 hazirah oii. please behave yourself. sebenarnya m e n g a n t u k.

ok, saya baru je hantar list order untuk my lovely Mika kat someone yang jual barang2 SG online. alhamdulillah, cari punyala dok cari akhirnya jumpa jugak. nak cari kedai SG nak beli terus sepertinya tidak bertenagalah. banyak barangnya ada di seberang. tak mampu lah cheq nak pi sana walaupun memang seberang penang je pun. jadi atas saranan seorang sahabat, dia suruh beli online je. hah. jadi carilah di FB. 

tup tup tap tap......at last, jumpa jugak!  petang tanya. malam baru balas. well, he's a chinese. and still studying at UUM, Kedah. rasa mata ni macam dah taktaunakkatapadah haa. dok cari lama sangat depan lappy ni jadi mata letih. huk3.

sempat sembang sat dengan chin. ops, bukan dagu ok. haha. tapi nama orang yang jual tu. ^^ sembang dengan dia tetiba terspeaking. in full sentences pulak tuh. terasa lama beno tak speaking. bukan dia tak faham bm tapi i've started to talk in BI first. so, continuously lah. tak kisahlah broken english ke brake ke berek ke, asalkan saya dah selamat order dan barang2nya dapat next week insyaAllah. *jangan kena tipu sudahlah, nauzubillah.

dah habis hantar list order, pegi lah 'jalan2' tengok FB orang lain. tup2 terbukak Sue Ita punya FB. dia designer yang reka2 accesories for SG. sangat cantik! rambang mata ouh! macam nak gila pun ada. * ok, yangni hiperbola semata. antara accessories yang saya sangat2 teruja menengoknya >>



 : if im not mistaken, nama dia Domokun. kan? wow, besarnya gigi kau! SG masuk ikut mulut dia. :

 :  taman tamanan * sila jangan tiru perkataan yang tersangat broken ini. oh my my.....idea dia sangatlah KREATIF! seriously! lepastu cage ni dia pi letak pulak kat tempat yang berlatarbelakangkan hijau ye tuan2 dan puan2. jadi, memang naiklah seri pengantinnya. erk, pengantin mana mai ni? ops, silap2. maaplaa, kondisi mata dengan kepala tak berapa nak mengizinkan. harap maklum. :p :

 : hah, ini lagila. saya sangat suka kaler biru. ingat ye, kaler biru. kalau boleh semua nak biru. * sangat tipu. jadi bila tengok ni saya macam..........wow! very the gorgeous! sangat2 cantik! sangat2 lembut! sangat2 selesa! * sambil mata terbuka luas dan mulut ternganga takberapanakluas utk mengelakkan 'makhluk asing' masuk . tapi harga dia pun memang 'cantik' lah kan. haha. mika, nanti mak dah kerja, mak belikan naa. la ni jahit sendiri je dulu. baru siap satu. nama hasil jahit tangan tu = buaian yang tak berapa nak buai. haha. tapi mika suka. :) tetiba teringat insiden mika hilang petang tadi. haha. adhoi.. :

: im giving him this. diet utama. baru je habis tadi. dan ada lagi satu paket kawan bagi sebab glider dia takmau makan hpw ni. ulat yang high protein tu makan lah. tapi hpw ni, 'sorry to say no!' * dengan nada dalam cerita apa ntah.haha. :

thats all for today. night!  ^^

_ E N D _

kerang sumbat? hidung tersumbat? :p


assalamuaikum..

*entry yang tak de kaitan dengan title. :P

blog dah mula bertukar wajah. terkial- kial sikit. dok cari mana la nak compose new post ni. telek2 pomen2 akhirnya jumpa jugak. jakun kan? haha. 

ni entry sumbat kot. tapi tak ada lah sumbat banyak pun. 2 je kot. hehe. adakah 2 je ? entahlah. haha. 

ok, 1st nak kongsi pasal minggu lepas hari rabu one of my closest cousin came to Penang. his name is Muhammad 'Uthman. sebelah abah punya sepupu. still studying at UPM. this sem is his last sem. nak grad dah abg muhd ye. semoga selamat2 lah ye. ^^

sebenarnya adik saya nabilah dah cerita kat blog dia. tapi tak pelah. ni my version pulak. hehe. ok, abg muhd mai ambik saya dan my 2nd sis, Nabilah kat rumah. pukul 9 lebih katanya tapi 10 lebih baru sampai. lambat sampai mungkin sebab datang dengan berbasikal mungkin? haha. tak delah. merepek merapu meraban ye. dengan kereta waja yang tak berapa nak waja. haha. *merepek lagi.

pegi singgah pet shop sat. kat bayan baru. area sunshine.
" uncle, makanan sugar glider ada ka? "
" ouh, bagi itu makanan kucing? "
* dalam hati dah macam what the.... makanan KUCING? nak bagi makanan KUCING? uncle tu tengah mamun mungkin? oh my Allah. haha. tapi takpe. relax plus cool hazirah..
saya tanya pulak.. " HPW ada juai sini ka uncle? "
" apa?? "
" HPW ! "
" apa. apa? apa PW ? "
" 'H'PW lah uncle." *rasa macam nak pakai pembesar suara je nak bagi uncle tu dengar. ataupun mic pun ok jugak kot kan?
" ouh, itu takdak juai sini "
" uncle tau tak mana juai itu barang sugar glider?"
" dekat butterworth sana ada."
Fullstop.

next destination > Gurney Plaza.
nak mencarinya memang pusing2 jugaklah. sebab kat situ jalan sehala. dah jumpa pi makan SG pulak. bukan 's'ugar 'g'lider ye tuan2 dan puan2 tapi 's'eoul 'g'arden. tempat makan. ok, kat Penang adalah SG terbaik yang saya pernah pi berbanding kat KL. kat KL ada 3 SG dan tiga2 dah pernah pi. kalini pi kat Penang pulak and this SG is the only one in Penang. yeah, its big. very comfortable. its decoration, susunan mejanya, i like it. tak serabut. even kalau ramai pun tengah makan dalam tu, still nampak macam boleh lalu dan jalan comfortably. tempat ambil makanan pun kat dalam. tak ganggu laluan masuk. kalau kat KL, yeah, its just fine. :) really mean it. but when at its peak time, tengok dari luar pun macam, " wah, ramainya. boleh ke aku lalu ni? takpelah, tak jadi makan kat sini lah macam ni. "  want to know why? masuknya kita kat pintu masuk dah ada tempat ambik2 makanan yang variety tu. jadi memang kalau nak masuk tu fikir banyak kali lah. tempat makan kat dalam. tapi nak lalu via the very crowded laluan ( orang ramai dok ambik makanan) tu macam semput je. haha. kejam kan saya cakap macam ni? just giving my opinion k. no bad intention . seriously. :)

ni muka2 yang dah kenyang makan macam2. alhamdulillah.  eh, muka2? macam lebih dari satu tapi bawah ni ada muka abg muhd je kan? ouh, muka yang lagi dua tu tengah tangkap gambar dan duduk depan abg muhd. jadi muka2 jugaklah kan. haha. syukran kathir encik for your treat. supposed im the one who had to treat for our lunch. u forgot eh? takpe2, later i'll treat you back naa encik sepupu. :)
 

 : this is him. handsome + gorgeous + smart. indeed. :) * muntah hijau + ungu. haha. :

after that singgah rumah leksu ( adik abah ) sat. terasa seperti dah lama sangat tak singgah rumah leksu. time kecik2 dulu, leksu lah yang jaga saya. leksu saya ni sangat comel orangnya. sayang leksu! :)
dan time kat rumah leksu lah berlaku adegan gegar menggegar yang 'hot' tu. teringat pakcik izham cakap gempa tu jadi sebab daulatnya Sultan Kedah.* gurauan je.:) sebab hari tu jugak ada pertabalan sultan yang baru pada paginya. astaghfirullah, jadikan 'gegar menggegar' yang jadi ni sebagai satu peringatan untuk 'bedah' balik diri kita. amalan ape semua. cukup dah ke? sama2 muahasabah diri. * peringatan untuk cik hazirah juga. :)

next nak kongsi pasal 2 budak cilik yang amat amat saya geram macam nak picit2 sampai lebam. almost everyone loves child aite? include me la kan. haha. 

haritu my parents just arrived from doing umrah dengan AMWAY. free of charge. alhamdulillah, they arrived safely. then,singgah masjid sat solat dan pergi lah rumah paklah. ada makan2 sikit. usai saya makan, duduk kat ruang tamu. ramailah budak2 kecik haritu. lari sana sini. ok, yang kat bawah ni cucu paklah. sorang Is sorang lagi Wawa.
Is ni lincah dan buaih * bahasa penang mali. :p sungguh! tengok dia pun dah penat. what do we call that...err, hyperaktif! haha. yeah, he is. haha. 
dok main pas-pas tangan dengan dia. punyalah dok terkekek. comelnya lah kau Is!
 hah, ni dia 2 budak cilik tu >

 : habis sepinggan kismis dan kacang. Is peminat kacang. Wawa peminat kismis. satu pinggan tu depa je yang habiskan ok. haha. ni tengah minum air zamzam pulak. dahaga beno tengoknya ^^ :

 : sedang menghabiskan sisa sisa terakhir. :

 : "jangan ambik! nak makan lagi!" marah wawa kat tangan yang nak ambik pinggan tu. * just a fake dialogue. haha :

 : wawa di pangkuan her mom. takmau kat orang. ni makan kurma pulak. from Makkah. ^^ :

 : im in love with you lah Is! * ayat over. sila abaikan. letih main dengan kau Is oii. haha :

novel belambak beli tak habeh baca pun lagi. its just not in mood to read it. pegang je rajin. haha. 

just got my L! seronok drive. next week next class. really2 waiting for that! ish3. *sambil geleng kepala. 

 _E N D _

Saturday, April 14, 2012

+ mika a.k.a my sugar glider! ^^ +

assalamulaikum..

wah, lame beno ghasenya tak update blog. saya dah lama balik rumah di penang. dah start cuti sem yang panjang. awal bulan 6 ni baru start balik. banyak nak kongsi sebenarnya. yela, dok tangguh karang taip kat blog ni, memang agak bertimbun lah . kau pemalas bukan? * dengan nada ala2 conan.

entry ni nak kongsi pasal my newwwwww pet! his name is MIKA. guess please , what type of animal is this? :P

ok, saya letak gambar2 dia time dah besar sikit from my 1st day i got him. makin aktif!


: tengah makan 'glidershake' i make for him. campuran epal + pear + tomato + air veggy + hpw + calcium. his favourite meal. kalau ada epal kat sebelah dah tak sentuh langsung dah kalau ada benda ni. setakat ni bagi makan benda ni alhamdulillah, tiada perubahan yang negatif jadi. ^^ :

: duduk luar sat naa mika. nak buang 'sisa2' yang tak patut di mention kan di sini dalam pouch bag kaler oren tu. sat jaa. *ok, mika sangat buas. :

: contengan kreatif lagi menarik yang kaler hitam tu adalah part yang tak patut ditayang. hehe. mika masih meneruskan usahanya untuk mengisi perut yang sudah sedia besO. makin membesar dah kan kau mika? :) :

: dah makin pandai melompat. rajin melompat. tak habis2 melompat. gemar melompat. semua lah melompat. haha. :

: "saya tengah bina otot ni. tak nampak ke? jangan ganggugugat saya! shuh3! :

: a home for mika for this time being. nanti nak tambah 'accessories' dalam ni. tapi masih tak berkesempatan lagi. wuwuwu :

ok, atas tadi mika yang sekarang. tak lengkap jugak kalau kita tak kenal dan tahu 'sejarah' mika ni kan. hehe. gambar2 bawah ni masa mula2 saya dapat mika. :)

: supposed to be dah umur 2 bulan baru boleh jual. tapi ni dia baru 2 weeks keluar daripada pouch mak dia. kejam betul penjual SG ni. kecik2 macamni dipanggil joey. baby SG = joey. :) tak pelah. ada kesilapan teknikal sikit. alhamdulillah, mika dah makin sihat dan gemok :) :

: ukuran dia separuh daripada my jari telunjuk. masih ketar2 dan tak berapa nak reti makan lagi. lama2 dia dah dapat biasakan diri. syukur! saya kena selalu pamper dia. really2 just like a baby. ^^ :

: mika kesejukan. time ni tengah study untuk final. sambil menghangatkan mika dengan kehangatan genggaman saya. lena dia tidur. :) :

ok, thats all for today. :)

* sangat touching dengan seorang sahabat sy. message dan call langsung tak balas dan angkat. tak pelah. sapela saya ni kan. sob3.

_ E N D _

Wednesday, March 7, 2012

+ kad comel + mawar sekuntum +


assalamualaikum..

malam yang dingin.

malam yang hujan.

malam yang berbahang.

malam yang sejuk.

malam yang berbeza daripada malam yang sebelumnya. haruslah kita sebagai hambaNya bersyukur yang kita masih diberi peluang untuk merasai malam2 di bumi Allah ni. ^^

entry pendek saja kali ni. 4 paper dah lepas. lagi 3 paper next week. isnin, rabu dan khamis. muamalat, hafazan dan kontrak.

balik penang insyaAllah minggu depan jugak. apa2pun semoga Allah permudahkan urusan saya dan sahabat2. amin! ^^

kad comel dan bunga mawar sekuntum tu dapat selasa lepas. kad yang cute tu daripada amal. my rumate. terkejut balik2 dari pasar tengok2 ada kad kecik comel posing cantik atas meja saya. terharu pun ada jugak. benda2 camni lah yang buatkan saya lebih rasa terharu. buatan 'asli' punya. untuk menunjukkan keikhlasan hati. tapi kalau yang x asli punya pun takpe. ok je. hehe. ^^ anyway, syukran kathir amal! bunga sebelah tu dapat masa nak balik dari pasar malam. tetiba ada se'gerombolan' manusia bagi bunga mawar sekuntum kat pasar malam tu. biasala, pilihan raya dah nak dekat. hehe. paham2 je lah ye. -,-' takpa2, lepasni dapat dari zauj sendiri pulak. * ish2. apeni? sila abaikan.

_ E N D _

Saturday, March 3, 2012

+ study library jom! +

assalamualaikum..



wah, gambar apa kat atas ni? siapakah gerangan mereka2 yang cantik jelita cun lagi bijak geliga ni? well, there are my friends. sahabat2 cheq since asasi sem 1 tahun 2008. sampai la ni kawan. uhibbukum fillah~ ^^

ok, tak mau melencong tang lain. mau straight to the point ni. harini dengan bangganya cik hazirah nak umumkan dia akan study di LIBRARY. haha. mesti ampa pelik kan? time final exam study kat library, apa yang peliknya kan? lagila baguih. haha. for your information, cheq tak pernah study kat library time final2 exam ni since hidup kat bumi kuis ni. tu yang agak sedikit jakun ye di situ. hai, itu pun nak bagitau ke hazirah? haha. apalah kau ni hazirah. :p tak pe. nanti dah dewasa dah ada anak cucu nanti boleh tengok selak2 balik blog ni bila 1st time saya pi library time final exam. hah, betul tak? :p

pi with my BFF, Nor Adibah bt Saihen. dalam gambar tu dia yang tengah. bertudung choc. diapit oleh 2 jelitawan yang turut sama memeriahkan majlis ketika itu ( majlis sambut birthday di satay kajang haji samuri di kajang. :) ) ialah, yang bertudung putih tu izzah amirah dan yang bertudung ungu tu siti nur hasanah. dia sabah bhaaa. :)

harini nak study mirath. alhamdulillah, markah midterm untuk mirath bagi saya unexpected jugak walaupun tak adalah setinggi mana . syukran lillah. ni yang tambah2 semangat ni. rabbuna yusahhil, i'Allah! :)

lagi satu, tahniah kepada pakcik jalil dan makcik zaimah sebab bulan ni dah capai diamond! mabruk wa alfu mabruk!!

_ E N D _

Thursday, March 1, 2012

+ tajuk yang ikut suka hati +

assalamualaikum..

alam petang sudah menjengah. sekejap saja masa berlalu. tapi cik hazirah tetap tak sedar bahawa dia perlu study untuk paper final yang seterusnya iaitu hari isnin dan selasa ini. apa yang dilakukannya ialah bermukabuku, blogwalking dan 'create new post'. sangat2lah tidak boleh dicontohi pelajar2 sekalian.

sambil melayan lagu seiring sehaluan, lagu baru UNIC. serius sangat best! sekarang addicted already. habislah kau hazirah. tak study lah kau dok dengar lagu tu berulang-ulang sampai lebam telinga kau. haha. * semua ni hanya rekaan tak bermotif semata. harap maklum.:p

entry kalini banyak letak gambar. jom kita detailkan apa yang telah berlaku sebenarnya through all this pictures. hayya2! :D

: wow, blok hape ni? macam creepy je. tetiba ada 'makhluk' konkrit berwarna oren tersergam megah kan? cantik tak? haa, ni lah hostel yang kami tinggal. paling tinggi pun tingkat 12. saya? tingkat 7. dah lama jugaklah bermastautin di tingkat 7 tu bersama rumate2 yang bertukar saban semester. muka baru wajah baru ragam baru pengalaman baru = serba sedikit menjadikan kita matang dalam menilai seseorang itu dan pada masa yang sama dapat perbaiki diri. alhamdulillah~ ^^ :

: sebenarnya time ni tengah dengar ketua mahallah, ustaz misbah bercakap kat depan. malam tu ada solat hajat ramai2 di dataran tengah2 hostel. bila rasa tak berapa jelas apa yang ustaz cakap kat depan tu, mulalah tangan ni menggatal nak snap sana snap sini. haha. tabiat yang tak berapa nak berhemah ye. haha :p :

: next scene = study admin. nama penuh subjek ialah islamic administration & management. gambar ni dah lama dah. time ni tengah study untuk midterm. bila otak mula rasa tepu tak boleh masuk mulalah nak membuang tebiat kan. haha. ish3. :p :

: hah, lagi. :P :

: guess who? sangat comel kan? namanya nadwa amani. gambar ni pun dah lama jugak. raya tahun lepas. kat rumah tok. sangat comel! anak my cousin. anak 2nd. ^^ :

: oh , ada lagi lah. * pengsan melihat kecomelannya :

: hah, ni baru gambar baru. gambar 'fresh' semalam punya. keluar dengan rumate tersayang, tazah huda. * kalau huda dengar ni mesti panas je kan? haha. biar2, apa aku kisah . kedengaran agak kejam dan kasar ye. anak2 sila jangan tiru naa~ keluar pun tak dirancang. siap2 tup tup dah sampai kat giant nilai. jadi kat situ beli barang keperluan sikit. masuk kat situ rasa pinar je kepala ni tengok makanan yang pelbagai. kan dah 'diharamkan' makan semua tu. jadi memang TERPAKSA lah puasa sat daripada makan semua2 tu. * mata dah mula kelabu asap pink kuning
ok, berkisar mengenai budak comel dalam gambar atas ni pulak. masa ni tengah plih2 apa yang patut dibeli. tetiba terpandang tepat budak ni. cantik elok je posing. terus saya tertawa kecil. haha, alahai. comelnya lah kedudukan mu khalifah kecil sayang~ semoga dirimu membesar menjadi mujahid yang sentiasa menegakkan ajaran Allah, amin. ^^ :

rasanya cukuplah sampai sini. by the way, nak peringatkan. birthday sy lagi 2 minggu tau. * oh, tak senonoh kan? haha :p tapi tak ada maknanya jugak sebab 14 dan 15 ada paper. sadis2. tak pelah. haha. apalah kau ni hazirah. kalut bising ni apesal? birthday je pun. apa2pun, tetap kena ingat, nyawa ni bila2 Allah boleh tarik. wallahu'alam. syukur alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat untuk sy merasai dunia yang sementara ni dah hampir 22 tahun. bersama keluarga tercinta yang sentiasa di sisi. subhanallah. innalahama'ana~ :`)

enough is enough. better you start to study. ingat paper 5 & 6hb ni macam kacang boleh kunyah je ke? tak kan? paper mirath dan usul fiqh II lagi tu haa. ops, dah mula berleter kat diri sendiri nampaknya. sindrom tak bertenaga telah mula mengembangkan anasirnya. jadi, STOP writing is the best solution. anyway, don't forget to pray for our success k sahabat2!
semoga kita sentiasa mendapat Rahman dan Rahim-Nya, insyaAllah~ ^^

_ E N D _

Tuesday, February 28, 2012

+ final exammmm +

assalamualaikum..

28 Feb : islamic administration and management & undang- undang keluarga I

5 Mac : fiqh al-mirath
6 Mac : usul al-fiqh II

12 Mac : fiqh al-muamalat I
14 Mac : hafazan dan tajwid IV
15 Mac : undang-undang kontrak

ok, this is my timetable for my final exam. dua paper dah lepas, alhamdulillah. :)

tadi pagi jawab paper admin sangat bertenaga ye. 3 jam = 14 pages. full. tambah rasa macam duduk kat kutub utara kutub selatan tu. sangat sejuk ok! dahlah tangan tengah 'nazak' plus 'cuaca' sangat sejuk lagilah meng'krem'kan tangan saya ni. eh, banyak pulak perkataan 'sanskrit' yang dibina baru pada harini oleh cik hazirah ye. :p ini adalah bahana daripada mood exam kot. haha.

2 papers in a day for my 1st day untuk final exam. bertenaga kan? hehe. better awal2 daripada tengah2 atau akhir2. kan2? :) malam tu sepertinya tidur bangun tidur bangun. ye, saya tahu tak elok. tapi asal terjaga je, teringat pagi tu ada exam, rasa takut bebenor pulak. yela, 1st day kan. nebes dia lebih sikit.

petang tu pun sejuk jugak. kutub utara kutub selatan jugak. dan sakit kepala menyerang ketika tu. berkerut2 jawab tahan sakit. haa, inilah sejadahnya bila tak tidur. >,<

now, im on diet. * oh my Allah, are you serious hazirah ? :p kalini nak serius punya. produk nutrilite banyak tolong cheq. especially protein! ^^ produk wajib ada kat sy sekarangni = positrim + protein + vitamin lecithin e. untuk perempuan yang ada masalah 'perempuan' *faham2 je lah kan. :) protein ni sangat2 membantu. dia bagi balance hormon di samping reduce cholestrol. bila balance hormon, sakit perempuan yang 'sangat sakit' tu pun insyaAllah, tak mai dah. kenalah usaha kan? takkan tiap2 bulan skip kelas sebab sakit yang sama je kan? betul tak? ^^ sekadar perkongsian. :)

terasa lama benar tak tinggal jejak kat blog ni. selamat kembali hazirah . lepastu hilang balik. sama dengan selamat tinggal. mai balik selamat datang. heh, camtu lah manusia. ish3. * sambil geleng2 kepala. :p

_ E N D _