:: Syukran Kathir! ^^ ::

Wednesday, March 30, 2011

+ hupdate +

assalamualaikum..

pin..pin..pon..pon...


tumpang lalu...

saya nak tukar background blog lah..

jadi kalau online cari BG jeklah khojenya..

update blog? haa, ni kira update blog lah kan?keh2

sekian..

tarik diri dulu......

Monday, March 28, 2011

+ MUS +

assalamualaikum..






gambar- gambar di atas diambil ketika kami berada di Amanpura Sungai Petani Inn..ada MUS a.k.a moving up seminar...biasalah, orang AMWAY..^^

banyak input yang kami dapat..makan memang meletop..paling tak boleh lupa masa nak lunch hari sabtu..program tak start lagi..jadi untuk mengisi kekosongan perut yang tak berapa nak kosong ni, kami pun pergilah ke cafe hotel tersebut mambawa bekalan RM50 pemberian abah..seorang perempuan datang membawa menu..saya yang sememangnya sebelum ni pernah pesan-memesan di situ mula lah memesan dengan penuh karisma..haha..waitress menunggu di sebelah untuk mengambil pesanan kami..saya tengok harga makanan ..tak puas hati! tengok harga minuman pula..tak puas hati jugak! dush3! namun, kerana kasihan akan waitress di sebelah itu kami tetap memesan jugak..seperti anak orang kaya lagaknya! haha..setelah waitress tu pergi, kami 'bising' sebentar..dek harga yang murah sangat2..satu pinggan paling murah RM 8.90..gila mahal tak? sebelum ni Rm 6 lebih je..air minuman pula, paling murah rm 6..lagi gila kan? menyesal jugak tapi macam mana kan? dah pesan..nak beli kat luar tapi abah mama busy menguruskan event yang akan berlangsung dalam pukul 2.30pm..jadi, isi sahajalah..boleh bayangkan tak, korang bagitau nak ni nak tu kat pelayan dengan tenang berkarisma semua cukup..sesudah waitress tu pegi, chaos berlaku kerana terlalu terkejut dengan harga yang 'murah'..hipokrit kan? hahaha..

guest speaker semuanya bertenaga yang amat..memang hebat2..

kami 3 beradik antara yang menjadi perhatian kerana lebih besar daripada mama..haha..paling tak boleh lupa juga, MC iaitu Pak cik Izham..ketika sedang menunggu green light untuk speaker seterusnya, dia boleh pulak berceloteh pasal kami bertiga..katanya Abg Din dan Kak Pah ( parents kami ) antara yang bawa anak ramai mai MUS ni..3 anak dara semuanya..saya yang tengah kusyuk tu agak tersentak pabila dia menyentuh tentang itu..dalam hati, janganlah sampai dia suruh angkat tangan ke atau bangun perkenal diri ..kalau jadi macamtu, saya pasti PENGSAN..haha..kus, semangat! dalam dewan tu bukan sikit yang mai ok..280 lebih orang yang ada..bukan sikit kan? dia sempat menyelitkan tentang adik saya yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM nya..dia bagitau kitorang study mana siap..dalam hati saya ketika itu , hanya Allah yang tahu..macam nak promote pulak lah..tapi apa salahnya, mana la tahu ada orang masuk meminang lepas tu kan? fikirang tak betul saya yang mengatakan begini..MEREPEK + PERASAN~ kih3..

peningkatan banyak juga berlaku..12%, 15%, 18%, 21% a.k.a silver producer, gold producer, DD dan Ruby..peningkatan ini diraikan dengan acara memotong kek di atas pentas..kebanyakan antara mereka ni mengandung..alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi..^^ jadi lepasni kalau nak meningkat kena mengandung lah..saya? memang nak tapi tak ada suami lagi..* gatai merla ! * haha..

antara adegan yang agak kelakar ialah ketika Emerald Direct Pakcik Jalil berucap kat atas pentas..memang sangat bertenaga! dan Allah kurniakan kepadanya rezeki yang berlipat kali ganda dalam pekerjaannya namun dia tetap melakukan bisnes ini..untuk siapa? untuk menolong orang lain dan anak-anaknya yang disayangi..adala satu part pakcik jalil sentuh..pasal barangan..sesi itu amatlah kelakar sehingga ada satu bunyi ketawa yang amat galak yang amat sukar dikawal yang saya dengar di belakang dewan..rupa2nya azean irdawaty..kesian dia..* sambil teringat balik abah cerita pasal dia sambil ketawa2..kelakar sangat2..

nak celoteh panjang lagi..tapi nampknya masa terhad and not available for me to write more..huk3..tetiba nak singgah kampung halaman di sg bakau malam ni..lama jugak tak jumpa tok dan tokwan..apa khabar ye mereka di sana? rindu pula rasanya..^^ takpe2, malam ni i gonna meet them!~ rabbuna yusahhil dalam perjalanan kami satgi..amin~

: kedudukan dalam dewan yang kami hadiri seminar baru2 ni..amat sejuk ye tuan2 dan puan2 :

_ E N D _





Thursday, March 24, 2011

+ kusut +


assalamualaikum..

hurm...erm....mmm...huh...........

.S.E.R.A.B.U.T.

ye, saya serabut ..serabut kepala otak..

_______________________________________

Camnie contoh dy:
Chapter 2: (chapter1 da wat da)
Literature review
• Introduction
This chapter discusses on operational definition of blog, bla3…

2.1 The function of blog
Bla3…………
2.2 advantages and disadvantages of blog
Bla3……….
2.3 the relation ship between blog and stress
Bla3………..
2.4 types of blog
Bla3………..
Chapter 3
Researc methodology
Introduction
This section discusses the methodology of the research. Bla3…..
3.1 research instrument
Bla3,……..
3.2 respondents of the study
Bla3…………….




3.3 research procedure
To complete this task, various methods have been prepared. Bla3…..

_________________________________________________________________

ada seorang sahabat saya mintak tolong saya berkenaan perkara di atas..medium 'blog' itu hanyalah satu contoh..lecturer dia cakap lebh kurang camni..

" using myspace / friendster ( laman sosial ) untuk jual beli barang among another "

medium facebook dah ada orang ambil..jadi dia kena ambil medium lain..then tadi petang tadi dia bagitaw blog dah ada orang ambil jugak..saya agak kecewa di situ..bukannya sebab apa..saya nak tolong dia bukan taknak tolong..tapi kalau bukan blog, saya tak dapat nak tolong banyak..if dia choose myspace, lagilah..saya nak tolong sangat2..buntu2..

saya cuba pikir camni..ape salahnya cuba medium lain yang saya tak pernah buat kan..tapi itu hanyalah untuk menyedapkan hati,menenangkan fikiran yang betul2 takde idea..minggu depan saya dah nak start cari kerja..alhamdulillahla kalau dapat kerja secepat mungkin..kalau bukan medium blog, i'll take more time ..lagi 3 minggu dia dah nak kena hantar thesis dia..takut tak dapat buat sehabis baik untuk tolong dia..plus saya tak berapa nak faham apa yang kena buat sebenarnya..dia pun macam agak kurang faham..dia kurang faham + saya tak faham = susah nak discuss n selesaikan....subhanallah~~~~

dush3...pengsan.............................................................

_ E N D _

Wednesday, March 23, 2011

+ SPM +


assalamualaikum..

hari yang penuh mendebarkan buat pelajar2 yang nak ambil keputusan SPM pada hari ni..saya turut terkena tempiasnya disebabkan adik saya yang ketiga..kakak dia yang lebih2 pulak kan? haha..

walau apa pun, mabruk wa alfu mabruk diucapkan kepada Afiqah binti Najmuddin di atas keputusan kamu yang baik..dapat berapa? biarlah rahsia.. * dah tanya boleh tak nak cakap result dia..tapi jawapan yang diberi hanya 'tak taw'..jadi terpaksalah saya diam jek kan? ^^ *

suasana di SMKA (P) Almashoor agak 'panas' ye ketika kami baru sampai..biasala, jumpa kawan2 yang ramai dah lama tak jumpa..terasa macam reunion pulak lah..saya lihat situasi ni sperti melihat saya 3 tahun lepas..^^

jarum jam melepasi angka 10, 10.30...dalam hati rasa macam nak terkeluar dah jantung ni * kan saya dah cakap,saya over kan? kah3..macam saya yang nak ambik result..haha..saya tak kesa..ni jantung hati saya..dah dia nak berdebar macamtu,ape saya boleh buat kan? =P *

akhirnya nak dekat pukul 11 baru lah bermula 'ceremony'nya..dimulai dengan ucapan pengetua,statistik keputusan dan seterusnya diikuti dengan pelajar yang mendapat 7A ke atas..tangan seram sejuk macam ketul ais ..suasana agak gamat bila diumumkan nama2 berkenaan..kawan dapat keputusan baik, siapa tak teruja kan? mereka teruja dalam resah menanti keputusan masing2..fuh! sabokan aje~ tangisan kegembiraan menghiasi wajah2 polos mereka..saya ni bukan boleh sangat tengok orang sedih2 ni..saya pun nak turut serta jugak..bergenang2 dah airmta ni sbenarnya tetapi disebabkan takda sebab saya nak nanges, saya tahan airmata ni gak daripada gugur..* hah, tengok..over lagik..keh3*

time iqah ambil keputusan, merah2 muka dia..menangis mungkin? haha..tak pastilah..saya tak bermata empat ketika tu..=,='

then sebelum ceremony tu,ada la salam dengan ustazah che maznah, penolong kanan HEM tak silap..dia tanya saya ambil kos apa? saya jawablah..degree syariah law..dibalas dengan katanya saya nak jadi lawyer..erm, boleh je ustazah..'loyer buruk' bolehlah ustazah..=p

seramai 7 orang dapat 11A..10A 3 orang..jumlah yang dapat 7A ke atas seramai 32 orang..meningkat daripada tahun lepas..ada sorang yang dapat straight A..10 A+ dan 1A ..tahniah Masmunirah * wakil hafazan AP ^^ *

what should we say? ALHAMDULILLAH~ ^^

mungkin ada sesetengah ibubapa yang meletakkan harapan yang tinggi buat anak2 mereka..namun setelah keputusan keluar, keputusan tidak mencapai had yang mereka kehendaki..high expectation akan menyebabkan si anak tertekan walaupun keputusan yang mereka dapat agak baik..hancur hati si anak..ya, senyuman yang bermain di wajah si anak namun hati siapa yang tahu?senyuman untuk tidakmenyusahkan hati parents masing2..si anak memberitahu si ayah/si ibu keputusan mereka yang dikira agak baik, namun jika perkataan pertama yang keluar ialah "agak kecewa" ..apa korang rasa?

bagi saya mungkin agak tidak 'bertenaga'..iye, bolehlah cakap macamtu but at least compliment for their good result at first maybe better..praise them..nampaklah kita menghargai keputusan mereka walaupun tak mencapai target yang mereka kehendaki..anak2 dah berusaha sedaya mereka tapi mereka tetap dapat keputusan camtu, apa boleh buat kan? seharusnya kita bersyukur..bukannya saya nak mengutuk atau menghina ke apa..tapi ini hanya pendapat saya..pendapat daripada seorang yang masih mentah dalam kehidupan berbanding ibu2 bapa2 yang sudah mempunyai anak ramai..perspektif setiap orang adalah berbeza and im saying just as my opinion..mungkin ada yang tak setuju dengan saya..

kemudian membandingkan keputusan anak dengan anak orang lain dengan mengatakan keputusan anak sendiri terok..ye, TERUK.. sambil mereka terus puji memuji anak orang lain dengan pujian melambung dengan tone suara yang agak kagum..sedangkan keputusannya itu bolehlah dikatakan agak baik walaupun taklah straight A..anak ada di sebelah mendengar apa yang dikatakan..boleh kan diganti dengan ayat yang lebih manis yang lebih sedap didengar ? at least wujudkan rasa penghargaan ke atas anak..biar mereka rasa dihargai walaupun secebis..perasaan si anak yang dah terluka apabila melihat wajah ibu bapanya yang kecewa dengan keputusannya bertambah berdarah apabila mendengar perkataan2, ayat2 daripada ibu bapa seperti menyalahkannya dengan mengungkit perkara2 lepas..namun apa si anak mampu buat? hanya diam sambil diiringi hati yang luka berdarah tak berhenti dan menangis dalam hati..

tawakkal dan bersyukur...ya, SYUKUR..




bersyukur..mungkin Allah tak tibakan kita pelangi pada harini..tapi, janji Allah itu pasti..^^
kita kurang berjaya pada harini..pasti ada 'sesuatu' yang lebih baik menanti kita pada masa akan datang..kita sebagai hamba-Nya haruslah sentiasa berdoa dan pada masa yang sama berusaha..sentiasa sematkan dalam hati innallah ma'ana..^^ tak best lah kan nak menyalahkan perkara2 lain sedangkan kita pun masih terumbang-ambing * dush3, kena kat saya balik * peringatan buat diri ini jugak.. saya tak salahkan ibu bapa seperti yang saya mention kat atas tadi..mungkin bi'ah mereka semasa membesar menjadikan mereka bercakap sebegitu..

adik2ku..sahabat2ku..marilah kita menanamkan sifat syukur terhadap apa yang kita ada sekarang..kita fikir keadaan kita dah cukup teruk, tapi ada lagi yang lagi teruk daripada kita..setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..sabar itu separuh daripada iman..ye, saya akan cuba memperbaiki diri ini jugak..mungkin perit..tetapi setiap apa yang perit ke jalan-Nya pasti ada 'sesuatu' yang baik menunggu di hadapan..jika tak di dunia, di akhirat pasti..=) sesungguhnya Allah Maha Berkuasa..wallahualam..=)

p/s : cerita berkenaan ibu bapa tadi tidaklah berkaitan dengan sesiapa..^^

_ E N D _

Tuesday, March 22, 2011

+ dup dap hati +

assalamualaikum..

dup dap dup dap..hati berdup dap..hati siapa? hati saya lah..menunggu keputusan SPM yang akan keluar pada esok hari..haha..saya yang terlebih..

sebenarnya adik saya Afiqah yang baru habis SPM..jadi esok i gonna accompany her and my parents to her school to take her result...

teringat dulu sebelum nak ambil keputusan spm..saya macam ape ntah haa..biarlah..itu kisah dahulu..yang akan datang ni, adik saya esok..

bagi sesiapa yang nak ambil keputusan esok, tawakkal banyak2 k..kita dah berusaha dan Allah yang menentukan apa yang patut kita dapat setimpal dengan usaha kita..baik atau buruk, pasti ada hikmahnya..Allah Maha Mengetahui..^^ gagal itu bukan selama2lamanya.perjalanan kita masih jauh untuk ditempuhi..yang penting, jangan putus menuntut ilmu..perlu seimbang dunia dan akhirat k..rabbuna yusahhil insyaAllah..^^

_ E N D _

Monday, March 21, 2011

+ lain +

assalamualaikum..

wah,wah..apa yang korang perasan bila tengok cili sebelah kiri ni? merah? ada pisau? ada tangkai hijau ? ada atas cutting board? haha..ya,ya..semuanya betul! 10 markah!

tapi apa yang nampak lainnya? perasan tak? perasan kan? kan, kan? haa, panjang kan saiz cili tu? * sepertinya katak baru keluar bawah tempurung..keh3..

gambar ni diambil kerana keterujaan saya melihat cili yang agak extra panjangnya..almaklumlah selalu cili beli biasa2 je..ni lain pulak..saya pegi pasar nak beli bahan untuk masak ..jadi nak beli cili jumpalah cili2 ini..begitulah jalan ceritanya bagaimana saya boleh terserempak dengan cili2 yang merah cantik extra long ni..subhanallah~ ^^


ok, next...

tiap kali balik penang untuk cuti sem..perkara yang akan terdetik dalam hati and kepala saya ni,

" eh, aku kat mana ni sebenarnya? kenapa macam lain je? mana kedai cina sebelah jalan ni? kedai yang banyak2 berderet tu pun dah takde..ke manakah mereka pergi? " * sambil garu2 kepala yang tak gatal

::PEMBANGUNAN ::

perkataan yang sesuai untuk diklasifikasikan dalam situasi ini..mungkinkah? ya untuk jawapan saya..tiap kali saya balik dari selangor pasti ada sesuatu yang baru..sampai tak kenal saya..seperti berada di tempat baru..

dulu2 dikelilingi hutan..kera banyak..suka main kejar2 dengan saya kecik2 dulu..orang gila jalan-jalan cuci mata pun ada..balik ngaji dari surau lalu tepi semak..macam2 bunyi ada..bila dengar je bunyi pelik2, maka berlakulah marathon di situ..tapi, itu semua DAHULU..
Justify Full
sekarang dah lain..era pembangunan makin pesat berlaku..bila pembangunan makin pesat maka banyaklah perkara yang tidak diingini berlaku..saya gentar..saya takut..Allah itu Maha Berkuasa..Allah itu Maha Adil..tetap dan kuatkanlah iman kami ya Rabbi~

p/s : mata pinar2..pening2..have to stop..before that, saya nak spek baru.........cepat peninglah..i think i really need a new spectacle......do you hear me?


_ E N D _

Sunday, March 20, 2011

+ daftar KUIS +

assalamualaikum..

seminggu cuti sekolah sudah berakhir..belajar rajin-rajin ye adik-adikku cantik manis bijak pandai..^^

bahawasanya di sini, saya ingin membuat pengumuman..pelajar KUIS jangan lupa daftar ek 11-13 Mei ni..desas desus kata nak seragamkan dengan IPTA lah, kita daftar awallah, itu semua hanyalah humor semata..tak percaya? hah, bolehlah mengechecknya ~ perkataan baru ~ di homepage kuis..^^

sebelum ni ada orang cakap kat saya, kita daftar 20hb April..check balik takwim tadi, takdelah..11-13hb Mei tarikhnya..a month more to go! next sem must be tougher than before..subjek law akan mula memenuhi setiap kepala rongga otak saya sampai pengsan ~ hiperbola semata..keh3 ~ be prepared for that hazirah!

jadi dengan confirmation sebegini, saya buat keputusan, memang saya mahu kerja! nak cari duit! nak sara anak bini.. hahaha..ok2..sebenarnya macamni..saya memang nak cari kerja sebaik cuti sem bermula..26-27hb Mac ni ada MUS..jadi kalau dah kerja sebelum tarikh tu berkemungkinan besar MUS, bye bye je lah..saya tidak mahu ia berlaku..takmahu2! * sambil lempar2 bantal kat dinding dengan penuh perasaan * sebelum tu saya ingat masuk daftar bulan April..jadi kalaulah start kerja 28 Mac pun, sepertinya tidak berbaloilah saya bekerja..amat sekejap ye tuan2 puan2..tak cukup pun nak bagi anak bini makan..* stress! *

tetapi setelah melihat dengan mata yang terbuka luas terang lagikan bersuluh, masuk bulan 5, memang saya akan cari kerja..28 Mac mungkin saya start?ya,ya..teruskan mencari..kerja apa? haha..dunno yet..tolong doakan ek..syukran jazilan ~ ^^

p/s : wondering is he really my destiny? wallahu'alam~

_ E N D _