:: Syukran Kathir! ^^ ::

Friday, October 1, 2010

+ sedia mau kawen +

assalamualaikum..

wah, besarnya logo KUIS kat atas ye..haha.. di situlah tempat sy menuntut ilmu.. lagi 3 / 4 tahun sy akan berada di bumi KUIS~ lama tak lagi ? =p

tengahari tadi..tup3, tiba2 terdengar ada orang sebut 'KUIS' dalam tv..sy yg ketika itu berada di dapur bergegas melekat jap depan tv..ouh, rancangan al-hidayah rupanya..=)

slot pada kali ini adalah anjung munakahat berkisar tentang persediaan pernikahan bagi golongan muda-mudi kini..tazkirah diberikan oleh ustaz badlishah alauddin.. backgroundnya adalah di KUIS bersama beberapa mahasiswa / siswi .. adalah beberapa pelajar yg sy kenal..antara yg ter FAMOUS di situ yg sy kenal ialah akram ikrami..^^

sy ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yg sy dengar dan lihat..^^

pastikan si bakal suami dah ada kunci2 kepada tiga perkara ini :

.:: RUMAH ::;
.:: KENDERAAN ::.
.:: PEJABAT ::.

maksud pejabat di atas ialah kerja..bukan hendak bersifat materialistik tetapi adalah untuk pengukuhan dari segi ekonomi selepas berkahwin kelak..

mungkin pada awal perkahwinan, " i tak kisah u tak ade kereta atau kerja pun, i sanggup mengharungi susah senang bersama dengan u! "
apabila perkahwinan mula menginjak usia suam2 kuku mulalah mengungkit sana sini apabila melihat kesenangan pasangan lain..realiti bukan?

kebiasaannya bagi pasangan yg belum berkahwin, sebanyak 60 % sifat dan sikap yg ditunjukkannya adalah palsu semata-mata..jika si lelaki soft-spoken pada mulanya, selepas kahwin jadilah hot-tempered..dan begitulah sebaliknya..wallahu'alam..

tersebutlah kisah yang terjadi pada zaman khulafa' al-rasyidin :

Satu hari, seorang lelaki pergi ke rumah Saidina Umar Al-Khattab. Dia hendak mengadu yang isterinya pada hari itu naik angin kepadanya. Dia merasakan bahawa, isterinya tidak patut bersikap demikian pada suami.

Sampai sahaja di pintu rumah Saidina Umar, dia mendengar isteri Saidina Umar memarahi Amirul Mu’minin itu. Lelaki itu terkejut. Lantas, dia pun berpatah balik, untuk pulang. Saidina Umar perasan akan kehadiran lelaki itu, terus memanggilnya semula.

“Wahai lelaki, apakah hajat kamu?”

“Aku ingin mengadu akan sikap isteriku yang memarahi aku, tetapi tidak sangka kau juga mempunyai masalah yang sama. Maka aku merasakan bahawa aku tidak patut mengadu kepadamu”

Saidina Umar tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. Dia pun berkata:

“Wahai lelaki, isteriku telah menjaga makan minumku, mendidik anak-anakku, dan mengurus rumahku sepanjang hidupnya. Maka apakah pantas untuk aku terasa apabila dia sekali sekala naik angin seperti hari ini?”

begitulah kisahnya..Lihat, Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal garang dan tegas, tidak sedikit pun marah dengan isterinya yang melenting, malah berkata sesuatu yang amat lembut untuk perempuan suri rumah..

haa, ni lah antaranya yg mahu sy kongsi bersama ..

sekejap je sesi tazkirah tu..rasa macam tak sempat panas je tempat duduk..haha..biasala, asal kahwin je siapa yg tak suka kan? =p ~ ish3, hazirah2.. ~

semoga sy dapat menjadi suri rumah yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam menguruskan rumah tangga 'kelak'..opss,bukan sekarang ok..memandangkan sy masih belum berumah-tangga..=p amin~


_ E N D _

Thursday, September 30, 2010

+ senyum dapat free 1! +


assalamualaikum..

senyum seindah suria

yang membawa cahaya

senyumlah dari hati

duniamu berseri

senyum umpama titian dalam kehidupan

kau tersenyum ku tersenyum kemesraan menguntum

senyum kepada semua

senyumanmu amatlah berharga

senyum seperti Rasulullah

dengan senyuman terjalinlah ikatan......


wah, tetibe ternyanyi pulak kat sini..haha..senyum2lah selalu kerana it'll brighten our day..

Firman Allah SWT., "Maka disebabkan rahmat Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu." (QS. Ali-Imran : 159).

ada masalah, senyum..ada kegembiraan, lagi2la senyum lebar..=)

sy pergi ke market pagi tadi..macam matchek lah pulak ye..=p jalan2 exercise pagi2..jalan2 pegi pasar pun jadilah kan? at least keluar peluh jugaklah ..haha..

dah selesai membeli sayur + ikan + terlupa beli paper, sy singgah beli apam balik..senyum2lah selalu kalau nasib baik, dapat free! haa, itulah yg berlaku kepada sy pagi tadi..

" pakcik, bagi + apam balik.." (sambil tersenyum..cewahh..=p )

" brapa? " ( pakcik apam mengerutkan dahinya tanda tidak mendengar permintaan sy pada ketika itu )

" +e pakcik " ( masih 'tegar' dengan senyuman )

" ouh, +e..nah..ambik lagi satu ni pakcik bg free.."

" eh, takpela pakcik..susah2 je " ( mnerima saja sebab pakcik tu dah masukkan siap2 dah dlm plastik..takkan nak bawa keluar balik kan? ish, sungguh tak molek ye.. )

kenapa lepas tanda + ( yg menunjukkan angka bilangan ) ada e? faham kah ? ok2..mai cheq explain ~tetibe mai loghat penang yg tak berapa nak menjadi =p ~ sy ni memang anak jati penang..tapi lidah ni tak lorat penang..then terkeluarla e pepet..bukan e taling ye..~jum belajar bahasa kebangsaan kejap! =p ~

kesimpulannya lepas ni marilah kita senyum2 selalu..orang yg nampak kita senyum nanti lapang je dada..senang je hati dia..yg dalam kepala dia penuh dan sarat dengan masalah pulak, dapatlah jugak kurang sikit bila nampak orang tersenyum ni..munculla unsur2 positif dalam diri ? ye tak? =)

p/s : adik bradik sy memang tak cakap penang..kat rumah dah biasa cakap macam 'org kl' kat rumah..since kecik lg..takpela, tak kira bahasa apapun, asalkan tetap boleh difahami..betul tak? =)

_ E N D _

Sunday, September 26, 2010

+ raya +

assalamualaikum..

syawal masih tidak berakhir lagi..dalam kesempatan ini, empunya blog mau mengucapkan selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir & batin bagi sesiapa yg mengenali diri ini..adakah kamu masih dalam mood 'raya' ? =p

sy nak berkongsi hari raya sy melalui gambO2 di bawah ni..semua ni time awal2 syawal~

~ ni makanan ikan yg berada di rumah pakteh sebelah mama sy..tengok = geli..pegang = pengsan! ~
~ machek ni sedang mengasingkan tulang ~

~ bersama keluarga sebelah abah ku di bagan datoh, perak ~

~ candid! berpeloh2 den time ni ~

~ sweet memory..rumah mbah lanang tempat abahku membesar yg telah lama ditinggalkan..tetibe trasa sebak puLok..huk3..~

~ naufa maisarah..sakit satu badanku main dgn die ni..soo cute! anak cousin ku ~

~ very the nice view kat rumah mbah ton ~

~ anak2..=p ~

~ at last ! ade juga gambar family ku tika berhari raya bersama..wink2 ~

_ E N D _

+ syukran lillah ! +

assalamualaikum..


sy mahu berkongsi satu kisah yg telah terjadi kepadaku baru2 ni.. sy teruja mungkin ? tak dapat dinafikan..=p sememangnya Allah itu Maha Mendengar ~ subhanallah..

tiap kali sujud, tiap kali doa, tiap kali ada masa lapang, sy akan berdoa akan 'sesuatu' ini.. kadang2 lama sy dah berdoa akan sesuatu baru Allah makbulkan.. tetapi kali ini, sy baru sahaja berdoa memohon akan 'sesuatu' itu, Allah sudah mendengar akan permintaanku.. mengalir airmata kegembiraan setelah sekian lama sy menantikan saat ini.. seperti mahu bersujud syukur shj terus menerus..subhanallah walhamdulillah wala ilaha illa Allah wallahuakbar!

apakah 'sesuatu' itu? insyaAllah, akan sy khabarkan di sini kelak..bukan sekarang..kerana masih terlalu awal untuk sy membuka mulut menceritakan apakah sebenarnya yg telah terjadi kepada sy semalam.. ^^ tetapi apa yg pasti, sy cintakan-Nya... Dia sentiasa berada di sisiku menemaniku setiap saat.. syukran lillah! sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yg terbaik bagi hamba2Nya~

_ E N D _

Saturday, September 25, 2010

+ bulat2 +

hencik x : kenapa depa buat bulat2 ( lampu ats tanah ) macam tu kat tepi jalan ni?

cik y : taktawla..depa nak bagi nampak jalan la kot..nanti tak la terlanggar bahu jalan..

hencik x : bukan.. kan pulau pinang pulau "mutiara"..bulat2 tu melambangkan mutiara..nanti kalau ada pelancong mai, bila depa nampak bulat2 tepi jalan ni, we can just say , 'this is PEARL island'..=)


p/s : lama dah x update kamu blogku sayang..maaf ek~

Sunday, September 5, 2010

+ sy sudah, anda bila lagi?=p +

assalamualaikum...

tetiba mood korea sy datang..=p akhir2 bulan ramadan pulak tu..ish3..=p

sy layan semua kot..nasyid, korea, industan, inggeris, indie...daripada lagu sampai la ke movie ataupon drama..

lepas sy tengok boys over flower, barula tersebar luas fames orang pulun nak tengok.. bukan satu crita ni jek, ada gak crita lain.. lepas sy tengok jek baru fames ..haha..~ hazirah prasan =p ~

paling tak boley lupa crita you're beautiful..skarang crita ni dah top 3 kat mysoju..wah, dah fames ye..=p


ni adalah pelakon utama..jang geun seuk ( tae kyung ) dan park shin hye ( go mi nyu )..luvly couple! hero yg amat hensem!=p

mereka berempat adalah anggota A.N.JELL..dlm crita ni je la..=) dari kiri adalah jung yong hwa ( shin woo ) anggota kumpulan CN Blue..dan yang kanan skali adalah lee hong ki( jeremy ) anggota kumpulan Ft Island..3 lelaki ni menyukai seorang perempuan yg sama!

perwatakan watak utama dia, tae kyung adalah sgt2 mementingkan kebersihan..ultimate clean freak!!kalau ada apa2 barang yg tersalah letak ataupun lari sedikit drpd kdudukan asalnya, kat bilik dia, dia akan perasan ! ish, memang kalah perempuan la..ape org panggil laki jenis ni tah..lupe suda..=p metrosexual kah? apa dia ye? =p

shin woo..seorang yg cool sntiasa..sentiasa cuba utk mlindungi mi nyu..memang dia sgguh cool dlm crita ni! jeremy pula seorang yg agak kebudak-budakan..kehadiran dia memeriahkan lagi kumpulan ANJELL ni..pasti tak kering gusi! =p

mi nyu sebenarnya bercita2 tinggi utk menjadi nun..tp sebab nak tolong abang kembar dia, dia terpaksa menyamar jadi lelaki bernama go mi nam..sungguh chumiL!

ada part klakar, part sedih, part geram..semua adala! nama pon drama kan..huhu..yg pasti sy ada menitikkan airmata tengok crita ni..almaklumla,empunya blog ni mudah tertacink..^^

lagu2 dia bez sgt..memang nsem lah mamat2 korea nih..=p

heroin pula menyamar sebagai lelaki..mcam mane jalan crite dia? wah, memang bez sungguh..pasti tak menyesal klau tengok..full sense of humour! pasti menggeletek hati + hiba + tacink + sedih + ketawa + terpegun sumela..haha..jumla tengok...sy dah tengok, anda bila lagi? =D

p/s : klau sesape nak tengok crite antu dgn sy, pastikan anda tak ade lemah jantung ( eh, spatotnya lemah jantung mn boley tengok crita macam tu..so?? haha..apa2la..=p ) nak taw kenapa? tanya la kawan2 sy yg pernah tengok crita hantu dgn sy. .pasti anda temui jawapannya..haha..=p

_ E N D _

Saturday, September 4, 2010

+ yummy! +

assalamualaikum...


hazirah : assalamualaikum mama ina!~ mama apa khabar? tengah buat ape? =)

mama ina : mama tengah rehat2 je ni..tak buat apa2pun..alhamdulillah semua sihat..=)

hazirah : ouh, baguslah macamtu..mama, kakak sebenarnya nak mintak resepi ayam masak merah ni..dah lama tak buat, jadi dah lupa..=p

mama ina : amboi, bertuahnya mama dapat anak macamni..pandai masak, tanya resepi semua ni... ( dalam hati sy, pandai apenya mama ni..ni dok tanya resepi ni mane pandai masak..tu yg tanya kat mama ni..hua3..=p )

hazirah : eh, mane adela mama...=p

dan seterusnya sy dapat resepinya..bukan apa..sy tanya kat mama ina sebab sy pernah makan ayam masak merah dia dan sy amat suka!! yg sebenarnya sy memang suka masak merah2 dan pedas2 ni..^^ sy makan juga cili kecik hijau tu tapi takdela keterlaluan..ade kisah macam mana sy boley terminat makan cili ijau ni..=p sy taw tak baik utk kesihatan..=)

harini sy nak kongsi resepi ayam masak merah kegemaran sy..=) maafla, sy budak baru belajar ..

bahan2 yg diperlukan :

1) ayam yg sudah digoreng..( tak terlalu garing sangat )
2) 2 biji bawang besar
3) cili kering ( ikut suka nak boh banyak mana )
4) secubit belacan
5)sedikit lengkuas, halia, bunga lawang, kayu manis
6) 2 batang serai
7) asam jawa atau asam keping
8) 1 biji tomato
9) sedikit minyak
10) susu ideal atau carnation ( evaporated creamer )

kaedahnya :

1) blend cili kering + bawang besar + belacan
2) masukkan sambal yg telah di blend tadi ke dalam kuali yg berisi minyak yg panas
3) tumis sehingga pecah minyak
4) masukkan lengkuas, halia, dan serai yg sudah ditumbuk..diikuti dengan bunga lawang, kayu manis dan asam keping
5) masukkan susu secukup rasa..diikuti garam dan gula secukup rasa juga
6) akhir sekali, masukkan ayam yg telah digoreng tadi..sebelum mematikan api, masukkan tomato dan SIAP!

rasa macam sedikit kelakar la pula..banyak juga secukup rasa sy ye..bukan apa,taktaw nak describe detail ..haha..maaf atas segala kekurangan..=)

selamat mencuba..kalau ada idea yg lain utk menambahkan kesedapan masakan, silakan~=)

_ E N D _