:: Syukran Kathir! ^^ ::

Thursday, July 21, 2011

+ sem yang berpenghujung +

assalamualaikum..

tumpang laptop member jap. eh, kenal tak siapa jejaka kat sebelah ni? haha. ni yang nak gelak ni. ni adik sy lah. tetiba sy nampak dalam gambar ni dia 'macam' handsome'. haha. abdul munir namanya. baru lepas baca entry baru dia. gelak je kerjanya baca entry dia pasal cameron highland yang dia pergi baru2 ni. ok2, contoh ayat :

"Nak ambik air sembahyang sangat terkejut . Rasa macam air watercooler ja . XD"

"Ketika itu , baru saya sedar betapa nikmatnya panas itu !"

ini adalah antara ayat2nya. agak 'comel' bagi sy. erk, boleh ke panggil comel macamtu? errr....haha. apa2lah kaaannnn.^^

kalau nak baca lebih lanjut, ni link blog adik lelaki sy ni..abdul munir. kadang2 kitorang adik beradik termasuk mamanya sekali gelar munir ni PMS. haha. tahu kan PMS tu ape? hahaha. yela, kadang2 dia bad mood bukan main. kalah kakak2 dia. munir2. :P balik rumah sebelum2 ni tinggi sy paras bawah telinganya. baru2 ni balik cuti pertengahan sem sy hanya paras bahunya. adakah sy makin merendah? apekah? oh, tidak! mustahil ok. haha. adik tunggal lelaki sy ni dah makin meninggi., baru form 4. ish3.
ok, adik2 sy semuanya ada blog masing2 kecuali adik perempuan yang ketiga. bila tengok2 baca2 balik, tak sangka dah besar2 adik sy. sy ni pun dah bertambah2 besar dah ni haa. makan taktau nak control!grrrr! dan bila baca2 jenguk2 blog mereka juga membuatkan sy rasa masa berlalu begitu pantas. dan mereka2 semakin matang dalam kehidupan. * yang kakak sulung depa ni taktahulaaa. ish3 :P . hope mereka2 membesar menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan yang berlandaskan syariat Allah. amin~

dari minggu lepas sampai lah semalam terasa macam sesak sangat. alhamdulillah harini rasa kurang walaupun kerja masih bertimbun. sem yang kian menghampiri pengakhirannya membuatkan semakin banyak kerja yang menunggu masa utk disiapkan. paling tak boleh lupa hari selasa lepas. menangis macam nak rak punya tension. semuanya sebab subjek munakahat. ye, ustaznya agak strict. setiap lecturer ada caranya masing2. dan kita sebagai student kena ikot flow lecturer. nanti tak dapat markah pulak kang. apa kisahnya sampai group sy nangis2 bagai nak rak ni? :) takpelah. benda dah lepas dan dah jadi pun, tak boleh nak buat apa2 dah. tadi dalam kelas pentadbiran undang-undang islam, sy baru sedar sy ni student law. selama ni tak sedarkah hazirah? dah sem 3 ni baru nak rasa? haha, no comment for that. :P subjek ni banyak kena cari kes. dan sudah semestinyalah perlu mencari kes tersebut di library. kalau kat internet ke takdelah kan. huk3. then kitorang perlu menjawab soalan tutor yang diberikan oleh lecturer kesayangan kami bagi subjek tersebut. dan satu soalan tutor melibatkan fakta kes semualah. kadang2 satu kes tu punya banyak lah muka surat. tak sampai separuh dah boleh tidur sekejap. *OVER! haha. bak kata lecturer, baca kes tu biarlah sampai habis. dari mula m/s sampai akhir. jangan tinggal walau sehelai sebaris! * alamak, macam faham2 jek kan puan ni.:P

tak sampai seminggu dah nak puasa. ahlan wa sahlan shahru ramadan~^^ dah bulan puasa nak kena beli tiket bas awal2. insyaAllah, akan bertolak pulang dengan adik sy afiqah. kebetulan cuti kitorang mula sama. :)

next week ada dinner. memang julung kali diadakan. antara salah seorang sahabat sy beritahu, salah satu tujuan dinner ni untuk memperkenalkan 1st batch asasian. kitoranglah tu * sambil tutup2 muka :P haha. mesti nak kena pi. dan ini merupakan satu gathering utk batch kitorang. dah lama dah masing2 berpecah2. jadi malam tu dapatlah jumpa semula. nak kata jejak kasih boleh tak? haha.

ok, i need to take a nap for a while. satgi kelas usul fiqh kang..haaa.. tak dapat nak nolong mata ni kang haaa...haha. ok, got to go..

p/s : hujung minggu ni banyak sungguh aktiviti . minggu depan pun sama. sempena menyambut kedatangan ramadan mubarak. ^^

_ E N D _

Tuesday, July 19, 2011

+ pasti +

assalamualaikum..

today...just a short entry...

syukran lillah kerana mengurniakan sahabat2 yang caring dan amat baik di sampingku...
berat sungguh dugaanMu hari ini ya Allah...
mata membengkak tak kebah2 lepas kejadian tadi....
mama, terima kasih sebab sudi dengar luahan hati kakak walaupun sekejap tadi...
sedih sangat pilu sangat tak dapat dibayangkan dengan kata-kata lepas kejadian tadi...astaghfirullah!
mujur ada sahabat2 adik2 yang tak jemu memberikan nasihat bernas...
pasti..pasti ada hikmah di sebaliknya..PASTI! Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba2Nya...

_ E N D _

Saturday, July 16, 2011

+ full +

assalamualaikum..

malam tadi tak dapat tidur. nak dekat pukul 4 baru boleh tidur. itupun tak lena. bangun awal, solat subuh dan menyelesaikan kerja yang masih terbengkalai. akibat kesedaran diri tidak ada untuk tidur awal, maka mengantuklah sy tika berada dalam kelas koko pagi tadi. amat lama ok! dari 10 - 2 pm. mungkin membalas dendam atas cuti2 yang banyak sebelum2 tu. sabar ye coach.

dah la kepala ni masih penuh dengan kerja2 bertimbun. sangat 'best'. dan aktiviti untuk koko harini ialah ikatan dan SIMPULAN. memang makin bersimpul2 urat2 dalam kepala sy yang tunggu masa je nak.....whatever lah. dengan bulan Julai yang kian menghampiri akhirnya. ini bermakna sy harus wajib patut siapkan borang2 yang berkenaan yang berkaitan dengan mara sebelum tamat tempoh.

borang pengesahan pelajar telah siap diproses. tinggal sekarang nak scan dan hantar kepada myuha@epf.gov.my. minggu depan merupakan minggu terakhir sy harus submit borang tersebut. bila nak gerak hazirah? kerja mudah je kan? bi sur'ah!

midterm2, assignment dan presentation. berderet next week. ye, lumrah sebagai seorang pelajar. tapi kadang2 tu OVERLOAD~ dalam entry sebelum ni sy ada nyatakan tentang hal ni. berderet2 menanti sy. sy mula STRESS. eh, rasanya bukan baru mula tapi SUDAH STRESS. sy mula susah nak tidur. mengantuk sangat tapi bila dah rebah kepala atas bantal, tak boleh tidur. ini menyebabkan kepala sy sakit. selasa lepas baru je demam. alhamdulillah khamis tu dah mula kebah. Allah permudahkan. sakit kepala sakit kepala. lepastu makan, selera makan mula kurang. rasa perut berbunyi minta diisi tapi tak ada selera nak makan. adakah itu antara petanda stress? entahlaaa~

banyak tuntutan yang perlu diselesaikan. tanggungjawab sebagai pelajar juga kian menghimpit. korang buat macamana nak release semua ni? mesti banyak cara kan? sy? sy menangis. sy menangis bila merasakan dah tak tertahan sangat2. ada orang anggap tangisan itu petanda bagi orang yang lemah. tapi dengan tangisan sy rasa lega dan menjadikan sy lebih bersemangat.

lupa. khamis lepas mama call. katanya ada satu surat sampai rumah. alhamdulillah sangat sebab penantian sy berpenghujung akhirnya. surat mengenai biasiswa under Penang. isnin ni kena pi ambil cek. tak tahu berapa jumlahnya. sebahagian kecil akan disimpan untuk .......biarlah rahsia. ^^ tahun 2009 sy apply dan baru bulan ni dapat. 'sekejap' sangat kan?

apa2pun, life must go on rite? setiap yang berlaku tu pasti ada hikmahnya yang Allah dah tetapkan untuk kita. yakin dengan kuasa Allah. hazirah, semat kukuh2 dalam hati. rabbuna yusahhil ! amin ya rabbal'alamin!

_ E N D _

Friday, July 8, 2011

+ jalan2 lubuk merbau +

assalamualaikum..

malam semalam ingat nak tulis satu entry. malangnya sy telah gugur di atas katil. keletihan...malam sebelumnya, i really can' sleep. dunno why. bila bangun paginya tu mata pun macam panda lah. letih bebeno ghasenya! rumusan : tidur lewat bangun awal = badan letih, mata mengantuk.

ok, semalam sy ikut mama jalan2 cari makan. * rekaan semata. teman mama pegi buat demo dekat felda lubuk merbau. perjalanan pagi tu di'start' kan dengan menghantar abah pi kerja. then, pi sunshine beli bahan untuk demo iaitu perencah maggi nasi beriyani dan kubis. mama dalam kereta dan sy tukang beli. ouh, sy menghadapi masalah untuk mencari bahan2 tersebut. nak cepat kan, jadi mata and kaki ni asyik tersasar pi tempat lain. dah jumpa-ambil-beli- bayar, naik kereta dan vrooom! cadang nak singgah restoran kayu untuk breakfast. tapi masa terlalu cemburu dengan kitorang, jadinya tak sempatlah.huk3. ambil makcik faridah dan 2 orang anaknya dan kami pun bertolak. felda lubuk merbau merupakan kampung makcik faridah.

dan bermulalah episod kekenyangan .............
* makan nasi 2 kali
* makan durian banyak2 lepas gian punya lama dok mengidam
* dan? erm


: dalam perjalanan ke felda lubuk merbau. very the nice view. subhanallah! :

: buai laju2.. gayat lah! adik xgayat ke? :

: ini budak nama.....errm, tak ingat lah. kecik + comel + tak tahu duduk diam :

: anak mak cik faridah yang bongsu. teramat putih. comel! :

: saat yang ditunggu2 :

: perasan tak kereta depan tu orang2nya buat apa? berani mati :

kat kedah musim buah kot la ni. sebab on the way balik tu banyak sungguh gerai jual durian. macam2 lah. alhamdulillah, makan jugak durian. bila cakap pasal durian, teringat bibik dulu2. time kitorang beli and bawa masuk durian dalam rumah, tetiba dengar kat toilet belakang someone muntah2 dengan agak dahsyat. hahaha. kesian bibik. bila munculnya durian dalam rumah, minyak cap kapak sentiasa di sisi. bila teringat balik kelakar pulak. lusa sy dah balik KUIS 'tercinta'. buku tak sentuh langsung. teruknyaaaaaaa.

p/s : hati sakit . sakit hati. sakit sangat2 hati. apa boleh buat kan? sangat benci keadaan ni. amat tak suka when someone really2 blame us on what we've done. ya Allah, berikanlah diri ini kekuatan ! * sambil nangis


_ E N D _

Thursday, July 7, 2011

+ comel kah? errr.....+


assalamualaikum..

erm, korang mesti selalu nampak ayat2 jenis macam ni kat mana2 laman sosial.............

"ehhh x .
boy aq slalu ingt at aq .
hahahaha .
pea r nuc bising2 . !
cry r laky yg btoy2 ska at kyta ."

" unc nan dy cm nea . ? "

ni jenis orang yang suka ganti huruf. ni satu spesies. lagi satu spesies.....

" aq mencik do cmni "
" ad mber lmew tgu lmew glew"
" x aprv2 gk aq "

ni distort punya spesies.

sy baca pun terkial2 bagi spesies yang pertama tu. spesies kedua ni pulak golongan eww.
sy tak nafikan yang sy pun ada guna bahasa shortform jugak. tapi biarla pada2 kan. ish3. zaman la ni laaa... apa pandangan korang?

____________________________________________________________

next episode...

dulu masa kecik2 selalu kena marah dengan mama. nakal sangat kan, nak buat macam mana. bila dah makin besar ni, sy dapat rasakan perbezaan. perbezaan apa? haa, inilah yang kita tak tau tapi nak tau.

la ni, bila sembang dengan mama pasal apa2 rasa macam senang je nak cerita. kalau dulu, punya lah fikir banyak kali patut cerita atau tidak. sampai ada tulis dalam surat pun ada. tapi tak bagi pun lah. haha. biasalah dulu fikiran pun tak waras lagi. eh, bukan2. tak matang lagi lah. opss!.

perkataan yang lebih tepat ialah sy rasa seperti seorang SAHABAT. ye, sahabat . sy sayang mama sy. terima kasih mama kerana sudi menjadi sahabat kakak. :) i do love you very much~

_ E N D _

Tuesday, July 5, 2011

+ mini hazirah +

assalamualaikum..

"i'll give you the biggest ring if you marry me". erk? apeni? tersasar jauh dari matlamat untuk sy menulis entry kali ni pulak. keh3.

tengok fesbuk ramai dah kawan2, kak2 senior, sepupu sepapat dapat baby baru. sangat comel dan kadangkala sy pengsan melihat keamatan kecomelan mereka. subhanallah! semoga mereka membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. amin!

sy pun nak menyibuk sekejap nak letak gambar2 baby ketika sy masih.....

: berusia sebulan lebih :

: 4 bulan lebih :

: gembira bersama mama tersayang. macam nampak donut lah pulak bila tengok kaki. haha :

: terlebih gembira bermain di situ. seingat sy, sy suka sangat main kat sini. main kat kerusi merah ni, kacau2 barang atas meja solek, main kipas. berapa kali ntah terjatuh dari kerusi tu. tapi tetap tak serik! sampai tercabut skru kerusi, sampai tercabut tempat duduk merahnya tu. ergh, notty2! :P

: opss, seksi lah adik dua ni. adik berdua je ke? boleh ngorat? haha. dekat mana ek ni? pantai seagate kah? ohh, nampaknya ingatan sy masih tidak dapat dikembalikan ke saat ketika zaman2 ni. kakak sayang adik!~ :

: gaya muslimah sejati. tetiba tertanya dalam hati, kenapa sy comel sangat ni? erff, cuba berlagak perasan! :P sy dan nabilah. dan abah photographer nya. abah sy memang suka bidang2 ni. ^^ dan kitorang lah yang menjadi 'model'nya. terima kasih abah for this sweet memory! :

: dan ini, dah besar ghupenya cik hazirah ni. nampaknya ketembaman pipi itu tidak dapat diselindung lagi. hahaha. shhh, trademark ok! :P :

tetiba teringat jugak masa umur berapa ntah, sy main stapler. mama dah larang dari awal jangan main, tapi main jugak. biasalah budak2 kan. takberapa nak faham bahasa. haha. dok asyik main tiba2 TERstapler ibu jari tangan sendiri. nak tunjuk kat mama takut. mama cakap 'kelipop, kelipop mata takut". akhirnya mama tahu gak. menggelupur sy time mama nak cabut ubat stapler tu keluar. darah toksah dok cakap lah. banjir dah haa * hiperbola ok! lagi incident mencuit hati sy, sy nak buang air. bukan kecik tapi besar. sy dok tepi meja. punggung ala2 artis dangdut sikit dan berdirilah sy menempel kat tepi meja. berak dalam seluar. amat tak senonoh. kecik lagi kan. haha. incident lagi yang membuktikan dulu sy amat nakal, time tu takda current jap. abah tengah solat. lepastu sy nampak mancis, sy ambik kertas dan nyalakan api guna mancis n kertas tu. tiba2 api tu jadi besar. 'seronok' sebentar bermain api. akhirnya dapat dipadamkan jugak. habis abah sembahyang, abah terbau something. faham2 la kan. reaksi sy? buat muka innocent. haha.

ye, sy dah besar. dulu mini hazirah jek. sekarang? haa, besar dah rupanya. alhamdulillah, Allah masih memberikan nikmat hidup kepada sy selama 21 tahun 4 bulan. syukran lillah! terima kasih yang tak terhingga buat abah dan mama tersayang yang berusaha sedaya upaya membesarkan kakak yang nakal ni. sayang abah mama sangat2!^^ ok, kini single. lepastu? married - ada baby - ada menantu - ada cucu - ada cicit. uihh, jauh bebeno kamu mikirnya hazirah. haha. udah2 ler. terfikir macamni lepas baca status someone kat mukabuku.

"hari tu stress tengok kawan2 upload gambar kawen / nikah / bertunang.. sekarang ni jiwa kacau pulak tengok kawan2 sebaya upload gambar baby. pheww! "

comel kan sentence ni? haha. sy tak delah sampai tahap stress. mungkin stress yang dimaksudkan oleh beliau ialah jelous maybe? haha. sangat comel. ^^ ye, semua orang mengimpikan yang sama. cuma yang berbezanya ialah masa. cepat atau lambat. betul tak? sentiasalah kita berdoa ok sahabat2ku? ^^amin~

nora elena baru sampai episod 20. express lagi hazirah! suka tengok episod mereka h.moon kat cameron highland. sangat romantik ! haha. hazirah, stop dreaming ok. haha. baik2~

_ E N D _

Monday, July 4, 2011

+ masakan pertama setelah sekian lama......+

assalamualaikum..

satu, dua, tiga.. harini merupakan hari ketiga sy di rumah. cuti sem selama seminggu telah bermula. buka sem balik, berlambak khojenya kena anta. esaimen, presentation....alaaaa, bukan student namanya kalau tak de semua ni kan? betul tak? kuat semangat!

kisah semalam..

abah beli ikan, kerang,sayur dan beberapa bahan mentah yang lain untuk dijadikan lauk utk dinner kami. time tengah kat dapur, mama dah sentuh ikan gelama yang kena siang. tapi......

saya : mama, mama! nanti! kakak nak siang! dah lama tak siang ikan!

haha. mengada kan sy? dah lama duduk kuis, jadi dah lama tak merasa siang ikan lah. n harini, masakan pertama sy selepas goreng ikan je semalam : ikan masak sambal.


this is one of my favourite. sebenarnya semua samballah sy minat. tak kiralah masak apa pun. especially yang pedas2. bashta! ^^ try n error. pasti akan lalui pelbagai kesusahan sebelum kejayaan itu tiba. sy nak guna sentence ni dalam masakan jugak :P. mula2 tak sedap, banyak kali buat, pasti akan sedap. :) nama pun manusia kan?

sabtu lepas, perjalanan yang sememangnya panjang. mula naik ktm utk ke rawang dari bangi jam 11. sampai rawang dalam 12.30 lebih. 'sekejap' kan? tersengguk2 sy dalam tren tuh. eh, bukan setakat tersengguk jek, siap tertidur sekali. baik punya. sekeliling sy tak kisah memandangkan batu 10 tan dah ada atas mata mintak dikatup. dah sampai ktm rawang, tunggu sekejap2 n my beloved family pun mai. dalam kereta on the way pi bukit beruntong, tidur lagi. sebelum tu lupa nak bagitau, kami nak pi bkt beruntung sebab ada kenduri. seperti yang diceritakan oleh adik bawah sy iaitu kakak anggun, Nabilah . ^^

tadi terbaca status fb pakcik jalil iaitu bapa kepada abg hakim, bapa mertua kepada kak shafa, sahabat parents sy ..
"Alhamdulillah dah selesai majlis kenduri anak kami Abdul Hakim & Nur Shafawati, ramai tetamu melahirkan rasa puas MAKAN dengan "Konsep Medan Selera" yang pertama kali kami adakan di Bukit Beruntung, 11 jenis gerai kesemuanya habis makanan mengikut jadual. Jumlah kehadiran adalah approx 2500 pax. Wow! puas & lega."

mabruk pakcik jalil n makcik zaimah utk perkahwinan anak sulung kalian! ^^ sy pun anak sulung. macamana nanti ek? errrr.....
sy akui, walimah yg sy hadiri kalini sememangnya berbeza. konsep yang berbeza. mungkin dah pernah ada kat tempat lain. tak kisahlah. tapi sy nak bagitau yang ini adalah pertama kali bagi sy. simple but very nice and beautiful! mungkin sebab tema warnanya adalah turqoise sekali kot? haha. meriah tu takpayah nak cakap lah kan. anak buah pakcik jalil a.k.a downline nya dah berapa ribu. campur yang lain sekali. konsep medan selera? ye, memang tepat. ada 11 gerai yang antaranya menyediakan kuey teow goreng dari penang, nasi ayam, putu piring, cendol, sate, yong tau fu dan apa ntah lagi. tak sempat nak 'catit' semua. :P seriously semua sedap sangat. tak rugi sy berlapar dari pagi sebab nak ' balun ' makanan kat kenduri. * teruknya ! :P

tup2, pengantin yang ditunggu pun sampai. wah, kak shafa! dah lama tak jumpa! dekat AP dulu, masa sy form 2 dia form 5. jadi sempat jugaklah kami kenal sebab dalam 'company' yang sama. ^^sempat lah jugak sembang sekejap dengan kak shafa n bergambar. kak shafa tetap peramah n murah sangat dengan senyuman! memang pasangan yang sepadan. ^^ barakallahulakuma~
kak shafa, senior. adik kak shafa, syafiqah, junior di AP. subhanallah, dunia memang kecil!

currently im watching nora elena. adaptasi daripada novel. alaa, takkan korang tak tahu kot kan cerita ni. sy tahu, korang dah habis tengok lama dah kan..... shhh! sy baru nak layan ep 12. :P hehe.
___________________________________________________________
munakahat : eh , hazirah najmuddin, bila kamu nak sentuh sy ni?
sy : errr...............

alamak, bukak sem ni ada midterm munakahat. sentuh? macamana nak sentuh sedangkan pandang tengok lihat pun tidak. keh3. baik jek duduk dalam beg. alamak , nak tengok perabes nora elena dulu. boleh tak munakahat? hehe.

sebelum mengakhiri sesi 'temuramah' kita, sy nak bagitau ada drama korea baru. best punya!

::HEARTSTRINGS ::
sila tekan gambar untuk 'tumbesaran yang lebih sihat + bertenaga'.

pernah tengok you're beautiful? yang pernah ditayangkan di TV. tapi guna nama lain, he's beautiful bila tayang kat TV. barisan pelakon dalam cerita ni :

hero dalam cerita ni :yong hwa, CN Blue. sape ni? dia berlakon jadik shin woo a.k.a pelindung tetap Go Mi Nam dalam you're beautiful.
heroin : park shin hye as Go Mi Nam dalam you're beautiful.

antara pelakon fav sy! teruja + excited + suka + ermm..... apa lagi ek? apa2 la! :P
paling tak disangka, ada min hyuk dalam cerita ni jugak. sy suka group CN Blue, dan salah seorang ahli dalam group tu yang berlakon dalam cerita ni selain yonghwa ialah minhyuk. pemain drum dalam CN Blue. comel sangat laaaaaa. aigooo2. tak pernah tengok dia berlakon dalam mana2 cerita pun. adakah ini drama pertamanya? ermmmm........

sepertinya sudah terlalu panjanglah sy mengarang 'essay suka-suki' ni kan? opss, terlebih sudah!

k,la. jum layan nora elena nak? ~_^

_ E N D _