:: Syukran Kathir! ^^ ::

Tuesday, June 28, 2011

+ new life +

assalamualaikum..

pagi tadi papan kekunci dah sentuh tapi terpaksa membatalkan hasrat sebab 'take home test' biup ( subjek undang-undang perlembgaan persekutan ) tak siap lagi. jap2, take home test? ye, anda tak salah eja and baca pon. perlu dihantar pada pukul satu. jadi bertungkus lumus lah sy siapkannya sebelum terlambat. hehe. al-makanya dah siap, tibalah masa untuk biui pulak . ni subjek undang-undang pentadbiran islam .pulaaaaaak. nak kena 'touch-up' sikit esaimen. tapi sebelum tu nak berkarya kat blog den jap. ^^

minggu ni merupakan minggu yang paling busy pernah sy alami dalam sem ni. penuh dengan kerja. adalah menjerit jap. sebab ada orang cakap menjerit tu boleh hilangkan stress tension segala bagai lah. tapi bagi sy, sekijap jek lah. hehe. eh, at least dapat tenangkan fikiran dengan menjerit dalam beberapa minit taw! masa itu emas. B)

pagi tadi sempat baca blog sorang sahabat sy ni yang baru melahirkan anak sulungnya bulan lepas. terasa sebak terharu semua ada. satu pengalaman yang sangat indah tapi pada masa yang sama menakutkan. blognya dinamakan sempena nama anaknya. so sweet. shikin, jaga anak hang elok2 naa. aku doakan anak hang membesar menjadi seorang anak yang solehah, amin~ by the way, anak hang comel sangat2.

sambung balik istilah busy tadi. banyak kerja dan kerja banyak. sememangnya seorang pelajar yang masih bergelar mahasiswa/wi tak dapat lari dari kesibukan ni. lepastu mula lah tension, stress, sakit kepala otak, pening dan seumpamanya lah. lepastu lagi mula nak marah2 orang. ohh, itu bukan cara sy. situasi yang sy sebutkan di atas mungkin ada antara korang2 alaminya rite? ^^ bagi sy, sesibuk mana pun kita, tetap semua tu prioriti kita. yang tinggal cuma nak kena organise all of them nicely. one by one ikut mana yang perlu disiapkan dahulu. kerja tetap kerja but still we can chill aite? semalam ada discussion, clsmate sy tanya, kak hazirah boleh tak macamni macamtu esok? sy jawablah, ala, bg je. boleh jek. memanglah banyak kerja tapi tetap kerja esaimen kita ni kena siapkan. sy senyum lebar jek kat dia. must think positive altho we're having a very2 hard time. =) take a deep breath, start with bismillah and do our work one by one. rabbi yassir wala tu'assir =)

fenomena bertunang makin hangat. baru2 ni munakahat belajar tajuk khitbah a.k.a tunang. terasa macam nak bertunang pun ada. haha. * gatai merla! kebetulan ada sorang classmate sy dah bertunang. excited pulak tanya dia buat majlis macamana. prosedur macamana. *opss, terlebih galak pulak. ignore me pliz =p baru2 ni 'dikejutkan' lagi dengan sorang junior sy yang dah bertunang. mabruk haiza. semoga berakhir hingga ke jinjang pelamin k dear. sy? errrrr.......

kesibukan minggu ni hampir membuatkan sy lupa hujung minggu ni sy akan pulang ke tanah air. haha. tanah air lah sangat kan. =p kebetulan hujung minggu ni abang hakim dan kak shafa ada walimah kat bukit beruntong. family sy turut hadir. so, no need for me to take a bus lah. ^^ pada pagi sabtu, sy akan bertolak ke sana. turun rawang . ada sapa2 nak ikut? ^^

khamis ni ada exam subjek undang-undang pentadbiran islam . gugup gugup. tolong doakan sy ek. syukran ^^

_ E N D _



Tuesday, June 14, 2011

+ random + various +

assalamualaikum..

pagi yang damai lagi angin sepoi2 bahasa menyapa wajahku di siang hari. erk? apeni? testing ayat novel . ayat novel ke? haha. ops, whatever~

pagi tadi tetibe rasa katil bergoyang. tengok besi katil.........memang bergegarlah! gempa bumi kah? tengok katil sebelah, kak fuzah, tak bergerak pun. baru tangan nak mencecah lantai, gegaran pun telah berhenti. pelik bin benar. malam tadi 'discuss' dengan rumate2 tersayang lagi cantik jelita dan ternyata bukan khayalan sy semata. mereka pun merasai yang sama. ingatkan ada 'makhluk' lain kan. wuu, seram sejuk ghasenya!


kisah seterusnya....


kedengaran lagu appear nyanyian kim bum soo dalam drama secret garden menandakan adanya message masuk. jam 12.26 pm. " iqah dapat usim ". tergamam jugak mula2. alhamdulillah kos yang dia nak dia dapat. harini merupakan hari terakhirnya di matrik kulim. selamat tinggal rakan2 semua. perasaan sy = teruja + gusar. teruja sebab adik sendiri dekat dengan sy. kebetulan usim tak jauh mana dengan kuis. bolehlah jumpa kalau takda aral melintang. gusar sebab kesihatan dia yang selalu tak menentu. iqah jangan lupa makan vitamin. kalau tak? haa, pandai2 lah iqah. tambah dah jauh dengan family. tapi tetap kakak ayu berada tak jauh dari iqah kan! keh3. =p
pagi tadi mama kol cakap jumaat ni nak pi usim. dari situ lah sy tahu yang iqah dah terima tawaran usim. mabruk afiqah. belajar rajin2 wahai adikku yang pandai lagi lawa~ ^^

next..

minggu lepas, kelas...kelas...kelas sy amatlah sedikit . lecturer ni tak ada. kelas batal. dari hari yang full dengan kelas, tetiba ada satu kelas je? hebat tak? rasa blank pun ada. haha. entahlah~

seterusnya...

'assalamualaikum ma. kakak start cuti 4hb ni. jadi 1hb kak dah bertolak. nak kena beli tiket bas lah maa..'


" laaah, 2hb tu kan ada kenduri abang hakim. nanti mai sana. kakak balik terus dengan kereta lah. "

syukur alhamdulillah sebab tak perlu bersesak berebut berpenat menaiki bas. selalu nak balik penang naik kereta. kalau tak dengan bas, dengan wak pie lah, pakcik jalil lah. kalau bernasib baiklah ^^ ish3..

kelipop..kelipop..mata berat minta mau pejam kejap2. ergh, mengantuk !


to muhammad alif rifiat ( gambar di bawah ), best of luck for tomorrow bestie. semoga Allah permudahkan segala urusan kamu dan rakan2 seperjuangan =) insyaAllah~


p/s : kepada 'kamu', asif jiddan b'coz i have to do this. all this for your own good. i know actually u want it to be like this altho u dun say it. or u still not discover the answer. so i made this decision for u so we can move to a new phase of life. asif jiddan, chongmal bianhae, very2 sorry for all~ semoga kamu sentiasa berada di bawah lembayung rahmat-Nya. amin ya rabbal'alamin~

_ E N D _

Tuesday, June 7, 2011

+ kahwin lagi ^^ +

assalamualaikum..

tadi on mukabuku, ternampak poster ni. sy amat terkejut + excited!~


abang hakim dan kak shafawati. pasal abang hakim nak kahwin bulan 7 ni sy dah tahu. then bakal isterinya sy tak kenal siapa. tup2 ternampak gambar ni. rupa2nya amatlah sy kenal! senior ketika sy di almashoor dahulu. sy amat kenal kakak ni. amat baik dan lemah lembut orangnya. dan memang bijak, subhanallah!

eh, macamana sy kenal abg hakim? sebabnya parents nya sahabat baik kepada parents sy. pernah berjiran dahulu di taman sri indah dan taman sri mewah. kami pernah bersekolah dan pernah menjadi rakan sepermainan. dahulu kecik-kecik lah.

sy ni KALUT kan? tak adalah, sebenarnya excited. syukur alhamdulillah, kecik je dunia ni. semoga berkekalan abadan abada, amin ya rabbal'alamin.

_ E N D _

+ pengantin yang di rai. barakallahulakuma +

assalamualaikum..

hai hai bai bai, berjumpa lagi kita di arena blog! haha. sebenarnya tak berapa nak ada mood nak post something kat blog cheq. tapi oleh kerana nak update jugak, tertaip jugaklah di sini. haha.

hujung minggu lepas, one of my cousin kahwin. alhamdulillah, usai sudah majlisnya. tinggal sebelah laki kat sarawak jek on the way. semoga semuanya berjalan lancar ye kak nina dan abg fahroe ~ ^^

apabila mood sudah tak ada, maka gambarlah jadi penyambung bicara. huhu.

: pasangan pengantin yang disambut pada hari ahad lepas di dewan taman tun dr ismail. cantik! barakallahulakuma. selamat meramaikan cucu2 tok dan tok wan k. =p :

: ketembaman macik pink ini tidak dapat diselindung lagi! ahh! haha. ok2, sebenarnya nak tumpu kat baby tu. comel kan? anak kedua kak sod. 'iffah namanya. mula2 memang tak berani nak pegang sebab kecik sangat. yelah, baru sebulan lebih kan. tup3, tetiba maklang ambik 'iffah dan terus letak kat sy. wuu, tergamam. halusnya~ :

: eh, siapa ni? ops, tak kenal~ :

: kek yang amat sedap dan lembut pelbagai rasa! selalunya kek2 jenis macamni icing dia tebal dan KERAS kan? tapi kek ni tak keras icing dia. manis pun tak sangat. seriously sedap! dalam dia siap ada perisa berbagai lagik. must be expensive aite? :

: pengantin yang diraikan bersama pengapit dan flower girl :

: nasi kenduri! alhamdulillah, kenyang perut sukaaa opss, kenyang perut senang kerja ! :

ya Allah, tetiba ada 'makhluk' yang tidak disukai datang mai bilik. dush3, tak baik hazirah. kita kena sentiasa berprasangka baik kat orang. tapi kan tapi kan, jangan sampai sy SOUND sama itu budak sebab amat geram. she's not showing a good attitude as she entered our room. awal2 tu masih boleh diterima. lama2? fuh, memang lah. astaghfirullah! ya Allah, peliharalah hatiku~

_ E N D _